Friday, June 24, 2011

Baby OSHIN....1 impian dan 1 harapan.

Nur Hayani Bt Haber nama yang dipilih oleh ayahnya. Kata si ayah maknanya CAHAYA HIDUPKU. Sedap maknanyakan. Bayi yang comel. Saling tak tumpah mengikut wajah ibunya Junti. Besar bayi ni dan beratnya 3.3 kg. Panjang 38 inci. Tarikh lahir 22/6/2011 hari Rabu. Jam 2.34 pagi. Anak sulung bagi pasangan Junti dan Haber. Bagi saya pula ada satu nama yang teristimewa untuk bayi ni. Maklumlah nak namakan kat anak saya dah tak layak untuk itu. Nak namakan cucu, cucu pun tak ada lagi. Jadi saya namakan baby yang pertama.... saya didalam 'dewan bersalin'. Memandangkan matanya yang sepet saya lebih suka memanggilnya 'Oshin" kerana oshin adalah tajuk bagi sebuah drama Jepun kegemaran saya satu ketika dulu.

Oshin......bagus juga nama ni. Sesuai dengan wajahnya yang comel, matanya yang sepet dan harap-harap akan mengikut warna kulit ibunya. No...no....no janganlah ikut warna kulit ayahnya. Nanti tak sesuailah dengan nama Oshin yang saya beri tu. Emmmm....puas juga saya nak bayangkan warna kulit Oshin apabila dia besar nanti. Maklumlah masa bayi ni tak boleh nak di tentukan apakah warna kulitnya kerana ia bakal berubah.

Menunggu kelahiran Oshin memang merupakan satu penantian yang sungguh, sungguh, sungguh memenatkan. Menurut Junti awal keluar tanda melahirkan ialah pada jam 3 pagi. Pada pukul 7 lebih saya menerima sms mengatakan yang dia didalam perjalanan ke Hospital Selayang. Ketika itu saya bersiap-siap untuk melakukan solat dhuha. Saya dengan keadaan yang agak panik terus mengajak suami dan kami pun bergegas ke hospital. Sampai sahaja disana saya difahamkan bahawa Junti belum lagi diperiksa dan masih lagi menunggu dokor. Dipendekkan cerita selepas berbual dengan suami Junti kami pun memindahkan Junti dari hospital kerajaan ke hospital swasta.

Sampai di Hospital Pantai Cheras Junti dimasukkan ke wad. Beberapa jam kemudian Junti pun di masukkan pula ke Dewan Bersalin di sekitar jam 1 lebih. Lamanya hanya Allah sahaja yang tahu dan itulah kali pertama saya berada di dalam Dewan Bersalin dan menyaksikan bagaimana proses kelahiran di lakukan. Saya dan 2 orang jururawat terlatih bersama-sama memberi sokongan kepada Junti untuk melakukan 'PUSH'. Berjam-jam tak juga keluar baby ni. Kepala pun masih tak nampak lagi. Dengar penjelasan dari nurse sekiranya kepala masih lagi diatas doktor terpaksa melakukan pembedahan. Saya agak cemas kerana kalau boleh saya mahu kelahiran ini biarlah secara normal. Junti terus mengatakan bahawa dia sudah penat dan dah tak berdaya untuk menolak. Saya hanya mampu mengatakan cuba dan ketika itu saya tidak dapat menahan kesedihan. Airmata saya mengalir sedikit demi sedikit kerana bermacam-macam gambaran yang bermain di fikiran saya ketika itu. Saya tidak boleh bayangkan macamana saya seorang yang penakut boleh berada di situ. Melihat keadaan Junti saya dapat rasakan kesakitan yang di alami oleh Junti sebagaimana saya merasakannya 24 tahun yang lalu ketika saya melahirkan anak sulung saya Ujey.

Dengan bantuan 'vacuum' lahirlah seorang bayi yang sungguh comel yang saya namakan Oshin. Maaf ya kepada Haber dan Junti. Dia adalah anak saudara akak dan akak juga berhak untuk menamakannya. Bila melihat perangai ayahnya saya dapat mengagak mungkin Oshin ini bakal menjadi seorang kanak-kanak yang aktif dan bijak. Terpulang kepada mereka untuk mencorakkannya kerana ibu-bapalah yang akan membentuknya.

Impian mereka berdua untuk menimang cahayamata telah terlaksana dengan lahirnya Oshin di mukabumi ini. Bagaimana dengan  harapan? Yakin dan pasti kesemua ibu-bapa inginkan anak mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Harapan bagi setiap insan makhluk ciptaan Allah. Adakah harapan mereka ini bakal terlaksana? Sama-samalah kita saksikan. Cerita Oshin ini tidak akan berhenti disini sahaja kerana dia adalah baby yang pertama saya bersama-sama dengan ibunya didalam Dewan Bersalin. Oleh itu akan saya jadikan Oshin sebagai model saya nanti.

Untuk Haber dan Junti apa yang kami lakukan adalah satu perkara biasa dan kami tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dari hati kecil ini Haber dan Junti adalah adik-adik kami yang kami sayangi. Jaga Oshin tu baik-baik dan jadikan dia insan kamil. Kalau tidak kami yang akan jaga Oshin nanti. Jangan marah......nanti kena jual.....

Nur Hayani.... "Oshin"
Senyum seorang ibu apabila menatap wajah anak sulungnya.
Saat yang paling gembira.
Kepujian bagi ketabahan seorang ibu. Masih mampu tersenyum walaupun dalam kesakitan.

Friday, June 17, 2011

Manusia dan binatang...SELAMI...

