Monday, October 31, 2011

USTAZ pun menipu jugak?

LUMRAH alam. Jangan pandang pada luaran. Apalagi dengan muka yang begitu polos. Itulah pesanan saya kepada anda-anda yang sedang membaca blog ini. Nama yang tidak asing lagi Ustaz L dan pengikut setianya D. Kalau dipandang dari luarannya anda akan mengatakan yang mereka-mereka ini adalah orang-orang yang boleh dipercayai 100 peratus. Solat, zikir dan yang cantiknya wuduk tidak putus. Rupa-rupanya itu adalah 'cover' bagi mereka untuk menipu orang ramai termasuk kawan saya dan saya sendiri.

Mmmmmm......ada jugak manusia yang macam ni yang memberi anak isteri makan dengan duit haram. Kasihan saya bila melihat mereka menipu kami. Susahnya mereka mencari duit sampai sanggup menggadai agama. Berpura-pura alim dan warak. Bertutur bahasa dengan sopan. Bercakap je sikit ayat-ayat yang keluar ialah 'saya tidak hadap pada dunia' rupanya mereka ini bukannya tidak hadap pada dunia tetapi segala najis dan bangkai mereka tibai je.....Ustaz ooh  ustaz......kenapa lah boleh jadi begini. Agama? Keperibadian? EQ dan IQ semuanya entah kemana. Dasar seorang ustaz yang bertopengkan manusia dan berhati binatang. Sanggup menjadi seorang yang alim tetapi sebaliknya adalah seorang PENIPU yang hebat. Macam-macam orang ada di dunia ni. Maha pencipta Allah yang Maha Esa.

Malangnya bukan kami saja ditipu tetapi ramai lagi diluar sana. Bila difikir-fikirkan mungkin kerana desakan hidup. Maklumlah isteri ada 3 dan dari perbualannya mungkin nak tambah satu lagi. Anak pula ada 9 ke 10 ke tak tahulah. Sebab itulah dia terpaksa menipu orang untuk menampung segala perbelanjaan. Ya Allah berilah hidayah kepada Ustaz ini begitu juga dengan sahabatnya. INSAF lah dan bertaubatlah.

Berjaga-jagalah sekiranya anda berjumpa dengan seorang ustaz yang namanya bermula dengan huruf L dan pengikut setianya di kenali dengan nama yang bermula dengan Z tetapi pendeknya bermula dengan D..... berwaspadalah. Trade mark mereka ialah mereka ni sentiasa berzikir, bersolat dan wuduk tidak putus. Perkataan kegemarannya ialah "hadap duniawi". Sekiranya anda berjumpa dengan orang-orang seperti ini 'BERWASPADA'.
Pada fisikalnya manusia tetapi batin binatang. Mungkin inilah rupa binatang kalau ditafsirkan jiwa ustaz dan pengikut setianya.

Barangan yang selalu suka dipamerkan oleh mereka dengan cerita-cerita yang cuba dikaitkan dengan kehidupan dan amalan harian kita. Hati-hati sekiranya mereka menawar perubatan kerana mengikut kata suamiku cara yang ditawarkan itu ialah untuk membodohkan orang!

Sunday, October 30, 2011

Siapakah Penyelidik Konsep, Sistem & Cara Pembelajaran Cahayaku.

Inilah tangan dan kaki penyelidik Cahayaku. Beliau tidak suka bergambar. Mungkin pemilik blog www.na5wa.com yang berada di Arab Saudi akan bersenyum atau ketawa. Wakakaka.
Aku bersamanya ketika kami ke Singapore. Sudah aku katakan bahawa beliau tidak suka bergambar malahan beliau tidak suka telefon, jam atau cincin. Anehkan?
Beliau suka menyelidik apa sahaja termasuklah tingkah laku (EQ dan IQ) manusia ketika ditempat yang terasing. Contohnya seperti didalam gambar ini. Lokasinya ditengah-tengah hutan.
Beliau sudah pasti memandu dengan perlahan sekiranya aku tidak tidur kerana ada teman kesayangannya untuk bercerita tetapi masya'allah lajunya sekiranya semua penumpang sudah tertidur.
Ketika bersiar-siar kebiasaannya beliau diiringi anak-anaknya. Bagi anak-anaknya beliau merupakan orang yang boleh dibawa berbincang dalam semua persoalan.
Disatu sessi beliau memberi ceramah mengenai Sistem Cahayaku. Kalau ditelitikan pakaiannya terlalu "simple" tetapi apa yang disampaikan... hmmm ramai yang mengkaguminya dan purata akan mengatakan teknik Cahayaku yang disampai terlalu "advance" meliputi pelbagai aspek mengenai pembelajaran.
Sebahagian daripada para pelajar disebuah hotel ternama di utara Malaysia.
Inilah pesanannya biar kita ini bagaikan bayang-bayang didalam dunia pendidikan untuk generasi malaysia dan dunia. Cuba perhatikan: Bayangan dan kenyataan. "Tiada objek tiadalah bayangnya!" Bagaimana hendak bercerita tentang "bayang" sekiranya tiada "bayang". Wakakaka.

