Monday, January 30, 2012

Evolusi, Transformasi Dan Kreativiti.

Ada orang kata cakoi. Ada yang panggil kayu keramat. Walauapapun gelarannya ia tetap sama. Di mana-mana pun kuih ini senang untuk di dapati. Di tepi jalan, di kedai, di warung malah di pasar malam pun kuih ini akan menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sudah setengah abad umur saya dan baru kali ini saya dapat merasakan kuih cakoi yang betul-betul sedap. Kata orang kalau nak masak mestilah lahir dari hati. Mungkin tuanpunya kedai ini mencipta resepi cakoi yang lahir dari rasa cinta terhadap makanan yang begitu mendalam. Kesemua kuih-kuihnya sedap-sedap belaka. Cubalah baru tahu.....
Sandwich.....bukanlah makanan kegemaran saya. Tenguk saja saya dah tak berkenan. Entah kenapa dari kecil saya memang tidak menggemari makanan yang manis dan yang lembik-lembik. Adakalanya saya nampak macam .........eeeee tak payah sebutlah. Yang jelas sandwich adalah makanan kegemaran anak-anak saya. Untuk tahun 2012 ini saya telah dipaksa untuk merasa makanan ini......mmmmmm baru saya tahu sedap jugak sandwich ni. Maklumlah saya ni orang Kampung Baru mana pandai nak makan yang moden-moden ni....hihihihi
Berjenis-jenis campurannya....ada sayur, cheese, daging, ayam dan macam-macam lagi. Sedap tau.....
Sebab tu lah saya boleh cuba makan sandwich ni kerana cara penyediaannya yang bersih.
Air minuman ini bukanlah air minuman kegemaran saya.
Yang ini air yang saya selalu minum samada diwaktu pagi, petang atau malam. Yang lain....saya tak suka.
Boleh cuba sekali sekala tetapi bukan pilihan saya.

Minuman yang paling saya tak suka. Saya mula belajar minum yoghurt ketika di Mekah. Ubat sakit perut katanya. Sekarang saya baru mula berjinak-jinak dengan minuman ini.


BENTUK MAKANAN YANG TELAH DI-BUNGKUS.
Makanan yang boleh membuka selera anak-anak zaman sekarang. Padahalnya semua makanan ini asalnya daripada yang mentah. Hati-hati makanan seperti ini kerana kalau tarikhnya sudah "luput".. Berkemungkinan akan beracun!
Beginilah rupa sebahagian makanan yang telah di-dingin bekukan.
Kudap-kudap atau "titbits" makanan bagi mereka yang suka mengunyah bila bersantai. Mengikut pendapat setengah orang tua-tua ... kadang-kadang bahan yang dicampurkan tidak "elok" untuk kita... Tunggulah saya jadi pakar untuk mengesahkannya... hehehe

BENTUK ASAL MAKANAN SEBELUM DI-BUNGKUS.
 
Dulu saya tak makan ikan. Sejak saya mendirikan rumahtangga barulah saya belajar untuk makan ikan.

Kunyit ni elok untuk mencuci darah katanya. Kalau kita minum air kunyit toksin akan disingkirkan dari saluran darah kita....betul ke? Itu kena tanya pada Nenek Kebayan.
Semuanya saya dah makan. Dah tak tahu nak makan apa lagi....Tunggu je lah makanan dari syurga...wakakaka


BENTUK ASAL MAKANAN YANG TELAH DI-BUNGKUS.
Sayur ni memang makanan saya dari kecil. Orang kata saya makan sayur macam kambing....ya ke? Itu kena tanya kawan-kawan.
Buah-buahan memang kegemaran saya.

SEKETIKA AKU DI RESTORAN ELIT!
Air tembikai ni akan saya minum bila saya ada masalah dengan pembuangan......
Air lemon ini pun bagus jugak untuk pembersihan usus.
Mineral...oh.....mineral kenapalah harganya mahal sangat bila kita beli di kedai-kedai yang elit....
Makan daging je yang lain......simpan kat tuan kedai......
Asalnya cili dicampur dengan beberapa jenis bahan lalu dikatakan "cili sos". Harganya puff mahal ni! Tak tahulah yang mahal tu sosnya atau disebabkan jauh perjalanannya... hehehe
Ini lah saya........ masalah bagi saya ialah ketika memilih makanan. Tak tahu nak makan apa. Yang sedap hanya pucuk ubi, rebung dan pucuk betik. Restoren yang menjual stik mana ada jual makanan ni......itulah yang membingungkan saya.