Senyum keldai... kadang2 kita melawat taman haiwan.. adakah kita melihat telatah binatang2 ini atau binatang2 ini yang melihat telatah kita? 
Perhatikan betapa mesranya sepasang burung ini berkongsi makanan bersama-sama.. bagaimana manusia?
Koi adalah kap jepun kategori binatang yang suka berkawan dan bergaul mesra.. bagaimana manusia?
Ibu kucing sedang menyusu anaknya kerana kasihnya pada anak.. bagaimana manusia?
Semasa mendidik pernahkah kita terfikir adakah penyampaian kita ... di bawah atau di atas.. pernah bertanya pada diri kita.. bagaimana kita didalam pendidikan?
Omer
Anak angkat saya dari Pakistan yang mempunyai ijazah dalam Psychology. Merasakan apa yang dia belajar tidak sama dengan realiti kehidupan. Masih mencari sinar pengharapan.
Pete
Terkejut dengan budaya disini dan merasa kagum dengan pembacaan para pelajar di Tadika Cahayaku yang boleh membaca Bahasa Inggeris bagi budak-budak normal dan special.
Kami dengan keluarga angkat sedang berbincang dan Pete masih didalam kebingungan bila mengenangkan kaedah cahayaku yang boleh mengubah perangai pelajar-pelajar menjadi ulat buku.


Syams ayat 7-8:
·       Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
·  Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepadabertakwa;
·       By Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion;
·       Then He showed him what is wrong for him and what is right for him.

Wednesday, June 15, 2011

Habis adakah kerana sedap atau pun lapar? TADIKA?

Cantik dipandang.. adakah sedap untuk dimakan?
(Khas untuk anak saudaraku - Lutfi ) Ada kata-kata seperti ini... "Makan lah, apa lagi" Adakah ini ajak-ajak ayam atau tulus?
"Sedap atau lapar?"... ada sesetengah manusia tidak pernah menilaikan ertinya. 

Makanan yang terhidang adakalanya membawa banyak makna atau pun penterjemahan yang akan menggambarkan situasi pada saat itu. Cuba lihat gambar diatas apakah yang dapat anda gambarkan? Pertama adakah makanan itu terlalu sedap? Kedua adakah pemakannya terlalu lapar? Ketiga adakah orang yang memakannya jenis yang tidak mengira rasa samada sedap atau main belasah je. Bak kata orang tua-tua tekak ular.

Bila cerita pasal bab makanan, ingin saya kaitkan dengan tadika-tadika yang ada nama dan tadika-tadika biasa termasuk dengan kaedah membaca buku yang ada di Malaysia ini. Pelikkan? Tetapi itulah yang tergambar didalam fikiran saya ketika ini. Dikalangan ibu-bapa pula ada yang menghantar anak ke tadika dimana saja yang terlintas dihati mereka tanpa mengira teknik apa yang digunakan didalam pembacaan. Ada juga yang menghantar anak ke tadika tanpa mengenal pasti samada tadika itu berdaftar atau tidak dengan agensi kerajaan. Lebih tepat kita katakan tadika haram. Ada juga yang menghantar anak ke pusat-pusat perkembangan yang sungguh glamour bayar beribu-ribu tetapi hasilnya 'ampeh'. Ini adalah kerana mereka mempunyai nama dan ibu-bapa tadi tidak kesah akan kaedah apa yang digunakan didalam pembacaan. Ada juga yang menghantar anak ketadika yang tiada quality langsung dan pada anggapan ibubapa seperti ini asalkan dihantar itu sudah memadai. Ibarat kata pepatah seperti melepaskan batuk ditangga.

Begitulah juga dengan makanan. Tadika, makanan. Konsepnya sama saja. Ke tadika untuk pandai dan boleh menguasai 3m manakala makan untuk kenyang. Ada orang asalkan kenyang sudah mencukupi. Tak kira apa rasa masakan tersebut. Cara ia dimasak dan kebersihannya tidak diambil kira. Ada orang makan di Hotel atau di restoran yang ternama tetapi sedapnya juga entah kemana. Ada orang makan di tepi jalan tetapi sedapnya mengalahkan masakan chef. Oleh itu kita hendaklah memilih di restoran mana atau di hotel mana untuk kita menjamu selera. Begitu juga dengan tadika. Hendaklah kita memilih ditadika mana kita ingin menghantar anak-anak kita untuk mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak. Yang penting silibus yang disediakan dan teknik bacaan yang digunakan. Saya rasa ibubapa kini adalah ibubapa yang cukup bijak untuk membuat pilihan.

Sunday, June 12, 2011

Sukan Tahun 2011 Part 1 , 2 & 3.

Semoga ibubapa terhibur dengan telatah anak-anak mereka sendiri. Selamat berhibur dari kami Tadika Cahayaku, Bandar Tun Hussien Onn, Selangor. Maaf gambar kurang jelas kerana jurugambar kami "uncle" yang sememangnya tidak tahu menggunakan kemera!

Credit: Lionel Richie, Kenny G & Pink Panther.


Credit: Lionel Richie & Pink Panther & Jungle Book Film.


Credit: Kenny G & Pink Panther

Friday, June 10, 2011

Lawatan 2010 part 1 & 2

Tahun: 2010 - Part 1.
Tahun: 2010 - Part 2.

Credit: Ian Sastro, Yassin & Louis Armstrong


ian Sastro: 
Disaat waktu berhenti... kosong
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tidak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri

Yassin:
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)


What A Wonderful World 
I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world.

I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world.

The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They're really saying I love you.
 

I hear babies crying, I watch them grow
They'll learn much more than I'll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world
 

Thursday, June 9, 2011

Video Hari Pertama (Perunding Jemputan) pt 1

Video dihari pertama saya diperkenalkan kepada para pelajar disekolah ini dan sekaligus saya membuat screening terhadap kemampuan tahap bacaan mereka. Beberapa jam bersama mereka saya dapat memastikan ada dikalangan pelajar ini telah hilang keyakinan diri, masalah dyslexia, masalah rumahtangga dan dipengaruhi juga dengan faktor kehidupan mereka.

