Saturday, October 27, 2012

Masa Tetap Berlalu........

Masa adalah sesuatu yang sangat berharga tetapi ramai manusia dibumi ini tidak menghiraukannya. Setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun yang berlalu dan apa yang telah berlaku ketika itu telah  menjadi sejarah hidup buat kita.! Seperti yang kita tahu, masa yang lalu tidak mungkin berulang kembali. Masa itu emas. Demi masa manusia itu sentiasa didalam kerugian. Adakah saya, anda dan sesiapa saja sentiasa berada didalam kerugian? Sama-samalah kita hayati akan masa-masa yang telah kita gunakan setiap hari.

Andaikata kita ulangi sesuatu yang sama dengan apa yang telah berlaku ianya tetap tidak serupa kerana untuk kali keduanya sudah pasti ada perbezaan pada usia, EQ and IQ! Sejarah itu adalah satu masa yang telah berlalu dan tidak mungkin berulang lagi. Oleh itu ramai yang menjadikan sejarah sebagai tauladan atau pengajaran buat kita dimasa hadapan.

Untuk mereka yang berakal akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Mereka sentiasa memelihara diri mereka termasuklah tingkah-laku, perkataan, pergaulan dan yang pastinya mereka sentiasa memelihara EQ & IQ mereka!

Seperti yang telah dikatakan, ganjakan masa akan mengubah kita seperti rupa, kulit, wajah, persekitaran, pergaulan, pakaian tetapi yang paling mustahak ialah EQ dan IQ kerana kedua-duanya akan menjuruskan kita kepada kematangan beragama dan cara kita mengharungi hidup dimuka bumi ini.

Suami saya telah berulang-kali berpesan seperti di dalam blog ini secara ringkas (video) yang bertarikh December 14, 2011 yang bertajuk "Pesanan Penyelidik"...... Rumusannya seperti ini "Masa, Kenangan & Kepastian Akan Membawa Kita Akhirnya Bertemu Dengan Rabbul Alamin!" 

Pernahkah anda terfikir apakah tujuan anda dihidupkan dimuka bumi ini? Kenapa kita merasakan jiwa kita kosong?  Kenapa masa yang berlalu kita biarkan begitu sahaja. Macam-macam jawapan yang akan timbul di dalam fikiran kita. Bagi saya untuk mengatasi masalah ini kita mestilah pandai menggunakan masa sebijak-bijaknya. Bukan hanya untuk mencari duit atau bekerja sebaliknya kita mestilah mengisinya kearah keagamaan dengan beramal dan beribadah. Jauhkan yang dilarang oleh agama dan kerjakan apa yang disuruh barulah masa anda terisi dengan sempurna disamping melakukan urusan harian anda.

Wajah dan fesyen saya ketika berusia 17 tahun.

Saya bersama dengan sahabat baik saya arwah Silawati dan Norhashidah Ismail.

Kami di Hari Konvokesyen Universiti Kebangsaan pada tahun 1979.

Mereka tetap di dalam ingantan Form 5 sc 2.

Saya di Pusat Tuisyen Saujana, Kuala Lumpur.

Ketika berjogging bersama dengan Junainah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Saya sedang dipujuk oleh seorang rakan. Merajuklah tu........

Bergambar di pokok kulit kayu manis di belakang sekolah.

Kadang-kadang pergaulan kita dipenuhi oleh kanak-kanak (normal & special). Perhatikan betapa mesranya kanak-kanak ini dengan saya!

Kadang-kadang situasi kita lebih kepada menunjuk ajar, berceramah dan berleter sahaja.

Ada juga dimana kita berkongsi pendapat dan mendengar permasaalah mereka serta menyelesaikannya.

Kadang-kala situasi kita agak berlainan daripada biasa!

Inilah saya sekarang. Gambar ini diambil pada tahun ini sekitar Julai 2012 di sebuah Tabika Perpaduan di Putrajaya.