Tuesday, January 24, 2012

Bodek, Membodek dan Dibodek.

Sistem Cahayaku sentiasa menitik-beratkan keseimbangan EQ untuk mendidik IQ. Disini akan diberikan sifat-sifat EQ supaya boleh kita menelitinya agar kita tidak jatuh kelembah kehinaan. Sifat-sifat ini ialah bodek, individualistik, menipu, ikhlas, jujur dan bagaimana IQ mendorong untuk merealisasikan sifat-sifat itu. Mungkin sepotong ayat ini baik untuk kita renungkan bersama-sama:


Al-Quran Surah 6 An-Anaam ayat 32.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Al-Quran Surah 7 Al-Araf ayat 179.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.


Bodek. Kalau nak cerita pasal bodek ni rasa-rasanya semua orang dah tau. Pernahkah anda dibodek atau membodek? Adakalanya kita sendiri tidak sedari bahawa diri kita sedang dibodek atau kita sedang membodek orang. Walaupun bodek ini adakalanya mendatangkan keuntungan dan kerugian kepada seseorang namun masih ramai lagi diluar sana yang menggunakan kaedah ini untuk kepentingan diri. Saya sendiri pernah merasa bagaimana diri saya ini dibodek orang. Contoh apabila seseorang itu inginkan sesuatu dari kita bermacam-macam perkara yang dia akan lakukan untuk kita apalagi perkara yand dihajatkan itu melibatkan wang ringgit.

Ada orang dia berkawan dengan kita kerana dia tahu dengan mendampingi kita dia akan mendapat keuntungan dari persahabatan itu. Ada pula yang berfikir dengan mendampingi seseorang itu dia bakal mendapat projek atau apa-apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan kepadanya. Jarang kita berjumpa dengan seseorang itu berkawan dengan kita kerana ikhlas. Kita pula sudah pasti akan dapat membezakan akan perangai seseorang itu samada dia jujur berkawan dengan kita atau dia berkawan dengan kita kerana inginkan sesuatu dari kita. Saya yakin anda diluar sana sudah pasti pada satu ketika dan masa pernah juga membodek atau dibodek orang.

Persahabatan yang jujur dan ikhlas kita dapat merasakan akan ikatan persahabatan itu. Manakala persahabatan yang berlandaskan benda atau sebab juga, kita akan dapat merasakannya. Selalunya persahabatan yang diikat dan terikat kerana sebab apalagi bila ia melibatkan projek selalunya tidak akan bertahan lama. Maksudnya orang yang berkawan dengan kita kerana nak kan sesuatu benda tidak akan kekal lama. Selain dari kita berjumpa dengan sipenipu, sipembelit kita juga berjumpa dengan orang yang kaki bodek. Baik dengan kita kerana nak kan sesuatu. Jauhilah orang yang begini kerana mereka-mereka ini tidak boleh dibuat kawan. Selalunya orang yang begini hanya mau mendengar kesenangan kita dan bukannya kesusahan kita. Kalau dia tahu diantara kita ada orang lain lagi yang dia rasa agak penting dia tidak segan silu untuk membodek orang tu pulak. Macam-macam manusia yang ada didunia ini kan.

Jangan ingatkan bodek ini hanya ada dikalangan orang dewasa sahaja. Kanak-kanak pun ada yang pandai membodek. Saya pernah melihat bagaimana kanak-kanak yang berusia 5 tahun membodek kawannya untuk mendapatkan makanan atau mainan dari kawan tersebut. Teknik yang digunakan tetap sama. Kepada si pembodek diluar sana henti-hentikanlah perbuatan itu kerana persahabatan yang terjalin melalui bodek selalunya akan terkandas ditengah jalan. Saya tau diantara kawan-kawan saya siapa yang kaki bodek. Buat baik kerana ada kepentingan diri. Ada barang kita yang dia inginkan pasal itulah dia bodek kita. Selalunya bodek membodek  ini akan berlaku sebentar sahaja kerana si pembodek akan beralih arah kepada orang lain untuk mendapatkan kepentingan yang lain pula......

Tuesday, January 17, 2012

Demi Masa - Kita, anak-anak & Polar Pemikiran.

