Thursday, April 28, 2011

SNOW WHITE ku pelat.






Nama taye (saya) Nor ...mmm...aa....(sambil berfikir)a..a.. aaani....itulah yang akan terkeluar dari mulut seorang kanak-kanak perempuan yang sungguh comel, montok, gebu dan sangat petah bercakap. Siapa yang tak geram kalau tenguk dia. Seronok emaknya kerana bantal peluk yang dianugerahkan oleh ALLAH sangat special. Tiap-tiap hari dia akan mencari saya untuk membaca kerana dia sudah 'KETAGIH'. 'Tekdu (Cikgu) nak baca' itulah kata-kata dia setiap kali melihat wajah saya. Bagi saya pula pantang nampak si 'mungel' ni akan saya gomol-gomol dan cium dia. Kalau saya tanya dia siapa nama saya dia akan jawab tekdu taye (cikgu Cahaya) tapi sekarang ni dia dah boleh sebut cikgu tapi masih lagi taye. Emmm..bolehlah tu Hani taye pun taye lah.

Lupa pulak nak perkenalkan simanja saya ni. Namanya Nur Iklil Tihani. Umur 4 tahun 4 bulan tapi sudah pandai membaca. Tahniah Hani... hari ini dia berjaya menghabiskan buku 1 cahayaku dan minggu depan akan masuk ke buku 2. Kerana kegebuan dan keputihan kulitnya saya telah memanggilnya Snow White. Selain daripada Snow White ada juga Sleeping Beauty di tadika. Kalau dah gelarannya Sleeping Beauty tau-tau ajelah. Datang ke tadika agak lewat dan kadang-kadang hampir pukul 8.30 pagi dan sudah pastinya tidur, tidur, tidur. Dia akan bangun apabila sampainya waktu sarapan pagi. Tau-tau aje..... Herannya, kalau dah tidur diangkat atau didukung pun dia tidak akan bangun. Bak kata orang bunyi bom meletup pun dia tidak akan terjaga. Walau apa pun keadaannya si Sleeping Beauty ni tetap boleh membaca. Dah lama habis buku pra-baca dan dia baru berumur 4 tahun. Sekarang ni masuk buku 1.

Berbalik-balik kepada si Snow White saya ni walaupun dia pelat dia tetap boleh membaca dan insyaallah lama kelamaan pelatnya akan hilang. Teks-teks yang diatas adalah teks yang telah dibaca oleh Hani. Hani mula membaca pada 6-01-2011 dan pada hari ini 28-04-2011 dia sudah pun menamatkan buku 1. Untuk kanak-kanak yang seusia dia dengan masa pembelajaran dalam seminggu bukanlah hari-hari, ini memang sudah menunjukkan bahawa cahayaku adalah satu sistem yang sangat mudah. Setiap kali saya mengajar Hani saya seronok sangat mendengar bacaannya yang kuat dan jelas cuma ada beberapa sukakata yang agak susah dia nak sebut. Contoh so akan jadi sto dan ada satu dua lagi yang sebutannya lain sikit bila didengar. Kepelatannya ini telah menunjukkan betapa manjanya si Hani di rumah. Anak mak ke anak ayah? Anak mak ke anak ayah? Saya pun tak pernah bertanya tapi saya rasa si Hani ni anak ayah. Yakin yang dia manja sangat dengan ayahnya. Kepada ibu-bapa Hani kalau betul tekaan akak ini mintak komen sikit dari segi bacaan.

Langkahku terhenti seketika.

Sekali lagi aku melangkah keblog ini melihat video serta membaca coretan2 yang belum aku baca disebabkan asyik sibuk dan menyebukkan diriku kesana-sini. Aku tersenyum sendirian dan kadang2 hampir mengeluarkan air-mata dan ada kalanya tertawa bersendirian kerana menghayati coretan2 dan video yang telah di-upload-kan.

Adakah semua blogger pun seperti aku atau sekadar membaca aje? (Hanya dinding batu sahaja tanpa reaksi! Sebab: kurangnya komen..hehehe..pilihlah apa yang diidamkan...hehehe. "Batu mana ada perasaan!" kata Penceramah Cahayaku ketika aku menghadiri kelasnya disatu ketika dulu. Sebenarnya aku kurang berinteraksi didalam kelas itu!). Bagi mereka yang mempunyai anak2 "special" mungkin akan terasa cemas dan tak kurang pula yang terasa gembira kerana diblog ini memberi harapan serta memberitahu bahawa anak2 mereka masih boleh "dipulihkan".

Sebenarnya jika seseorang itu pelat atau gagap boleh kita perbetulkan (pulihkan) tetapi untuk disleksia, sydromdown, hyperactive atau apa saja sekategorinya, dia tetap sedemikian hal-nya sehingga akhir hayat tetapi pihak Cahayaku telah mencipta satu kaedah untuk mengajar mereka cara-cara mengadaptasi diri kepada persekitaran dan memahami kelainan yang ada pada diri mereka sendiri yang akan membuatkan mereka berupaya mengatasi kesukaran itu. (Hmm, sudah pastilah "special kids" ambil banyak masa untuk mengadaptasikan sistem dan konsep ini kedalam diri mereka! Bagaikan orang tua-tua kata: "Berakit-rakit di hulu, berenang-renang...eh, eh aku lupa perpatah ini....sambunglah sendiri!")

P/s: Didalam Sistem Cahayaku juga, untuk memulihkan kanak-kanak seperti gagap atau pelat, pengajar terpaksa pulihkan pelajar dengan cara menyinkronasikan diri mereka berdasarkan EQ (kehendak serta mengasingkan sifat2 negatif lain EQ), pernafasan (pengawalan lidah - motor), mata (sekiranya pelajar sedang membaca) dan intonasi suara untuk perkataan yang ingin disebutnya dan lain-lain lagi (malahan IQ sekiranya perkembangan IQ-nya baik). Kaedah ini kerap mengasak (ketajaman EQ - "I don't want to explain about it...no time. Sorry") TANPA DISEDARI oleh pelajar berdasarkan pembelajaran SECARA BERSANTAI (didalam buku) yang sedang dilaluinya setiap hari. Kebiasaannya pelajar ini akan dapat dipulihkan tetapi asalkan jangan ada "pihak kedua atau pihak ketiga" dirumahnya yang merasa lebih "aman" jika anaknya bertutur seperti itu. Contoh "nak susu" disebutnya "nak ucu" dan "sayang" disebut "ayang" (puh, puh mampus...amat malanglah cikgu yang mengajar pelajar itu!) Bagi kanak2 yang "sumbing" tak dapatlah pengajar membetulkannya kerana "lelangitnya (Hard Palate or some people call it "The upper palate)" jauh keatas... (minta bebanyak ler maaf kepada orang ramai kerana "tak reti pihak pengajar nok beto' tu!") tetapi pelajar seperti ini tetap boleh membaca dan menguasai 3m hanya sebutan perkataannya kedengaran lebih banyak "disturbing noise - I hope you get what I mean". Mungkin di lain hari di lain waktu aku akan bercerita mengenai diri "special kids" berkaitan "kefahaman vs bacaan". If I got time ...

Berbalik kepada penelitianku untuk kita menilaikan dan berkongsi bersama:

Coretan Shida Ma
  1. Paragraph 2 bermula " pelbagai persoalan timbul di kotak mindaku... " sehingga "HANYA MANUSIA YANG DAPAT MENGAJAR ANAK MANUSIA MENJADI MANUSIA"
  2. Paragraph 5 bermula "Secara peribadinya, "CAHAYAKU" merupakan penyinar hidupku, disaat-saat " sehingga "sebuah sekolah rendah agama...semuanya bermula dari sini"
(Para ibubapa, penguasaha dan pendidik analisakan kata2nya dengan teliti, mungkin akan membuatkan dirimu seperti Pn. Shida. Sebenarnya kata2 ini ataupun yang senada seperti ini yang pasti dilafaskan oleh setiap pelajar cahayaku yang pernah mengikuti Kursus Cahayaku, "ku temui "CAHAYAKU"..di situ ku temui cahaya yang membangkitkan semula keyakinanku".