Bila berbual dengan beberapa orang guru yang terlibat dengan program ini saya merasa begitu kagum kerana disekolah ini masih mempunyai seorang pengetua, penolong kanan, guru-guru yang perihatin terhadap permasalahan mereka.

Jauh disudut hati mereka saya dapat menyelami betapa mereka meyayangi kanak-kanak ini dan mereka tidak mahu kanak-kanak ini ketinggalan dengan kawan-kawan yang sebaya. Diatas sifat nurani yang begitu murni mereka telah mengambil bermacam-macam langkah untuk mengatasi masalah ini namun masih juga tidak membuahkan hasil. Salah satu langkah yang diambil oleh mereka ialah dengan menjadikan anak-anak ini anak-anak angkat mereka dimana seorang guru akan mendidik seorang pelajar. Setelah bermacam-macam cara diperkenalkan namun kejayaan yang menyeluruh tidak dikejapi. Akhirnya melalui seorang ibu atau bapa yang anaknya telah berjaya dengan sistem ini, sistem cahayaku diperkenalkan dan pengetua mengambil langkah dengan menjemput saya sebagai perunding bagi program linus.

Perhatikan gelagat, pergerakkan, cara duduk, air muka dan tumpuan mata pelajar-pelajar ini didalam video yang dipaparkan ketika mereka membaca. Tahniah sekali lagi kepada pengetua, penolong kanan dan guru-guru yang terlibat.


Sek Keb Kpg Bharu (Sesi 1) from roshidi abu bakar on Vimeo.
Credit: Adnan Sami (Lagu: Aye Khuda aye khuda)

Ae Khuda Ae Khuda
(Oh Tuhan oh Tuhan)
O God O God
Jis Ne ke ye justaju
(Insan yang tak pernah kenal putus-asa)
The one who did the struggle
mil gaya Us ko tu
(Hanya dia akan menemuiMu)
He is the one who have found you
Sub Ka tu rehnuma
(Engkaulah yang memberi hidayat kepada semua)
You are the guide of all
Ae Khuda Ae Khuda
(Oh Tuhan oh Tuhan)
O God O God

Yeh zameen yeh falaq
(Senja didunia ini)
This earth this dawn
In say agay talaq
(Perjalanan masih jauh)
The destination is ahead

Jitney dunyaeeen hain sub mein terey jalak
(Segala-galanya hanyalah pantulan CahayaMu)
All the worlds that exist in all of them have your reflection

Yeh zameen yeh falaq
(Senja didunia ini)
This earth this dawn
In say agay talaq
(Perjalanan masih jauh)
The destination is ahead

Jitney dunyaeeen hain sub mein terey jalak
(Segala-galanya hanyalah pantulan CahayaMu)
All the worlds that exist in all of them have your reflection

Ae Khuda Ae Khuda
(Oh Tuhan oh Tuhan)
O God O God
Jis Ne ke ye justaju
(Insan yang tak pernah kenal putus-asa)
The one who did the struggle
mil gaya Us ko tu
(Hanya dia akan menemuiMu)
He is the one who have found you
Sub Ka tu rehnuma
(Engkaulah yang memberi hidayat kepada semua)
You are the guide of all

Ae Khuda Ae Khuda
(Oh Tuhan oh Tuhan)
O God O God

Har Sitaray mein Abad hai iyk jahan
(Setiap bintang dan segalanya isi cekerawala tanda kewujudan)
Every Star has a existence of a whole world inside it
Chand suraj mein be rooshney Kay nishaan
(Cahaya bulan, matahari tanda kewujudanMu)
The moon the sun are signs of light.

Ae Khuda Ae Khuda
(Oh Tuhan oh Tuhan)
O God O God
Har Sitaray mein Abad hai iyk jahan
(Setiap bintang dan segalanya isi cekerawala tanda kewujudan)
Every Star has a existence of a whole world inside it
Chand suraj mein be rooshney Kay nishaan
(Cahaya bulan, matahari tanda kewujudanMu)
The moon the sun are signs of light.

Ae Khuda Ae Khuda
(Oh Tuhan oh Tuhan)
O God O God
Jis Ne ke ye justaju
(Insan yang tak pernah kenal putus-asa)
The one who did the struggle
mil gaya Us ko tu
(Hanya dia akan menemuiMu)
He is the one who have found you
Sub Ka tu rehnuma
(Engkaulah yang memberi hidayat kepada semua)
You are the guide of all

Ae Khuda Ae Khuda (4x)
(Oh Tuhan oh Tuhan 4x)
O God O God (4x)

Wednesday, June 8, 2011

Rangsangan....merangsang......dan......dirangsang.

Manusia berlagak seperti patung.. Ransangan satu...  didalam minda kanak-kanak akan tertanya-tanya dengan perbagai soalan...
Air pancut dari lantai ditepi jalan.. Ransangan dua...  terdengar suara kanak-kanak "ada gergasi kat bawah tu yang menyemburkan air!"
Teddy bear.. ransangan tiga... ramai ibubapa yang memberikan kepada anak-anak mereka. 

Kalau diperhatikan pada tajuk diatas apakah yang dapat kita gambarkan, fikirkan atau terjemahkan? Ramai yang menyangka bahawa rangsangan, merangsang dan dirangsang adalah satu perbuatan yang biasa dan bersahaja yang diambil secara sambil lewa sahaja. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan diatas sangatlah penting didalam penghidupan seharian kita. Tanpa rangsangan, tanpa merangsang dan tanpa dirangsang otak kita tidak akan berkembang dan lambatlah kita menuju ke tahap matang yang sebenarnya.

