Wednesday, November 30, 2011

Korban...bengkel... Am hanya tinggal kenangan.

Retak Rap yang selalu dinyanyikan oleh Penceramah Cahayaku. Lagu ciptaannya sendiri dan hanya dia sahaja yang tahu kesudahan lagu ini. Kita tunggulah dilain masa, mungkin dia akan menyanyikan keseluruhnya.
"Aaaaiii kawe, kawe, kawe ado kuba, kuba, kuba, 
kuba kawe warno hite, hite, hite
namo kuba kawe..."

Sebenarnya coretan saya kali ini berkaitan kesudahan kerbau yang bernama Am. Coretan ini adalah sambungan dari coretan saya yang lalu dibawah tajuk "Korban... bengkel" (Khamis, 3hb Nov. 2011). Untuk bercerita panjang, terasa tidak perlu sebab gambar-gambar ini sudah memberi jawapannya sendiri.

Kerbau yang bernama Am berdiri dengan tenang ketika hendak dijadikan korban.
Am dengan tenang berbaring untuk disembelih. Mungkin kerbau ini mengerti erti korban Hari Haji kot.
Inilah kesudahan Am yang sanggup dijadikan korban untuk makanan manusia. Bagi manusia yang mengerti akan mengucapkan kesyukuran kepada Pencipta yang telah memberi rezeki kepada dirinya. 
Proses mengasingkan kulit daripada isi. Satu proses yang agak susah bagi mereka yang tidak pernah melakukannya.
Tahukah anda bahawa daging kerbau masih bergetar walaupun sudah dikeratkan kepada beberapa bahagian? Untuk mereka yang mengerti mengenai tanda-tanda kematian seseorang bani Adam akan mengambil iktibar untuk menghayati peristiwa ini dengan teliti untuk dirinya sendiri sebagai pembelajaran kerana kesan yang sama akan berlaku kepada seseorang yang bakal "pergi selama-lama" dari dunia ini.

Sesungguhnya Rabb kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, Rabb semesta alam. “ (Al-Quran Surah 7. Al-A’raf: 54)

Monday, November 28, 2011

Sahabat, Kawan atau Teman?

'A friend in need is a friend in deed'. Itulah ungkapan yang selalu kita dengar bila bercerita tentang kawan. Kalau ditadika cikgu akan menyanyikan lagu yang ada ungkapannya yang berbunyi 'I have a pen my pen is blue. I have a friend my friend is you'. Berkawan biarlah seribu tetapi berkasih biarlah satu. Menunjukkan kesetiaan. Kawan ketawa senang dicari dan kawan menangis? Ini pula kata-kata yang selalu orang tua-tua katakan kepada kita. Pipit sama pipit dan enggang sama enggang. Masih boleh digunapakai lagi ke bidalan ini? Kawan.....emmmm adakalanya hidup tanpa kawan adakah lebih senang dari hidup yang dikelilingi oleh kawan-kawan.

Jauh perjalanan luas pandangan. Ramai kawan menambah pengalaman. Sehari sedikit ilmu lama-lama menjadi bukit. Itulah yang saya gambarkan tentang pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya timba dari sehari ke sehari dan lama kelamaan saya menjadi semakin matang dan yakin dengan cabaran dan dugaan yang Allah SWT berikan kepada saya. 2011 adalah tahun yang cukup mencabar buat saya. Tahun yang memberikan kawan kepada saya dari segenap lapisan masyarakat.

