Tuesday, June 7, 2011

Asyik Asyik Dia...dia dan dia lagi...

Jangan putus asa walaupun hilang sebahagian daripada pendengaran dan tidak mestinya kita tak boleh menguasai 3m
Bermula pada 18hb Mei dan hari ini 2hb Jun. Kalau hendak dikirakan baru beberapa hari kelas cahayaku bermula dan dalam seminggu hanya 4 hari sahaja dan boleh dikatakan ramai juga yang dah ketagih. Ada yang tak sabar-sabar nak masuk kekelas dan sanggup meninggalkan ujian penggal mereka.

Ingat lagi semasa mula-mula kelas ini dijalankan dimana pada hari kedua hanya 2 orang murid sahaja yang datang awal manakala yang lain akan datang kemudian dan tidak hairanlah ada yang datang sewaktu kelas dah nak tamat. Dalam hati saya berkata hanya tunggu masa sahaja dan nanti dalam beberapa hari lagi pasti akan ada yang datang awal dan lama kelamaan bukan cikgu lagi yang menunggu murid tetapi murid yang akan menunggu cikgu. Menjadi kebiasaan untuk kelas cahayaku dimana apabila sampai disaat ketagihan mereka akan berebut-rebut untuk membaca dan tidak hairanlah kalau asyik dia....dia dan dia lagi.

Semalam 2hb Jun meyaksikan beberapa orang murid telah masuk buku 2 dan ada yang sudah membaca akhbar. Saya merasa sungguh terharu kerana ada yang mengatakan bahawa dia sudah pandai membaca dengan sistem yang paling mudah ini. Mana yang datang lambat sudah mula datang awal, nampak keyakinan diri sudah mula timbul dan adanya rasa tanggungjawab didalam diri dimana buku tulis yang bertaburan dikutip dan disusun semula diatas meja. Itulah kejayaan bagi saya apalagi bila melihat tulisan sudah mula cantik dan kemas.

Minggu depan tidak tahu lagi samaada saya dapat turun untuk mengajar mereka atau tidak kerana kemungkinan besar saya akan ke Kota Kinabalu pula pada kali ini. Wajah-wajah yang penuh dengan pengharapan akan sentiasa berada dimata saya kerana selama beberapa hari ini dari pukul 11 pagi sehinggalah jam 1 tengahari saya akan bersama mereka kecuali pada hari Jumaat. Setiap kali mengajar mereka akan terasa betapa sebaknya didalam dada ini melihatkan keadaan mereka yang datangnya dari keluarga yang susah sehinggalah sederhana dan diri mereka sendiri telah menunjukkan dari golongan manakah penghidupan mereka. Melihat mereka teringat di zaman persekolahan saya kerana saya sendiri bukanlah datang dari keluarga yang senang. Janji saya akan saya suntikan semangat ingin mencapai kejayaan dimasa akan datang....Insyaallah.

Hafiz.....seorang pelajar yang hilang pendengaran dan akibat dari ini pertuturannya agak terbatas dan tidak jelas. Saya difahamkan bahawa ibunya juga mempunyai masalah yang sama. Mengikut kata cikgu Hafiz diberikan perhatian secara individu disekolah. Dari pengamatan saya tidak ada masalah untuk mengajar Hafiz dan mudah bagi dia untuk mengikuti sistem cahayaku ini yang baru sahaja diperkenalkan kepadanya kerana dia masuk agak lewat. Walauapapun saya yakin Cahayaku memang menjanjikan akan adanya keyakinan didalam diri budak yang akan dibina dan yang pastinya akan ada asyik dia....dia dan dia saja lagi yang ingin membaca.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...