Wednesday, October 26, 2011

Aku dan tugasan

Di ofis Desa Pandan, K.L. "I'm the boss, I'm the clerk, I'm the labourer, I'm the office girl". 
Para pelajar berbincang mengenai sistem dan konsep serta kefahaman mereka.
Perjalananku merempuh bandar ketika menjalankan tugasan luar.
Perjalananku merempuh desa, bendang dan sawah padi.
Penerangan yang diberikan oleh pelanggan mengenai tempat ini.
Biasanya soalanku akan bertalu-talu mengenai sesuatu untuk mendapatkan kepastian.
Cuba perhatikan tempat ini... Cantik?..Ini tempatnya yang hendak dijadikan tadika.
Episod yang dinanti-nanti ketika "out-station". membeli buah-buahan tempatan.

Tuesday, October 25, 2011

Asing yang tidak asing......

Shah Cendrawasih adalah nama gelaran yang saya masukkan didalam telefon bimbit saya. Kenapa Cendrawasih? Biarlah ia menjadi satu persoalan buat anda yang membaca cerita ini. Shah adalah satu nama yang saya kenali hanya melalui panggilan telefon pada satu hari. Sejak dari hari itu dia sering menghubungi saya atau cukup dengan sms sahaja. Mengenali Shah rasanya baru 2 atau 3 bulan yang lepas. Walaupun hanya melalui panggilan telefon tetapi kami seolah-olah sudah berkawan bertahun lamanya.

Kenapa kesah Shah yang ingin saya ceritakan disini. Ini adalah kerana perwatakannya yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan orang-orang yang pernah saya kenali. Dalam seratus orang saya rasa tidak akan dapat saya temui seorang pun yang seperti dia.

Saya langsung tidak mengenalinya dan pertemuan pertama kami adalah pada hari Khamis 6hb Oktober 2011 yang lalu. Saya ditemani suami dan dia ditemani isterinya. Pertemuan ini telah membawa bermacam-macam pertemuan yang saya tidak rancang. Kami hanya merancang dan Allah telah mengaturnya dan menjadikan perancangan itu begitu indah.

Saya rasa tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa dia adalah seorang pemuda yang begitu lurus bendul, jujur dan seorang yang bertimbang rasa. Perangainya ada didalam diri saya. Apa pun saya suka berkawan dengannya kerana dia akan membuatkan saya ketawa, ketawa dan terus ketawa dengan persoalan yang diajukan atau jawapan yang di berikan. Shah kau ni memang LAIN......
Shah & Isteri kesayangannya. 
Pada pendapat kamu serta ukuranmu, adakah pakaian, rupa, kulit atau hati yang bernilai? Ada manusia hatinya dah jadi kelabu asap...wakakaka..

Wednesday, October 19, 2011

Sekolah Bu....

Melawat suami bibik di Sekinchan telah menemukan saya dengan anak ini yang baru berusia 6 tahun. Namanya entah apa saya pun sudah lupa dan yang pasti bila memandang wajahnya dan persekitaran rumahnya saya merasa beruntung kerana saya dibesarkan di Kampung Baru sekitar tahun 60an dahulu.

 Zaman dahulu dengan zaman sekarang memang jauh berbeza. Melihat keadaan anak ini terlintas difikiran saya bagaimana cara didikan yang diberikan oleh ibu-bapanya. Orang tuanya mungkin berketurunan Indonesia dan telah menetap disini agak lama dan anak ini pula telah dilahirkan disini. Beribu persoalan telah bermain di fikiran saya.

Mendapat didikan di sebuah tadika di Sekinchan saya yakin kanak-kanak ini merasa seronok tinggal disini. Pandai berbual dan agak keletah. Kalau dibandingkan dengan pelajar saya di tadika saya dapat melihat bagaimana persekitaran membuatkan kanak-kanak ini lebih matang (walaupun bacaannya belum lancar) dari kanak-kanak di tadika saya. Bak kata orang-orang tua kesusahan didalam kehidupan memang memberi banyak pengajaran kepada kita. Itulah yang dialami oleh kanak-kanak ini.

