Sunday, July 31, 2011

Makan Jangan Tak Makan.

Makan, makan dan makan. Adakah hidup ini untuk makan atau makan untuk hidup. Kepada anda yang membaca cerita ini tepuk dada tanyalah selera. Bagi saya dua-duanya tak sama. Kita hidup untuk makan dan kalau kita faham secara logiknya bermakna kehidupan kita ini hanyalah untuk makan semata-mata dan akan di penuhi dengan makanan sahaja. Dari pagi sampai kemalam asyik mengunyah. Matlamat hidup ialah makan dan jadilah kita seperti binatang. Mengawan dan makan. Adakah manusia yang hidupnya begini? Mungkin ada. Manusia yang sudah terlalu kaya didalam kehidupannya. Nikmat yang ada hanyalah ..... dan makan. Fikir-fikirkanlah dan sekiranya ada yang macam tu samalah juga dirinya seperti binatang.

Sekiranya kita makan untuk hidup jadilah kita seperti manusia yang lainnya kerana kita makan untuk memenuhi keperluan badan kita bagi menjalani kehidupan ini. Dengan makanan yang ada dapatlah kita melakukan aktiviti seharian kita. Tanpa makanan macamana pula kita hendak hidup. Walauapapun yang kita fikirkan setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing. Jangan sampai kita terlebih makan yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

Perut yang menentukan lapar atau kenyang. Kedua-dua keadaan ini akan mempengaruhi EQ seseorang. Kalau perut tersangat lapar dan tiada cara untuk mengamankannya sudah pasti EQ akan menjurus kepada dua situasi. Begitulah juga ketika kita terlalu mewah atau serba mencukupi keperluan didalam kehidupan ini.

Disinilah perlunya kematangan IQ untuk mengimbangi sifat-sifat EQ yang terlahir mungkin secara spontan. Jangan sampai kita pergunakan IQ untuk memenuhi sifat EQ yang negatif itu dengan perbuatan yang menyalahi ugama dan undang-undang. Belajar mengawali sifat-sifat EQ ketika dalam keadaan seperti ini.

Pernah satu ketika saya diberitahu oleh seorang lelaki tua yang berasal dari Pahang. Dia mengatakan bahawa sudah berbelas tahun dia tidak makan. Dia hanya minum kopi dan merokok sahaja. Bukan dia sahaja malah ada dua tiga orang yang saya temui juga mengatakan hal yang sama. Tidak hairanlah ibu mertua saya juga semasa hayatnya sudah meninggalkan makanan bertahun-tahun sebelum dia meninggal dunia ini buat selama-lamanya.
 Sup ketam ala sabah. Puh, puh ini bukan muntah tau. Psss, no complaint please...
 Bistik telur. Lol, telur aje yang habis... Dalam lain perkataan "bis" aje yang habis "stik" nya tertinggal.. wakakaka
Ini substitute antara waktu makan. Biskut pun sedap. Kalau tak percaya cuba sekali, waktunya semasa kita benar-benar lapar.

Friday, July 29, 2011

Pemburu atau diburu...

Salam pada semua blogger dan pembaca.. hmm kali terakhir aku disini pada bulan lepas.. maaf ya aku selalu menyibukkan diri dengan sesuatu untuk EQ dan IQ ku. Usahlah ditanya apa maksudku kerana “AKU DRACER MUSLEH”

Wow, blog ini telah penuh dengan cerita-cerita yang belum aku baca. Puff, habih maso den membaca cerito.. tapi yang ketaranya semua cerita-cerita ini berkisar tentang EQ dan IQ. Sebenarnya persoalan inilah yang menyibukkan diriku hampir setiap masa. Sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kita bersama... hehehe macam ustaz pulak aku ni...

Al-Quran Surah 6 An-Anaam ayat 32.
  • Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
  • And this world's life is naught but a play and an idle sport and certainly the abode of the hereafter is better for those who guard (against evil); do you not then understand?
EQ dan IQ adalah alat pada diri dan diri sebenar itu... hehehe carilah sendiri apa yang dimaksudkan itu atau ikutilah kelas Cahayaku dan kalau boleh biarlah penceramahnya murabbi-ku En.Zahari...Ops sorry Abang Zahari untuk menyampaikannya. Dia kurang minat pada protokol sebab itulah jangan sebut "En" ketika memanggilnya. Inilah kata-katanya: "Kadang-kadang protokol itu membataskan diri kita dalam kebanyakan situasi. Oleh yang itu berhati-hatilah kita bila hendak berprotokol!"