Kalaulah masa ini dapat ku undurkan masa atau tahun 2011 kebelakang sudah pasti bukan Pn. Shida orang yang pertama memiliki banyak tadika! Huh, pastilah aku dan seterusnya aku!)

Video: Berita Perdana TV1
  1. Komen Penguasaha bermula 01:17 - 02:16
  2. Komen Ibu bermula 02:19 - 02:32 (didalam komennya dia menyebut perkataan "asyik").
  3. Telatah "asyik" 02:33 - 03:15 (Perhatikan dan dengarkan suaranya ketika membaca dan perhatikan tingkah-lakunya selepas membaca)
  4. Kebolehan pelajar "special" dan komen ibunya bermula 08:55 - 11:16
(Kalau melihat telatah serta komen tersebut bererti terlalu mudah! Hanya yang tinggal kerahan tenaga pengajar sahaja untuk membuktikannya. Bagaikan pernah disebut oleh penceramah Cahayaku katanya...... "andaikata diri pengajar itu tidak dapat menjadikan dirinya seorang manusia....janganlah jadi pengajar!)

Video: Gemilang Malaysia TV1
  1. Komen ibu yang sama serta perhatikan tingkah-laku anaknya bermula 01:00 - 06:22.
(Personally from me to Pn. Faridah; "You're the most kind hearted person cause you willing to share your feeling and give hope to other people (those who have "special kids). Hope Allah swt will enlighten you and your family forever).

Video: It don't matter if you are black or white (part 1).
  1. Komen Pelajar bermula 00:25 - 01:48
(Bayangkan apakah yang akan dialami oleh pelajar ini sekiranya dia membesar dengan tidak menguasai 3M? Siapakah yang perlu kita persalahkan ...dia, persekitaran, guru atau orang2 yang berkuasa...hmmm...fikir-fikirkanlah sendiri! Untunglah dia mempunyai keluarga yang prihatin.... kalau tidak...bak kata orang terengganu..."dimakan pok dei atau bok bong!" atau bagai orang Penang kata "biag' pi dia' naik syek bila besak!" ops..my muallim able to speak all dialect!)

Appreciation: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
  1. Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah Cheras. (Sila semak sendiri dan yang paling aku sukai mengenai "ketrampilan Jiwa". Aku harap semua orang tahu siapakah penghuni ditempat ini!).
Sebenarnya kalau diperhatikan dengan teliti, banyak lagi contoh yang sangat berfaedah untuk orang ramai tetapi cukuplah setakat ini sahaja... Dan sudahlah sampai masanya Pn. Cahaya menterjemahkan article2 yang ada dan yang akan datang dengan dwi bahasa supaya lebih ramai lagi manusia2 dibumi Allah ini dapat berkongsi ilmu. Buat masa ini di barat sana masih terkial-kial untuk memulihkan kanak-kanak dysleksia sedangkan Cahayaku sudah menjadikan kategori ini sebagai sesuatu yang lazim!

Mungkin pembaca atau blogger akan tertanya-tanya kenapa aku "high-lighted-kan" semua ini? Jawapan telah ku nyatakan didalam article2 yang lepas: "
Al-Quran Surah 103 Al-Asr, Surah 7 Al-A’raf 172,
Al-Quran Surah 95 At-Tin ayat 4
" dan kiranya catitanku dalam
sudah jelas untukmu!

"I got to run again. adios and forgive if my words...hmm..you know...bye.

Ops, ops some blogger and reader check my profile...hehehe...do you like my photo? hahahaha... bye again
...Dracer musleh

Tuesday, April 26, 2011

'CAHAYAKU" penyinar hidupku..

by Shida Ma on Tuesday, 26 April 2011 at 10:20
Bila disebut "Cahayaku" ,ianya tidak asing lagi di kalangan pendidik terutama yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak, ada yang menyokong dan tak kurang juga yang cuba menyangkalnya.Apa pun pandangan orang, bagi diriku , tiada salah dan betulnya...mungkin bagi mereka yang suka mengkritik disebabkan mereka belum betul-betul mengenali kaedah ini....TAK KENAL MAKA TAK CINTA!!!

Aku mula berkenalan dengan "CAHAYAKU" lebih sepuluh tahun yang lalu...apa yang boleh ku katakan "MIRACLE"...mula berkenalan hanya selama dua hari pada tahun 2000...pelbagai persoalan timbul di kotak mindaku... kenapa, bila ,bagaimana "CAHAYAKU' boleh mengubah kanak-kanak...penuh dengan persoalan yang butuhkan jawapan...dengan ringkas dijawab oleh En.Zahari "HANYA MANUSIA YANG DAPAT MENGAJAR ANAK MANUSIA MENJADI MANUSIA"..

Selama lebih sepuluh tahun bersama "CAHAYAKU"...aku telah mendidik lebih daripada seribu orang kanak-kanak yang datang dari pelbagai corak dalam kehidupan, ada yang normal dan tak kurang yang "istimewa"...Alhamdulillah, semuanya dapat menguasai kemahiran membaca bahkan terbina jatidiri mereka.Bagaimana "CAHAYAKU" lakukan...hanya dengan lima huruf vokal dan lima huruf konsonan, segala-galanya terbentuk...mewarna,menulis,mengira,mengeja,mengarang,memahami dan membentuk jatidiri kanak-kanak...aku tidak mahu mengulas panjang kerana untuk mengetahuinya layari http://www.educahayaku.com/

Secara peribadinya, "CAHAYAKU" merupakan penyinar hidupku, disaat-saat tadikaku mengalami kesakitan,disaat aku memang butuhkan teman untuk penyelesaian, di ketika keyakinanku jatuh merundum,disangkakan kawan rupanya lawan ...ku temui "CAHAYAKU"..di situ ku temui cahaya yang membangkitkan semula keyakinanku, yang sanggup membara kembali semangatku yang hampir luntur,  mencantumkan semula hatiku yang koyak rabak untuk membina sebuah empayar tadika dengan wajah yang baru...daripada hampir rebah, aku bangun semula dengan gagah...syukur ALHAMDULILLAH dan terima kasih yang tidak terhingga untuk En.Zahari dan Puan Chahaya   (founder of "CAHAYAKU")..bagiku mereka dah seperti keluargaku..dan "CAHAYAKU" dah jadi sebahagian daripada hidupku..bermula dari detik itu aku mula melangkah dari sebuah tadika kepada beberapa cawangan tadika yang dapat aku kelolakan. Dengan izin Allah kini dapatku kendalikan empat cawangan tadika dan sebuah sekolah rendah agama...semuanya bermula dari sini.

Terima kasih jua kepada Edu Cahayaku Sdn.Bhd. kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menjadi koordinator di Sabah.Kini "CAHAYAKU' bertapak utuh di bumi Bawah Bayu dengan lebih daripada duapuluh buah tadika menggunakan kaedah "CAHAYAKU"..insyaAllah dengan pelancaran Pusat Kemahiran Cahayaku nanti diharapkan seluruh bumi Sabah akan disinari oleh "CAHAYAKU"...sesungguhnya hambaMU ini tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMU jua, YA ALLAH...

nukilan : Norshamsida Mohd.Ariffin
              Tadika Intensif Cahayaku Sabah.

Monday, April 25, 2011

Like Father Like Son.

Last time we use to say "smile" then change to "Cheese" but now "Peaceee" mum said.
"Am I doing it correctly?" (Fine motor) Peace need 2 fingers out but not all kids can do it easily!