Dari bulan Mac 2011 sehingga kesaat ini saya telah berkenalan samada secara sengaja atau tidak sengaja dengan mereka-mereka ini. Setiap hari, bulan dan masa sahabat saya sentiasa bertukar dan silih berganti dari kedudukan dan taraf seseorang sehinggalah kepada warna kulit, bangsa dan agama mereka. Macam-macam perangai yang saya temui. Dari sipenipu sehinggalah kepada silurus bendul. Dari yang elit sehinggalah kepada yang biasa. Dari yang miskin sehinggalah kepada yang kaya. Dari yang bodoh sehinggalah kepada yang cerdik pandai sehinggalah saya bertemu dengan sipembelit dan siparasit. Yang terbaru sahabat saya adalah Kong dan Jordan. Walaupun mereka ini berbangsa cina tetapi mereka lebih baik dan jujur dari segelintir kawan saya yang berbangsa melayu dan beragama Islam.

Allah SWT maha pencipta. Diciptakan manusia itu ada diantaranya sipenipu dan siparasit yang terdiri dari si ustaz dan si tua yang nampak sungguh berilmu dan simuda yang polos nampak baik dan lurus tetapi mereka-mereka ini lah SETAN yang berwajahkan manusia. Mereka-mereka inilah yang dikirimkan oleh Allah SWT untuk dijadikan dugaan dan cabaran didalam hidup saya. Walauapapun dugaan yang mendatang saya harus yakin, tabah dan cekal untuk menjalaninya. Itulah prinsip yang saya pegang sehinggakan saya dapat berdiri semula setelah jatuh berkali-kali. Ibarat kata kalau dulu saya bertatih kini saya sudah boleh berlari. Genggam api biarlah sampai menjadi bara dan menyelok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Pengalaman dan pengajaran membuatkan saya merasa tercabar dan dicabar.

Dengan keyakinan yang saya ada kini saya ingin membuka sebuah tadika lagi di sekitar taman yang berhampiran dengan rumah saya untuk kanak-kanak istimewa. Yang jelas saya kini memiliki sebuah pejabat di Desa Pandan yang menguruskan pembelian buku dan kursus, sebuah tadika di Bandar Tun Hussein Onn, sebuah Pusat Tuisyen di Taman Tun Perak dan akan datang akan saya buka sebuah Tadika untuk kanak-kanak istimewa. Orang-orang yang iri dengan kejayaan saya telah menjadi obor pembakar untuk saya maju kehadapan lagi. Saya ingin berjaya dan terus berjaya walaupun saya di taburi dengan onak dan duri.

Dalam pada saya di tipu, di belit dan di ketuk, Allah SWT tetap mengirimkan kepada saya orang-orang yang jujur, baik dan bertimbangrasa. Nampak dari wajah ada yang seperti samseng jalanan tetapi mereka adalah sahabat-sahabat saya yang tidak langsung mengambil kesempatan keatas diri saya. Hampir setiap hari saya bersama mereka dan semakin lama saya dapat mengenali perangai dan hati budi mereka. Bukanlah 100 peratus tetapi sedikit sebanyak saya sudah dapat mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Kesemua kawan-kawan elit yang baru saya kenali habis saya tolak mereka ke tepi dan tinggallah kawan-kawan ini yang saya rasa sesuai dengan saya.

Menerima SMS atau panggilan telefon dari sahabat-sahabat yang saya kenali terdiri dari kalangan cerdik pandai kini membuatkan hati saya merasa hambar. Entahlah saya pun tidak tahu kenapa saya merasakan ada diantara kawan-kawan saya hanya berkawan dengan saya untuk mempergunakan saya semata-mata. Saya lebih suka berkawan dengan orang-orang yang tidak berada dari berkawan dengan orang-orang yang berada. Saya sudah tahu kini siapa sahabat saya yang boleh saya jadikan teman untuk mengadu. Sahabat yang akan menghulurkan tangan ketika saya didalam kesakitan. Sahabat yang sanggup bersusah payah bersama-sama semata-mata untuk menolong saya. Terima Kasih kepada mereka-mereka ini yang sanggup melayan kerenah saya. Tahun 2012 akan membuka tirai buat saya dengan sahabat saya yang hanya boleh dikira dengan jari sahaja. Biarlah sedikit yang pasti sedikit ini tidak akan menyakitkan hati saya.