Congkak, konda-kondi, masak-masak, pondok-pondok, galah panjang dan polis and thief. Itu lah permainan saya dizaman kanak-kanak dulu. Tanah, tempurung, daun-daun dan ranting kayu akan menjadi bahan-bahan untuk dimainkan setiap hari. Kalau main masak-masak pinggan mangkuknya adalah tempurung kelapa, botol dan tin. Ingat lagi saya semasa bermain kami akan membayangkan yang daun itu adalah sayur-sayuran dan pasir itu adalah nasi. Memang tinggi imaginasi anak-anak dizaman itu. Dulu dan sekarang memang jauh bezanya kerana diwaktu itu emak bapak tidak pernah risau tentang penculikan dan rogol. Walaupun ada diantara sahabat saya dikalangan budak lelaki tidak pernah timbul pula masalah seperti yang ada sekarang ni. Walaupun saya dibesarkan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur masalah pergaulan bebas memang tidak ada. Tak taulah kalau di tempat lain. Walauapapun jenis permainannya samada yang dulu atau sekarang kedua-duanya masih memerlukan imaginasi ketika bermain yang dapat meningkatkan daya ingatan dan membina minda.

Tadi saya telah melalui satu kawasan di sekitar Kg Baru. Tempat dimana saya telah dibesarkan dan  telah mengimbau kembali zaman kanak-kanak saya. Teringat akan satu ketika dulu dimana buah ceri yang ditepi jalan akan menjadi makanan saya. Waktu itu buah ceri tu sungguh sedap rasanya. Manis. Sekarang nak makan pun dah tak lalu. Teringat akan buah letup-letup dan madu bunga yang akan menjadi junk food saya ketika itu. Emmmm.......bila melihat akan kehidupan anak-anak saya kini, saya dapat merasakan betapa mereka telah terlepas peluang untuk bermain seperti Tarzan dan makan seperti Tarzan. Banyak juga buah-buah hutan yang saya makan dan pokok-pokok yang telah saya panjat. Walaupun saya seorang perempuan tetapi banyak juga permainan budak-budak lelaki yang menjadi mainan saya seperti guli, daun terup, gambar, biji saga dan juga lastik. Kenangan yang sungguh indah dimana anak-anak saya tidak merasainya kerana permainan mereka adalah komputer, wii, playstation, lego, transformers, robot dan yang lain-lain. Semuanya memerlukan duit.

Adakah Zaman kita hampir "pupus?" Bak kata pepatah: "Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti". Adakah yang berganti itu sama seperti yang telah hilang? Renung-renungkan lah.

Inilah dia permainan anak-anak dizaman ini.
Cantikkan? Mungkin dia cuba untuk mengingatkan akan permainan yang dia miliki diwaktu zaman kanak-kanaknya.
Hiasan yang menambat hati.
Santa Claus camni memang ada. Dari zaman saya kecil dulu sampai sekarang.
Dulu Santa claus bagi hadiah dalam kotak.
Sekarang ni dapat gula-gula 3 biji jer......kedekutnya.......
Ambil lah........
Tak tahulah kedai makan atau kedai urut! Nak baca pun tak tahu sebab tulisan Cina ler! Dulu tukang urut datang kat rumah....sekarang ni tukang urut ada SPA.. moden, moden!
Kedai mainan yang menjadi gilaan anak-anak zaman ini......ANIME... Ini bahana cerita-cerita karton!
Permainan yang memerlukan perlaburan yang agak tinggi. Kalau ditelitikan macam perompak bank aje! Hai, ini pun ada peminatnya.. payah nak memikirkan perkembangan EQ & IQ budak-budak zaman sekarang ni!
Macammana nak main patung yang macam ni ya........ Mungkin pemainnya kena letak kat dahi kot.. entahlah saya pun tak tahu cara nak mainnya..
Yang ini...... Hero.. orang Terengganu kata "orang muda" (a.k.a hero-lah tu).
Eeeee.....ganasnya. Muka sopak tapi yang anehnya budak-budak zaman sekarang suka model-model macam ni! Sebab tu ramai budak-budak suka tindik kat hidung! hehehe
emmmm.....ada juga orang yang ingin membelinya. Hero tak pakai baju kat dalam.. 
Permainan yang memerlukan konsentrasi dan kalau ada perangai yang hangat-hangat tahi ayam tak payah beli. Kalau nak siap jugak ... hmm ibubapa sah jadi "mangsa".. nasib, nasib
Membina minda.......
Cantik dan boleh dijadikan hobi...
Teman tidur anak saya yang bongsu....
Untung zaman sekarang ni! Macam-macam benda boleh dicipta untuk mendapatkan duit sebab paten anak-anak bermain sudah berubah! Sampai "sponge box" pun budak-budak suka.. Bagi orang dapur "spange" elok buat gosok periuk atau buang daki bila mandi.. hai budak-budak..
Emak, abah saya dah "chop" kereta api ni! Boleh main ke tak? Aksi kesungguhan yang ditunjukkan oleh budak ini... hehehe.. Sekiranya tak dapat "naik" dah pasti "mood"nya berubah seketika..
Dulu kenderaan ini digunakan oleh Richard Scarry!.. Kini ianya dijadikan mainan anak-anak semua bangsa.. Yang tak "best"-nya kita kena masukkan duit syilling. Bolehkah permainan seperti ini memberi rangsangan pada EQ dan IQ?
Biar abah dengan emak "check" dulu kereta api ni boleh "pakai" ke... Kalau tak "check" melayanglah duit abah... Teringin jugak ke?
Naik saja pun dah rasa seronok.
Hei, mana pulak nak "start" enjin ni... mungkin itulah yang difikirkan oleh anak ini..