Sekali pandang...yakin.... sesiapa saja pasti terpegun melihat telatah kanak-kanak comel yang bernama MUHAMMAD NUR DANISH AMANI BIN NOR ARAZMAN. Anak tunggal setakat ni dan kalau ada adik nanti letak nama adik tu SITI NUR DANISHA AMANI ya. Kalau nama panggilan emaknya Is anak perempuannya Isya pulak. Saya pulak yang berangan. Nak beranak lagi dah tak boleh jadi tumpang anak orang ajelah.... Saya sendiri pun terpegun apabila melihat gayanya dengan beg bersilang dibahu dan kacamata hitam diletakkan diatas kepala. Lebih terkejut lagi kerana gayanya serupa dengan ayahnya. Emm.....Dah pasti ini meeeemang anak ayah. Selalunya kalau anak ayah memang agak susah sikit nak dididik dalam bacaan tapi yang ini tak tau lagi. Kita tunggu dan lihat. Kalau panjang umur saya, adalah cerita Danish didalam blog ni nanti. Sebelum dan selepas mengikuti kelas cahayaku. Insyaallah... Budaknya  nampak keletah dan baru berusia 3 tahun 1 bulan.

Pada minggu lepas saya telah menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang ingin menghantar anaknya ketadika saya. Bila saya tanya berapa usianya? Dia mengatakan baru 3 tahun. Tidak menjadi kehairanan kerana Aimi memasuki alam persekolahan ketika berusia  disekitar 2 tahun lebih. Tak sampai pun 3 tahun Aimi sudah boleh menguasai buku Pra-baca cahayaku. Saya pun memberitahu bila waktunya dia boleh berjumpa dengan saya kerana sekarang ni saya agak sibuk sedikit dengan prototype saya ni.

Dari perbualannya saya dapat tahu bahawa dia adalah salah seorang parent yang datang berjumpa dengan saya melalui blog ini. Saya merasa bangga dan teruja kerana ada ramai juga yang menelefon saya setelah mereka melayari blog cahayaku tetapi lain dengan keluarga ini kerana mereka tidak dapat berjumpa dengan saya di tadika sebaliknya mereka bertemu dengan saya di prototype cahayaku. Orang pertama yang dapat melihat prototype saya yang masih didalam pengubahsuaian. Lupa pulak nak minta komen tadi. Minta komen sikit didalam blog ni tentang warna prototype ni.

Is mengatakan bahawa dia akan mendaftarkan Danish pada bulan Jun nanti. Tak sabar rasanya kerana saya memang geramkan kanak-kanak yang berperangai seperti Danish kerana kanak-kanak yang begini akan mengingatkan kembali saat-saat saya mendidik anak-anak saya. Masa bersama dengan anak-anak tidak akan berulang lagi dan yang tinggal hanya kenangan tetapi imbauan kenangan masa silam akan dapat saya rasai ketika saya mendidik anak murid saya. Jangan marah sekiranya di klip-klip video saya ada shoot-shoot yang anda lihat saya mencium kanak-kanak. Itulah saya. Kalau saya dapat budak-budak ini tak kira special ke normal ke OKU ke dan walauapapun asal mereka samaada kaya atau miskin, selagi dia dinamakan kanak-kanak akan saya peluk-peluk dan cium-cium budak-budak ini. Mereka adalah ANAK-ANAK saya.Tak kira bangsa atau rupa. IT DON'T MATTER IF YOU'RE BLACK OR WHITE. Mereka tetap COMEL................

Thursday, April 21, 2011

Special Kids

Jangan usik atau dekat dengan Bob, tau! Nanti kakak amirah marah!
Don't you dare to tease or be near Bob, ok! Or I'll get angry!
Jangan pandang-pandang saya tau, sebab saya nak baca ni!
Don't look at me please, cause I want to read!
Here comes "The Bantal Busuk (smelly pillow) boys from Tadika Cahayaku"
"I can read but I'm not sure how to write yet. Am I doing ok?" anak si Mamat designer Proto-Type.
Bukanlah aku seorang aje yang tulis terbalik! Ramai lagi lah.....kat tadika ni.. tapi kami boleh baca tau!
Not only me who write like this! Alot more in this kindy...but we can read!
Tu, tu tengok tu.. kan sama macam saya! kami serupa tapi lain rupa!
Look, look.. it's just like me! We are same category but not same people!
Sebenarnya kami tulis ikut apa yang kami pandang dalam minda kami! Disleksia ke kami ni?
Actually we write according to what we see! Are we Dysleksic?

Wednesday, April 20, 2011

Janji EQ (nafsu) dan IQ. (akal)

** sorry, a friend called me and asked me to define "EQ and IQ"...got no choice..but it was abit late! (chg date: 24/4/11).. sorry again.

Sebenarnya

Inilah janjiku didalam textku yang terakhir: "cerita kaitan EQ dan IQ ketika manusia masih lagi didalam kandungan ibunya sehingga kealam kanak-kanak"

Nasihatku untuk blogger "surf" dulu mengenai "gynaecology" ini sebelum membaca coretanku. (Supaya taklah mengatakan aku ini merapu aje. Untung2 blogger mendapat ilmu atau
dapat jadi penasihat "free" atau doktor FOC pada orang yang sedang mengandung ...hehehe).

Good to surf:
Ultrasound in obstetrics and gynaecology.
Professor Keith Moore (Dia pakar dalam soal kandungan ni sedangkan aku pakar poket aku aje... takut tak dapat bayar bila makan kat kedai! Dunia oh dunia...andaikata kita tak ada perut
alangkah senangnya sebab kita tak lapar....hehehe..macam batu tepi jalan tu! Batu tu tak beranak.. istilah "anak batu" tu bukannya bererti batu beranak..bagaimana pulak manusia.. fikir-
fikirkanlah wahai manusia!)

PROSES KEJADIAN MANUSIA
Bacalah sendiri Al-Quran Al-Insan:2 - "Nutfah" - Minggu Pertama ketika mengandung.

Aku rajinkan diriku menyalin semula untuk menyenangkan blogger: Minggu Kedua & Ketiga & Keempat: Alaqah & Mudghah & (Izam & Lahm) (Al-Quran Al-Mukminun:14)
"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian
Allah sebaik-baik Pencipta."

Dan yang ini kenalah baca sendiri pulak hehehe: Al-Quran Surah 22 Al-Hajj ayat 5.

Ini yg telah disepakati oleh ulamak2 Islam mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai
kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi! eh, eh...check juga dengan pakar2 gynaecology tu! Kot-kot lah ada blogger yang terlalu saintis! Aku ni... bak kato ore' kelantan
kawe' ni toke' dikir karut!

Al-Quran Surah 7 Al-A’raf 172:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka
sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Al-Quran Surah 95 At-Tin ayat 4:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

Hmm..manusia sudah lengkap dgn segala-galanya termasuklah EQ (nafsu) dan IQ (akal) tetapi IQ masih belum boleh berhujah lagi sebab kekurangan info & ilmu. (Pls refer to my last
article about EQ and IQ).

Bila sebut saja perkataan IQ (akal) dalam awalan didikan anak-anak, mungkin ramailah yang tak sokong aku (check my articles), aku ni bijak pun tidak tapi bacalah sendiri yang aku muatkan ini, mungkin boleh memberi pengertian kepada mereka yang mahu mengerti:

Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi:
"Diangkat kalam (catatan) daripada tiga golongan: Orang yang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia bermimpin (baligh) dan orang gila sehingga dia sedar".

Hadis diatas itu sebut pasal "roti, sayur atau akal"? Adakah kanak-kanak yang sedang kita bincangkan tu sudah baligh? Malas aku nak bercerita oooi....bak orang terengganu kata: "lelah dah ni ...aku tulis banyak retek! Malas nok babeh!..pandai2 lah mung carilah sendiri".