Iki Mr. P dek'ea wong Jawo. Kue ngerti? Muka serius tapi hatinya baik be...
Aha ini Mr. Z. Dia ini tauke ye... Jangan tanya tauke apa! Kalau nak tahu tanya dia sendiri...
Ini Mr. An.. Orangnya tidak banyak cakap. Hanya tersenyum. Mungkin takut emas jatuh dari mulutnya kot....
Yang ini semua orang dah kenal sebab cerita dia dah ada dalam blog. Mengikut pendapatnya dia hanya "handsome" pada hidung dan mata aje... lain-lain ... entah lah.
Ini Mrs. Bah isteri Shah Cenderawasih dari Klang. Kalau ingin tahu mengenainya.. bacalah blog saya yang telah lalu...

Selangor, Kuala Lumpur & Cahayaku.

Apakah kaitannya Selangor, Kuala Lumpur dan Cahayaku? Gambar-gambar dibawah ini mungkin boleh memberi jawapannya. Pandai-pandai reka ceritanya sendiri....

Sekiranya kita terjumpa "Twin-Tower", bererti kita sedang berada didalam Kuala Lumpur. Kuala Lumpur berada di Selangor dan bandar yang paling pesat di Malaysia ini. "Twin-Tower" sangat indah diwaktu malam kerana dipenuhi dengan cahaya. Bagaimana pula Cahayaku? Dapatkah Cahayaku memberi cahaya kepada Selangor? 
Buktinya... Cahayaku bakal memberi cahaya kepada negeri Selangor. Tarikh diatas menunjukkan Cahayaku berada di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur.
 Saya ditengah-tengah para peserta sedang memberi ceramah dalam salah satu sessi di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur.
 Seperti telah dikatakan didalam coretan terdahulu di dalam blog saya bahawa usia, bangsa, ugama bukanlah jadi penghalang untuk menjadi seorang pendidik. Yang penting dirinya harus memiliki EQ dan IQ yang sempurna. Ini adalah faktor utama.
 Sebahagian daripada peserta dari Negeri Selangor yang mengikut kursus Cahayaku untuk mendapatkan"Cahaya".... hehehe
Nurul serta kawan-kawannya tersenyum lebar ketika bergambar. Hei, Nurul kenapalah duduk berhimpit-himpit dengan kawan tu.. kan ada lagi "space" tu..
Aha, tidak asing lagi En. Rusdi iaitu Juru Gambar Cahayaku yang terkenal dengan wajahnya yang "handsome" dan "montel" sedang cuba "meng-adjust" komputer untuk disambungkan kepada projektor. Tapi betul ke dia sedang membuat kerja? Atau bercerita tentang topik lain kut dengan Izzah yang berada di sebelahnya tu? Izzah ialah pegawai yang bertugas pada sessi itu.
Biasalah bila perut lapar kita kena makan. Kalau perut menyanyi lagu "keroncong" sudah pasti pengajar dan pelajar tak dapat memberi tumpuan. Saya sedang "santap" dengan pegawai-pegawai. Ini adalah salah satu sessi yang dinamakan "bersantap".. hahaha
Puan Rohana asyik mendengar sehinggakan "terlupa" nak makan pulak... hehehe 
Orang tua-tua kata, kalau makan kena hati-hati tapi mereka ini lain pulak... makan mesti relax-relax sambil menikmati musik tepi kolam mandi... wakakaka
Chef Fauzi yang segak ini adalah salah seorang yang menyediakan makanan untuk kami. Terima kasih Chef.... Hmm En. Chef boleh tak pinjam topi tu? Orang kata bahawa topi tu ada "power"... kalau kita pakai aje topi tu, kita terus menjadi pandai tentang masak-memasak ni... hehehe

Saturday, November 26, 2011

Penghayatan, asyik, suka dan ingatan.

