Monday, November 25, 2013

Persimpangan IQ dan EQ

Bila sebut perkataan "simpang" purata akan membayangkan mengenai jalan raya. Tetapi ada dikalangan kita yang akan mengatakan "haluan hidup atau liku-liku kehidupan". Tidak kira apa yang difahamkan tetapi ianya melibatkan IQ dan EQ secara sedar atau tidak!

Kali ini saya akan bercerita mengenainya. Sebenarnya persimpangan ini akan bersua dengan kita apabila kita di kehendaki membuat sesuatu keputusan. Purata keputusan yang di buat berdasarkan kepada ilmu iaitu maklumat-maklumat, fakta, input, hasutan bisikan (syaitan & manusia) dan lain-lain lagi. Untuk persimpangan jalan raya "Sign Board" adalah maklumat yang dijadikan sebagai sumber untuk membuat pilihan tetapi dalam dunia moden ada juga dikalangan kita yang akan menggunakan "GPS" sebagai panduan mereka. Persoalannya adakah GPS sentiasa memberi maklumat yang terkini, lengkap, tepat dan sebagainya?

Bagaimana pula dengan "persimpangan" kesihatan? Contohnya kopimata! Ada dikalangan mereka yang mengambilnya dan akan mengalami beberapa ciri-ciri awalan kesan penyakit (Vertigo) didalam diri mereka. Ciri-ciri tersebut seperti mata akan berair, bengkak dan sebagainya. Sebenarnya mereka yang mengalami keadaan seperti ini adalah kerana dirinya mempunyai beberapa penyakit yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Apabila keadaan ini berlaku, si peminum akan sampai kepada persimpangan (1) teruskan atau (2) berhenti. Hasil daripada keputusan yang telah dipilih ini akan berlakulah beberapa siri  sebab & akibat atau disebutkan juga sebagai "asbab" (cause & effect)  tindak balasnya yang akan membabitkan diri sendiri, manusia yang berada disekeliling mereka, cara hidup harian si peminum, pergaulan dan lain-lain lagi.

Dalam proses didikan juga tidak terkecuali persimpangan yang melibatkan diri, ibubapa, individu-individu yang diamanahkan, persekitaran, kewangan dan lain-lain lagi. Purata sistem pengajaran yang kedengaran ialah cuba mengasah IQ pelajar tanpa memikirkan kesan EQ yang telah di aplikasi oleh tenaga pengajar ketika mengajar. Menyedari akan hakikat ini membuatkan ramai pakar-pakar pendidik mengubah sistem awalan didikan dengan bagai-bagai cara serta teknik demi untuk menolong para pelajar yang belum boleh menguasai 3M.

Pernahkah kita menyelami diri pelajar-pelajar yang gagal menguasai 3M ini? Adakah kegagalan mereka disebabkan diri mereka sendiri atau disebabkan fakta-fakta lain? Adakah persoalan ini tidak ada formula untuk menyelesaikannya? 

Bagaimanakah hendak menambahkan ilmu sekiranya seseorang yang masih belum menguasai 3M? Persoalannya manakah yang lebih mustahak membetulkan IQ atau EQ dahulu? Satu persimpangan yang harus dipilih oleh pihak yang terbabit kerana pilihan yang akan diambil akan menyebabkan berlakunya berlarutan "siri asbab (cause & effect)".

3M (membaca, menulis dan mengeja) adalah pembelajaran yang paling asas dan sekiranya 3M gagal di kuasai oleh pelajar, maka sukarlah untuk mereka menguasai ilmu-ilmu yang lain. Dalam lain perkataan mereka yang gagal menguasai 3M tidak mempunyai pilihan persimpangan yang banyak didalam menentukan haluan kehidupannya kerana ketiadaan ilmu.

Persoalannya, adakah mereka yang gagal menguasai 3M ini suka dengan keadaan yang dihadapinya? Sudah pasti jawapannya adalah TIDAK! Dimasa akan datang, sara kehidupan akan menjadi lebih mencabar dan memerlukan individu-individu yang berwibawa untuk semua lapangan. Sekiranya mereka membesar dan sukar untuk mendapatkan perkerjaan untuk menyara kehidupan mereka dan melakukan kerja-kerja yang "aneh", bagaimanakah agaknya tanggapan masyarakat terhadap mereka?