Semasa bayi didalam kandungan lagi kita perlu memberi rangsangan yang sewajarnya seperti mengaji atau membacakan buku cerita agar perbuatan ini boleh mempercepatkan lagi perkembangan otak bayi. Bayi yang dirangsang didalam kandungan jauh beza perkembangan otaknya dengan bayi yang tidak dirangsang langsung. Begitu juga apabila bayi ini dilahirkan. Sekiranya kita merangsangnya dengan berbual atau bermain dengannya pertumbuhan otak bayi itu juga jauh bezanya dengan bayi yang dibiarkan sendirian. Dari pemerhatian saya bayi yang banyak dirangsang oleh ibu dan ayah nampak lebih cerdik dan lebih matang didalam mengendalikan diri mereka.

Bagaimana pula dengan merangsang? Bila di perhatikan akan makna perkataan ini jelas yang terbayang difikiran kita ialah perbuatan-perbuatan yang positif dan negatif. Positif disini bila kita merangsang minda anak-anak dengan memberikan alat permainan seperti lego, puzzle, komputer game, pasir atau apa-apa saja sebagai alat untuk merangsang. Kanak-kanak menggunakan peralatan permainan, puting atau bantal "busuk" untuk merangsang diri mereka sendiri. Manakala merangsang yang negatif pula ialah bila kita menyerang seseorang dengan perkataan yang kesat secara bertubi-tubi. Ini adalah negatif kerana perbuatan yang begini akan menggerakkan akal kita untuk bertindak secara negatif. Tak payahlah saya terangkan disini kerana anda semua lebih faham akan makna perkataan itu.

Dirangsang pula merupakan perbuatan yang sama tetapi melalui orang ketiga seperti ibu-bapa, keluarga atau penjaga untuk menjadikan catalyst didalam rangsangan minda ini. Kanak-kanak dirangsang dengan berbual atau bermain dengannya. Apabila kita bergurau atau mengacah kanak-kanak ini dengan secara tidak langsung sel-sel otak kanak-kanak ini akan terbina dan berkembang.

Teringat saya sewaktu saya pergi bercuti di Singapura bersama keluarga dimana saya telah dirangsang dengan keindahan bangunannya, persekitarannya yang bersih dan pemandangannya yang sungguh cantik. Pada waktu malamnya pula saya dapat melihat bagaimana pertunjukkan jalanannya pula telah menarik minat saya sehinggakan saya merasa terpegun melihat gelagat mereka yang bersahaja.

Walauapapun yang ingin kita lakukan atau fikirkan, biarlah tiga perkataan diatas menjadi satu perbuatan yang dapat menggerakkan minda, akal, fikiran ke arah yang lebih positif yang boleh membina akal menjadi lebih matang sambil membina nilai-nilai murni didalam diri kita tanpa kita sedari. Sesungguhnya hidup seharian kita memerlukan rangsangan, merangsang dan dirangsang untuk melengkapi perjalanan hidup ini yang penuh dengan cabaran. Bagaimana pula dengan terangsang? Fikir-fikirkanlah kerana ada banyak cara yang boleh menjadikan perkataan terangsang ini negatif atau pun positif......

Ketagih Lagi......

Terdengar suara, "Lepas ni saya sebab saya datang dulu.. " Suara lain pula "tak saya dulu sebab saya duduk dekat cikgu... " Begitu resam pelajar saya ketika hendak membaca..
Banyaknya dia baca.. bila saya boleh baca... udahla tu


Setiap kali saya hadir ketadika beginilah keadaannya. Mereka akan mengerumuni saya untuk membaca. kalau yang pandai bodek tu cepat-cepat duduk dipeha sambil memeluk dan mencium saya bertalu-talu. Adakalanya apabila balik kerumah baju dan tudung saya akan bau airliur mereka. Biasalah...

Tahap ketagihan tidak dapat dielakkan bagi pelajar-pelajar ini walaupun mereka adalah dikalangan pelajar tua saya. Ketagih tetap ketagih. Hanya ada satu sistem sahaja yang akan membuatkan kanak-kanak ini menjadi ulat buku iaitu sistem cahayaku. Perhatikan kanak-kanak didalam gambar ini.

Berebut-rebut untuk membaca merupakan kejayaan bagi sistem ini kerana mereka akan berlawan diantara satu sama lain untuk menunjukkan kehebatan mereka. Ini adalah perlumbaan yang sihat. Adakalanya mereka perlu di provoke dan motivate untuk menarik minat mereka didalam pembacaan. Kepada anda diluar sana carilah sistem ini untuk anak-anak anda.

Tuesday, June 7, 2011

Asyik Asyik Dia...dia dan dia lagi...

Jangan putus asa walaupun hilang sebahagian daripada pendengaran dan tidak mestinya kita tak boleh menguasai 3m
Bermula pada 18hb Mei dan hari ini 2hb Jun. Kalau hendak dikirakan baru beberapa hari kelas cahayaku bermula dan dalam seminggu hanya 4 hari sahaja dan boleh dikatakan ramai juga yang dah ketagih. Ada yang tak sabar-sabar nak masuk kekelas dan sanggup meninggalkan ujian penggal mereka.

Ingat lagi semasa mula-mula kelas ini dijalankan dimana pada hari kedua hanya 2 orang murid sahaja yang datang awal manakala yang lain akan datang kemudian dan tidak hairanlah ada yang datang sewaktu kelas dah nak tamat. Dalam hati saya berkata hanya tunggu masa sahaja dan nanti dalam beberapa hari lagi pasti akan ada yang datang awal dan lama kelamaan bukan cikgu lagi yang menunggu murid tetapi murid yang akan menunggu cikgu. Menjadi kebiasaan untuk kelas cahayaku dimana apabila sampai disaat ketagihan mereka akan berebut-rebut untuk membaca dan tidak hairanlah kalau asyik dia....dia dan dia lagi.