Friday, January 13, 2012

Qalbun (hati) atau Kalbun (anjing) "Informer"!

Salam pada semua.. Hehehe kali ini ku paksa diriku melangkah cepat keblog ini. Sekiranya kau menanyakan kenapa? Inilah jawapanku... rupa-rupanya artikal aku yang lepas telah memaku, menghentak dan menikam Qalbu beberapa orang ibubapa dan ahli-ahlul (kalbun) yang suka membuat tafsir tanpa ada fakta!

Semuanya bermula dengan sekumpulan manusia yang sedang bersantai sambil berbual, bertukar pendapat dan mencari informasi disebuah cafe. Aku secara kebetulan pula memilih tempat duduk berhampiran dengan mereka. Rupa-rupanya perbualan mereka mengenai artikalku yang bertajuk "Biru Bijik Mata ler"... huhuhu.

Individu-individu yang berada disitu adalah kalangan mereka yang mempunyai anak-anak special dan disitu juga ada seorang "information centre" mengenai tadika! Setelah bersusah-payah aku mencari mengenai sipemberi "informasi" ternyata dia adalah seorang penolong penguasa tadika! Hmm rupa-rupanya orang yang berkaitan dengan awalan pendidikan juga... ish, ish, ish kecilnya dunia ni!

REZEKI Allah swt yang tetapkan kerana namaNya: Ar Rahman, Ar Rahim, Al Wahhaab, Ar Razzaaq, Al Kariim dan lain-lain lagi! Kita boleh jadi "informer" tetapi biarlah yang jujur, ikhlas dan amanah serta fakta yang diberikan itu tepat untuk memberi informasi kepada mereka-mereka yang sangat memerlukan bukannya berbekalkan sifat-sifat EQ seperti ini: tergila-gilakan dunia, mencari / mengharap pujian orang (riya'), berbangga diri, khianat dan menipu serta dengki! Sifat-sifat ini dibenci oleh Allah swt!

Inilah rumusan perbualan itu: Ibubapa disitu ingin mengetahui lokasi-lokasi tadika yang menggunakan Sistem Cahayaku, serba-sedikit mengenai Sistem Cahayaku, yuran pendaftaran / bulanan, sukses yang telah dicapai oleh mereka menggunakan Sistem Cahayaku dan akhir sekali pendapat pemberi informasi sendiri mengenai Sistem Cahayaku!

Inilah pendapat yang diberikan oleh si "information centre": Sistem Cahayaku hanya dipraktikkan oleh beberapa buah tadika sahaja! Dan tadika yang menggunakan Sistem Cahayaku HANYA untuk kanak-kanak yang tertentu sahaja! Mengikut kata si mamat ini dia tidak pasti yang berkaitan dengan "sukses" yang telah dicapai oleh Sistem Cahayaku dan yang paling tragis sekali mengikut pendapatnya YURAN PENDAFTARAN DAN BULANAN untuk Sistem Cahayaku terlalu mahal! Katanya semua tadika yang menggunakan Sistem Cahayaku akan mengenakan yuran bulanan melebihi RM 500.00... Amboi omak oi.. sodapnyo mulut engkao yo...

Hairan bin Ajaib ye. Didalam blog itu sudah ada tertera tentang lokasi, penerangan serta sukses Sistem Cahayaku tetapi kenapa ibubapa itu tidak membaca ye! Mungkin... hahaha mungkin ibubapa ini juga golongan special yang malas membaca atau pun mereka golongan yang buta komputer!