Pernahkah anda terfikir bahawa masa hanya merubah wajah, usia dan kematangan fikiran tetapi sebaliknya apa yang ada dihati anda tetap sama. Dizaman kanak-kanak anda dan sekarang perasaan yang ada tetap serupa cuma tahap kematangannya sahaja yang berbeza......Rasa sakit, marah, menangis, geram dan lain lain lagi semuanya sama bukan? Yang membezakannya ialah kini kita lebih matang untuk mengendalikannya namun impak dan rasanya tetap sama. Saya dulu dan saya sekarang tidak banyak berbeza dari segi perasaan. Yang berubah hanyalah fizikal dan akal fikiran sahaja.....Disaat-saat saya melewati umur setengah abad ini, saya merasakan bahawa hidup ini terlalu indah sekiranya kita tahu untuk menghargainya. Tidak kira berapa banyak dugaan yang datang, saya yakin Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu diluar kemampuannya. Masa lah penentu segala-galanya. Bagi saya setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya. Kini saya hanya menunggu masa untuk mendapat ganjaran dari setiap cubaan dan cabaran yang Allah berikan kepada saya. Ganjaran yang saya bakal terima akan mencetuskan satu tajuk lagi didalam blog ini seperti yang telah saya katakan iaitu 'GAME.....SATU TITIK NOKTAH'.........pencarian saya masih belum berakhir. Apakah yang saya cari akan saya ceritakan kepada anda nanti......TUNGGUUUUU......

Wednesday, October 24, 2012

Limau?

Saya sudah hidup lebih daripada setengah abab. Hampir semua buah tempatan saya tahu namanya. Kalau buah limau ada bermacam-macam jenisnya dan hampir kesemua rakyak Malaysia mengenalinya. Percayakah anda ada sejenis limau ditempat kita ini yang masih tidak diketahui ramai?

Buat pertama kali saya memandang dan memegangnya saya agak terkejut dan tidak percaya! Rupanya banyak nama limau yang saya tak tahu dan tidak pernah lihat.


Yang ini limau nipis.
Limau purut.
Limau kambing.
Limau lelang.

Tuesday, October 23, 2012

Kedamaian Yang Tidak Damai!

Biasanya "land scape" yang tersusun rapi dan pepohon yang hijau serta udara yang nyaman akan membuatkan kita terasa aman, damai dan tenang tetapi kali ini kedamaiannya tidak "menjadi"!

  Kebun teh di Cameran Highland.
  Deretan pokok teh yang telah dipetik daunnya.
  Keindahan!
 Kedamaian!
  Pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan kehijauan pepohon teh yang segar dikawasan ini.
 Puk, puk... disaat segala-galanya sunyi dan damai tiba-tiba berderai keriuhan suara yang memecahkan kedamaian!
 Keh, keh, keh... semua mat saleh dan minah saleh terpaksa "turun" jip! Kecoh, kecoh!
 Inilah yang leceh! Jalan sempit, dahlah tu licin pulak!
 Nak tolak tak boleh sebab tayarnya dah termasuk longkang!
 Perhatikan pelancong-pelancong ini... sesuatu yang diluar dugaan! Mungkin mereka berkata, "Oh my God, wasting our time standing here!"
 Ramai orang sibuk memerhatikan keriuhan yang sedang belaku sedang pemandangan yang indah tetap berada disitu!
 Jip pelancong dijadikan bahan untuk menyelesaikan masalah.
 Malang tidak berbau... keindahan yang dicari tetapi kesukaran yang tidak diundang pula yang mengunjungi!
 Pemandangan disini amat tenang tetapi manusia yang berada disini tidak tenang!
Satu lagi masalah! Bagaimana hendak mengatasi "Jem" dijalan yang sempit ini! Terpaksa berjam-jam pula mereka mencari penyelesaiannya...jangan sampai ada lagi kenderaan lain yang tersangkut dilongkang!
Disebabkan pemandangan diatas tidak dapat memberi ketenangan, saya muatkan foto ini semoga kita tenang dan damai kembali....hehehe

Monday, October 22, 2012

It's Hard?

Kebiasaannya apabila foto kita hendak dirakamkan, kita mesti sudah bersiap sedia untuk berposing. Posing bukannya sesuatu yang susah untuk melakukannya. Posing pula melibatkan gaya yang tersendiri. Kadang-kadang gaya yang kita pamerkan akan membuat orang lain tertawan, terpegun dan tidak kurang pula membuatkan mereka tertawa!