Pada masa kini ramai manusia mengatakan IQ itu adalah diri sebenar diri. Tidak hairanlah kalau banyak kelas tuisyen, pengajian tinggi dan pra-sekolah yang mendidik para-pelajar mereka untuk mencapai kecemerlangan IQ! Sekiranya kalau benarlah IQ itu diri sebenar...cuba perhatikan binatang yang berada disekitar kita. Adakah binatang-binatang itu mempunyai IQ? Sudah pastilah "tiada"! Janganlah tengok cerita "walt Disney" tu... itu rekaan semata-mata.

Ada juga dikalangan kita mengatakan EQ itu diri sebenar.. hehehe.. teliti sekali lagi binatang-binatang yang berada disekitar kita! Untuk memudahkan cerita, semua binatang ada EQ tetapi tidak ada IQ tetapi mereka ada "instint" untuk menggantikan IQ. "Instint" (a.k.a IQ) yang dimiliki oleh binatang jauh berbeza dengan manusia kerana binatang tidak berupaya berhujah dengan ilmu (fakta ilmiah) seperti manusia... Jom semak balik Al-Quran... ustaz lagi kononnya aku ni..

Al-Quran Surah 16 Al-Nahl ayat 68.
  • Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
  • And your Lord inspired the bees, saying: "Take you habitations in the mountains and in the trees and in what they erect.
Al-Quran Surah 54 Al-Qamar ayat 49.
  • Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
  • Verily, We have created all things with Qadar (Divine Preordainments of all things before their creation as written in the Book of Decrees Al-Lauh Al-Mahfuz).
Al-Quran Surah 91 Ash-Syam ayat 7-8.
  • Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)
  • Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa;
  • By Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion
  • Then He showed him what is wrong for him and what is right for him.
Kadang-kala binatang itu lebih mulia daripada manusia! Adakah semua manusia itu tahu mengenainya?

Semua sifat EQ kebinatangan sama sahaja yang berada pada diri manusia tetapi IQ lah yang akan berhujah untuk membetulkan perjalanan EQ. Sifat-sifat EQ seperti marah, sayang, takut, tamak dan lain-lain lagi. Ada manusia terlalu tamak sehinggakan sanggup menutup tempat orang lain cari makan, IQ-nya digunakan untuk memenuhi tamaknya. Demi memenuhi tuntutan EQ yang negatif seperti itu ada orang menggunakan statusnya, posisinya, politik, undang-undang dan pelbagai-bagai cara lagi tetapi cubalah perhatikan ayat Al-Quran ini pula...

Al-Quran Surah 7 Al-Araf ayat 179.
  • Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.
  • And surely, We have created many of the jinn and mankind for Hell. They have hearts wherewith they understand not, and they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). They are like cattle, nay even more astray; those! They are the heedless ones.
Adakah manusia itu sebenar-benarnya manusia atau hanya binatang yang bertubuh manusia? Persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri setiap masa!

Setelah membaca Kalam Yang Maha Pencipta, adakah manusia seperti itu masih dikatakan manusia atau binatang yang berupa manusia? Yang paling teraneh, bayangkan kalaulah sifat-sifat seperti ini berada kepada seorang pengajar (awalan pendidikan), politikus, ketua opis, ketua negarawan dan ibubapa. Secarik kata-kata penceramah Cahayaku: "Hanya manusia yang boleh mendidik anak manusia untuk menjadi seorang manusia! Kesian Tarzan. Dia telah dididik oleh beruk oleh yang demikian tidak hairanlah Tarzan berjalan, makan, bercakap dan segala-gala seperti beruk!" Apakah beruk mendidik Tarzan dengan IQ atau seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran Surah 16 Al-Nahl ayat 68 diatas?

Apakah yang berada kepada anak-anak? Inilah yang telah disabdakan oleh Rasullulah saw yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).

Daripada coretan diatas jelaslah EQ berupaya menguasai IQ atau disebaliknya iaitu IQ menguasai EQ. Yang mana satu lebih kuat EQ atau IQ? Perhatikan cerita pendek ini:
"Sekiranya kita berada di dalam satu lorong yang dikiri dan kanan berdiri dinding yang sangat tinggi. Dan dihadapan kita ada pokok yang berduri sedangkan kita tidak ada pengalas kaki (kasut & selipar). Sudah pasti kita akan berhujah mengunakan IQ untuk tidak akan meneruskan perjalanan itu kerana tidak mahu duri itu menyucuk kaki kita. Tetapi andainya terdapat seekor harimau yang lapar dibelakang kita, lantas ketakutan menguasai diri! Kemanakah arah kita melarikan diri?"

Sekiranya IQ yang lebih kuat untuk mengawal diri kita kenapakah ketika takut kita meredah duri? Semasa berlari didalam ketakutan yang teramat sangat, mengapakah sakit tercucuk duri kurang dialami?