Sekarang ini era berkomputer. Masuk aje blog Cahayaku mungkin semua persoalan mengenai Cahayaku akan terurai. Jangan takut kalau tersalah "tekan bebutang komputer (pepapan komputer - keyboard)", komputer tu tak akan meletup!.. hehehe

Untuk menjawab soalan yang ingin diketahui oleh mereka yang memerlukan maklumat:
Lokasi tadika - Didalam blog educahayaku disebelah kanan terdapat perkataan "MY LINK" dan tulisan berwarna merah.... lokasi / pusat cahayaku ... klik aje, lepas tu ikut arahannya!
Mengenai Sistem Cahayaku - Secara ringkas mengenai Sistem Cahayaku klik .. About Cahayaku .. belah atas sekali.
Sukses - Hmm terlalu banyak! Klik Testimonial atau Appreciation atau sebelah kanan blog bawah Berita ... ada bersusun-susun tu keratan akhbar (kalau tak sukses mana akhbar nak memberi ruangnya!) dan ada lagi klik kat video (Berita perdana, Gemilang Malaysia, Selamat Pagi Malaysia dan video komen-komen ibubapa malah pelajar sendiri!)...
Yuran Pendaftaran / bulanan -
  1. Perpatah: "Malu bertanya sesat jalan!" "Malas berkayuh perahu hanyut!" "Ikut kata Kalbun Informer yang busuk hati, anakmu dan kamu yang merana!.."
  2. Nasihat: Kalau sayangkan anak tolonglah mereka menguasai EQ dan IQ semasa mereka masih kecil lagi. Sebelum terlambat! Sekiranya kamu mengatakan mahal, check semua pusat yang mengajar kanak-kanak special dan bandingkan dengan Sistem Cahayaku! Setahu aku, Pn. Chahaya sendiri mengenakan yuran bulanan hampir sama dengan kanak-kanak normal! Cubalah cari sendiri berapakah yuran bulanan kanak-kanak normal ditadika-tadika lain dan bandingkan dengan tadika Pn. Chahaya sendiri ... hehehe.. jangan terkejut! Sikap malas atau malu bertanya perlu di kikiskan dalam diri sendiri! Tak cuba tak tahu beb!
  3. Pesanan terakhir dariku: "Ambil aje telefon tu, check no. telefon tempat anak yang hendak dihantar tu... lepas tu tanya aje apa-apa soalan! Dijamin telefon tu tak akan "meletup!". Untuk mengetahuanmu setahu aku Sistem Cahayaku tak pernah nak mengenakan orang dengan yuran RM 500.00! Cuma "informer" tu aje yang suka mengenakan orang sebab dia takut rezekinya "lari!" Sebenarnya mereka ini tidak yakin atau tak tahu untuk bersyukur kepada Allah swt. Kalau malas nak telefon pada cikgu tadika tu... tanyalah Pn. Chahaya sendiri atau hantarkan anakmu kepada beliau sendiri di Bandar Hussien Onn, Cheras. Telefon ofisnya... 03-9287 9528/29 atau tadikanya.. 03-9076 3862 atau handsetnya.. 019-*** .. puff, puff aku lupa pulak! Cubalah counter check sendiri! Kat lokasi tu!
Hmm, sampai masanya aku melangkah pergi... maaf kali ini coretanku agak panjang malah berapi-api sebab bencikan manusia yang mempunyai Qalbun tetapi menjadikan dirinya Kalbun!
..... Dracer Musleh

Monday, January 9, 2012

Biru Bijik Mata ler....

Salam untuk semua blogger dan pembaca.. Aku datang lagi melangkah keblog ini.. Aku masih teringat beberapa kali perbualanku di kedai makan bahawa mereka yang telah membaca coretanku menyatakan bahawa artikalku kadang-kadang melukai hati-hati individu yang tertentu. Maafkan bukan itu maksudku cuma aku memohon pada mereka itu untuk membuka minda dan menganalisa kata-kataku. Pernah seorang mualim berkata: "Sekiranya mahukan rumah yang cantik rumah yang usang mesti dirobohkan!". Kali ini mungkin coretanku melukai lagi bagi mereka yang tertentu. Maaf sekali lagi ku pohon terlebih dahulu. Beberapa hari yang lepas aku telah surf dan "tersurf" mengenai bebudak special...

Hmm, macam-macam dibincangkan mengenainya. Terbanyak adalah mengenai kaji-selidik daripada omputeh yang diambil dan dipaste kat blog mika-mika tu. Termasuklah "junk words" yang sukar dan tidak difahami oleh kebanyakan manusia biasa. Kalau mika yang rajin sedikit tu... di-"translate"kan teks-teks tu ke Bahasa Malaysia. Aku terfikir mungkin mika-mika ini malas kot untuk membuat kajian sendiri atau disebabkan tak tahu bagaimana caranya tetapi yang aneh tu mika-mika nak jual barangan atau sistem yang mika ada lalu "pakai" kutip aje dan paste kat blog mika.. harapan mika tu ... bior ler nampak ada "kelas" dan bagusss...Kebanyakan mika ini mencari mangsanya (ibubapa kononnya) yang mencari "elite" Padan muka tu terkena..hehehe. Pesanku: Tak baik mika-mika buat macam tu! Kenapa?