Di kampung. Ruang tamu rumah kanak-kanak ini.
Di kampung. Meja makan di rumah kanak-kanak ini.

Di kampung. Pemandangan di hadapan rumah kanak-kanak ini.

Di bandar. Beginilah ruang tamunya.

Di bandar. Kanak-kanak semasa sessi berehat.

Monday, October 17, 2011

Rezeki EQ Dan IQ - Bhg 2.

Salamku kepada semua blogger dan pembaca.. Aku datang lagi untuk bercerita.. Kali ini aku akan menyambung coretanku yang masih belum berhujung mengenai “Rezeki EQ dan IQ” dan tajuk barunya sama seperti dahulu hanya ditambah dengan“…. – Bhg 2”. Aku berharap kali ini aku tidak diganggu oleh berita yang akan membuat aku terhenti dalam coretan ini.

Didalam coretan yang lalu “---- Bhg 1”, aku telah menyentuh mengenai istilah yang aku namakan sebagai “rezeki lazim” (Janganlah kau tanyakan padaku mengenai istilah ini kerana aku ini “Dracer Musleh”!). Apalah yang ada pada nama atau istilah sekiranya tiada erti atau tidak dimengertikan nilainya! Kepada blogger yang mulai membaca coretanku ini, sila terlebih dahulu baca coretan “-----Bhg 1” semoga kau dapat memahami perbincangan aku yang bakal dituliskan nanti.

Didalam “rezeki lazim” aku telah menyebut serta menyentuh sekadar sekelumit sesuatu yang abstrak mengenai kurnia rezeki tidak nyata (non-material) tetapi kali ini aku akan membincangan pula mengenai rezeki EQ yang bersandarkan kepada tahap IQ atau vice-verse secara yang boleh dimengertikan oleh semua lapisan. Sebenarnya "rezeki EQ dan IQ" ini lebih senang untuk mengenalinya kalau hendak dibanding dengan "rezeki lazim" kerana ianya tiada "bertirai atau berhijab". Disebabkan terlalu "hampirnya" kedua-dua ini sehingga manusia langsung tidak dapat membezakan antara IQ, EQ dan Diri. Sekiranya kamu tidak dapat memahami apa yang sedang kamu baca ketika ini... hehehe HENTIKAN saja daripada meneruskan bacaan coretanku ini ATAU bacalah coretan-coretanku yang telah lalu, sebabnya aku tidak mahu isu seperti yang telah ditimbulkan oleh “kaum badut” seperti yang telah kucoretkan dibawah tajuk “Sistem yang betoi atau betul?”.

IQ (a.k.a akal) purata manusia tahu apa yang dimaksudkan tetapi tahukah kita bahawa akal itu telah diberikan dengan istilah seperti fikiran mendatar, menegak, kritikal (lateral, vertical, critical thinking) dan lain-lain lagi. Setiap istilah yang diberikan mungkin ramai manusia tidak tahu mengenainya tetapi mereka mungkin sering kali menggunakan cara itu didalam harian hidupnya tanpa disedari seperti "rezeki lazim".

Amatlah beruntung bagi individu-individu tertentu sekiranya dia boleh membezakan paten-paten cara pemikiran ini. Pada kebiasaan insan-insan seperti ini dapat menyelesaikan banyak permasalahan yang sedang mereka hadapi dalam jangka waktu yang singkat. Orang zaman dulu-dulu atau orang tua-tua menyebutnya sebagai "panjang akal, banyak ikthiar!". Malahan kaum-kaum ini dapat "memandang" permasalah yang dihadapi bagaikan mereka sedang melihat sesuatu yang nyata. Pada kebiasaannya paten-paten ini terhasil daripada kesan kehidupan yang dilalui oleh seseorang individu itu. Inilah yang dikatakan “rezeki IQ" kerena mereka dapat mengenal pasti paten-paten "ilmu" ini serta cara pemikiran ini berfungsi. Dengan berbekalkan "rezeki IQ" inilah mereka (kebiasaanya) berupaya mengolah, mendidik, menyalur atau mengubahsuai "sifat paten pemikiran" itu untuk dirinya bertindak mengikut jalur yang berdasarkan "Sunnatulah – sifat ilmu akal" untuk menyelesaikan apa sahaja yang sedang mereka hadapi.

Sunnatulah itu bolehlah kita katakan sebagai "asbab" (Cause and effect) sahaja atau dalam perkataan yang lebih sempurna jika dikatakan ianya ialah "ketentuan-ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah swt". Contohnya seperti barang yang berat jatuh kebawah, api boleh membakar dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang masih terikat dengan dunia nyata dan hujah akal akan mengenali sunnatulah ini sebagai “sains” sahaja kerana tidak dapat melepasi tirai “asbab”. Mungkin ayat ini boleh memberi penjelasan kepada mereka yang mahu mengerti!

