Friday, September 5, 2014

Kontras

"Kontras" dalam bahasa Inggeris dieja "Contrast" atau boleh juga disebutkan sebagai "reverse". Definasi "kontras" ialah memperlihatkan perbezaan yang nyata apabila dibandingkan dengan warna, rupa, ukuran dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini saya telah menemani uncle untuk alumni "Sek. Men. Tengku Bariah Fivers 1973" di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bersama-sama mereka ada seorang guru yang dihormati iaitu Cikgu Adnan yang pernah mengajar uncle. Cikgu Adnan adalah seorang guru yang disayangi oleh semua pelajarnya. Walaupun sudah "senior" dalam usia tetapi beliau masih boleh ingat setiap gelagat para pelajar yang hadir pada malam tu. Patutlah beliau menjadi guru yang disenangi, disayangi dan disanjungi. 

Inilah kata-kata salam "reunion" antara Uncle dan cikgu Adnan, "Cikgu, masih ingat saya?" Jawabnya, "ya.. ini zahari dan saya masih ingat dan "public canning"". Hampir kesemua hadirin ketawa besar. Yang pastinya Cikgu Adnan salah seorang guru yang telah berjaya membentuk pelajar-pelajarnya kemercu kejayaan. Malam itu terdapat beberapa bekas pelajar beliau yang bergelar Dato', Datin dan berjawatan tinggi seperti Enginear, Doktor, hakim, peguam dengan gelaran hajjah dan haji. Malahan terdapat juga yang bergelar Tan Sri yang sama "batch" dengan uncle. Uncle tidak pernah bercerita mengenai kawan-kawannya dan tidak pernah saya tahu atau terfikir bahawa uncle memiliki kawan-kawan yang sangat berjaya dalam hidup ini. Sememangnya tidak dapat di nafikan bahawa mereka terdiri daripada bekas-bekas pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi.
Dari kiri: Saya, Zamri (businessman), uncle dan Dato' Mazuki (sebenarnya ada seorang lagi Dato' yang tidak hadir dimalam itu. Mereka adalah kawan yang terlalu akrab dengan uncle). Sebelah kanan saya awi (ex-lawyer).
Sebahagian hadirin di malam "reunion".
Pelajar-pelajar 5 Science Two. Dari kiri: Uncle, Zul, Cikgu Adnan (berbaju biru), Zaiton (hanya beberapa orang kawan perempuan sahaja yang sangat rapat dengan uncle), Sabarudin dan Shakib. 
Semasa disitu saya telah mengambil peluang untuk bertemu dengan teman-teman rapat uncle dan dari cerita mereka itu dapatlah saya rumuskan bahawa uncle sememangnya sangat berlainan di masa lalu daripada sekarang. Saya masih ingat 30 tahun yang lepas, arwan ibu mertua saya pernah kemukakan soalan ini "adakah aya (panggilan yang ditujukan kepada saya), benar-benar ingin berkahwin dengan zahari? Sebab dia ini lain sedikit..." Rupanya bukan sedikit tetapi terlalu banyak! Inilah ucapan ibu uncle sebelum pemergiannya, "dalam ramai anak, semasa kecil dulu, kamulah yang selalu dipukul, dimarah dan didenda oleh kami. Ibu sebagai wakil arwah ayah meminta maaf sekiranya semua itu telah menyakiti diri kamu". Dan inilah jawapan yang diberikan oleh uncle, "saya berbangga kerana mempunyai mak dan ayah yang telah mendidik saya dengan sempurna dan tidak berputus asa sehinggakan Allah swt mengurniakan kejayaan kepada saya dan memahami pelbagai perkara".

Inilah yang dipegang oleh kedua-dua orang tua uncle: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Kontras dalam EQ adalah perkataan yang paling tepat untuk uncle. Sistem Cahayaku sangat beruntung kerana penyelidiknya dapat memahami serta menghuraikan perbezaan antara sifat-sifat EQ dan sifat-sifat IQ serta mengabungkan kedua-dua elemen ini dalam Sistem. Kerosakan EQ akan mengakibatkan kerosakkan IQ juga dan kaitan secara "detail" dituliskan dalam dokumentasinya. Patutlah semasa penyusunan Sistem Cahayaku, setiap abjad, susunan bunyian, perkataan dan cerita, intonasi suara, pergerakan, sentuhan, pandangan mata dan lain-lain lagi amat diberikan perhatian oleh uncle. Sistem Cahayaku bermula dengan pembentukan EQ untuk menjana IQ, seandainya kalau IQ individu itu tinggi tetapi EQ tidak seimbang maka "rosaklah" manusia itu, masyarakat dan negara.

Sekiranya anda salah seorang guru yang pernah mengikuti kursus Cahayaku, sudah pasti anda dapat memahami yang dikatakan "Kontras EQ". Kenapa uncle bertukar? 

Mungkin ayat 56, Surah Az-Zariyat (Al-Quran) yang bererti "Tidak Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia untuk mengabdikan diri kepada-Ku", kadang-kadang susunan perkataan itu terkeluar dari mulutnya ketika berceramah dan Surah Al-'Asr yang bermula dengan "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan....." dan juga Surah Al-Fajr, ayat 27-29 sangat memberi kesan kepadanya dan didikan ibu/bapa yang tidak mengenal erti "give up". Marilah kita semua bacakan "Al-fatiha" untuk kedua arwah ini yang telah mendidik uncle bersusah-payah sehingga intipatinya dapat uncle serapkan dalam Sistem Cahayaku untuk dikecapi oleh kita dan generasi yang akan datang.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...