Yang pastinya sifat takut mengatasi segala-galanya tetapi selepas hilang rasa takut barulah kesakitan duri dialami. Adakah diri sebenar telah hilang ketika takut atau sakit? Diri sebenar tetap ada cuma diri sebenar telah dikuasai takut dan sakit! Adakah takut dan sakit itu IQ? Bagaimanakah untuk mengatakan IQ itu lebih kuat daripada EQ? Sedangkan dalam waktu cemas EQ terus sahaja membatalkan segala hujah IQ untuk mengawal pergerakan badan!

Mengapakah manusia suka melebihkan IQ dari EQ? Tidakkah dengan memiliki sifat kesempurna EQ itu lebih menjamin kita kepada persekitaran yang lebih aman kerana EQ itu lebih kuat daripada IQ. Mengapakah sistem 3M yang diterapkan di awalan pendidikan tidak diterapkan dengan ciri-ciri sifat positif EQ? 3M yang dimaksudkan ialah membaca, menulis dan mengira ialah ASAS 3M BUKANNYA mata pelajaran tambahan seperti moral atau ugama! Mata pelajaran moral dan ugama ialah mata pelajaran TAMBAHAN! Mungkin ada orang tertanya-tanya seperti ini: "Adakah sistem awalan pembelajaran (3M) yang mencakupi pendidikan sifat positif EQ yang berterusan kemudian baru mendidik IQ?" Ini jawapanku ringkas untukmu... Sistem Cahayaku! Hanya mereka yang telah mengikuti kursus ini sebagai pengajar yang tahu tetapi ada juga dikalangan pengajar ini akan berhenti mengajar Cahayaku disebabkan tidak dapat mengikis sifat negatif didalam dirinya sendiri!

Pada individu seperti ini aku menghormati keputusanmu kerana niatmu baik demi menjaga kerosakan (awalan pendidikan) yang ada pada dirimu sendiri, daripada terus menyerapkan sifat negatif EQ kepada generasi yang akan datang. Insyallah satu hari nanti Allah swt akan memberi hidayatNya jua dan mungkin dimasa itu kamu telah bersedia untuk menjadi pengajar lagi. Tetapi ada juga dikalangan mereka yang berlebih-lebih sehingga sanggup membuat fitnah! Wahai kaum ini cubalah baca Al-Quran Surah 91 Ash-Syam ayat 7-8 dan kemudian diikuti pula dengan Surah 7 Al-Araf ayat 179 sekali lagi. Kalaulah Kalam Allah swt masih kamu tidak faham atau ingkar tentulah berat padahnya kelak!

Apakah asas pembelajaran? Kalau tidak tahu, cubalah baca pula Al-Quran Surah 96 Al-Alaq.

Puff, puff panjang coretanku ini... hehehe sebenarnya ayat Al-Quran tu yang panjang! Sebabnya ter-include bahasa omputeh! Kalau hendak tahu lebih atau hendak tanya... tolong jangan tanya padaku sebab aku ini bukannya ustaz.. hehehe... Tanya anak saudara Pn. Chahaya sebab dia tu belajar kat Mekah.. namanya Lufti - bebudak paling hansem (surt: www.na5wa.com )..mesti dia boleh jawab tu... wakakaka...

Siapakah Pemburu dan siapa pula yang kena buru? Ada orang suka diburu dan ada orang suka jadi pemburu... Aku sentiasa menjadi Pemburu dan diburu dengan diriku sendiri (EQ & IQ).... hanya mereka yang tertentu sahaja yang tahu bagaimana hendak pelbagaikan (menggunakan) EQ dan IQ sesuka hati! Mereka menggunakan alat bukan alat menggunakan mereka!..Kita bagaimana?.. weeeehahaha... kalau ada masa terluang mungkin aku datang lagi keblog ini dengan cerotan yang mungkin menyenangkan atau menyusahkan dirimu...

Seperti biasa andainya penulisanku menyakiti hatimu... maafkanlah diri ini.. kalau kau inginkan penjelasan dariku mengenai coretan... maaf sekali lagi, cubalah baca dan faham “AKU DRACER MUSLEH”
...... Dracer Musleh

Thursday, July 28, 2011

Basikal Tua..... Yang ni?

Bila kita sebut aje basikal semua orang tau tapi kalau si batu bulat ni? Yang itu saya tak tau apakah tujuannya ia dibina. Melihat basikal-basikal yang ada di Kuala Lumpur tidak akan menjadi satu kehairanan kepada saya tetapi bila melihat basikal yang ada di Tawau ni memang saya agak terkejut. Malangnya basikal yang cukup canggih ini tidak dapat saya abadikan gambarnya didalam blog saya. Sungguh cantik dan yang menarik minat saya ialah cara ia diubahsuai dan muzik yang di perdengarkan kepada orang ramai. Sungguh kuat dan boleh didengar dalam jarak 1km. Saya difahamkan basikal tersebut bukanlah diubahsuai dikedai sebaliknya ia diubahsuaikan oleh pemiliknya sendiri.

