Friday, March 29, 2013

Krew TV dan Sebelum Sessi Bermula


 Sebahagian krew TV yang sedang bertugas pada sessi ini.
Hampir kesemua krew TV sentiasa berkomunikasi secara "cordless" antara mereka untuk menjayakan sesebuah rancangan. Terdapat beberapa buah kamera dan TV yang sentiasa diawasi oleh krew-krew ini.
 Salah seorang guru ini akan dipilih untuk mewakili tabika perpaduan Negeri Selangor untuk membimbing kedua-kedua kanak-kanak ini nanti secara "Live".
 Tuan Haji Halim sedang menunggu gilirannya. Hmm... Andakata sekiranya Tuan Haji Halim tidak mahu kedepan kemungkinan akan di ambil alih oleh En. Razi agaknya... hehehe
 Setiap saat masa berdetik begitu juga dengan detik-detik debaran hati kian menjadi-jadi.
 Omer Niaz graduan psikologi (Pembantu Penyelidik Cahayaku) sedang memerhatikan persekitaran di lokasi didalam studio ini. Mungkin ini sesuatu yang baru untuknya mengkaji para tetamu TV mengatasi IQ demi menjaga EQ.
 Pesanan terakhir dari saya untuk mereka.
 Kilauan cahaya lampu didalam studio sekiranya kesemua lampu dinyalakan.
 Kesemuanya sedang mendengar dengan penuh perhatian akan kata-kata saya atau mungkin debaran sudah membuat mereka tidak dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan.
 Inilah ibubapa Auni. Mungkin mereka pun sedang berdebar bagaimanakah tingkahlaku anak mereka ketika sessi bermula.
Perbincangan terakhir diantara En. Ruzaini (Educahayaku), Tuan Haji Halim dan Cikgu Hairizah beberapa minit sebelum sessi bermula.

Sessi Make-up.


 Pengarah Perpaduan Negeri Selangor Tuan Haji Halim dimake-up. Suka atau tidak setiap orang yang terlibat dalam rancangan ini mesti dimake-up!
 Giliran Cikgu Hairizah dimake-up pula. Yang pastinya make-up ini mengikut cara mereka bukan cara kita sendiri.
Giliran Cikgu Hasnah.
Keh keh keh keh... agaknya pelajar ini berkata dihati... alahai apalah nasib aku!





Saturday, March 16, 2013

Sessi Berfoto & bersama Juruacara TV

Ini foto kenangan bersama-sama dengan juru acara TV ketika kami di studio sebelum sessi kami bermula untuk rancangan "Nasi Lemak Kopi O"
Ini dua pelajar Ayie dan Auni dari tabika perpaduan yang dipilih oleh guru masing-masing untuk mewakili keupayaan kanak-kanak pra-sekolah membaca B.M dan B.I dengan menggunakan Sistem Cahayaku.
Saya, Cikgu Hairizah dan cikgu Hasnah bersama pelajar mereka dari daerah Sri Petaling dan daerah Hulu Langat. Kedua-dua daerah ini dipilih oleh pihak atasan Perpaduan sendiri. Saya berharap tabika-tabika daerah lain akan dipilih juga dimasa akan datang.

Monday, March 11, 2013

Dunia Disleksia




Inilah yang dikatakan disleksia! Perhatikan susunan abjad yang sedang ditulisnya dan bandingkan dengan abjad yang berada dibawah!

Perhatikan gambar diatas sudah tentu semua mereka didalam dunia pendidikan akan mengatakan pelajar ini disleksia. Bagi guru-guru yang mengajar Sistem Cahayaku untuk mendidik kanak-kanak seperti ini tidak akan timbul sebarang masalah. Sekiranya pelajar itu hanya mempunyai masalah disleksia sudah tentulah terlalu mudah untuk guru mengajar. Kebiasaannya pelajar-pelajar disleksia akan mempunyai beberapa ciri-ciri lain seperti hyperaktif, 'tentrum' atau lain-lain lagi.

Guru Cahayaku yang mahir dengan Sistem ini akan mencari ciri-ciri "special" yang lain didalam diri pelajar. Apabila pengajar sudah dapat mengesan serba sedikit ciri-ciri tersebut, maka mudahlah untuk dia mengajar.

Disleksia bukan sahaja melibatkan penulisan terbalik atau kecelaruan bentuk abjad "b dan d" atau yang lebih teruk lagi akan bercelaru "b, d, p dan q", memakai selipar secara terbalik juga adalah tingkah laku disleksia. Sukar untuk memastikan tangan kanan atau kiri dan sukar juga untuk mengkoordinasikan bentuk abjad, buyian abjad dan nama abjad. Para dyleksia juga sangat sukar untuk mengeja dengan betul atau membina susunan ayat dalam penulisan.

Disini saya tuliskan beberapa ucapan para disleksia, "bersin" akan disebut sebagai "semerin". "Sepatu" akan disebut sebagai "tusepe" atau "tuse" dan pelbagai-bagai sebutan yang aneh-aneh akan terkeluar didalam ucapan mereka. Ada juga dikalangan mereka tidak dapat menentukan arah seperti "timur, barat, utara atau selatan".

Bagi saya dyleksia tidak boleh diubat tetapi mereka perlu diajar dengan cara bagaimana untuk  menganalisakan paten pemikiran mereka sendiri serta memahami dengan apa yang mereka pandang serta dengar dan memproseskan maklumat yang diperolehi sebelum meluahkan pendapatnya. Purata kefahaman mereka akan terbalik daripada manusia biasa.

Kalau tidak diajar atau dibetulkan sudah pasti ucapan-ucapan yang sering-kali kita terdengar seperti ini: "Lain yang dicakap lain pula yang dibuatnya!" atau "kita cakap lain tapi dia faham ikut lain!". Kebiasaanya ucapan-ucapan seperti ini akan mengudang pergaduhan dan yang lebih malang lagi sekiranya disebelah pihak mempunyai ciri-ciri tentrum!

Adakah mereka-mereka ini bodoh atau degil atau tidak peka? Sebelum anda menjawab soalan ini, fikir-fikirkan dahulu. Tahukah anda bahawa ide "software window" atau "microsoft" itu dicipta oleh seorang lelaki disleksia? Cukuplah sekadar ini saya menceritakan mengenai dunia disleksia yang saya petik daripada kajian penyelidik Cahayaku.