Sabda Rasullah saw bermaksud;
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Semasa didalam kandungan nafsu sudah aktif untuk berinteraksi (berkomunikasi – bukan dengan suara atau sentuhan) dengan si ibu sehinggakan mengakibatkan perwatakan si ibu kekadang
agak aneh dan berbeza kalau dibanding ketika sebelum dan selepas mengandung. Hanya para ibu atau bapa atau mereka yang berada disekitar yang peka akan dapat menyedari
perubahan ini. Bagaimana janin itu berkomunikasi?... hehehe..sebab aku tidak akan bincangkan persoalan ini. JANGAN TANYA AKU!.. carilah jawapannya sendiri baik untukmu dan dirimu!

P/s: Perwatakan ibu yang sedang mengandung boleh meransang janinnya. Oleh itu wahai ibu yang mengandung telitilah apa yang sentiasa berada didalam hatimu dan perwatakan dirimu ketika itu. Wahai ibu yang mengandung tahukah kamu bahawa janinmu boleh berinteraksi denganmu sekiranya janin itu berusia 6 bulan keatas? Terbaik kata orang tua-tua: berzikir & mengaji. hmm..bayangkan kalau kaum lelaki yang mengandung...puff..puff).

Keaktifan nafsu ini telah terbawa-bawa sehingga si anak dilahirkan kedunia. Lantaran itu berlakulah aktiviti nafsu (“keinginan@kehendak”) seperti proses perkembangan “motor kasar”
(telentang, meniarap, menjulur, merangkak, berjalan dan akhirnya berlari) tanpa dibatasi oleh undang-undang, hukum-hakam dan memahami sunnahtullah. Kadang2 kanak2 "ter-skip step"
merangkak, oh man this is not a good sign...normally special kids skip that step!

Kadang2 kanak2 terlalu taksub dengan sifat2 nafsu sehingga mengakibatkan kesukaran bagi diri mereka sendiri! Yang PALING TRAGIS BILA IBU-BAPA TERLEBIH LAJAK DARI LAJU
DALAM MENGASUH ANAK KATEGORI INI! DI TAMBAH PULA DENGAN SISTEM CUPAK-CEPUK MEREWANG TAK TENTU HALA! WESTERN KONON! MODERN KONON! Kesianlah anak2 seperti ini sehinggakan ada juga
dikalangan mereka yang langsung tidak hiraukan perkembangan motor halus, bahasa, sosial dan ciri2 awalan sifat IQ! Oh, no...no..no ...be a good parent pls! Aku quote kata-kata mu'allimku iaitu Penceramah
Cahayaku; "Your kids are our NEXT GENERATION so please take care of them and DON'T DESTROY their future and our country for the sake of money and self interest!"

JANGANLAH kedekut sangat atau PENTINGkan diri sendiri sampai nasib anak diabaikan! Nasihatku untuk ibu-bapa yang ada anak2 spt ini cepat2 ler.. carilah doktor pakar kanak2 dan satu lagi hadis ku muatkan untuk kita renung bersama (peh, mcm bercinta pulak kita ni!)

Berkata anas ra. bahawasanya Nabi saw bersabda:
"Allah telah berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha-Ku dan qadar-Ku maka ambillah Rabb selain Aku." (Hr Baihaqi).

Kalau dah sah tu carilah Sistem / konsep Cahayaku sebab sistem ini taklah "charge-nya menggila" macam orang lain...hehehehe DAN sistem ini juga the only system right now (proven) can adjust and
readjust the behaviour and etc-etc! (Kalau tak caya..tengok video tu komen ibu2!) Manalah tahu kot-kot anak2 tu dapat jadi seperti Leonardo Da Vinci, John F.Kennedy, Einstein atau Bill Gates!
(Kalau jadi macam aku... hancur, hancur "mulut celupar!"...hehehe)

P/s: Kalau sifat2 nafsu yg "Outrageous" ini terbawa-bawa sampai ke tua (spt orang sebelah rumah Pn. Cahaya tu!) alamatnya teruklah! Orang tua-tua kata bawalah bertaubat atau
JANGANLAH JADI spt KIASAN Al-Quran: Surah 7 Al-Araf. 179
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

Oh mok oi, panjangnya cerita aku kali ni...maaf ye..got to go...as i'd said “AKU DRACER MUSLEH” I come and go.. if my words..hmm hurt you...sorryyy..
......Dracer Musleh

Menggamit Memori

Bila melihat kembali video-video "ANTIK' yang di uploadkan oleh Shidi terlintas di hati kecil ini dimanakah pelajar-pelajar lain yang telah saya didik dulu. Ada yang saya tahu perkembangan mereka dan ada tu hilang entah dimana. Tak tahu khabar berita. Mungkin ada diantara viewers tertanya-tanya dimanakah mereka? Adakah mereka di Universiti melanjutkan pelajaran atau ada yang sudah berkahwin menjadi suri rumahtangga sepenuhmasa.

Ada diantara pelajar saya yang telah pun melanjutkan pelajaran mereka hingga ke Menara Gading. Pelajar yang berumur 32 tahun ketika tu telah pun mendirikan rumahtangga sejurus dia pandai membaca dan seorang lagi yang berumur 25 tahun juga telah mendirikan rumahtangga. Saya hadir dimajlis perkahwinan yang diadakan. Seorang pelajar dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah yang telah kami didik juga telah mendirikan rumahtangga dan info yang saya peolehi dari warden disana pelajar tersebut telah bekerja di sebuah Restoran di Shah Alam. Alhamdulillah dan saya merasa bangga kerana telah menampakkan hasil. Sebelum ini mereka adalah dari kalangan yang bermasalah seperti lembam, Slow Learner, hilang keyakinan diri dan tercicir.

Pernah saya terserempak dengan seorang pelajar saya ketika saya membeli belah di Jaya Jusco Maluri. Dia memanggil saya cikgu Cahayaku. Saya tidak kenal dengannya tetapi dia mengenali saya. Katanya saya tidak berubah masih seperti dulu. Bila ditanya dia mengatakan ketika itu dia sedang belajar di salah sebuah Universiti sedang  buat degree. Saya tenung wajahnya cuba mengimbas kembali kenangan lama yang mengusik kalbu. Lantas dia mengatakan dulu dia adalah dari kelas pemulihan yang tidak boleh membaca langsung dan boleh membaca atas didikan saya. Sambungnya lagi anaknya nanti dia ingin saya yang mengajarnya. Saya kata mana mungkin saya ni dah tua entah esuk lusa saya akan pergi. Katanya lagi dia akan terus berdoa untuk saya dan dia yakin anaknya juga akan merasa sentuhan saya. Sekiranya ini berlaku akan saya muatkan didalam blog ini dimana saya adalah pendidik kanak-kanak bermasalah untuk 2 generasi. Insyaallah.

Setiap kali bila saya berjaya mendidik kanak-kanak bermasalah dan istemewa ini sehingga mereka boleh membaca, saya dapat merasakan ada satu kepuasan didalam diri saya. Dengan setiap sentuhan saya untuk mereka ketika mengajar akan mengalirnya rasa kasih sayang yang sangat mendalam. Entah kenapa ada satu perasaan yang istemewa yang telah mengikatkan saya dengan mereka.

Ya Allah........Aku bersyukur di atas segala-galanya. TERIMA KASIH ALLAH. Kaulah kekasih zahir dan batin.  

Monday, April 18, 2011

Sejarahku di Gemilang Malaysia TV1

Saya amat terkejut dan teruja bila di jemput oleh RTM untuk menjadi tetamu di rancangan GEMILANG MALAYSIA untuk kali yang keduanya disekitar tahun 2000. Pada ketika itu boleh dikatakan ianya merupakan satu rancangan yang agak popular dan rata-rata para jemputannya adalah dikalangan ahli-ahli politik. ALAMAK! tak tahu macammana nak digambarkan perasaan saya ketika itu. GEMILANG MALAYSIA yang pertama akan saya uploadkan kemudian nanti ok. Jemputan saya pada waktu itu ialah guru sekolah dan pengusaha tadika. Untuk yang kedua kalinya saya diminta untuk membawa para pelajar yang terdiri dari berbagai-bagai kategori.