Melihat kepada keadaan basikal yang canggih ini kita dapat katakan bahawa pemiliknya memang menggilai basikal sehinggakan sanggup berhabisan wang ringgit untuk menjadikan basikal itu seakan-akan motorsikal. Pemilik kepada basikal-basikal yang sedemikian adalah dikalangan remaja yang berumur di antara 12 tahun ke 21 tahun. Apa yang mereka lakukan ialah dengan bersiar-siar di bandar beramai-ramai dalam sekumpulan basikal yang hampir serupa. Di dalam satu kumpulan ada sebuah basikal yang agak besar dari yang lain-lain seolah-olah basikal itu adalah raja basikal dan diiringi oleh pengikut-pengikutnya yang agak kecil sedikit.

Kalau difikirkan manusia ini memang ada macam-macam gila. Kalau dah taksub sangat dengan facebook sampai makan pun boleh dilupakan dan asyik mengandap komputer sahaja, itu kita dah boleh kategorikan sebagai gila facebook. Kalau gila kereta lain pulak perangainya. Gila perempuan, judi dan minum arak ini tak boleh kerana kegilaan ini boleh merosakkan hidup dan rumahtangga.
Yang ini gila apa pulak? Mungkin gila mengumpul atau melonggok kot. Yang pastinya empunya barangan ini adalah ahli peniaga. Lumayan-lumayan baa....

Memikat burung, memancing dan main dam. Ini adalah hobi tetapi kalau dah tak balik rumah asyik dengan benda-benda ini sahaja bolehlah saya katakan gila juga. Setiap hobi dan permainan sekiranya berlebihan juga tidak mendatang kebaikan kepada kita. Sebab itu di dalam Islam kita digalakkan untuk bersederhana. Sayangi barang dan orang biarlah berpada-pada. Salah satu gambar yang diabadikan di prototype saya dengan perkataan "Perfect balance of EQ and IQ" - Keseimbangan EQ dan IQ - ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ‌ٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ

Kanak-kanak perlu dibetulkan dengan EQ dahulu kemudian barulah IQ sebab kanak-kanak bermula dengan EQ. Dalam lain perkataan, semasa di alam kanak-kanak setiap pembelajarannya mestilah berteraskan sifat kesempurnaan EQ termasuklah awalan pendidikan (3M).

Batu yang pelik ni pula untuk apa ia dibina saya pun tak tahu apakah kegunaannya. Nak duduk pun tak boleh kerana ada batu bulat di atas. Nak dikatakan perhiasan nampak pelik pulak pada saya. Ini juga dikatakan gila merekacipta arca, sampai tidak tahu apakah fungsinya. Mungkin ada diantara pembaca blog saya yang tahu apakah tujuannya ia dibina.
Ini batu yang dimaksudkan. Mungkin penciptanya kekurangan ide, kot.

Lain pula dengan basikal tua ini. Terlalu tua sehingga terpaksa diletakkan kayu sebagai penghadang. Pemiliknya pula pada pandangan saya sekitar 35 tahun keatas. Kalau mengikut amatan saya basikal ini sama tua dengan tuannya. Mungkin pemiliknya ada di persekitaran tempat menunggu bot ini. Minta maaf ya kerana saya mengabadikan gambar basikal ini tanpa tahu siapa tuannya.

Basikal tua mungkin setua tuannya. Basikal ini boleh dijual sebagai barangan antik. Mungkin para "broker" boleh mengtafsirkan harganya... wakakaka

Wednesday, July 27, 2011

Nicheara gadis Thailand.

Baju dan jeruk mangga menyambut kepulangan saya dari Tawau. Pemberian dari seorang gadis Thailand yang tidak pernah saya temui. Dia adalah teman kepada anak angkat saya Omer yang berasal dari Pakistan. Sebelum ini gadis yang dikenali sebagai Nicheara pernah menghadiahkan beg tangan kepada saya yang dikirimkan melalui Omer beberapa bulan yang lalu.

Tersentuh rasa hati kerana dizaman yang canggih ini kita jarang berjumpa dengan seorang gadis yang mempunyai nilai-nilai perhubungan yang sebegitu. Zaman remaja saya dulu arwah nenek pernah berpesan. Apabila kita menziarahi orang sakit atau pun kita ke rumah orang jangan lupa untuk membawa buahtangan. Tak kiralah samada buahtangan itu berbentuk buah atau pun makanan yang penting kita mesti membawa sesuatu. Begitu juga sekiranya ada tetamu yang menziarahi kita, kita kena pastikan bahawa tetamu tersebut mesti dihidangkan dengan makanan atau setidak-tidaknya air bujang.

