Sunday, May 15, 2011

Cicak jahat sebab tak pergi sekolah......


Nama: NURUL  SYUHADA SYAFIA bt Syaifulnizam. Tarikh Lahir: 9 Feb 2008 ini bermakna dia baru berumur 3 tahun 3 bulan. Petah bercakap dan sungguh menyeronokkan bila berbual dengannya.

Baru memasuki kelas cahayaku pada 7hb Mei 2011 dan hari ini 14hb merupakan kelas yang kedua yang diikutinya. Sudah menguasai vokal, diftong dan sukukata ma, mi, mu dan mo. Pada saya dia memang seorang kanak-kanak yang senang dibawa berbual.

Saya memanggilnya Syuhada. Dia tidak pelat dan sering menceritakan tentang kisah-kisah yang terlintas di fikirannya. Hari ini dengan tiba-tiba dia telah menceritakan tentang cicak yang membuangkan najisnya dikepala atuknya. Kata Syuhada cicak tu jahat. Jahat sangat. Bila ditanya kenapa cicak tu menjadi jahat dia terus menjawab dengan mengatakan kerana cicak itu tidak pandai membaca. Saya tanya lagi kenapa cicak tidak pandai membaca. Jawabnya kerana tidak kesekolah seperti Syuhada. Geli hati saya bila mendengar kata-katanya. Cicak tu cikgu tak pandai cakap pun......dia meluahkannya dengan penuh perasaan.

Saya menjadi semakin seronok melayannya berceloteh. Syuhada termenung sekejap mungkin sedang mencari-cari atau cuba mengingati segala macam peristiwa atau sedang munyusun ayat untuk bercerita lagi. Mikail katanya. Kenapa pula dengan Mikail saya pun ingin tahu dengan lebih lanjut lagi. Mikail tu hansemmmmm....dan abang Amir tak hansem. Baru berumur 3 tahun sudah pandai menilaikan orang disekelilingnya atau dia pernah terdengar perkataan hansem dari orang lain dan cuba untuk menggunakannya. Siapa Mikail tanya saya. Katanya Mikail berumur 3 tahun dan adalah kawannya.

Tiba-tiba perbualan saya terhenti kerana diganggu oleh tangisan Ahmad Nabil seorang kanak-kanak lembam. Entah kenapa hari ini dia menangis sambil memanggil mama.....mama. Suhaida terus menyapa Nabil dan berkata jangan nangis nanti tak pandai. Budak yang menangis ni budak jahat. Nanti jadi macam cicak. Saya ketawa dan terus ketawa kerana cicak masih lagi bermain di minda Syuhada. Itulah yang dikatakan kanak-kanak. Kalaulah saya diberi peluang untuk memutarkan kembali masa. Saya akan pilih ZAMAN KANAK-KANAK yang penuh dengan imiginasi. SERONOKNYA!!!!!


No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...