 Saya berposing bersama-sama dengan guru-guru JPNIN.
Cara orang Arab berposing sebagai satu keluarga. My Arab's family.
 Posing dekat pokok berduri. Posisi kita mestilah berjaga-jaga, kalau tidak tersusuk duri!
 Posing anak-anak Tadika Cahayaku.
 Posing khas daripada Hani (Pelajar Tadika Cahayaku). Sungguh bergaya... Almaklumlah beliau boleh membaca B.M dan B.I dengan fasih!
 Posing kanak-kanak JPNIN, Selangor. Beliau boleh membaca B.M dengan baik.
Posing pelajar JPNIN, Selangor. Beliau juga boleh menguasai bacaan dalam B.M dengan lancar. Ini kata-katanya: "I can read too! Take my photo please.."

Sudah dikatakan seperti diatas bahawa berposing bukannya susah! Tapi perhatikan pelajar Tadika Cahayaku ini! Dalam beberapa saat sahaja beliau sudah berubah posisi. Omak oi payahnya untuk merakamkan foto pelajar ini. Hehehe... En. Rusdi (Juru Kamera) menggunakan "high speed" untuk merakamkan foto ini! Hmm, maaf posisi yang diharapkan tidak dapat dirakamkan!


 
 This is my style, ok!
 Should I move my hands like this?
 Aaaah, my style and my way! Don't say anything or ask me to do your way!
Ok, snap quickly before I make my move!

Fesyen Kehidupan.

Fesyen - Ramai akan membayangkan mengenai cara kita berpakaian sahaja. Bagi saya fesyen sebenarnya ialah pakaian, rambut, kasut, kenderaan, kehidupan, percakapan dan lain-lain lagi. Fesyen paling serius ialah menghiasi EQ dan IQ manusia.

Bagi saya perubahan pada EQ dan IQ adalah sesuatu yang mustahak yang perlu diberikan perhatian oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Banyak pendapat mengatakan bahawa EQ dan IQ bermula daripada pengaruh fakta persekitaran. Mungkin betul mungkin tidak!

Seseorang tidak mungkin akan terikut-ikut dengan anjakan (perubahan) cara berpakaian sekiranya dia tidak "berkenan" mengenainya. Berkenan sama juga istilah dengan "suka". Perkataan suka adalah salah-satu daripada nilai EQ. Sekiranya "suka" sudah terlekat dihati kadang-kadang nilai "suka" ditapis pula oleh IQ. Disinilah baru fakta persekiran boleh dikaitkan.

Contohnya, seseorang menyukai fesyen-fesyen (material) yang tertentu tetapi memerlukan perbelanjaan yang besar sudah pasti IQnya akan menyekat dirinya daripada memiliki fesyen itu. Penapisan yang dilakukan oleh IQ demi menjaga dirinya daripada bakal mengalami kesusahan. Penapisan IQ seperti ini barulah dikatakan fakta persekitaran. Didalam ertikata lain bahawa persekitaran tidak akan menjadi fakta utama sekiranya nilai EQ ("berkenan") tidak timbul.

Anak-anak dewasa ini tergila-gila atau teruja dengan satu aliran fesyen moden yang melibatkan secara lahiriah dan batiniah (EQ & IQ). Bagi saya perubahan ini tidak menjadi masalah sekiranya perubahan itu membawa kepada kebaikan tetapi jika sebaliknya (negatif) perlulah ibubapa ikut "campurtangan"!

Sumber daripada Cahayaku

Jejaka moden bergaya dengan fesyen yang agak "outstanding". Terima kasih Zali kerana membenarkan kami merakamkan foto ini.


Saya "waduh maco juga cara fesyen ini, ya!" Zali " Maaf kak, Zaman lama telah berlalu! Ini zaman moden! Zaman dulu orang naik kuda atau unta tak bolehlah pakai macam ini!". 
 Apa macam potret yang terdapat pada beg saya ini, alright tak?
 Hmm.. inilah dia rupa helmet saya, kak... lukisan & text-nya agak lain daripada yang lain kan! Menarik tak?
 Kalau saya berfoto macam ini, nampak macam "warrior" zaman moden tak?
 Hmm.. Zaman dulu orang naik kuda! Ini zaman moden dan ini adalah "kuda" saya... Orang Negeri Sembilan kata, "kudo bosi tu!"
 Kuda moden ini boleh berlari laju dan kencang dijalan raya dan boleh "mencelok-celok" tapi selamat...
 My horse don't eat tapi minum aje...minumannya mahal tau... sebab dia minum petrol... puff petrol naik pulak tu harganya...
"My super iron horse and me... what say you?"