Friday, March 9, 2012

Tabika Perpaduan Negeri Selangor

Menakjubkan......baru mula pada 10.2.12 dan sehingga ke hari ini 9.3.12 pelajar-pelajar ini sudah boleh menguasai teknik mimik cahayaku. Tahniah kepada cikgu yang mengajar.....ANDA BERJAYA dan mereka juga sudah ketagih MEMBACA.





Amanah - diri, ANAK, makan & ILMU.

Kita sedia maklum bahawa anak-anak adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah swt untuk kita menjaga, mendidik dan macam-macam lagi untuk mereka. Sekiranya kita tidak menunaikan kerja-kerja itu bererti diri kita tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Apakah ertinya  kita sebagai penerima amanah? Semasa mengasuh anak-anak ada dikalangan manusia yang hanya memberi sebahagian "keperluan" sahaja kepada anak-anak mereka. Ibubapa seperti ini hanya mementingkan soal fizikal sahaja tanpa memberi "suapan makanan masa depan" anak-anak itu sendiri. Didalam dunia serba moden ini anak-anak bukan sahaja memerlukan makanan fizikal tetapi juga makanan berupa berbagai-bagai ilmu untuk menjamin masa depan mereka. Didalam mencari ilmu anak-anak tersangat memerlukan keupayaan "mahir membaca". Sekiranya mereka tidak tahu membaca bererti kanak-kanak itu hilang sebahagian daripada "makanan" keperluan mereka. Berupaya membaca bererti mereka berupaya menimba ilmu! Malah ada juga dikalangan pengusaha / pendidik yang tidak mengambil pusing kepentingan ini! Pihak ibubapa perlulah teliti mengenai personaliti individu-individu ini dan hindarkan anak-anak kita daripada mereka! Jadikan diri kita "bagaikan memilih beras didalam bijian pasir"!

Dewasa ini ramai ibubapa yang bekerja untuk menyara famili oleh yang demikian anak-anak mereka dihantarkan kepada pendidik prasekolah. Tugas pertama ibubapa memastikan anak-anak mereka dihantarkan kepada para pendidik yang benar-benar boleh mendidik. Seorang pendidik mungkin boleh mendidik dengan baik tetapi sekiranya sistem yang dimiliki tidak bagus sudah pastilah hasilnya tidak memberangsangkan. Sistem manakah yang baik untuk anak-anak kita... mungkin jawapan sudah ketara daripada video yang dipamerkan. Video itu terdapat anak-anak yang membaca bukan komen-komen daripada ibubapa atau pendidik! Kalau setakat komen ibubapa atau orang dewasa, sudah tentu kita boleh "upload-kan" yang terbaik aje!
Makanan fizikal yang enak untuk anak-anak kita. Makanan minda dan jiwa?
Perhatikan kanak-kanak down sindrom ini. Dia boleh menguasai vokal a dan e. Ini adalah asas makanan minda yang diperlukan untuk masa depan.

Wednesday, March 7, 2012

Cikgu Hebat......Anak murid emmmm!

Hari ini 7hb Mac 2012 saya mula mengorak langkah ke tabika-tabika perpaduan di seluruh Negeri Selangor untuk membuat pemantauan. Kawasan yang saya pilih untuk membuka tirai pada kali ini ialah Tabika Perpaduan Seksyen 16 Shah Alam. Nama guru ialah Hairizah bt Mahmood. Jumlah murid 32 orang dan mula menggunakan buku Cahayaku pada 28/1/12.

Seperti biasa Cahayaku adalah satu sistem yang sangat mudah untuk di implimentasikan. Hasilnya kesemua pelajar beliau boleh mengikuti sistem ini cuma seorang kanak-kanak sindrom down baru sahaja menguasai vokal a dan e. Saya sempat juga mengajar 5 orang pelajar dan kesemuanya ok dan mengikut kata beliau ada yang sudah ketagih.Seorang pelajar disleksia yang masih lagi dibawah pengawasan doktor sudah pun boleh mengikuti kaedah ini. Menurut cikgu Hairizah pada tahun lepas dia langsung tidak boleh membaca walaupun sukukata yang mudah. Bak kata orang zero lah tu tapi pada kali ini dia dah menampakkan minat dan sudah boleh menguasai sukukata di mukasurat 12 buku Cahayaku 1. Cikgu Hairizah memang seorang guru yang berdedikasi. Teruskan dengan usaha anda yang gigih itu dan insyaallah tidak lama lagi pelajar-pelajar anda bakal membaca surat khabar.

Pemantauan saya yang kedua ialah di Tabika Perpaduan Taman Batu Tiga Shah Alam. Nama guru Norijah binti Ahmed. Jumlah murid 29 orang. Mula menggunakan buku ini pada 14/2/12. Masa yang diambil ialah 30 minit sahaja dan satu minggu 3 kali murid-murid itu membaca. Cikgu mengatakan cahayaku adalah satu sistem yang mudah dan dapat membantu kanak-kanak membaca dengan cepat. Wow......seronok saya rasa apabila melihat kanak-kanak ini boleh menguasai sistem cahayaku dengan cepat.

Kepada guru-guru tabika perpaduan di kawasan-kawasan yang lain insyaallah tidak lama lagi saya akan sampai ke tempat anda.


Saturday, March 3, 2012

Ingin jadi CIKGU......

Khuzairy 16 tahun dari kelas Pendidikan Khas telah dikategorikan sebagai pelajar OKU. Menurut laporan doktor setelah diuji berdasarkan garispanduan bagi masalah perkembangan kanak-kanak dia dikatakan mengalami 'moderate mental retardation with speech disabilities'. Memang dia tidak berapa pandai bercakap.

Bila memandang wajahnya memang menampakkan usianya yang sebenar tetapi bila anda mendekatinya dia adalah seperti kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Usia fizikal tidak sama dengan usia mental. Kurang bercakap kerana kurangnya vokab. Khuzairy tidak pernah memberikan masalah kepada saya ketika saya mengajar. Budak yang baik, mendengar kata dan kalau tanya satu soalan dia akan jawab satu sahaja. Bila ditanya tentang cita-citanya dia ingin menjadi seorang cikgu. Ramai juga budak OKU yang telah saya didik dan rata-rata memang mereka suka menjadi seorang guru. KENAPA? Satu soalan yang tiada jawapan.

Walaupun dikatakan 'Mental Retardation' tetapi dengan sistem cahayaku dia telah menunjukkan satu progres yang amat membanggakan kerana dia sudah boleh menguasai beberapa sukukata dan boleh membaca teks-teks yang mudah. Bagi diri saya pula saya amat mengkagumi akan sikap ibunya yang mementingkan pelajaran anak-anak. Walaupun Khuzairy dikatakan OKU dia tetap memberikan sokongan. Bagi Khuzairy pula buat masa ini dia tidak boleh lagi membaca cerita ini kerana dia belum lagi menguasai Buku 2 cahayaku. Insyaallah satu hari nanti apabila dia sudah pandai membaca saya ingin sekali melihat dia membaca penulisan saya ini. Saya ingin dia berjaya seperti anak-anak lain. Kejayaan dia adalah kejayaan saya walaupun sudah ramai budak istemewa yang berjaya membaca dengan cahayaku tetapi dia adalah lain.......

KHUZAIRY CIKGU TAHU KAMU BOLEH!