Thursday, June 2, 2011
KITA SERUPA
Sejak dari dulu saya memang ingin sekali cahayaku ada blognya tersendiri. Saya memanglah buta komputer dan nak belajar pasal komputer ini pun jauh sekali. Entah kenapa bila berbual dengan Lutfi saya terbuka hati untuk menjadi seorang blogger. Selama ni anak sedara yang bernama Lutfi sering membantu sehinggalah dia terpaksa balik semula ke Mekah.
Sebelum dia balik Lutfi ada titipkan seorang jurugambar untuk saya bagi mengganti tempat beliau. Aduh.......siapalah yang akan bekerja dengan saya pulak kali ini. Cuma saya tahu yang Lutfi akan mencari seorang jurugambar yang boleh memahami kehendak saya.
Akhirnya dia memberikan nombor telefon Roshidi kepada saya dan setelah saya menghubungi Roshidi saya pun menetapkan masa dan hari untuk berjumpa dan jadilah Roshidi jurugambar bidan terjun saya. Saya pernah bertanya kepadanya tentang dokumentari kerana saya bercadang ingin membuat video tentang masalah membaca dalam bentuk dokumentari. Yang paling seronok apabila dia mengatakan bahawa dia tidak pernah merakamkan video sedemikian kerana dia adalah jurugambar untuk MAJLIS PERKAHWINAN. Alamak....dalam hati saya mula tertanya-tanya boleh ke dia ni? Kerana sudah kesuntukkan masa, saya tidak mahu berfikir panjang dan nekad untuk mengambil dia sebagai jurugambar saya.
Seronok juga bekerja dengan Roshidi ni kerana dia kelakar dan senang dibawa berbincang. Asyik ketawa dan tidak pernah menolak permintaan saya. Memang JURUGAMBAR BIDAN TERJUN ini menepati citarasa saya yang adakalanya tidak menentu. Wah......Shidi kata aunty dan uncle TAK NORMAL ya.....Untuk pengetahuan Shidi, Shidi pun tak normal juga kerana hanya orang yang tak normal saja boleh duduk dan bergurau dengan orang yang tak normal ........ kakakawakaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Sekali lagi langkah terbawa kesini dan seperti yang telah dijanjikan didalam article-ku yang lalu. Textnya: "Insyaallah aku (dari penga...
No comments:
Post a Comment