Mereka hanya paste mengenai sesuatu yang telah mereka kutip lalu dihamburkan kepada orang ramai.... lol, kesian ibubapa disebabkan informasi yang diberikan kadang-kadang membuatkan ramai ibubapa yang tak senang nak tidur! Ada juga kalangan ibubapa yang tidak mahu mengaku anaknya special! Pada ibubapa yang seperti ini cubalah perhatikan telatah (kelakuan) anakmu adakah sama seperti kanak-kanak normal? Paling ketara dikalangan ibubapa sangat takut dengan istilah "special". Mereka risau kalaulah anak-anak mereka ter-"include" dalam kategori seteruk itu sedangkan anak-anak mereka itu tidaklah serius sangat tetapi disebab informasi yang mika-mika tu ler...

Wahai ibubapa janganlah takut dengan istilah "special kids!". Tahukah anda gulungan-gulungan manusia didunia ini yang "top" bukannya "normal kids"? Pesoalan baik dariku: Cuba cari biodata  siapakah yang mula-mula mencipta kapalterbang, helicopter, formulae "MC2", Microsoft, pelakon-pelakon film dan banyak lagi? Adakah mereka itu semuanya normal? Kanak-kanak special tetap akan special sampai ke akhir hayatnya tetapi kita masih ada cara untuk mengubah corak pemikiran mereka sekiranya kita lengkapkan teknik dan sistem yang betul serta bertepatan ketika mereka masih dialam kanak-kanak!

Wajah fizikal mereka mungkin tidak dapat mengubahnya tetapi EQ dan IQ masih boleh disalurkan atau dibentuk kearah "normal". Kadang-kadang kanak-kanak special tidak perlu IQ yang bagus hanya dengan imbangan EQ yang sempurna mereka boleh berjaya! Sebenarnya EQ itu lebih kuat daripada IQ! Check balik coretanku yang lepas bertajuk: "Ish istilah komunikasi". Kalau boleh bacalah berulang-kali yang berkaitan dengan ugama dan undang-undang didalam coretan itu!

Sekiranya mereka telah dapat menguasai 3m atau berjaya, mereka tetap special. Sebenarnya ciri-ciri special ini banyak kelebihannya kalau hendak dibandingkan dengan kanak-kanak normal! Tak perlunya makan ubat "setinggi bukit" untuk displinkan kanak-kanak seperti "hyperactive"! Terlebih ubat jadi bodoh dungu pulak bebudak tu dan sampai bila nak beri ubat tu? 10 tahun, 20 tahun atau sampai akhir hayatnya? Adakah hayatmu lebih panjang daripada anakmu? Cubalah fikir-fikirkan!

Pada ibubapa yang mempunyai anak-anak seperti ini janganlah bersemangat "panas-panas taik ayam pulak!" Baru hantar anak belajar dalam masa 3 hingga 6 bulan aje... nak anak tu pandai, dah berubah dan sebagainya! Omak oi, cubalah faham, anak awak tu special! Anak-anak yang macam ini memerlukan masa yang panjang dan susah untuk mendidiknya! Kalaulah anak-anak tu dah dapat menguasai 3m, janganlah pisahkan anak tu daripada pendidiknya kerana keseimbangan EQ masih perlu dititikkan secara berterusan kedalam anak-anak itu! Inilah salah satu sikap ibubapa yang tak pernah mengenali hakikat EQ walaupun untuk diri sendiri ataupun mungkin ibubapa nak cari didikan   "elite" kot! Alahai ibubapa cubalah kasihani, fahami dan fikirkan masa depan anakmu itu sekiranya meneruskan hidup tanpa keseimbangan EQ mereka dengan kekurangan kemantapan IQ!