Aduhai......masalah ni. Pertama... adakah ibu-bapa akan membawa anak mereka kesana? Kedua... adakah saya sendiri telah bersedia untuk berhadapan dengan kamera. Paniknya hanya Allah saja yang tahu. Saya nekad untuk berbincang dengan beberapa orang ibu-bapa yang saya rasa boleh dibawa bersama-sama. Oleh kerana mereka terlalu gembira dengan prestasi anak-anak mereka hampir kesemua ingin menghulurkan tangan mereka kepada saya. Syukur alhamdulillah dan akhirnya saya memilih beberapa orang sahaja.

Aiman dan Hidayah adalah pelajar yang berumur 4 tahun lebih dan boleh membaca dalam jangkamasa 3 bulan. Kebolehan mereka ialah membaca akhbar, menulis dan mengeja. Untuk Zubaidah yang berumur 4 tahun dia pun boleh menguasainya dengan cepat sekali. Dia adalah kanak-kanak Myanmar dan tidak faham Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris langsung. Saya mengajar dia dengan menggunakan bahasa isyarat dan dalam jangkamasa yang singkat dia boleh membaca cahayaku buku 2. Akmal pelajar istemewa dan kebolehan dia sangat menakjubkan. Saya bangga dengan kesemua pelajar saya dimana mereka boleh menguasai teknik cahayaku dengan  mudah. Disini menunjukkan betapa istemewanya CAHAYAKU untuk kanak-kanak yang bermasalah dan untuk kanak-kanak normal lagilah mudah.

Waktu itu saya tidak menyangka yang saya diminta untuk mengendalikan rancangan itu secara LIVE sendirian. Panik. Nak tahu sebelum program itu bermula saya dah rasa ada 'butterfly' di kepala dan didalam perut saya. Setiap 5 minit saya akan ke tandas. Darah gemuruh saya menyerang saya. Bayangkan kalau saya tersalah cakap 1 Malaysia akan melihat saya..malu aahhhh. Puas saya minta pengacara tu duduk di sebelah saya sambil bertanyakan soalan dan saya jawab sahaja tetapi malangnya nasib saya, saya diminta untuk mengendalikannya sendirian.

Bila saya lihat balik video tu, saya rasa nak ketawa pun ada. Ada jugak kesilapan yang saya dah buat mungkin kerana panik. Wah.. dulu gemuknya saya. Untuk pengetahuan anda semua waktu itu penyelidikan teknik cahayaku belum begitu pesat. Walaubagaimanapun kami berjaya menghasilkan pelajar dari berbagai-bagai kategori. Sayang... video cahayaku yang di siarkan di CNN, ASTRO, BINCANG PETANG dan banyak lagi kami tak dapat salinannya. Untuk SELAMAT PAGI MALAYSIA sahaja saya masih ingat lagi selama beberapa bulan saya akan ke RTM menjadi tetamu. Keratan akhbar dan majalah saja kalau saya nak uploadkan disini akan bersusun panjang. Hanya sebahagian saja yang saya masukkan.

Insyaallah dilain masa saya mengharapkan ada wartawan-wartawan yang akan membuat liputan tentang PROTO-TYPE saya yang ON THE WAY..................

Saturday, April 16, 2011

ALIEF

Alief seorang kanak-kanak yang sungguh comel. Berapa umurnya? Entahlah saya pun tak ingat sebab dia pelajar baru lagi pun ramai sangat kanak-kanak di tadika tu. Kalau tak silap 4 tahun rasanya. Pertama kali melihat Alief memang saya sangat suka dengannya mungkin kerana dia mengingatkan saya kepada anak saya yang kedua..

Masuk saja ke kelas pada kali pertamanya dia sentiasa menangis. Saya faham sangat dengan budak-budak yang macam ni kerana dia akan rasa tidak selesa akibat perubahan tempat. Alief tidak pandai bercakap dan satu perkataan yang keluar dari mulutnya adalah baba. Puas di pujuk namun dia akan tetap menangis sehinggalah sampai pada satu masa dia akan berhenti sendiri kerana kepenatan. Kalau suruh dia mewarna habis buku di koyakkannya dan semua pensil warna di buangkannya ke lantai.

Selepas sebulan dia tidak lagi menangis seperti dulu kuranglah sikit tetapi untuk suruh dia ikut apa yang kita cakap atau ajar sangatlah susah. Adakalanya dia akan bergerak dari satu meja ke meja yang lain. Yang dia paling suka ialah menyusun pensil warna dalam satu barisan dan kadang kala menyusun kerusi. Alhamdulillah saya merasa seronok sangat apabila ibu-bapa Alief mendaftarkan abangnya kekelas tersebut. Bila abangnya ada bersama saya nampak perubahan Alief dari segi perangainya. Dia nampak lebih ceria, sedikit rajin untuk mewarna dan yang penting tidak lagi menangis. Mungkin kerana dia tidak rasa keseorangan lagi.

Sempat juga saya berbual dengan kedua ibu-bapa Alief tadi dan saya difahamkan bahawa Alief telah disahkan oleh doktor pakar sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (speech delay), hyposensitif, hyperactif dan ADHD (kurang daya tumpuan).

Sekiranya diberikan dua gambar yang sama, satu yang belum diwarnakan dan yang satu lagi sudah diwarnakan, Alief mampu untuk memilih warna yang sama dan mewarnakannya diruang yang sepatutnya. Maknanya dia pandai memadankan warna yang sesuai di tempat yang betul mengikut gambar. Nanti akan saya uploadkan video Alief untuk tatapan anda. Kepada ibu-bapa diluar sana jangan berputus harap atau merasa kecewa sekiranya mempunyai anak seperti Alief. Masih ada lagi jalan penyelesaian. Yang penting ibu-bapa kena sabar dan cikgu-cikgu yang mengajar pun kena sabar. Jangan mengharap perubahan dalam sekelip mata.

Kepada ibu-bapa Alief kata kuncinya ialah SABAR dan banyakkan berdoa. Banyak ganjaran yang akan anda perolehi di akhirat nanti. Pasti ada balasan nikmat dan rahmatnya dari ALLAH. Insyaallah....samada cepat atau lambat Alif membaca atau bercakap adalah dari pemberian Allah semata-mata. Bagi saya.......saya akan cuba sedaya mungkin dan sama-samalah kita mendoakan agar semua kanak-kanak yang seperti ini berjaya didunia dan di akhirat. Amiin.....  

Friday, April 15, 2011

ALLAH...Aku...Dan....Proto-Type

Melihat proto-type yang dah siap sebanyak 70%, saya teringat pada waktu mula-mula dulu ketika saya melihat buku cahayaku. Perasaan yang sama dengan soalan yang sama. Berjaya atau tidak. Dapat sambutan atau tidak. Biasalah manusiakan. Tetapi saya yakin proto-type ini akan 'meletup' kerana selama yang telah saya buat percubaan dengan yuran yang agak mahal, sambutannya masih menggalakkan dikalangan kanak-kanak OKU dan disleksia.

Pertama kali saya melihat buku CAHAYAKU pula, saya seakan-akan bermimpi apabila melihat nama saya menjadi tajuk pada kulit buku yang dah siap dicetak. Didalam hati tertanya-tanya adakah buku ini akan menjadi sebutan dan dikenali masyarakat. Macam-macam perasaan yang hadir pada ketika itu. Takut pun ada. Takut tak menjadi.

Pernah pada suatu pagi suami saya Zahari bertanya kepada saya tentang harapan saya terhadap buku cahayaku. Ketika itu harapan saya tidaklah setinggi mana hanya sekadar ingin melihat murid-murid tadika memegang buku saya di tangan manakala buku-buku yang lain ada didalam beg dan orang bercerita tentang cahayaku kepada saya tanpa mengenali siapakah penulisnya. Jawapan zahari ringkas katanya insyaallah dan mungkin lebih dari itu. Selang beberapa tahun baru saya nampak hasilnya.