Bila saya kenangkan kembali perangai remaja-remaja dizaman sekarang ini yang pernah saya temui, usahkan membawa buahtangan bahkan nak bertanya khabar atau mengucapkan salam pun jauh sekali. Bak kata orang moden sekarang ni 'PR' remaja kita sekarang sudah berkurangan. Nilai-nilai murni seperti itu tidak lagi diterapkan. Begitu juga dengan perhubungan diantara jiran-jiran. Kalau dulu sewaktu bulan puasa penuh meja makan dengan juadah yang dihantar oleh jiran-jiran. Sekarang ni beraya dirumah jiran pun jauh sekali. Ada tu jiran pun kita tak kenal apalagi mereka yang tinggal di pangsapuri dan kondo.

Zaman moden manusia lebih sibuk dan menyibukkan diri dengan kecemerlangan IQ daripada EQ. Sekiranya EQ telah rosak dan punah-ranah maka tiadalah lagi nilai-nilai kemanusiaan sejati. Pendidikan membina kecemerlangan EQ mestilah bermula dari peringkat awal seperti pra-sekolah. Bayangkan apakah yang akan terjadi dimasa hadapan, sekiranya penghuni negara kita yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi EQ pula dipenuhi dengan nilai-nilai yang rosak?

Saya merasa kagum kerana dinegara Thailand mereka masih mengamalkan adat memberi buahtangan sebagai salam perkenalan. Saya yakin itu pasti adat mereka atau pembawakan yang dididik oleh keluarga Nicheara itu sendiri. Kalau kita perhatikan negara Jepun pula rakyatnya penuh dengan adat dan sopan santun begitu juga dengan Thailand, Vietnam, Burma. Negara-negara lain yang berdekatan saya kurang pasti pulak. Thanks Nicheara I really like the blouse and the handbag that you gave me. Hopefully we will meet someday.

Begitu juga dengan anak angkat saya yang berasal dari Iran ini. Ada juga buahtangan yang di bawanya untuk saya termasuklah dengan kawan anak saya yang bernama Narvin. Bila Hari Raya menjelang pasti ada Hamper Raya dari mereka. Walaupun mereka ini dari bangsa dan agama yang berbeza, mereka masih lagi berpegang pada adat dan agama mereka.
 Nicheara (gadis Thailand) ketika bertudung. Dia memanggil saya sebagai "Umi".
 Baju kiriman Nicheara.
 Handbag kiriman Nicheara.
 Yasdan (Iran). Memanggil saya sebagai "Mum".
Mujahid (Iraq) dan Narvin (M'sia). Kedua-dua memanggil saya "aunty".

Monday, July 25, 2011

MENU PASAR GANTUNG

Pasar Gantung? Saya pun tak tahu kenapa pasar ini di panggil Pasar Gantung. Orang-orang disitu memanggilnya sedemikian. Cuba perhatikan menu yang tertulis di papantanda harga ini. Saya yakin ada diantara makanan ini yang kita tidak pernah dengar pun. Kebanyakkan menu yang tertulis ada pengaruh makanan dari Indonesia contohnya nasi lalap, ayam penyek dan nasi aspar. Saya sendiri tidak tahu apa itu nasi aspar. Apalagi dengan murtabak jawa. Saya tidak berani mencubanya kerana murtabak ini dimakan dengan sos kicap.

Ketika saya memesan minuman disini, kawan saya pula ingin mencuba nasi yang sudah siap dibungkus seperti nasi lemak. Malangnya nasi tersebut tidak boleh dimakan langsung kerana warna dan rasa yang sungguh berbeza dengan makanan kita di Semenanjung. Nasi lemak kita panas manakala nasi mereka yang sudah siap dibungkus pula sejuk seperti baru dikeluarkan dari peti sejuk.

Ada diantara mereka pula bukanlah penduduk asal sebaliknya kebanyakkan mereka adalah dari Indonesia dan Filipina. Saya terdengar anak-anak memanggil ibu mereka inang atau inai. Bila berbual dan bertanya asal usul mereka jawapannya mereka adalah dari Filipina. Berkunjung di PASAR GANTUNG sungguh menyeronokkan kerana ada bermacam-macam makanan tetapi sayangnya saya tidak dapat menikmati kebanyakkan makanan disitu kerana saya yakin saya tidak dapat menerimanya. Lain tempat memang lainlah adat dan budayanya.

Kuih-muih disini pula sungguh enak. Cukup lemak dan manis. Manakala rotinya panas dan lembut. Roti berinti dibuat setiap pagi dan setiap hari kita dapat memakan roti yang segar dari oven. Kalau ada peluang  saya ingin ke Sabah lagi untuk menikmati kuih-muihnya yang enak dan rotinya yang sugguh istimewa. Kali ini saya bercita-cita untuk ke Sandakan pula. 