Purata anak-anak yang special, jarang sekali mempunyai satu kesukaran (complication: hyperactive, dyslexic, tenterum & etc-etc) sahaja! Cuba perhatikan link ini untuk menilaikannya "Helen Keller" sendiri. Perhatikan juga sikap familinya yang ego, terlebih kasih-sayang yang tak bertempat, hujah akal yang tidak memahami didikan kanak-kanak special yang biasanya dimiliki oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak seperti ini! Link dibawah ini mengenai seseorang yang sangat ternama!
(credit to Sarah0043379)

Pesanku: Terbaik untuk ibubapa yang mempunyai anak-anak special menyaksikan cerita ini daripada awal episodenya kerana mungkin dapat memberi sedikit tip yang manakah sikap dirimu yang akan merosakkan diri anakmu sendiri! Kalaulah ibubapa mahu memahaminya alangkah bahagialah anak-anak itu! Cubalah cari dan berikan didikan awalannya dengan sistem yang betul kerana semasa usia kecil ini adalah masa pembetukkan akhlak asas manusia yang tersangat sukar tetapi asalkan kita tidak putus-asa, insyallah akan dapatlah imbuhannya. Dalam blog Cahayaku... cuba perhatikan gambar dan video klip yang ada tu dengan teliti! Malahan dalam coretan "Pesanan Penyelidik" tercatit dengan JELAS kata-kata Penyelidik Cahayaku: "Bicaraku meliputi EQ dan secalit IQ". Tak payah nak cari guru Helen Keller sebab dia tak pandai cakap melayu dan dia pun dah lama jadi "abu"! .... kahkahkah

Aku akhir coretanku sebelum melangkah pergi dengan sejuta kemaafan sekiranya coretan ini melukai hatimu sebab aku telah nyatakan aku Dracer musleh dan aku Samurai malahan mungkin juga aku adalah Hassassin (assassin!) untuk dia yang telah membuka mindaku seketika dahulu.. maafkan aku sekali lagi!
..... Dracer Musleh

Wednesday, January 4, 2012

Ish istilah komunikasi!

Salam kepada semua blogger dan pembaca.. Aku Dracer Musleh datang lagi diblog ini. Kali ini coretanku sudah pasti mengenai EQ dan IQ. Hmm, rasanya belum terlambat untuk ku ucapkan selamat tahun baru dengan azam yang baru kepada semua! Seperti telah ku nyatakan "my thoughts are my own, unaware of you norm" membuatkan aku sukar untuk berkomunikasi... maaf ye.


Komunikasi adalah suatu proses penyampaian informasi (pesan, ide, gagasan) dari satu pihak kepada pihak lain. Pada umumnya, komunikasi dilakukan secara lisan atau verbal yang dapat dimengerti oleh kedua belah pihak. apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat dimengerti oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi nonverbal... Teks ini dipetik dari Wikipidia.


Apakah yang difahami oleh kebanyakan manusia erti "komunikasi"? Yang pastinya mereka akan berkata bahawa komunikasi itu memerlukan bunyian, susunan perkataan atau gerak yang boleh dimengertikan oleh insan yang sedang berinterasi dengannya! Purata manusia berpendapat bahawa komunikasi itu tidak berfaedah sekiranya tidak disusuli atau di awali oleh akal (IQ) untuk memahaminya! Contoh kegagalan dalam berkomunikasi seperti berinteraksi dengan orang gila atau binatang! Iya ke? Apakah sebenarnya pengertian definasi perkataan akal atau IQ mengikut pendapat kebanyakan manusia?
Adakah kebanyakan manusia tahu bahawa akal atau IQ itu sukatannya seperti ini (Mental Age/Chronological Age = Mental Quotient)?


Dan ada pula pendapat-pendapat barat seperti ini:
Definition: Intelligence
There are probably as many definitions of intelligence as there are experts who study it. Simply put, however, intelligence is the ability to learn about, learn from, understand, and interact with one’s environment.


Definasi akal oleh kebanyakan orang M'sia:
Akal ialah kekuatan untuk melahirkan gagasan tindakan atau keputusan (Kesimpulan) tentang sesuatu berkaitan dengan realiti. Kesimpulannya akal memerlukan ilmu, hujah, input, logikal dan bla, bla, bla... 


Perlunya akal pada Ilmu Logika.
Disedari atau tidak akal manusia pada hakikatnya memerlukan suatu aturan dalam menganalisa berbagai masalah. Karena Ilmu Logika merupakan ilmu yang mengatur cara berfikir (analisa) manusia, maka keperluan kita kepada Ilmu Logika adalah untuk mengatur dan mengarahkan kita kepada suatu cara berfikir yang benar.

Setelah kamu membaca ulasan diatas bagaimana pula pendapatmu? Mungkin ada di antara pembaca yang bersetuju dengan pendapat diatas dan ada juga yang tidak!