Setiap tahun tadika saya akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan persembahan para pelajar. Masa inilah cikgu-cikgu akan bertungkuslumus untuk mengajar murid samada menari atau menyanyi. Aktiviti yang sangat susah bagi guru-guru kerana latihan mesti diadakan hampir setiap hari selama 1 bulan dari tarikh majlis tersebut. Setiap pelajar mesti dimotivate atau provoke untuk mendapatkan hasil kerjasama daripada mereka. Para pelajar mesti mempunyai satu semangat yang kuat dan azam yang tinggi. Ini adalah hasil dari penat lelah guru dan pelajar.
Menari bukannya kerja senang mak oi... nak kena ingat "step", kalau menari ramai-ramai pulak tu kena sama. Kalau lah tersilap ish, ish, ish penonton "focus" kat kita pulak tu... . Tu yang tak seronok!

Ala.... tersilap pulak .. ni yang leceh ni.. tak apa kita "cover" dengan gerak yang seterusnya yang pasti kita dapat hiburkan ibubapa dan penonton yang ada... hehehe

Thursday, November 24, 2011

Siapakah Juru Kamera Cahayaku?

Mungkin dia ini En. Rusdi ....juru kamera agaknya sebab nampak macam bagus aje... hehehe 
 Atau mereka-mereka yang belakang tu sebab mereka angkat tinggi-tinggi kamera... mesti dapat gambar yang baik-baik... agaknya den mano tahu
 Hambe rase... hok ni kot sebab nampak dia angkat kamera dia tinggi-tinggi.. hambe agak aje kalu salah mintak maaf ler woeee..
 Nampak macam berbincang tu... mungkin mereka berbincang mengenai teknik-teknik nak tangkap gambar kut
 Aha yang "female photo-grapher"... hmmm mungkin ya.. mungkin tidak.. 
 Agaknya ini lah dia "model" yang mereka cuba tangkap kot?
 Atau pun yang ini... bebudak "handsome" ni... Cara possing tu nampak menarik... hehehe
Kebiasaannya bila kita penat... kita makaaaan... jom kita makan. Jangan tak makan ye

Kitania.......seindah namanya.

Kitania........seindah namanya. Dah berkahwin atau belum dan berapa umurnya? Entahlah tak sempat pulak nak interview dia semalam. Bila ditanya dari mana? Jawabnya 'Australia'. Bahasa Inggerisnya senang untuk difahami dan tidak seperti orang putih yang lain kerana dia tidak menelan perkataan-perkataannya dan bunyinya juga tidaklah kedalam kerongkong sangat.

Memandang akan wajahnya pada pandangan saya dia lebih mirip kepada wanita Jordan. Saya senang berbual dengannya kerana dia senang pula untuk dibawa berbincang. Kitania adalah pakar runding kecantikan untuk anak perempuan saya yang sorang ni. Kulitnya yang agak sensitif menyebabkan dia akan cepat merasa gatal apabila berada dibawah sinaran cahaya matahari.

Memang wajar dia dilantik untuk menjadi seorang konsultant kerana perwatakannya yang menarik dan penampilannya yang sungguh meyakinkan para pelanggannya. Tempat yang sungguh selesa akan menyebabkan pelanggan akan berkunjung lagi kesini. Kitania....anda memang cantik.

s
Dia dari Australia. Pandai dia bercakap omputeh.. hehehe sememangnya dia pandai bercakap omputeh sebab dia omputeh.. hahaha
Ketika bertutur dia sangat berhati-hati dengan penampilannya, intonasi, perkataan dan pergerakan demi menjaga emosi pelanggannya. Dia amat senang untuk berbincang apa saja mengenai produknya.

Thursday, November 17, 2011

Nilai "2-R" dalam Sistem Cahayaku.

Ini adalah gambar Rohana dan suaminya Ruzaini yang telah banyak membantu kami untuk menjayakan bisnes ini. Syarikat Edu Cahayaku diterajui oleh saya dan suami termasuk Rohana dan suaminya manakala kami dibantu oleh Rozita. 

