Sunday, February 24, 2013

Detox body & soul

Dalam pos yang lalu saya telah bercerita mengenai kopi mata. Sebenarnya kopi tidak boleh memberi kesan apa-apa pun kepada kita tetapi ianya hanya sebagai asbab (cause and effect) sahaja. Rahmat dan Rahman Allah swt terlalu banyak, besar dan unik. Asbab itu tidak terlepas daripadaNya. Memahami hakikat ini kita katakan, "Sesungguhnya Allah swt yang menjadikan sesuatu penyakit dan sekiranya bertepatan dengan ubat dengan kehendakNya juga penyakit itu akan sembuh".

Ada orang yang mengambil kopi-mata hanya beberapa "sachet" (uncang) sahaja, sudah memberi kesan yang positif tetapi ada pula yang sudah minum berkotak-kotak kopimata tapi masih tidak memberi kesan! Kenapa?

Rahsianya senang aje, check toksin dalam badan! Untuk mengetahui kehadiran toksin pun senang aje! Kalau badan kita selalu saja sakit-sakit seperti pening, panas tidak menentu, bengkak kaki, sesak nafas dan lain-lain lagi bermakna ada kehadiran toksin didalam badan kita. Sekiranya badan anda terlalu banyak toksin sudah pastilah kesan kopi ini agak lambat memberi kesan dalam lain perkataan anda terpaksa DETOX diri anda dulu untuk membuang toksin ini.

Detox cara senang ialah minum "teh detox". Berapa lama? Biasanya lebih kurang seminggu. Setelah itu barulah minum kopimata semula. In sya Allah kesan yang diharapkan akan dialami. Kalau ingin tahu dengan lebih lanjut message saya di www.facebook.com/educahayaku.

Kopi Mata & Teh Detox

Suami saya selalu berkata, kalau fizikal kita ada toksin bagaimana pula jiwa kita? Mengikut pendapatnya, purata pelajar-pelajar sekolah yang tidak boleh membaca dan mengeja mengalami "inferiority complex". Toksin inferiority complex ini tidak boleh dibuang dengan "teh toksin" tetapi carilah pengajar-pengajar yang tahu caranya.

Bagi kami, Educahayaku telah lama menyedari kehadirannya. Kami perkemaskan lagi Sistem Cahayaku  dengan ciri-ciri bagi mengatasi gejala-gejala ini sehinggakan awalan pembelanjaran ( a, e, i, o, u) didalam Sistem Cahayaku, kami boleh mengenal pasti akan keupayaan EQ, IQ, pergerakan moto halus, pendengaran, pemandangan, nafas, kehendak, keupayaan kefahaman susunan perkataan malahan cara untuk mengkoordinasinya dikalangan para pelajar.

Tidak dapat dinafikan ada juga dikalangan guru-guru yang mengikuti kursus Cahayaku masih tidak berupaya mengajar sistem ini dengan sempurna disebabkan sistem ini terlalu berlainan daripada yang pernah mereka pelajari tetapi berikan sedikit masa untuk mereka dan pepatah ini mungkin terbaik untuk mereka: "practise makes perfect!".

Suami saya pernah juga bercerita ada dikalangan guru-guru (pelajar-pelajarnya) yang "tebal" dengan "toksin jiwa" tetapi segala-galanya akan berakhir sekiranya mereka menyedari "amanah, jujur, ikhlas dan sifat-sifat positif". Tambahnya lagi andaikata sifat-sifat murni itu tidak juga timbul ketika mengajar, maka kata-katanya "masa kecil tak mampus bila besar menyusahkan orang lain!" 

Kalau didengar sepintas lalu sememangnya kata-kata itu terlalu kasar tetapi kalau diteliti sememangnya baik kerana mereka yang seperti ini akan merosakkan generasi, negara dan agama! Walau bagaimanapun saya berdoa dan berharap agar perkataan "Detox" dapat mengajar kita semua kearah kebaikan seperti tajuk diatas.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...