Sistem Cahayaku adalah satu sistem yang memulakan didikan EQ untuk mengasuh IQ sebab mengikut kajian kanak-kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun tidak mungkin memiliki IQ yang sempurna. Kalaulah semua kanak-kanak itu memiliki IQ yang sempurna mengapakah semua hukum-hakam (Ugama), malahan mereka juga terkecuali daripada perundangan negara! 


Dalam ugama hukum-hakam hanya bermula sekiranya mereka sudah baligh (a.k.a - "cukup umur" atau "matang"). Untuk peringatan kita semua, hukum-hakam dalam Ugama datangnya daripada Pencipta Alam Raya ini iaitu Allah SWT! Begitu juga dengan undang-undang negara hanya tertakluk kepada mereka sekiranya sudah sampai peringkat umur yang telah ditetapkan. 


Bagaimana pula binatang? Bagaimana pula kanak-kanak "Special"? Bagaimana dengan IQ mereka? Adakah mereka tidak boleh dididik dengan kemantapan EQ sahaja untuk hidup didunia ini?

Teks diatas telah diposkan oleh Dracer Musleh DAN saya mengolahkan semula untuk memuatkan coretan tambahan serta gambar-gambar yang mungkin boleh dijadikan sebagai jawapan!

Tidak kiralah dipihak mana pembaca berada tetapi baru-baru ini para pelajar-pelajar saya yang telah mengikuti kursus Cahayaku telah "surf" blog http://www.educahayaku.com/ dan membaca artikal "Pesanan Penyelidik" lantas mereka mengemukan soalan "Adakah uncle mendidik Tom (kucing) dan adakah Tom berupaya berkomunikasi?"

Mungkin gambar-gambar yang di-upload-kan ini boleh memberi jawapannya. Pandai-pandailah membuat analisa sendiri untuk mendapatkan jawapan mengenai komunikasi! Sekiranya binatang boleh dididik inikan pula anak manusia! Hanya sistem yang betul dan bertempatan sahaja boleh menghasilkan kejayaan! Cuba fikir-fikirkan sendiri bagaimana pula kalau anak-anak normal yang mengikuti sistem ini? Tepuk dada tanya diri sendiri! Jangan tertepuk dahi sudah apabila anak anda tidak boleh menguasai 3M.... Wakakaka..
 Saya sedang menjelaskan mengenai bagaimana mengaplikasikan Sistem Cahayaku kepada para peserta apabila mengajar ditempat sendiri. Cara mendidik EQ untuk menjana IQ. Hanya EQ yang seimbang akan menghasilkan kesempurnaan IQ yang cemerlang!
 Setelah menyaksikan kisah si Tom di blog saya mereka menanyakan "adakah binatang berupaya berkomunikasi dengan manusia?" ... hehehe untuk menjawabnya ... perhatikan gambar-gambar dibawah ini!
 "meowww" kaedah bunyian yang digunakan oleh Tom untuk memiliki apa yang sedang di makan oleh Penyelidik Cahayaku (Siapa lagi... suami saya lah tu).
 Tom menggunakan teknik gerak badan, duduk bersebelahan serta bunyi tetapi tidak berjaya untuk memiliki apa yang di idamkan... kesian si Tom. Yang pastinya dia tak berputus-asa. "Komunikasi cara ini tak mendatangkan hasil ler"... hmm mungkin itulah yang dikatakan oleh Tom
 Merenung, mecari jalan! Tetapi adakah kucing memiliki IQ (akal)! ... Satu persoalan yang harus ditanya kepada diri sendiri oleh setiap pendidik apabila berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermasaalah atau "special"!
 Memerhatikan persekitaran...mencari "jalan".. contohnya: buat muka sedih ... perhatikan foto tu... Tom mencari simpati.. salah satu teknik EQ untuk memiliki apa yang dihajati.
 Sentuhan manja.. mungkin berhasil mengikut perspektif Tom... hehehe
Sentuhan yang tak henti-henti... hahaha.. akhirnya Tuannya mengalah dengan tingkah-laku Tom! Tom telah berjaya meraih apa yang dihajatinya! Adakah Tom tidak tahu berkomunikasi? Adakah Tom menggunakan IQ (akal) atau EQ (dorongan Kehendak - kemahuan) kerana Tom telah di didik dengan kaedah EQ! Fikir-fikirkanlah sendiri untuk anak-anak anda pula untuk belajar menguasai 3M. Tom adalah salah satu subjek (kajian konsep EQ) yang digunakan oleh penyelidik kita untuk Konsep, Teknik dan Sistem Cahayaku!