Sebenarnya sebelum tahun 1998 konsep Cahayaku telah saya praktikkan kepada kanak-kanak yang saya ajar tetapi Rohana dan Ruzainilah (2-R) yang telah mendesak saya untuk membukukan Teknik ini. Rohana adalah "editor" bagi setiap keluaran buku Cahayaku termasuklah buku Bahasa Inggeris "Cahayaku Paradigm". Desakan yang dianjurkan oleh 2-R ini bermula setelah anak sulung mereka gagal untuk menguasai 3M walaupun telah dihantar ke tadika-tadika "Elite". Langkah terakhir mereka ialah dengan  menghantar anak mereka kepada saya. Dalam jangka masa kurang dari 3 bulan anak mereka sudah boleh menguasai 3M. Ruzaini berkeyakinan bukan anaknya sahaja yang tidak dapat menguasai 3M malah ramai lagi diluar sana. Lantaran itulah beliau serta isteri mendesak saya untuk membukukan teknik ini. 

Setelah membuat kajian yang mendalam dan berulang-ulang kali kami telah mengaturkan susunan konsep ini sebagai satu Sistem yang mudah untuk semua lapisan iaitu Pengusaha Tadika, guru, kanak-kanak dan ibubapa. Konsep ini meliputi pengerahan tanpa disedari oleh pelajar yang menjuruskan kapada moto halus, visualisasi, kreativiti, pernafasan, logikal, perubahan pesonaliti dan pelbagai lagi. Ianya sebagai satu permainan minda yang tidak henti-henti bagi kanak-kanak yang mengikuti sistem ini.

Di Desa Pandan inilah dimana kursus cahayaku diadakan. Sejak tahun 1998 sehinggalah sekarang hanya kami berempat sahaja yang menguruskannya. Alhamdulillah semakin hari Cahayaku semakin berkembang. Harapan saya agar satu hari nanti cahayaku akan ke persada dunia. 

Dialah yang bertanggungjawab untuk urusan pejabat, lapuran, dokumentasi, sijil-sijil kursus dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan urasan Cahayaku.
Ruzaini ketika memberi taklimat kepada guru-guru tadika yang bakal mengunakan kaedah ini disebuah hotel terkemuka. 

Tuesday, November 15, 2011

Aaaahhhhhh........LEGA

Semalam 13hb November 2011 berlangsungnya Majlis Konvo dan Penyampaian Hadiah bagi Tadika Cahayaku, di Bandar Tun Hussein Onn Cheras. Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan suasana yang sungguh meriah walaupun diadakan diperkarangan tadika. Minta maaf kepada semua ibu-bapa yang terlibat kerana terpaksa menghadapi keadaan yang sungguh panas dan sempit. Apa pun dengan jamuan yang serba sederhana ini iaitu hidangan makanan arab dari Restoran Medinat Es Salam dan persembahan yang sungguh mencuit hati maka terubatlah rasa tidak selesa didalam hati.

Bersyukur sangat-sangat kerana kebanyakkan ibu-bapa mengatakan hidangan semalam sungguh enak. Terima kasih banyak-banyak kepada Mujaheed anak tuan punya restoren kerana bersusah payah menyediakan makanan untuk para tetamu. Restoren tersebut yang terletak di Taman Connaught Cheras bersebelahan Bank Ar-Rajhi memang menjanjikan makanan-makanan arab yang sungguh enak dengan harga yang berpatutan. Kepada ibu-bapa yang nak makan makanan arab lagi silalah kesana.

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan dan saya akan berpisah dengan pelajar-pelajar saya yang sangat saya sayangi. Begitulah keadaannya. Yang senior akan pergi dan yang baru akan datang mengganti. Sekali lagi bila melihat anak-anak ini saya akan rasa satu kehilangan yang amat sangat kerana selama setahun dengan mereka saya telah merasakan anak-anak ini bagaikan anak-anak saya sendiri. Untuk anak-anak yang berumur 6 tahun CIKGU SAYANGKAN KAMU......untuk yang 4 dan 5 tahun SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.