Adakah mereka ini menzalimi diri mereka sendiri berdasarkan persimpangan yang telah diambil atau kita yang menzalimi mereka? Ketika mereka memerlukan pertolongan diperingkat awal kenapa kita abaikan? Sekiranya kita sebagai ibubapa, individu-individu yang ditugaskan untuk masyarakat atau apa sahaja yang membabitkan mengenai pendidikan, adakah kita telah memilih "persimpangan" yang betul mengenai permasaalah ini untuk generasi yang akan datang atau kita telah mengikut persimpangan "induvidualistik"? Kepada individu-individu yang terbabit dengan persoalan ini, berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan. Just imagine if you are in their shoes!

Sekiranya mereka boleh menguasai 3M dengan sempurna dan mempunyai ilmu tetapi tetap melakukan kerja-kerja yang "aneh", sudah pastilah mereka telah memilih persimpangan yang salah. Sewajarnya hukuman yang setimpal dengannya mesti diberikan kepada mereka kerana mereka telah memilih sifat EQ yang menyeleweng! Mereka menzalimi diri mereka sendiri dan mereka juga menzalimi orang lain! Hukum jangan tak hukum... "kecil tak mampus bila besar menyusahkan orang!" itu pepatah uncle tujukan kepada individu-individu yang individualistik yang telah membuat sesuatu keputusan yang merugikan negara, bangsa dan agama. 


Prihatin: Tuan Hj. Halim - Pengarah JPNIN, Selangor mengenai awalan pendidikan berkaitan dengan 3M
Kesempurnaan mengenai sebutan yang berkaitan dengan ilmu yang diperolehi oleh pelajar (Nurdini) berusia 4 tahun.

Saturday, November 23, 2013

Warisan

Biasanya apabila kita menyebut perkataan "warisan" kebanyakan manusia akan membayangkan yang berkaitan dengan harta atau sesuatu yang bersangkut-paut dengan budaya. Bagaimanakah pendapat anda sekiranya saya mengatakan mengenai warisan yang tidak berkaitan dengan sesuatu yang bukan fizikal atau budaya?

Sudah pasti ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah zuriat. Zuriat boleh diertikan juga dengan keturunan, benih, baka, generasi dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan warisan EQ?

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Mungkin ramai yang telah tahu mengenai hadis ini tetapi bagaimanakah kita aplikasikan ia didalam hidup kita? Hadis ini berkaitan dengan kepercayaan, pegangan akidah, keyakinan kepada Tuhan, perlakuan dalam kehidupan dan lain-lain lagi. Dalam dunia moden awalan pendidikan bukan sahaja dididik oleh kedua orangtuanya tetapi ianya juga melibatkan guru-guru pra-sekolah atau taman asuhan.

Purata seseorang yang berkecimpung dalam dunia awalan pembelajaran sudah pasti mereka sangat arif dengan persoalan warisan EQ ini. Kepekaan ini terpulang kepada guru-guru itu sendiri secara sedar atau tidak.

Sebenarnya secara sedar atau tidak, saban hari ibubapa telah terapkan nilai-nilai EQ kepada anak-anak mereka secara berterusan. Nilai-nilai EQ ini termasuklah cara ibubapa berinteraksi didalam kehidupan famili, cara memilih makanan, perhiasan didalam rumah, ketika bersantai, topik berbualan ataupun ketika mereka bersosial di kelayak ramai.

Setiap anak-anak yang pergi ke tadika atau tabika akan membawa ciri-ciri warisan EQ yang telah ditanamkan oleh ibubapa mereka. Sebahagian ibubapa tidak pernah menyedari bahawa perwatakan anak-anak mereka adalah kesan daripada perwatakan mereka sendiri. Inilah yang di maksudkan warisan EQ atau disebut juga "anak-anak adalah cermin diri ibubapa".

Sekiranya ibubapa adalah golongan yang bersantun maka pembawaan si anak sudah pasti sangat disenangi oleh mereka yang berada disekitarnya tidak kira dimana sahaja mereka berada. Anak-anak akan berperwatakan lemah-lembut, perkataan mereka dipenuhi dengan kesopanan dan pelbagai sifat EQ yang positif akan terzahir daripada diri si anak. 