Saya melihat seorang murid tadika berjalan pulang bersama ayahnya sambil membimbit buku CAHAYAKU ditangan sedangkan dia menggalas sebuah beg di bahunya. Terus saya bersuara dan memberitahu suami bahawa budak itu tidak menyimpan buku cahayaku didalam beg. Satu persoalan. Kenapa? Apa pun alasannya saya merasa sangat bangga kerana menandakan betapa sayangnya dia terhadap buku cahayaku.

Satu lagi peristiwa ialah ketika di Tabung Haji. Waktu itu saya sedang menunggu giliran untuk nombor saya di panggil. Disebelah saya ada dua orang wanita yang sedang rancak bercerita tentang anak mereka yang sudah pandai membaca ketika berumur 4 tahun. Wanita A yang duduk disebelah saya mengatakan bahawa dia telah menghantar anaknya di sebuah tadika yang menggunakan buku cahayaku. Hasilnya sungguh menakjubkan kerana anaknya yang masih kecil sudah boleh membaca. Cerita wanita tersebut disokong oleh wanita B yang duduk disebelah wanita A. Anaknya juga sudah pandai membaca sambil dia memuji-muji cahayaku. Dengan tiba-tiba peha saya di tepuk oleh wanita A sambil bertanyakan kepada saya adakah saya mempunyai anak yang berumur di peringkat tadika. Kerana terpegun  saya terus menganggukkan kepala tanda ada. Sebenarnya anak-anak saya besar-besar semuanya. Dia terus mengesyorkan kepada saya untuk mencari tadika yang menggunakan buku cahayaku untuk anak-anak saya. Katanya lagi saya tidak akan menyesal.

YA ALLAH kau telah kabulkan doaku.......saya tidak dapat menahan sebak didada dan dengan tiba-tiba airmata mengalir di pipi saya. Kalau tiada oranglah disitu ingin rasanya saya melakukan sujud syukur menandakan betapa hati saya merasakan pemberian ALLAH terhadap saya terlalu banyak. Tidak ada perkataan yang dapat saya katakan dan tidak ada ucapan yang dapat saya ucapkan. Satu perasaan yang tidak dapat saya gambarkan. Hanya DIA saja yang tahu...........semenjak pada hari itu saya menjadi takut untuk melakukan walau sedikit pun dosa. Terasa dihati betapa sayangnya ALLAH terhadap saya.

Sebenarnya semenjak saya melibatkan diri didalam perniagaan saya menjadi begitu berharap dengan pemberian ALLAH semata-mata. Bangun saja dari tidur sebelum solat subuh saya pasti bertanya didalam hati ada tak rezeki saya pada hari ini. Setiap hari saya akan sentiasa berdoa kepada ALLAH memohon agar di permudahkan perjalanan hidup dan perniagaan saya. Di dalam hati saya hanya ada DIA.

Wednesday, April 13, 2011

Adakah kita ini normal?

Purata manusia didunia ini mengatakan mereka normal! Betulke? Adakah anda merasa malu atau tersinggung apabila anda atau anak anda dikatakan "special"? Sungguh mengerikan. Betul tak?

Adakah anda kenal atau pernah dengar nama-nama tokoh seperti Leonardo Da Vinci biasanya dikaitkan dengan potret Mona Lisa, Henry Ford (Kereta Ford), John F.Kennedy (President USA), Mohammad Ali (Boxer), Einstein (Saintis) atau Bill Gates dan ramai lagi? Sekiranya anda tak kenal Bill Gates JANGAN pakai "software window atau microsoft" untuk komputer anda! Cuba baca kisah2 mereka zaman dolu-dolu!

Sebenarnya mereka adalah tokoh2 yang sangat berjaya tetapi mereka juga adalah gulungan Disleksia! Disleksia atau "special kids" dewasa ini sangat di geruni oleh kebanyakan manusia moden (sebab zaman dolu-dolu istilah disleksia, autism, tenterum, hyperactive dan lain lagi ini tak pernah timbul sebab orang dulu-dulu tak tahu) tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui bahawa sekiranya kita tidak langsung menpunyai ciri "special" ini bererti sukarlah untuk kita berjaya.

Punca disleksia (tak perlu tahu..banyak kategorinya "special kids" ni ..kita bukan nak jadi doktor! aah, lebih banyak sudu dari kuah!) yang pasti mereka (pure dyleksic) sukar membaca, mengeja, menulis dan sukar dalam banyak perkara. Disleksia, semua manusia mempunyainya tetapi tahap (level-nya) berbeza setiap orang.

Kenapa disleksia? Jawabannya senang saja ... mata kita sendiri! Mata sentiasa memandang dengan "image" yang terbalik tetapi otak kita membetulkannya semula dan ada dikalangan kita yang "image" itu tidak dibentukkan oleh otak. Apabila otak tidak membetulkannya maka segala-galanya menjadi sukar. Sukar bagi mereka untuk memahami ayat, meng-koordinasikan pandangan, perkataan, kemahuan, motor halus, memahami apa yang didengar dan pelbagai lagi (setiap orang dyleksic tidak sama % nya).

Daripada pengalamanku ketika mengajar, para disleksia tidak mungkin hanya mempunyai disleksia semata! Dalam lain perkataan mereka juga mungkin mempunyai sedikit tenterum atau lain-lain. Sekiranya dia seorang yang telah dewasa tetapi masih tidak dapat menguasa 3M kebiasaannya dan sudah pastilah dia memiliki (sedekit sebanyak) "inferiority complex".

Bagi mereka yang disleksia, merasakan apa yang dibuatnya atau difikirkan atau penjelasanya itu sentiasa betul (kata orang terengganu: "betul sokmo") tetapi bagi orang-ramai ianya terbalik dan tidak betul! Kita mesti ingat bahawa mereka yang sebegini selalunya berupaya melahirkan ide-ide yang jarang terdapat pada manusia normal sebab mereka TIDAK SAMA dengan kita! Sejarah telah membuktikan bahawa ide-ide mereka telah dapat kita menafaatkan.

Jadi apalah nak dirisaukan kalau anak kita disleksia sebab otak mereka sudah sedemikan rupa! Pesanku: Ketika mula mereka belajar membaca (special kids atau kanak-kanak), cubalah berikan Sistem and konsep yang dapat mereka faham berdasarkan kepada EQ bukannya IQ SEBAB MEREKA LEBIH ARIF TENTANG EQ DARIPADA IQ!. Buat masa ini yang kita ketahui Sistem/konsep Cahayaku (untuk kanak-kanak & "special kids") telah perjuangkan konsep EQ mendidik IQ. (P/s: Insyaallah, sekiranya aku mempunyai masa... akan aku bercerita kaitan EQ dan IQ ketika manusia masih lagi didalam kandungan ibunya sehingga kealam kanak-kanak, Remember “AKU DRACER MUSLEH”... time really important to me! Sebabnya.. usahlah aku bercerita mengenai diriku tapi inilah tipku untukmu "Al-Quran 103 Al-Asr").

Apakah EQ? EQ kata orang melayu "nafsu" sedangkan "IQ" itu akal! Contoh nafsu ialah marah, menipu, degil, benci, dengki (spt manusia disebelah rumah Pn. Cahaya sendiri), sayang, cemburu, kedekut, malas dan pelbagai lagi. Kebiasaannya sifat2 mereka terlalu "extreme" atau hampir2 tiada langsung berkaitan sesuatu sifat itu, sehinggakan mereka dapat kita katakan "orang yang TIADA bertengah (berpewatakan tidak serata)". Dalam pendidikan yang menggunakan kaedah ini, kita MESTI TELITI dengan nafas mereka (kesukaran untuk menyebut perkataan), rentak kehendak, lirikan mata, pergerakan fisikal, nilai provokasi, motivasi dan pelbagai lagi.