Murtabak Jawa...emmmm nampak macam sedap...tapi kuahnya kicap.


Menu special di Pasar Gantung.
Jangan cuba makan cili kunak ni PEDASSSSSS.
Abang Murtabak yang tidak jemu-jemu menjemput orang membeli juadahnya.
Sungguh ramah dan cukup sporting. Ambil aje gambar aku enggak apa-apa.....
Tekun menulis walaupun sudah malam. Masa untuk tidurlah dik...

Sunday, July 24, 2011

Pappe

Apa nama kedai makannya saya pun tak perasan. Boleh dikatakan hari-hari saya sekeluarga bersarapan dan minum petang di kedai ni. Sebuah kedai yang kecil tapi menyediakan makanan, kuih-muih dan minuman yang cukup menyelerakan jika dibandingkan dengan kedai-kedai makan yang lain.

Dalam banyak-banyak sajian yang dihidangkan hanya ini yang menarik perhatian saya kerana nama dan cara penyediaannya yang agak berbeza. Namanya pisang Pappe. Uniknya kerana pisang ini digoreng sebanyak 2 kali. Kali pertama digoreng hendaklah dikeluarkan dan ditumbuk. Kemudian digoreng semula untuk mendapatkan tekstur yang rangup. Tidak seperti goreng pisang di Kuala Lumpur ni dimana ia akan disalut dengan tepung dan digoreng. Untuk pisang pappe ia tidak menggunakan tepung. Sebenarnya apabila belajar sesuatu yang baru tidak semesti terikat kepada pelajaran yang menjurus kepada pertambahan IQ sahaja tetapi didalam kes pisang pappe ianya lebih melibatkan kreativiti (EQ) untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. 

Lain pula di Tawau Kopitiam dimana goreng pisangnya akan ditaburkan dengan cheese selepas digoreng. Pizzanya pula intinya adalah pisang dan ditaburkan dengan cheese juga dimana in dipanggil PIZZA PISANG CHEESE. Saya tidak mencubanya kerana saya tidak suka cheese. 

Selama saya berada diTawau saya dapat merasakan penduduk disini tidak sama dengan penduduk di Semenanjung. Mungkin kerana kedudukan negeri Sabah yang berhampiran dengan Indonesia dan Filipina, cara perbualan mereka banyak dipengaruhi oleh kedua-dua negara tersebut.

Hmm... Rasanya tidak ada pisang goreng seperti ini di Kuala Lumpur.
Pisang yang digoreng tanpa tepung.
Inilah hasilnya. Perhatikan sosnya. Maaf ya saya tidak tahu kandungan sos ini.
Garing dan rangup diluar dan lembut didalam.

Saturday, July 23, 2011

Sempurna, Tawau Dan Aku.

 Memilih makanan memang menjadi masalah.
 Roti canai...roti canai.....emmm...makan dengan susu pulak tu...selera Terengganu.
 Hari ini sudah 16 hari berada di Sabah......inilah yang dikatakan tak ada kerja cari kerja.
 Hotel Marco Polo.....sehebat namanya.
Musli jejaka dari USJ berasal dari Sandakan. Mana botnya?
Di Malaysia ni pun ada Romeo dan Juliet... Inilah dia pasangannya... hehehe

Friday, July 22, 2011

Oshin 1 Bulan.

Hari ini 22hb Julai 2011 genap umur Oshin 1 bulan. Begitu cepat masa berlalu. Nanti tau-tau dia sudah meniarap, menjulur, merangkak dan berjalan. Empat proses ini mesti dilalui oleh setiap kanak-kanak yang sedang membesar. Kebiasaannya (tidak semestinya) kanak-kanak special akan meninggalkan salah satu proses ini. Para ibubapa pula perlu peka pada awalan bunyian yang dihasilkan oleh kanak-kanak untuk mengetahui tahap perkembangan tutur dan bahasa. Kebiasaannya bunyian awalannya seperti "aaa", "iii" dan seterusnya "bababa" dan lain-lain lagi. Semuanya perkembangan motor kasar dan bunyian pada peringkat umur kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya proses perkembangan ini lambat cubalah berikan bantuan kepadanya. 

Dalam sekelip mata saja rasanya bagi orang yang tidak membesarkan Oshin tetapi bagi ibunya pula terasa lamanya nak tunggu si Oshin ni berjalan. Saya berharap janganlah ada dikalangan keluarganya ataupun orang-orang berada disekeliling Oshin bertutur dengan nada (intonasi) dan "bahasa manja" seperti "sayang" disebutnya "ayang",  "susu" = "usu", "puting" = "uting" dan sebagainya kerana kekerapan penggunaan sebutan ini akan mengakibatkan kanak-kanak itu pelat atau terlalu manja (terlebih santan) sehingga sukar untuk mendidik dia dalam menguasai 3M kelak (awalan pendidikan).