Andaikata ibubapa yang "rugged" atau kasar sudah pastilah perlakuan anak-anak mereka yang agak berlainan daripada norm yang sepatutnya. Seperti pepatah melayu, "melentur buluh biarlah dari rebung".

Ada juga anak-anak yang berwatakan agak terasing atau berlainan daripada ibubapa mereka sendiri. Sebenarnya dalam kes seperti ini beberapa fakta yang perlu diterokai oleh guru-guru yang mendidik anak-anak ini. Kes-kes seperti ini dikaitkan juga dengan genetik dan sebagainya. Tetapi sebagai seorang guru yang cekap setidak-tidaknya mereka mestilah memahami serba sedikit mengenai warisan EQ ini supaya lebih senang untuk mereka mendidik anak-anak itu.

Mendidik membetulkan EQ adalah satu kerja yang sangat susah sekiranya guru berkenaan tidak mengetahui sifat-sifat nilai EQ. Andaikata guru-guru ini tidak tahu ataupun tidak mahu mengambil inisiatif memahaminya bererti guru-guru ini tidak layak menjadi pendidik. Dalam lain perkataan seorang guru yang tidak hiraukan hakikat "warisan EQ" yang negatif & positif ini bererti guru-guru telah menkhianati amanah yang telah diserahkan oleh ibubapa kepada mereka. Malahan mereka juga mengkianati negara, generasi yang akan datang dan agama.

Perbincangan mengenai warisan EQ adalah satu topik yang sangat luas dan akan melibatkan perbagai aspek tetapi saya hanya corekkan secalit sahaja untuk kita renungi. Sesuatu yang pasti ialah purata anak-anak yang berusia 4, 5, 6 tahun atau kanak-kanak "special" mereka lebih tertarik kepada EQ disebabkan IQ mereka masih diperingkat belum sempurna. Tugas sebagai guru ialah mendidik bererti kita mesti memberitahu, melatih, mengajar, memulihkan, membetulkan dan pelbagai lagi.

Credit to: P. Ramlee & rakan-rakan, Penerbit serta Mvalley

Thursday, November 21, 2013

Selamat Pagi Malaysia.

Terlalu sibuk sehinggakan blog pun terabai. Hari ini saya luangkan sedekit masa untuk upload detik-detik cemas sebelum sessi TV1 RTM - Selamat Pagi Malaysia pada 18hb Nov. 2013.
 Bergambar bersama-sama Pengarah JPNIN Negeri Selangor, Cikgu Hanizah, Pelajar berusia 5 thn berserta dengan ibunya sebelum tetamu-tetamu lain tiba.
Ini wajah "handsome" salah seorang perkerja catering yang menyediakan sarapan kami.
 Pelajar yang berusia 6 thn
 Pelajar berusia 5 thn.
 Pelajar berusia 6 thn.
Hahaha ujian secara tak rasmi oleh Tuan Haji Halim terhadap pelajar berusia 4 thn untuk bacaan Bahasa Inggeris sebelum sessi bermula.
 Sessi hendak bermula. Para hero dan heroin mengambil posisi.
 Pesanan daripada krew rancangan ini En. Shariff "no sound and no telephone, plz"
 Cemas kami dibuatnya. Adakah pelajar-pelajar ini boleh menyesuaikan diri mereka kerana terlalu banyak "spot light", kamera dan lain-lain lagi.
"Final Check" oleh pihak RTM untuk para-para tetamu VIP ini.
"eh eh eh, lego den" kata Pn. Rohana setelah semua agak teratur.
 Agaknya ini juru kamera RTM tetapi beliau menggunakan kamera kecil pulak.. eh kenapa ya? hehehe.. 
 Hero of the year 2013 ... Annoucing "TUAN HAJI HALIM - PENGARAH JPNIN NEGERI SELANGOR!"
  Heroin dari Hulu Langat... Pn. Aya.
 Sparing partner Pn. Hasnah dan Juru Acara RTM bersama-sama pelajar.
Pelajar-pelajar 4, 5 dan 6 thn terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India. Mereka membaca akhbar... huh, huh bergasak, berdezup dezup membacanya.
Kumpulan pelajar, cikgu, ibu dan anak-anak yang turut bersama-sama kami ketika di sessi tadi.

Sekiranya ada antara pembaca yang ingin menyaksikan videonya sila layari www.facebook.com/educahayaku