Al-Quran: Surah 16 An-Nahl. 69.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang mahu berfikir.
“Then, eat of all fruits, and follow the ways of your Lord made easy (for you).” There comes forth from their bellies, a drink of varying colour wherein is healing for men. Verily, in this is indeed a sign for people who think.

Sedangkan bagi kaum manusia yang tidak berugama atau lalai dalam ugama mengatakan sebagai semulajadi (Natural)... hehehehe...sekiranya tidak ada cakerawala ini dimana hendak diletakkan sunnatulah…hehehe… mungkin elok juga kalau kita muatkan sepotong ayat Al-Quran untuk renungan bersama-sama.

Al-Quran: Surah 7 Al-Araf. 179.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Many are the Jinns and men we have made for Hell: They have hearts wherewith they understand not, eyes wherewith they see not, and ears wherewith they hear not. They are like cattle - nay more misguided: for they are heedless (of warning).


Al-Quran: Surah 2 Al-Baqara. 28.
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
How can you dibelieve in Allah? seeing that you were dead and He gave you life. Then He will give you death, then again will bring you to life (on the Day of Resurrection) and then unto Him you will return.

Untuk memahirkan diri dengan paten-paten pemikiran itu seseorang perlu berada didalam situasi yang hampir sama dalam jangka waktu tertentu. Mahir itu ialah sifat bawaan sunnatulah bukannya pandai! Adakalanya seseorang itu cepat mengenal akan paten-paten ini dalam dalam jangka waktu yang pendek kerana mereka berupaya untuk menghidupkan dengan menggunakan keadah janaan pengawalan EQ yang seimbang. Untuk menjana EQ yang seimbang seeloknya kita hidupkan sewaktu kanak-kanak masih kecil lagi seperti di pra-sekolah yang perkenalkannya pembelajaran secara bersantai ketika kanak-kanak mula belajar menguasai 3M.

Buat masa ini yang setahu aku hanya Sistem Cahayaku sahaja terbaik dan yang lain-lain sistem tu nampaknya ....hehehe ... "lebih banyak kuah dari nasi" dan diupah pula oleh pihak-pihak tertentu untuk mencampur-adukkan antara akal dan nafsu batil dengan haq! Dan yang terlebih "parah" apabila diwar-warkan oleh kaum-kaum yang "buta, tumpul akal dan pelahap duniawi". Sekiranya yang batil ini diserapkan kepada kanak-kanak awalan pembelajaran "hancur, hancurlah generasi, negara, bangsa dan ugama!"

P/s: Semasa aku menghadirkan diri untuk kursus Cahayaku, penceramahnya mengatakan bahawa dia akan mengajar hanya 1/18 daripada sistem ini sahaja! Hehehe sememangnya betul kerana Konsep Sistem Cahayaku mencangkupi sesuatu yang unik yang sukar difahami oleh kebanyakan individu! Selebihnya 17/18 kita akan perolehinya ketika kita menggunakan konsep ini ketika mengajar (cara tercepat untuk mengaplikasinya dengan mengajar kanak-kanak “special”) atau diaplikasikan didalam perjalanan kehidupan harian kita sendiri dalam pelbagai espek dan situasi!

Aku hanya boleh mencoretkan penulisanku dan ide-ideku tetapi terpulanglah kepada ibubapa untuk menentukan haluan anak-anak mereka sendiri.. This is my verse.. "My grave is not yours ...think for yourself whatever you want to do! Always be wise but don't be thoughtless or a stupid follower! And surely the day will come when we will go away from this shadowy world!".


Ops terlalu panjang pulak coretanku ini tetapi ianya masih belum pun 1/3 daripada apa yang ingin aku coretkan… hmmm, mungkin ada baiknya aku sambungkan di dalam coretan yang akan datang contoh kaitannya pula antara EQ dan IQ atau vice-versa. …hehehe, kita namakan saja coretan yang akan datang seperti ini “------ Bhg 3” Setuju? .. Lol, aku ini terpaksa berlari lagi dan sekiranya kamu ajak berbicara pun, aku akan tetap berlalu jua sebabnya…aku "Dracer Musleh".. eeeh, maafkan aku, sekiranya coretanku melukai hatimu.. Insyaallah kita bertemu lagi dilain waktu.…
......Dracer Musleh

Sunday, October 2, 2011

Siapa yang tipu dan siapa pula ditipu.