Umur yang sebeginilah kita perlu memberi ransangan kepada bayi untuk perkembangan sel otak dan perkembangan EQ yang sempurna. Dengan kemantapan EQ yang positif akan membuatkan bayi ini dapat memperkembangkan pula keupayaan IQ. Bayi yang sering diransang akan menjadi lebih bijak daripada bayi yang dibiarkan begitu sahaja. Ada macam-macam cara rangsangan contoh merangsang dengan perbualan, agahan dan penceritaan. Ibu haruslah berinteraksi dengan anak mereka sekerap mungkin.

Model kain batik yang termuda di dunia. Baru 1 bulan.
"I'm daughter of Haber..."  a.k.a "Anak perempuan Haber"...  
Can you see my eyes? Just one line... next time I'm going to make them bigger.
Inilah posisi bersantai.. amacam cantik tak hidung Oshin?

Ikan laut & Lauk Ikan

Khas untuk anak saudaraku yang berada di Mekkah (Lutfi) ... Tajuk "Ikan laut & Lauk Ikan" samalah seperti "apa lagi makan laa".... wakakaka
Semasa kecil disebut sebagai kerapu tetapi sudah besar dikenali sebagai karupa.
 Ikan laut yang dipelihara untuk hidangan para tetamu.
 Sangkar ikan laut di Semporna.
Teritip disangkar ikan. Boleh makan ke teritip ni?
Ikan hidup dalam sangkar tetapi ikan tak suka hidup disangkar.

Jiwa manusia bagaikan ikan didalam sangkar tetapi sangkarnya manusia ialah badan. Cuma badan manusia tidak statik seperti sangkar ikan. Jiwa yang membawa sangkar. Kadang-kadang sangkar itu buruk dan rosak sebab jiwanya yang buruk bukan sangkar! Kalaulah EQ itu sudah dipenuhi oleh segala yang negatif sudah pastilah IQ akan merosakkan badan (tingkah-laku). Cubalah renungi tingkah-laku kita untuk membetulkan EQ. IQ itu hanyalah alat untuk menjayakan cita-cita EQ. wakakaka.....

Thursday, July 21, 2011

Hello Kitty... Pink oh pink

Wah! Cantiknya.....terpegun saya melihat kereta yang dihias sebegini rupa. Malangnya saya tidak dapat melihat empunya kereta ini. Adakah tuan punya lelaki atau perempuan. Kalau kita fikirkan secara logik sudah pasti kereta ini kepunyaan seorang gadis yang sangat meminati barangan HELLO KITTY. Sudah pasti jangkaan kita pemilik kereta ini mestilah seorang yang kreatif dan warna pink adalah warna kegemarannya.

Apapun dizaman yang semuanya serba pelik ini tidak hairanlah sekiranya kereta ini mungkin juga dimiliki oleh seorang jejaka. Kalaulah betul sudah pasti pemiliknya berjiwa lembut dan sangat sensitif. Saya yakin jejaka ini pasti pandai memasak dan menghias rumahtangga. Tidak hairanlah sekiranya dia boleh mengalahkan seorang wanita didalam setiap urusan kerjatangan. Puas saya tunggu untuk melihat tuanpunya kereta ini tetapi tidak berjaya. Kreatif memerlukan kekayaan EQ bukan IQ, baa... 

Cuba anda perhatikan kadar bayaran tempat meletak kereta disekitar bandar Tawau. 21 sen sejam pertama dan 63 sen sejam berikutnya. Mereka masih menggunakan 1 sen disini. Adakah ini kadar lama atau pihak yang berwajib belum sempat lagi untuk menukar kadar yang sepatutnya.   

Ops plat kereta... rahsia ya..
amacam... cantik tak... macam pakai "lipstick".. 
Oh mak kalaulah kat Kuala Lumpur macam ni kan bagus...

Wednesday, July 20, 2011

Belajar Snokling

Jarang saya dapat melihat murid-murid sekolah bersnokling di laut. Kali ini saya dapat melihat bagaimana guru dan murid-murid sekolah ini belajar berenang dan snokling di Semporna Resort di Sabah. Hairan juga kerana aktiviti ini dilakukan dengan memakai kasut. Bila saya perhatikan betul-betul di dasar laut itu saya dapat melihat ikan, ketam, tapak sulaiman dan landak laut dengan jelas sekali kerana airnya yang jerneh. Patutlah mereka semua berkasut.