Semalam 2hb Jun meyaksikan beberapa orang murid telah masuk buku 2 dan ada yang sudah membaca akhbar. Saya merasa sungguh terharu kerana ada yang mengatakan bahawa dia sudah pandai membaca dengan sistem yang paling mudah ini. Mana yang datang lambat sudah mula datang awal, nampak keyakinan diri sudah mula timbul dan adanya rasa tanggungjawab didalam diri dimana buku tulis yang bertaburan dikutip dan disusun semula diatas meja. Itulah kejayaan bagi saya apalagi bila melihat tulisan sudah mula cantik dan kemas.

Minggu depan tidak tahu lagi samaada saya dapat turun untuk mengajar mereka atau tidak kerana kemungkinan besar saya akan ke Kota Kinabalu pula pada kali ini. Wajah-wajah yang penuh dengan pengharapan akan sentiasa berada dimata saya kerana selama beberapa hari ini dari pukul 11 pagi sehinggalah jam 1 tengahari saya akan bersama mereka kecuali pada hari Jumaat. Setiap kali mengajar mereka akan terasa betapa sebaknya didalam dada ini melihatkan keadaan mereka yang datangnya dari keluarga yang susah sehinggalah sederhana dan diri mereka sendiri telah menunjukkan dari golongan manakah penghidupan mereka. Melihat mereka teringat di zaman persekolahan saya kerana saya sendiri bukanlah datang dari keluarga yang senang. Janji saya akan saya suntikan semangat ingin mencapai kejayaan dimasa akan datang....Insyaallah.

Hafiz.....seorang pelajar yang hilang pendengaran dan akibat dari ini pertuturannya agak terbatas dan tidak jelas. Saya difahamkan bahawa ibunya juga mempunyai masalah yang sama. Mengikut kata cikgu Hafiz diberikan perhatian secara individu disekolah. Dari pengamatan saya tidak ada masalah untuk mengajar Hafiz dan mudah bagi dia untuk mengikuti sistem cahayaku ini yang baru sahaja diperkenalkan kepadanya kerana dia masuk agak lewat. Walauapapun saya yakin Cahayaku memang menjanjikan akan adanya keyakinan didalam diri budak yang akan dibina dan yang pastinya akan ada asyik dia....dia dan dia saja lagi yang ingin membaca.

Monday, June 6, 2011

Allah Maha Mendengar.....

Nampak tak alat yang di lekatkan kat telinga tu? Tapi aku tetap tidak putus asa untuk menguasai 3m. Allah Swt sentiasa mendengar orang yang berdo'a...

Kecekalan dan kemahuan dan berkat doa ibubapa... baru 2 kali sudah boleh membaca perkataan diatas...

Ini tarikh pertama kali aku belajar Cahayaku... Ini bukti tau...
Saya pun apa kurangnya... saya juga boleh membaca.. tunggulah nanti di-upload video saya membaca akhbar... wakaka

Faris Waldan dan Wafeeqah dua kanak-kanak yang berbeza masalah tetapi menunjukkan satu semangat yang cekal. Mengajar Faris mengingatkan saya pada seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah yang sama iaitu kehilangan pendengaran. Walaupun hilang kira-kira 85% namun dengan teknologi moden dan canggih dibantu pula dengan sistem membaca yang mudah membolehkan kanak-kanak ini membaca dan mengeja. Kebanyakkan mereka dibantu oleh sejenis alat pendengaran atau pun melakukan pembedahan 'inplant' didalam telinga.

Pada awalnya kanak-kanak ini mempunyai masalah sebutan yang kurang jelas tetapi lama kelamaan masalah ini dapat diatasi. Ini pula bergantung kepada sikap ibubapa. Sekiranya mereka tidak sabar atau cepat berputus asa masalah ini tidak akan dapat diatasi.

Lain pula dengan Wafeeqah dia juga dikategorikan dalam kanak-kanak yang agak lambat membaca. Bersekolah di sekolah rendah Wafeeqah masih tidak boleh langsung membunyikan huruf vokal pada pertama kali saya mengajarnya. Kini dia telah boleh menguasai gabungan sukukata ma, la, na dan bunyian vokal. Alhamdulillah rasa seronok mengajar mereka kerana didalam hati penuh dengan semangat dan kesungguhan.

Hari-hari saya hanya berkisar dengan kanak-kanak yang bermasalah didalam pembelajaran dan semakin lama saya bersama mereka dan dengan hadirnya pelajar-pelajar baru semakin terasa betapa masalah membaca semakin serius dinegara kita ini. Adakah kita sedar? Hanya orang-orang yang terlibat sahaja yang akan merasainya. Kerajaan...masyarakat dan ibubapa harus melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Jangan pandang remeh dan biarkan masalah bertompok dari tahun ke tahun dan lama kelamaan akan mendatangkan kerugian kepada bangsa dan negara. Kerajaan pula jangan membiarkan perkara ini begitu sahaja dan hendaklah bersikap terbuka dan telus didalam menangani permasalahan ini.

Sunday, June 5, 2011

Ini Bukan Kopitiam!

Apabila dunia tanpa Cahaya.. Semuanya akan bertukar wajah..
I'm the founder, creator, writer and teacher for Cahayaku.. I'll give light to people as much as I can
Mereka adalah pelajar yang sedang mengikuti Program Cahayaku
Insyaallah Cahayaku akan membuat mereka yang mengikuti program ini boleh terbang bebas daripada bebanan menguasai 3m
Aku akan sentiasa menunggu kedatangan mereka yang memerlukan bantuanku
Insyaallah akan ku terangkan dunia ini dengan Cahayaku daripada kegelapan... sifar 3m

Pudar? Malap? Membosankan? Muram? Suram? Bermacam-macam perkataan yang tergambar diminda anda sekarang ini apabila menatap gambar-gambar diatas dan dilahirkan melalui satu rasa yang dikatakan 'PERASAAN'.