"Cikgu mak kata cikgu bodoh". Kata seorang budak yang baru berumur 6 tahun. Tersentak saya bila mendengar kata-kata dari kanak-kanak ini. Saya bertanya lagi untuk mencungkil rahsia. "Saya tidak tipu cikgu betul mak kata cikgu bodoh". Bagi saya kenyataan yang sedemikian sudah tidak hairan lagi kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-bapa yang adakalanya memandang rendah terhadap guru-guru tadika.

Untuk di jadikan cerita kanak-kanak tersebut telah tertinggal buku tulisannya dirumah. Saya menelefon dan meminta buku tulisan itu dihantarkan ke tadika. Didalam buku tulisan tersebut telah ditulis dengan bermacam-macam teguran oleh si ibu.  Si ibu dengan bangga menghulurkan buku tulisan yang tertinggal itu. Sambil menyelak sehelai demi sehelai kertas dibuku tulis itu, saya pun bertanyakan tentang teguran yang ditulis dibuku tersebut. Sambil tersipu-sipu si ibu mengatakan dia lah yang telah menconteng dibuku tulis anaknya konon untuk menegur kesalahan yang telah dibuat oleh guru tersebut. Malangnya si ibu sendiri telah membuat kesalahan. Saya menegur kesalahan dia sambil mengatakan yang kami disini memang guru-guru yang bodoh tetapi kami telah berjaya membuat budak-budak di tadika ini menulis dan membaca. Bila mendengar perkataan bodoh si anak terus menyampuk dan mengatakan bahawa ibunya mengatakan cikgu memang bodoh. Wajah si ibu bertukar menjadi merah padam kerana malu.

Saya tidak bertanya lagi malah hanya tersenyum melihat gelagat si ibu yang ingin menunjukkan pandai kepada kami tetapi apa yg dibetulkan didalam buku tulisan itu adalah salah. Dia dengan tegas mengatakan bahawa anaknya menipu dan dia tidak akan mengatakan yang demikian. Dari airmukanya saya tahu memang dia merasa serba salah.

Selang beberapa minggu kemudian dia datang lagi ketadika dengan tanda lebam dimatanya. Saya bertanyakan kenapa dan katanya matanya terkena bola yang ditendang oleh sianak. Tiba-tiba si anak terus menjawab dan mengatakan bahawa mata emaknya di tumbuk oleh ayahnya. Si ibu terus mencelah dan mengatakan jangan percaya cakapnya cikgu. Budak ni suka menipu. Saya hanya berdiam diri sambil melihat telatah kedua-dua beranak itu.

Pada satu pagi saya menerima panggilan telefon dari si ibu yang mengatakan bahawa cikgu saya telah mengambil kupiah anaknya dan menyorokkannya di atas almari. Saya bertanyakan kepada cikgu tersebut dan dia menjelaskan bahawa dia tidak menyentuh langsung kupiah budak itu. Si ibu dengan marah-marah mengatakan bahawa anaknya tidak akan menipu. Anaknya sentiasa bercakap benar. Untuk memulihkan keadaan saya menjemputnya ketadika sambil berjumpa dengan guru yang berkenaan. Kami pun berkumpul sambil mendengar penjelasan dari guru tersebut. Si ibu terus menekan kami dan menuduh yang bukan-bukan. Saya teringat akan peristiwa yang matanya lebam dan perkataan bodoh. Saya terus menyampuk dan mengatakan bahawa memang matanya yang lebam pada hari itu ditumbuk oleh suaminya dan dia pernah didepan anaknya mengatakan bahawa kami semua adalah 'bodoh'. Semua itu adalah betul belaka kerana anaknya bukan seorang penipu. Dia terus terdiam dan tidak menjawab sepatah perkataan pun. Dengan tersipu-sipu dia terus beredar tanpa mengucapkan maaf kepada kami mungkin kerana telah termakan dengan kata-kata sendiri dan terlalu malu.

Selama saya menjadi seorang guru tadika bermacam-macam perangai dan telatah ibu-bapa telah saya temui. Bila difikirkan semula siapakah yang bersalah sebenarnya. Fikir-fikirkanlah. Sebelum kita menyalahkan atau menuduh sesiapa, siasatlah dahulu dan kalau mendidik anak janganlah jadi bagaikan si ketam dengan anaknya. 

Kalau hendak mendidik pastikan kata-kata atau arahan yang diberikan boleh dimengertikan oleh sesiapa yang membaca atau mendengarnya.
Ini apakah maksudnya? Seribu pengertian! wakakaka.