Saya difahamkan mereka adalah dari Sek Men Abdullah 2. Ini adalah salah satu dari aktivi mereka dan mungkin ini adalah untuk aktiviti ketahanan diri. Aktiviti ketahanan diri lebih menjurus kepada EQ tidak banyak menggunakan IQ. Sifat-sifat EQ, seperti keyakinan, kesabaran, keberanian, kepercayaan dan lain-lain lagi. Walaupun mereka terdiri dari pelajar-pelajar yang berumur di antara 15 tahun dan 17 tahun saya dapat merasakan bukannya senang bagi guru-guru ini untuk mendidik mereka. Sepanjang pemerhatian saya, guru yang bertugas terdiri dari guru-guru yang cukup sabar.

Emmmm.......seronoknya kalau saya dapat berenang dan bersnokling bersama mereka tetapi malangnya saya tidak suka mandi di laut atau pun di sungai kerana saya takutkan cacing, ular dan pacat apalagi lintah.
Dengar sini semua! Jangan pergi jauh-jauh!
 Laa... kan dah ada alat penafasan tu.. bernafaslah seperti biasa!
 Kalau asyik bercakap aja.. bila nak pandai.. teruskan latihan!
Teknik mengapungkan diri ini mustahak. Nampak senang... cubalah sendiri.

Saturday, July 16, 2011

Pengantin dan BERSIH?

Tawau dan Semporna sebuah bandar yang sungguh unik. Penginapan saya selama beberapa hari di Tawau telah membuka mata saya tentang kehidupan penduduk di sini yang terdiri dari orang Filipina, Indonesia dan penduduk Sabah itu sendiri. Di Semporna pula saya bermalam di Semporna Resort di sebuah lokasi yang telah dipilih untuk pengambaran filem 'DUYUNG'. Seronok disini kerana airnya yang jerneh boleh menampakkan ikan, ketam dan tapak sulaiman.

Sabtu, tanggal 9hb Julai 2011 adalah tarikh keramat bagi pasangan Nuraina 27 tahun dan Juhari 26 tahun. Saya terserempak dengan pengantin baru ini ketika saya berada di Tampi-Tampi, Semporna untuk melakukan satu tugasan di sana. Melihat mereka bergambar di Semporna Resort mengingatkan saya pada seorang kenalan yang mengambil gambar perkahwinan mereka di taman-taman bunga di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 80an.

Mengimbau kembali dizaman perkahwinan saya, acara mengambil gambar hanyalah disekitar pelamin dan bilik pengantin sahaja dan kalau ada pun di bawah kemah sewaktu 'Makan Beradap'. Kini zaman sudah jauh berubah dimana pengantin kini boleh bergambar dimana-mana saja yang mereka suka. Maklumlah kalau dulu duit hantaran hanya sekitar rm3k tetapi sekarang sudah rm20k.

Saya sempat berbual dengan mereka sekadar ingin bertanya. Saya difahamkan mereka bekerja sendiri. Bila di tanyakan tentang anak si pengantin lelaki menjawab mereka ingin 8 orang anak 4 lelaki dan 4 perempuan. Cita-cita mereka ingin membesarkan anak-anak mereka sehingga ke Menara Gading. Syabas itu adalah satu niat yang cukup baik semoga mereka berjaya melakukannya. Zaman sekarang ni kita jarang mendengar pasangan yang inginkan anak yang ramai apalagi penduduk Kuala Lumpur. Kalau ditanyakan soalan sedemikian jawab mereka 1 atau 2 dan yang paling ramai pun 3. Jauh berbeza dengan penduduk di Sabah mereka masih inginkan anak yang ramai dan rata-rata penduduk disini mempunyai anak yang lebih daripada 4 orang. Selama 20 hari saya di Tawau dan Semporna banyak yang telah saya pelajari.

Hari itu juga adalah hari Perhimpunan bagi BERSIH. Apa yang ingin mereka bersihkan hanya penganjur BERSIH saja yang tahu. Harapan saya agar bersih melakukan perhimpunan yang betul-betul bersih. Bagi pasangan pengantin ini pula biarlah tarikh itu menjadi kenangan bagi mereka dimana ramainya warga Kuala Lumpur berhimpun untuk melakukan kebersihan. Satu tarikh yang sungguh mengembirakan dan mengejutkan. Alhamdulillah bersih hanya tinggal bersih dan pengantin baru ini pula akan meneruskan hidup mereka sebagai pasangan suami isteri. Doa saya agar pasangan ini akan menjadi pasangan yang bersih dari segala-galanya. Amiin.

Bagi pasangan Nuraina dan Juhari Selamat Pengantin Baru sehingga ke anak cucu dan hadiah untuk mereka dari saya ialah gambar perkahwinan mereka yang saya abadikan di dalam blog saya. Terima Kasih kerana membenarkan saya untuk mengambil gambar anda. Semuga anda berbahagia.
Biarlah romantik sampai tua hendaknya.
Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.
Hiasan jambangan bunga pengantin