Begitulah jiwa seorang kanak-kanak apabila mereka tidak pandai membaca. Hidup mereka jadi seperti gambar-gambar diatas yang sungguh membosankan. Bagaimana pula dengan pelajar sekolah? Tentulah ada dikalangan mereka dijadikan bahan ejekan kawan-kawan. Kasihankan! Sanggupkah seorang ibu membiarkan anak mereka menjadi bahan ejekan? Bagaimana pula si bapa yang telah bertungkus-lumus mencari wang untuk anaknya dan sudah berusaha menghantar anaknya kekelas tuisyen tetapi masih lagi tidak boleh menguasa 3m? Bagaimanakah pula tindakan pihak pendidik (sekolah)? Tanpa 3m ertinya banyaklah peluang tertutup baginya di masa hadapan! Tidak boleh membaca ibarat hidup didalam kegelapan. Cuba kita bayangkan sekiranya kita sendiri tidak boleh membaca apakah yang bakal kita alami dan rasai. Begitu jugalah dengan anak-anak ini. Tiada bezanya.

Dengan adanya sedikit cahaya dan warna akan memberi perubahan kepada gambar-gambar diatas dan jelas menunjukkan keindahan, keceriaan, kesempurnaan dan keyakinan yang akan menggambarkan satu rasa yang dikatakan 'KEPUASAN'. Begitulah juga kehidupan ini. Sekiranya anak-anak ini boleh membaca sudah jelas akan menunjukkan kejayaan yang bakal mereka kecapi dimasa akan datang. Untuk itu carilah CAHAYAKU yang akan memberi cahaya kepada kehidupan anak anda.....insyaallah.

Cuba perhatikan.. betapa indahnya sekiranya cahaya memenuhi ruang dan sudut.. Begitulah indahnya seandainya semua pelajar kita dapat menguasai 3m

Saturday, June 4, 2011

Borneo ke Boneo?

Saya Borneo.. Apa? ..Saya Borneo... Apa, maksudmu.. nama saya lisun borneo!
Sup daging atau sup ayam.. atau mee tiau dengan sup?
Kamik ada semua makanan baa.. mau apa baa?
Suami tersayangku melayani atau dilayani oleh jejaka tempatan..
Puff kereta pink ... macam tadika la...
Kalau nak tahu .. atas tompok-tompok awan tu kita boleh pijak.. cubalah

Friday, June 3, 2011

"special kids" berkaitan "kefahaman vs bacaan".

Salam pada semua blogger dan pembaca... hmm kali terakhir aku menulis diblog ini pada 5hb mei.. maaf ya.. sebenarnya aku terlalu sibuk mencari dan mengisi diri dengan bekalan abadi. Apakah bekalan itu? usahlah ditanya... kerana

Aku masih teringat akan janjiku untuk menulis mengenai "kefahaman vs bacaan" pada coretanku bertarikh 28hb April .. sebenarnya semasa aku tidak surf blog ini... jawapan telah terjawab dengan article yang ditulis oleh Pn. Chahaya sendiri.. hehehe.. contohnya tajuk2 ini :
  1. "Cicak jahat sebab tak pergi sekolah......"

    -ikuti cerita sekecil itu.

  2. "Muka-muka Ceria.... berangan ... Dihari Sukan."

    - perhatikan foto-foto pelajar.

Mungkin bagi kebanyakan manusia mengatakan perkara seperti ini adalah biasa.. budak2 memang suka berangan-angan.

  1. "Penulis Jemputan - Jurugambar Cahayaku"

    - didalam cerita shidi menceritakan mengenai telatah pelajar bernama shahrul.

Dan mungkin anda bertanya: Apakah kaitan dengan pelajar ini dengan murid tadika?
  1. "Batasan Bahasa........KELIRU?"

    - ikuti ceritanya.

Apakah pula kaitannya dengan article2 yang telah dinyatakan diatas?

  1. "Eh eh ...........Betul ke ni?"

    - video: amati intonasi serta perkataan yang diluahkan.

Dan mungkin juga para pembaca berkata: Apakah kaitannya dengan tajuk2 yang telah dinyatakan... Jawapanku... "sabar".
  1. "Anak Muridku "KETAGIH""

    - Cuba bayangkan apakah yang ada didalam diri pelajar2 sekolah itu.

  2. "Mana sukukatanya?"

    - Perhatikan video cara pelajar2 ini mengeja! Cuba bayangkan bagaimana mereka mengkoordinasi segala2nya dengan apa yang telah diterapkan pada diri mereka dengan menggunakan kaedah / sistem Cahayaku.

  3. "CIKGU......saya nak baca nak lawan ulfah."

    - Agaknya mengapakah dia mengatakan seperti ini?

Sebenarnya berangan-angan itu dalam istilah "doktor pakar kanak2" disebutnya "child talk". Ya, semua kanak2 akan melalui proses ini, sebagai rangsangan untuk diri sendiri, seperti bermain, bercakap dengan diri sendiri dan lain2 lagi. Bagi separuh kanak2 perkara seperti ini berlarutan sehingga sukar untuk mendidik mereka kerana keadaan ini sukar dibendung oleh diri mereka sendiri lantaran itu terabailah perkembangan moto halus dan terlebih kronik lagi ada dikalangan mereka sukar untuk menguasai bahasa, sosial dan IQ. Kes yang sering terjadi pada "special kids".