Teringat aku yang pernah disebut oleh Penceramah Cahayaku, beliau berkata bahawa beliau HANYA mengajar 1/16 daripada sistem/konsep Cahayaku kepada kami! Katanya lagi bahawa didalam buku itu sudah dilengkapi kesemuanya spt ko-ordinasai nafas, kehendak, mata, pendengaran, suara, rentak bunyi dan pelbagai lagi yang akan perkembangkan ketajaman IQ! Tugas kami (pendidik Sistem Cahayaku) hanya mengajar untuk permulaan sahaja dan selebihnya akan diambil alih oleh sistem /konsep /susunan buku Cahayaku itu sendiri. Aku benar-benar berharap agar pendidik, pengajar dan ibu-bapa dimana anak mereka yang telah lama menggunakan sistem ini "tolong sahkan kenyataanku berdasarkan pengalamanmu" didalam komen dibawah tajuk ini!

Tanyaku kepada penceramah, "habis kami duduk buat apa didepan pelajar itu?" Dia tersenyum dan jawabnya pendek aja, sekiranya pelajar membuat salah dalam bacaan, bunyikan "ehem sahaja". Sememangnya TERAMAT-AMAT sukar untuk percaya ketika itu tetapi penjelasannya itu sangat benar dan betul! Sepanjang pengalamanku mengunakan sistem ini, ia berupaya mengubah perwatakan pelajar (meaning this sistem able to ajdust and readjust human "behaviour" ... trust me!).

Pesanku lagi: Kepada ibu-bapa JANGAN berhentikan anak "separuh jalan" sekiranya anakmu itu belajar sistem ini sebab kami telah dilatih dengan sempurna (walaupun 1/16) cara menggunakan sistem ini dan kami TAHU bila, kenapa dan bagaimana untuk menolong para-pelajar apabila mereka memerlukan pertolongan. JANGANLAH SAYANGKAN duit ibu-bapa mengambil keputusan terburu-buru. JANGAN gunakan kaedah "Chips More", sekejap ada sekejap tak ada! Sebab sikap ini akan menyukarkan pengajar dan yang terlebih "teruk" ialah kanak-kanak itu sendiri!

Anak itu amanah DAN duit itu tak boleh dibawa MATI ooi! Jangan cuba-cuba mengajar Cahayaku kepada anak sendiri sekiranya kamu tidak tahu! Sebabnya setiap suara kita, sentuhan dan pelbagai lagi itu adalah mengandungi provokasi dan motivasi dan juga andaikata tersalah "applied" akan membinasakan kejiwaan mereka! (Sebenarnya MALAS aku nak berceloteh panjang mengenai "family bond" yang tercangkuk dalam sistem ini. Sebona' nyo apo yang den cerito ni, tak lobih dari 1/16 Sistem Cahayaku. Den malas cerito sobab den ponek! Aku pernah bertanya kepada Penceramah "kenapa 1/16?" Jawabnya dia mengkaji bertahun-tahun lamanya ... bagaimana nak ajar semuanya! hehehe... botoi tu!).

Cahayaku adalah satu sistem yang melibatkan banyak kesan2 EQ oleh itu berhati-hatilah. Jangan sampai anakmu diajar oleh orang yang tidak pernah menghadiri kursus Cahayaku! Sekiranya anakmu diajar oleh pendidik yang menggunakan kaedah Cahayaku, tanyakan tentang "Sijil Cahayaku". HANYA mereka yang memiliki sijil sahaja yang tahu mengunakan sistem dan konsep ini!

P/s: Semasa kali pertama Sistem Cahayaku diperkenalkan diTV3 EQ mendidik IQ... Puff omak oi, ramainya orang pertikaikannya tapi akhirnya mereka (Pihak Cahayaku) telah berjaya membuktikannya. Hehehe... Kini ada pulak kaum yang memperkenalkan 3EQ, 5EQ, 7EQ dan bermacam-macam lagi.. aneh, aneh manusia ini! Yang terlebih anehnya serta polek ada dikalangan mereka ini mengutuk Sistem Cahayaku! hehehe....

Ops...I'm taking too much of your time, sorry...actually my writting TAKE MY TIME... got to run..bye and sorry if my words hurt you...
....Dracer Musleh

Cikgu, Guru atau Pendidik dan Hari-Hariku.

Setiap hari boleh dikatakan perjalanan hidup saya hampir serupa. Pada jam 8 pagi saya akan ke tadika untuk mengajar budak-budak membaca. Walaupun mempunyai pendidik yang memang berpengalaman untuk mengajar tapi saya lebih suka "TURUN PADANG' untuk melakukan tugas-tugas yang boleh menyenangkan hati.

Pada pertengahan bulan lepas ada seorang budak autistik telah mendaftar di tadika dan dia berusia 4 tahun. Hrs namanya. Mula-mula masuk je dia dah menangis seperti juga sesetengah budak-budak yang lain. Cikgu mana yang menyambutnya pada pagi tu, cikgu itulah yang dia akan ikut. Kemana-mana saja cikgu tu pergi dia akan menjadi bayang-bayang kepada cikgu tersebut. Lain pula dengan Om. Dia juga autistik. Adakalanya menangis dan adakalanya ok je dan boleh dikatakan bergantung kepada mood juga. Iq pun autistik dan boleh di golongkan didalam kategori yang baik kerana tidak pernah menangis atau mengamuk. Ilh autistik yang agak agresif. Lain pula dengan Ad. Kalau dulu dia memang suka mengamuk tapi kini dia sudah mendengar kata setelah dia pandai membaca. Ad sudah boleh membaca suratkhabar dan kini dia membaca buku Bahasa Inggeris Cahayaku. Apa yang saya perhatikan, perangai Ad sudah banyak berubah. Budak-budak ini saya campurkan dengan budak-budak normal. Saya ingin mereka berkawan dan dengan pergaulan yang sedemikian lama kelamaan budak-budak autistik ini boleh bercakap setelah dia pandai membaca. Insyaallah.

Setakat 12hb April 2011 saya dapat melihat beberapa perubahan terhadap kanak-kanak autistik. Contoh..kalau dulu mereka tidak mahu beratur tetapi sekarang ni Iq, Om dan Ilh sudah boleh beratur dan boleh mendengar arahan. Cuma ada masanya apa yang kita ajar mereka tidak mahu ikut tetapi bila dibiarkan dengan tiba-tiba saja apa yang kita ajar sebentar tadi mereka akan sebut semula. Om sudah boleh menyebut a..b...c...dan seterusnya begitu juga dengan 1...2...3. Manakala Ilh sudah boleh menyebut anggota badan, baca bismillah, amiin dan menyebut warna biru dan merah. Manakala untuk bacaan dah boleh menguasai vokal dan itu pun bergantung kepada mood. Tentang motor halus pula akan mengambil masa untuk memantapkannya tapi kini sudah mula mewarna gambar-gambar yang mudah. Bukan senang untuk mengajar mereka kerana cikgu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Untuk memilikinya kita mestilah menyayangi mereka.

Kalau bercerita tentang cikgu pula, semasa saya mengendalikan kursus cahayaku saya lebih suka bertanya kepada para peserta siapa yang ingin menjadi cikgu, guru atau pendidik. Adakah mereka memilih jawatan menjadi guru tadika diatas kerelaan mereka sendiri berdasarkan pada minat? Bermacam-macam jawapan yang saya terima. Ada yang pilih cikgu begitu juga guru dan pendidik. Kebanyakannya memilih cikgu. Hanya segelintir sahaja yang akan memilih pendidik. Pada pandangan saya cikgu adalah seseorang yang mengajar dan kemudian menerima gaji. Dia tidak peduli samada pelajar itu faham atau tidak dengan ajarannya dan didalam hati dia akan berkata kau dapat ke tak dapat ke peduli apa aku. Walau macammanapun aku tetap dapat gaji. Manakala guru pula dia akan pastikan yang pelajar dia faham dengan apa yang disampaikan dan hanya setakat itu sahaja. Yang paling elok sekali adalah jiwa seorang pendidik kerana dia akan mendidik dari setiap aspek iaitu "emotional quality' dan 'intelectual quality'. Pendidik yang begini akan mengadakan kelas tambahan dengan percuma, ambil tahu tentang hal ehwal pelajar contoh kalau pelajar tidak hadir akan pastikan pelajar tersebut berjumpa dengan guru semasa rehat atau sebelum balik untuk diberikan penerangan tentang topik-topik yang tertinggal. Cuba mendekatkan diri dengan pelajar sekiranya mendapati pelajar itu bermasalah.

