Monday, May 18, 2020

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia.
Manusia makin pupus ditelan keadaan.
Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan.
Politik pula mengila membabi buta.
Kecamuk disana sini tanpa belas-kasihan.
Fitnah melanda bagaikan taufan menusuk hati setiap insan.
Marah, benci, dengki, sakit, lapar & stress menjadi serapan kejiwaan.
Masih adakah agaknya sudut di dunia ini yang terselamat?
Haruskah kita terus-menerus hidup bagaikan layang-layang tanpa talinya?
Mestikah kita mengikut telunjuk kaum gila yang tiada berhati-budi?
Kenapakah ajaran Nabi saw kita lemparkan disisi?
Hai anak-buahku, sahabatku, kawanku, kenalanku.
Luangkan masamu sejenak, sedetik.
Tenangkan perasaanmu bagaikan air ditempayan sesaat.
Renungkanlah kehidupan dengan pertanyaan.
Apakah semuanya berlaku tanpa ada alasan?
Apakah manusia mengawal keadaan?
Atau keadaan mengawal manusia?
Adakah kita mesti hidup bagai haiwan tanpa sukatan?
Adakah ini satu pengajaran dari Al Munaqim?
Tidakkah susunan perkataan ini memberi bekas serta torehan keyakinan kejiwaan?
“La hawla wa laa quwwata illa billahil ‘aliyil azim”, tahukah ertinya?
Ingat, pegang, dakap dan telanlah erti-patinya !!!
Tahukah kamu setara susunan perkataan itu?
Sudahkah atau telahkah kamu membaca Surah Al-Jinn?
"Katakanlah lagi, " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu."
Masih ingatkan nama Maalikul Mulk?
Lupakah kita nama serta erti Al ‘Affuw, Al Ghoffar & Al Ghaffur?
Ingatlah Dia adalah Allah, Al Ahad, Al Waahid, Al Hayy, Al Qayyum, Al Haqq !!!
Dia juga adalah As Samii', Al Basyir, Al 'Adl, Al Latif, Al Jalil dan sudah pastinya Dia Al Waasi'.
Tidakkah selama ini di dunia Dia adalah Al Wadud, Al Wakil, Al Wahhab dan Ar Razzaq?
Bukankah Dia itu Al 'Alim, Al Fattah dan Al Ghoniy?
Hai anak-buahku, sahabatku, kawanku, kenalanku.
Hindarkan dirimu terpaut, tertipu menjadi hamba permainan duniawi.
Penuhkan, isikan, biasakan dirimu dengan harapan, keasyikan memujiNya.
Semoga sejarah hitam ini berlalu bagaikan debu ditiup bayu.....
Ingatlah kalamNya dalam Surah Al-Muzzammil:
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
"Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu."
"Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik."
"Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa,"
Credit to the owner of the picture... 

Tuesday, January 21, 2020

Solat Dalam Kehidupan.

Dulu semasa tingkatan 3, ada seorang kawanku yang sangat baik hatinya tetapi sayang dia tidak tahu membaca. Awal tahun 60-an, tidak boleh membaca bukanlah sesuatu yang pelik. Perkataan disleksia, "slow learner" atau "kesukaran membaca (OKU)" tidak pernah ku dengar diwaktu itu. Agaknya bagaimanakah untuk dia menimba ilmu?

Ketika usiaku 20-an, ku mula menapakkan kaki ke Kuala Lumpur. Perwatakanku sangat "rugged" dan "carefree" oleh kerana itu ramailah kawan-kawanku. Salah seorangnya ialah pemain bola yang cukup popular tapi dia suka pada perwatakanku itu. Malahan dia seorang yang sangat baik dan sangat bersopan-santun. Satu hari dia telah mengikutku ke rumah dan bermalam di rumahku.

Apabila dia melihat aku bersolat, hatinya sangat terharu dan bercucuranlah airmatanya. Setelah selesai aku bersolat lantas dia bersuara.

Air matanya masih jelas kelihatan lantas dia berkata; "Kau rugged tetapi kau masih bersolat bila cukup waktunya, sedangkan aku cukup popular di mata publik tetapi aku tak tahu untuk mendirikan solat. Malahan aku tak tahu apa yang mesti di baca serta susunan pergerakan dalam solat. Tolonglah ajarkan padaku".

Aku menjawab; "Pergilah belajar dengan orang tua-tua atau baca buku solat".

Inilah jawapannya; "Mak dan ayahku tidak pernah ajar aku bersembahyang dan aku sudah cuba membaca buku cara bersolat tapi aku fikir bacaan dalam tulisan rumi tu, mungkin tidak betul atau aku yang tak tahu membunyikan dengan betul. Aku tak tahu baca Al-Quran".

Akhirnya aku mengajarnya cara bersolat dengan mengikuti perbuatanku sahaja. Kemudian ku ajar Al-Fatihah setelah dia menghafalnya, aku ajar pula bacaan tahayat akhir. Hampir satu bulan setiap hari untuk mengajarnya. Setelah itu dia mula bersembahyang seperti muslim yang lain-lain.

Andai kata adalah kaum manusia yang mengatakan anak-anak tidak perlu diajar membaca... Ini pertanyaanku; "Sanggupkah kamu melihat mereka yang seperti dalam cerita diatas dan mahukah kamu berkongsi dosa-dosa?"

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...