Berangan-angan itu adalah "power" imaginasi yang perlu dipisahkan dalam waktu2 tertentu. Contohnya seperti 1. Cicak Jahat dan 2. Muka2 Ceria

Didalam proses perkembangan pendidikan Cahayaku semua elemen2 ini diperlukan tetapi dialihkan cara bersantai tanpa disedari oleh pelajar untuk memupuk pelajar seperti yang tertera didalam cerita 1. Penulis Jemputan (Juru Gambar Cahayaku).. ikuti cerita Shahrul.

Didalam cerita 1. Batasan Bahasa.. ianya mengisahkan kefahaman dan penghayatan yang berbeza antara dunia pendidik dengan apa yang telah dididik sebab kanak2 tidak pernah memberi tumpuan. Dalam lain perkataan pepatah ini perlu diberi perhatian "Monkey see.. monkey do?" .. oleh yang demikian perlulah seorang pendidik meneliti apakah sistem yang digunakan untuk mendidik para pelajarnya.... Janganlah guna sistem "Chips More, Mamak Rojak, Sekejap bunyi..sekejap tidak, Hafalan sukukata"... Rosak generasi! Rosak Bangsa! Rosaklah Negara! Berlonggoklah para pelajar tidak dapat menguasai 3m. Jawabnya program linus ini sampai ke hari kiamat tak juga selesai... hehehehe.. Jangan marah.

Apabila pelajar telah mulai menguasai pembelajaran yang telah diterapkan jadilah seperti cerita.. 1. Eh eh.. betul ke ni? ... apabila proses ini telah menguasai diri pelajar akan berlakulah telatah2 yang aneh seperti.. 2. Anak Muridku ... Ketagih.. dalam lain perkataan "provokasi dan motivasi" itu akan berlaku pada diri mereka sendiri.... Allah Swt tidak akan mengubah sesuatu kaum kepada kebaikan sekiranya kaum itu tidak mahu berubah... "Setiap pelajar sangat memerlukan ciri2 ini untuk perkembangan diri mereka sendiri"... If you can't force them to follow you...join them.. then lead them!

1. Manakah sukukatanya? menunjukkan para pelajar menggunakan kembali kaedah berangan-angan tetapi kali ini... mereka bukan berangan .. mereka mengunakan kaedah bayangan minda untuk menggerakan IQ.. dalam lain perkataan mereka mengunakan "mata dalaman - visualization"... ops cukup2 tak boleh cerita banyak2 nanti habis maso den....

1. Cikgu... saya nak baca nak lawan Ulfah.. Sekiranya sifat ini berterusan bererti pelajar telah menggunakan sifat2 positif yang akan membuat mereka berjaya dimasa hadapan..

Sebagai rakyak M'sia kita perlu mendidik generasi kita sendiri... bagi mereka yang terlalu angkoh yang dah duduk bertahun-tahun dikerusimu dengan statusmu atau kelulusanmu atau ide-idemu atau program2 yang tak menjadi tu... tolonglah ketepi dan beri kepada insan2 yang tertentu pula... Seperti pepatah N.S: "Mengabihkan boreh aje".... hehehe...Kadang2 kedegilan kita akan merosakkan Negara, Bangsa dan Generasi! Aku pun dah tua tapi aku duduk ditepi...hehehe... cubalah faham pepatah ini... "Hanya jauhari mengenal manikam"... hehehehe... Jangan marah..

Seandainya gurauanku menyakiti hati orang2 yang tertentu... maafkan aku... hidup ini terlalu pendek... kadang2 bergurau itu membuat kita tersenyum untuk mengubat hati yang luka...
..... Dracer Musleh

Thursday, June 2, 2011

Lain Padang Lain Belalang


Mau beli ikan... boleh masak sendiri baa...
Bukan wajahku yang menjadi tatapan tetapi scuba junkie yang dibelakang tu...
Oh mak... inilah hidangan terbaik untuk tengahari ini... telan aje
Hai nasib, nasib ... nak makan apa eh.. eh.. bior aku lapor jelah...
Macam inilah pemandangan dibandar... jangan tanya lebih-lebih.. nanti menyesal...
Manalah tempat makan yang sedap ni... kaki dah letih berjalan ni...
wakaka... mana restoren yang sedap ni.. lapar, lapar
Hari ini kita jangan makan nasi... kita jadi Tarzan.. makan buah aje
Wakaka..goreng pisang, goreng pisang.. bolehlah substitute
Mengikut undian yang telah dibuat (boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai) Jejaka inilah yang paling ter-handsome di Semporna... Jangan tanya siapa dia...
Semporna ini aku punya baa.....

Tawau.....mesti pergi ke? Nak ikut atau tak nak...nak atau tak nak....itulah yang bermain difikiran apabila suami saya dijemput oleh kawannya untuk kesana. Saya mencadangkan agar Zahari ditemani oleh anak sulung saya tetapi kawannya mengesyorkan agar saya saja yang ikut. Alamak macammana ni sebab untuk pergi ke Tawau apalagi di kawasan pendalaman adalah satu perkara yang agak menyulitkan. Ini adalah kerana dari apa yang saya dengar makanan dan pengangkutan udaranya yang akan menjadi masalah. Pengangkutan utama mereka yang menghubungkan dari satu bandar kebandar yang lain adalah sebuah kapalterbang kecil yang amat menakutkan bagi diri saya dan percakapan mereka dengan gaya bahasanya juga akan menjadi sedikit masalah. Apapun kalau saya tidak cuba saya tidak akan tahu. Sememangnya saya adalah diantara orang-orang yang susah untuk faham akan bahasa-bahasa ibunda yang terlalu pekat seperti bahasa Terengganu, Kelantan dan beberapa daerah yang lain. Boleh faham sikit-sikit tetapi agak sukar.