Untuk pengetahuan guru-guru diluar sana sekiranya murid sayangkan guru, murid tersebut akan sedaya upaya untuk cuba mendapatkan markah yang tinggi bagi matapelajaran yang diajar oleh guru tersebut dan sekiranya murid itu benci dengan guru tersebut markah matapelajaran yang diajar oleh guru itu akan merudum. Semasa saya disekolah menengah dulu saya benci dengan Mrs Azh dan Mrs Azl. I hate you guys because you are so fierce and you like to pinch the students. Di sebabkan oleh kebencian itu matapelajaran biologi dan chemistry saya tidak pernah mendapat markah yang tinggi. Kalau mereka hidup lagi harap-harap mereka baca blog ni. Dah lah garang, sombong dan suka merotan dan mencubit pula. Tak pernah senyum pun. Apalah salahnya menegur dengan cara yang baik. Lain pula dengan markah matematik saya ketika itu. Saya selalu gagal dan oleh kerana saya mendapat guru pengganti yang sungguh baik dan kerana saya sayangkan cikgu tersebut saya telah mendapat markah yang tinggi iaitu 98%. Guru kelas sungguh terkejut dengan pencapaian saya pada waktu itu. Kenapa pencapaian saya menjadi begitu drastik? Ini adalah kerana saya ingin membahagiakan orang yang saya sayang dan saya akan ikut apa saja yang di katakan oleh guru tersebut.

Ini lah konsep cahayaku. Sekiranya murid sayang dengan guru murid akan sayang dengan cahayaku. Guru-guru cahayaku memang dilatih untuk menjadi seorang pendidik yang bertanggung jawab dan penyayang. Kata-kata penceramah kami....TARZAN dibela oleh beruk dan dia berlagak seperti seekor beruk manakala MOWGLI di bela oleh serigala dan dia pun berlagak seperti seekor serigala. FIKIR-FIKIR kanlah.

Sunday, April 10, 2011

PENING KEPALA

Diatas permintaan anak sedara LUTFI LOKMAN... aunty menulislah jugak. Memang kena update blog ni. Betul katanya. Nak tunggukan Shidi. Manalah dia tak masuk-masuk lagi ni...Where are you Shidi?

Kadang-kadang saya tidak faham dengan fikiran ibu-bapa sekarang ni. Mereka seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak mereka adalah KANAK-KANAK ISTEMEWA. Pernah saya menerima panggilan telefon dari seorang ibu ingin berjumpa dengan saya untuk memasukkan anak mereka kekelas cahayaku. Dari perbualan saya sudah merasakan bahawa anaknya adalah anak istemewa. Dia menjawab semua pertanyaan saya dan dari jawapannya saya tahu dan dapat mengagak dari kumpulan manakah anaknya. Adakah hyperaktif, autism, lembam, ADHD atau sebagainya. Saya setuju untuk berjumpa dengannya dan sudah bersiap sedia dengan apa yang akan saya hadapi dan terima nanti.

Pada hari yang ditetapkan kami pun berjumpa di tadika dan teramat...amat....amat terkejutnya saya. Melihat secara fizikal anaknya yang kembar itu, saya yang sah-sah bukannya seorang doktor dapat menilaikan anaknya memanglah dari kalangan kanak-kanak istemewa yang boleh mendapat kad OKU lagi. HAIRAN sungguh HAIRAN kedua-dua ibubapa ini masih mengatakan anak mereka NORMAL. Apalah salahnya menerima hakikat dan kebenaran tentang pemberian ALLAH kepada kita. Puas saya nasihat kepada mereka, mereka masih mengatakan NORMAL cikgu.

Saya hanya terkedu dan memandang kearah suami saya sambil mengangkat kening. Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan. Terkeluar dari mulut saya kata-kata bahawa kita adalah dari kalangan keluarga yang istemewa juga disisi ALLAH sebab itu kita mendapat anak-anak yang istemewa. Cuba kita perhatikan di sekeliling kita bukan semua orang yang memiliki anak yang sebegini dan kita kena rasa bersyukur dan redha diatas pemberiannya. Tujuan saya hanya ingin dia menerima hakikatnya tentang anaknya supaya saya senang untuk mendidik. Usaha saya hanya sia-sia kerana dia mengharapkan saya dapat mengajar anaknya membaca dan bercakap dalam masa 3 bulan. Dalam hati saya berkata ingat AKU NI MALAIKAT KE APA... manalah mungkin. Saya sendiri tidak tahu sejauh mana kemampuan saya dan terus terang saya katakan saya akan cuba menolong dan kalau untuk 3 bulan minta maaf. Saya tak berani. Apa yang saya terima ialah kata-kata yang kurang menyenangkan kerana terlalu marahnya dia kepada saya. Dengan perasaan marah dia terus meninggalkan saya, yang memandangnya dengan penuh tanda-tanya.

Saya kerap juga menerima anak-anak yang bermasalah yang telah dihantar oleh pihak HUKM kepada saya diatas inisiatif doktor dan jururawat dihospital tersebut. Banyak juga panggilan telefon yang saya terima memanggil saya DOKTOR. Pernah saya mengatakan kepada mereka bahawa saya ni bukannya DOKTOR dan jangan harapkan MIRACLE dari saya. Saya hanya akan menolong melalui pengalaman saya saja dan apa yang terdaya. Dengar penjelasan sebegitu ada yang mengatakan kepada saya bahawa saya lebih lagi daripada doktor sebab doktor tak boleh buat budak-budak istemewa membaca tetapi saya ada kebolehan di situ. Terlintas di hati tidak ada ke pihak-pihak universiti atau siapa-siapa yang berkenaan nak anugerahkan gelaran DOKTOR FALSAFAH kepada saya. Beranganlah sekejap. Tak apa sekali-sekala perlu juga jadi MAT JENIN. Manalah tahu entah-entah Sultan Selangor satu hari nanti menganugerahkan gelaran 'SERIKANDI NEGARA' ke... kepada saya. Yang baru saya cipta. Ada ke anugerah yang sebegitu? Maklumlah saya ni kan anak Selangor. Tapi siapalah kitakan.

Dah puas merepek pagi-pagi ni. Ini pasal Lutfi lah ni. Balik-balik kepada cerita kita. Memang ramai ibu-bapa yang sebegitu. Ada tu memang dah tahu pun yang anak mereka istemewa tetapi saja nak berlebih-lebihan. Masih jugak mengharapkan yang anak mereka boleh bercakap dan membaca dalam masa 3 bulan. Manalah mungkin. PENING KEPALA dengan kerenah orang-ramai ni. Tapi tak boleh nak salahkan mereka juga sebab itu adalah harapan mereka. Mengharap tidak salah samalah macam mencintai tidak semestinya kita memiliki.

Walauapapun saya tetap akan cuba selagi terdaya kerana JIWA PENDIDIK saya tidak boleh menolak. Apa yang akan saya katakan SAYA AKAN CUBA..........INSYAALLAH. Ok Pi macamana? Bacalah cerita aunty yang merapu ni tetapi ia tetap KISAH BENAR.

Junpa lagi BLOGGERS di lain topik.........