 Persiapan untuk hari Ihtifal. Bermula daripada petang sehingga ke pukul 10.30 malam. Tarikh 12hb November 2011.
Inilah persiapan yang mengambil masa yang panjang dan memenatkan tetapi insyaallah semuanya akan memberi kepuasan kepada kami sekiranya apa yang dirancangkan berjalan dengan sempurna.
 "Bolehkah kita buat belang-belang kat batang hidung dengan gincu ni?" Hehehe
"Cepat, cepat kita ni kena cepat nanti tetamu tertunggu-tungu.. cepat, cepat" Keriuhan yang biasa terdengar dibelakang pentas".
"Hmm... lama pulak kena berdiri kat sini...rasa macam nak ke tandas pulak"
 "eee ruginya aku... kenapa lah aku dah besar...tapi tak apalah aku main aje belon dengan benda ini...hehehe tak ada orang nampak dan tahu pun aku ada kat sini"... beginilah agaknya yang difikirkan oleh kanak-kanak perempuan ini. 
 "Nasib baik kami ketika dilahirkan ...terus aje jadi besar ni.. tengok budak-budak kecil ni..riuh lah.. peninglah kepala"
 Ibubapa sibuk dengan persembahan dan penyampaian hadiah tetapi anak-anak kecil bagaimana? Nasib baik ada abang badut ni dialah penghibur tetamu untuk yang kecil-kecil ni.. terima kasih abang badut... eh, eh abang badut ni macam pernah nampak... hmm kat mana ye?
 "Makanlah... ni nasi arab lah. Ingatkan orang arab tu makan unta, kibas dengan roti aje. Rupa-rupanya orang arab pun makan nasi jugak"...hehehe
 Sedap pulak nasi arab ni. Mesti resipinya lain dari yang lain kena belajar ni.
Inilah barisan para tetamu yang meminati syawarma. Popular pulak makanan ni kat Malaysia. ish, ish, ish, ish......
"Last call for kebab.. last call for kebab.. anyone interested? Please queue" 
 Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitulah dengan hari ihtifal ini... lega rasanya.. tu tengok jurugambar kita... anak saudara angkut.. siapa lagi ..Roshidi..laaa

Monday, November 14, 2011

Medinat Es-Salam - Ahlan wa sahlan ya Malazi!

Inilah dia senyuman seorang pelajar tahun akhir Engineering cum seorang pengurus restoren Arab milik ayahnya. 
"Asbur... asbur" maknanya "sabar...sabar" 
"If I speak malay can they understand me?" 
Adik berkata "Abang, bagi daging lebih sikit, bagi sayur lebih sikit, bagi tomato sos sikit, bagi mayonis lebih sikit" ... Abang Syaukit "Ah kalau macam tu bagi semua lah lebih! Betul ke?" 
Ooomak mereka datang lagi ni.... rupanya orang malazi suka ana punya syawarma ... sejenis kebablah tu orang melayu kata. 
Mujaheed "sayur, bawang, fries... semua sudah habis hanya ada daging, roti, mayonis, tomato sos dan cili sos.. mahu ke? 
Syaukit "Boss semua sudah habislah kecuali daging juga ada...mahu balik ka?"
Yang muda pasti akan tua, yang sedap pasti akan habis.. tapi yang ini pun masih dituntut oleh orang yang menunggunya...hehehe ini masakan Medinat Es-Salam yang berlokasi di Taman Connaught, Cheras


Sekiranya berminat hendak merasa masakan arab ini sila datang ke restoren ini bersebelahan Ar-Rajhi Bank di Taman Connaught, Cheras. Waktu berniaga bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Nasihat saya kalau boleh datang waktu siang sebab kalau lambat habis....wakakaka