Pada 29hb Mei yang lalu terbanglah saya dari Kuala Lumpur dengan pesawat MAS ke Tawau dan seterusnya ke bandar Semporna. Bila mengingatkan Semporna yang namanya sama dengan perkataan sempurna saya mengharapkan segala-galanya akan menjadi sempurna. Setibanya di Tawau saya menaiki teksi untuk ke Semporna dan memakan masa selama satu jam untuk sampai kesana. Sepanjang perjalanan saya hanya dapat melihat ladang kelapa sawit dikiri kanan jalan dan walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 petang tetapi suasana pemandangannya seperti jam 8.00 malam sekiranya dibandingkan dengan Semenanjung. Gelap dan tiada berlampu. Sungguh menakutkan kerana sekiranya terjadi apa-apa kepada teksi yang kami naiki siapalah yang akan menolong kami kerana sepanjang perjalanan saya hanya melihat beberapa buah kereta sahaja yang memotong. Untuk memecah kesunyian di sepanjang perjalanan pemandu teksi banyak menceritakan tentang buah-buahan yang ada di sekitar Sabah.

Sampai sahaja di Semporna kami dibawa oleh kawan untuk makan malam kerana sejak dari pagi saya hanya makan mee yang dihidangkan didalam pesawat. Dalam banyak-banyak makanan yang tertulis didalam menu saya memilih satay kerana pada saya ini adalah makanan yang paling selamat untuk dicuba. Saya tidak berani pesan banyak dan saya hanya minta 6 cucuk sahaja. Ini pasti sedap dan maklumlah perut saya dah pun berbunyi menandakan sudah terlalu lapar. Cuba dulu kalau sedap minta lagi. Sesampai sahaja satay diatas meja saya tergamam melihat saisnya yang terlalu kecil dan dihidangkan hanya dengan bawang dan kuah yang lebih menyerupai sambal belacan yang dicampur kacang. Saya cuba rasa dan faham-faham sajalah lain negeri lainlah cara masakannya dan memang agak susah juga bagi saya untuk menerimanya. Satu rasa yang amat pelik.

Keesukkan harinya saya ke sebuah restoran yang berhampiran dengan hotel untuk bersarapan pagi. Kali ini saya tidak berani meminta yang bukan-bukan. Memandangkan maggi mee ada disediakan jadi maggi meelah yang menjadi pilihan saya. Jika dilihatkan dari pemandangan di Semporna, sayur menjadi salah satu daripada tanaman mereka dan sudah pastinya murah. Jadi saya pun minta supaya lebihkan sayur untuk dicampurkan kedalam mee. Mereka mengatakan hanya ada sayur sawi sahaja dan sayur yang lain tidak ada kerana mahal. Sawi pun sawilah asalkan ada sayur didalam maggi mee saya tetapi yang saya terima adalah mee semata-mata. Semasa membuat pesanan mereka seolah-olah faham sambil mengangguk tetapi apa yang sampai tidak sama dengan apa yang kita minta dan agak susah juga kerana adakah mereka ini tidak faham dengan bahasa kita atau pun bahasa saya yang telah mengelirukan mereka. Samalah juga keadaannya di restoran-restoran yang lain. Lain yang dipesan dan lain pula yang datang. Berkali-kali saya terangkan ketika membuat pesanan dan pernah juga hanya empat kerat saja sayur sawi sais sebesar batang mancis dicampurkan kedalam mee. Adakah penduduk disini tidak suka makan sayur atau sememangnya sayur disini agak mahal.

Pada sebelah malamnya pula saya cuba untuk makan disebuah restoran yang lain dan kali ini saya minta roti telur. Terkejut saya kerana mereka tidak menyediakan roti telur. Apabila diajar cara untuk menyediakannya lalu mereka mengatakan itu adalah roti celup. Saya kata tak kira apa saja namanya dan saya minta disediakan untuk saya satu set. Seperti biasa mereka mengangguk dan pelayan itu pun menyampaikannya kepada orang yang membuat roti canai. Saya terdengar mereka bertengkar sesama mereka kerana tukang masak tidak tahu bagaimana caranya untuk menyediakan roti telur. Budak yang menerima pesanan terus mengatakan roti celup baa..roti celup dan tukang masak mengatakan tak tahu aku.....saya hanya tersenyum dan selama saya berada di Semporna saya tidak makan nasi langsung dan setiap maggi mee atau kue tiaw goreng yang saya makan tidak dapat dimakan bersama cili sos kerana kesemua restoran yang saya pergi tidak ada cili sos.....hairan dan mengingatkan kembali pengalaman saya di Mekah kerana disana pun tidak ada cili sos.

Empat hari di Semporna sungguh menyeronokkan walaupun selama empat hari saya langsung tidak menjamah nasi kerana lauk yang mereka sediakan di restoran tidak membuka selera saya dan setiap pesanan yang saya minta sungguh mengecewakan kerana tidak sama dengan apa yang dipesan. Adakah ini masalah bahasa kerana kebanyakkan dari mereka yang bekerja adalah dari Filipina. Cara masakan mereka juga jauh berbeza dari kita. Walauapapun keadaannya yang begitu mengelirukan namun sekiranya saya diberi peluang untuk ke Sabah sekali lagi insyaallah saya akan kesana lagi. Sempurna dan Tawau tidak menjanjikan apa-apa bagi saya namun saya seronok. Tentang bahasa memang agak susah juga bagi saya dan adakalanya saya tidak berapa faham dengan apa yang cuba dikatakan tetapi saya tetap angguk walaupun didalam fikiran cuba mencari-cari makna sebenar yang hendak mereka sampaikan.