Thursday, October 9, 2014

Khusyu' & Asyik

Dalam nota uncle tercatit perkataan ini dan saya ingin berkongsi dengan blogger.

Khusyu' & Asyik. Kita sudah biasa mendengar kedua-dua perkataan ini. "Penuh penyerahan dan kebulatan hati; sungguh-sungguh; penuh kerendahan hati" -  itulah yang di definasikan untuk perkataan khusyu'.  Bagaimana pula definasi untuk asyik?

Asyik biasanya berkaitan dengan i) keadaan - melakukan sesuatu dengan gemarnya, ii) sangat terikat hatinya; penuh perhatian, iii) senang iv) berahi, cinta kasih, sangat suka (gemar).

Menyebut perkataan kedua-dua itu sememangnya senang tetapi pernahkah kita mengalaminya? Sekiranya kita pernah mengalaminya, berapa lama kah kita berada dalam keadaan itu? Mungkin ramai di kalangan kita mengalami keadaan asyik lebih kerap daripada khusyu'.  Kenapa?

Asyik - Juru Gambar En. Rosdi
Khusyu' - Para Tahfiz
Sekiranya sifat "keduniaan" lebih menarik untuk kita, justeru itu keadaan ini akan menyebabkan kita berada dalam keadaan yang dinamakan "asyik" dan sifat mengenai keagamaan akan membuat kita mengalami khusyu' lebih kerap. Itulah rumusan definasi yang telah diberikan seperti oleh kebanyakan manusia (refer: kamus atau internet). Sebenarnya khusyu' & asyik kedua-duanya adalah non-fizikal yang melibatkan sifat EQ dan perlakuan atau perkataan yang diucapkan oleh seseorang itu hanyalah sebagai pengzahiran daripada sifat-sifat yang tertanam dalam dirinya (minda separa sedar). Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi?

Bila kita berbincang mengenai minda separa sedar, ramai yang akan terasa sesuatu yang terasing buat mereka tetapi sebenarnya ia berada di dalam diri kita sendiri. Dalam blog yang lepas telah banyak di bincangkan mengenainya dan sekiranya anda masih "kelabu" mengenainya cuba faham yang berkaitan dengan asbab (cause & effect) atau yang berkaitan dengan "sunnatullah" atau fahami Alquran (terlalu banyak yang berkaitan dengannya untuk kaum Islam) seperti surah Al-Anfal ayat 17 atau surat Ar-Ra'd ayat 11 atau menghayati nama-nama Allah swt bukannya sekadar memahami nama-namaNya. Hayati adalah sifat EQ sedangkan memahami adalah sifat IQ.

Minda separa sedar adalah istilah moden dan kalau orang-orang zaman dulu sebutnya sebagai "tabiat-tabii". Kekerapan menggunakan sesuatu sifat atau gugusan sifat-sifat yang tertentu yang sekategori dengannya akan menyebabkan keadaan berkenaan berada kepada diri kita tanpa disedari. Minda separa sedar atau tabiat-tabii ini adalah pembentukan yang berkaitan dengan jiwa (diri sebenar). Diri sebenar tidak pernah kosong daripada sifat-sifat walaupun untuk satu saat secara disedari ataupun tidak.

Ciptaan Allah swt telah memenuhi diri kita dengan bermacam-macam sifat (sifat kebinatangan dan malaikat). Sekiranya seseorang itu dapat memahami sifat-sifat tersebut serta dapat menghayati gugusan sifat-sifat tertentu ins sya Allah dapat menghalakan diri kesesuatu destinasi. Cause & effect (sunnatullah) bukan sahaja berlaku untuk fizikal tetapi ianya juga berlaku untuk non-fizikal.

Kanak-kanak normal dan "special kids", mereka lebih tertarik kepada sifat EQ disebabkan sifat IQ mereka masih belum matang. Untuk awalan didikan, mereka haruslah didedahkan dengan kaedah EQ bukannya IQ. Asyik adalah sifat terbaik untuk mencapai matlamat didikan awalan 3M dan apabila perkembangan IQ mula matang, sifat IQ akan senantiasa menyukat sifat EQ yang telah sedia ada.

Bagi orang dewasa yang tidak pernah dididik dengan cara ini, sifat IQ seeloknya dijadikan sebagai agen utama untuk membentuk sifat EQ. Sebenarnya sifat IQ adalah elemen sahaja untuk memenuhi tuntutan sifat-sifat EQ dan fizikal kita hanyalah alat terjermahan sifat-sifat EQ. Asyik & khusyu' akan terhakis sekiranya ada sifat-sifat lain yang lebih kuat hadir di dalam diri seseorang itu. Sekiranya sifat asyik ataupun khusyu' ini terlalu "mendalam", apa saja tidak akan dapat mengubahnya. Manusia pada umumnya sentiasa dikawal oleh sifat EQ bukannya mereka yang mengawal sifat EQ adalah salah satu fakta utama sifat-sifat tersebut terhakis dan untuk mengatasinya, bagi seorang yang telah dewasa hanyalah melalui ilmu, IQ dan do'a, sedangkan untuk kanak-kanak (nomal & special), mereka memerlukan pertolongan daripada penjaganya.

Cuba renungkan sejenak untuk memahami apa yang telah anda baca dan cuba renungkan pula kedalam diri anda sendiri! Kenapa susah untuk mendapat khusyu'? Sekiranya sifat asyik "keduniaan" terlalu "menebal" di dalam diri individu itu, alahai... alamatnya banyaklah kerja kerahan untuk menghilangkannya untuk mendapat khusyu'!

Terdapat dalam nota uncle "catitan khas untuk diriku sendiri !!!".
Kaitan untuk perkataan Asyik, cuba renungkan Alquran surah Al-Anaam ayat 32, surah Al-Ankabut ayat 64, surah Muhammad ayat 36, surah Al-Hadid ayat 20 dan Khusyu' surah Maryam ayat 59-69, surah Al-Maun ayat 4-5.

Kenapa uncle buat catitkan ini "khas untuk diriku sendiri", saya tidak tahu dan tidak pasti.

Friday, September 5, 2014

Kontras

"Kontras" dalam bahasa Inggeris dieja "Contrast" atau boleh juga disebutkan sebagai "reverse". Definasi "kontras" ialah memperlihatkan perbezaan yang nyata apabila dibandingkan dengan warna, rupa, ukuran dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini saya telah menemani uncle untuk alumni "Sek. Men. Tengku Bariah Fivers 1973" di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bersama-sama mereka ada seorang guru yang dihormati iaitu Cikgu Adnan yang pernah mengajar uncle. Cikgu Adnan adalah seorang guru yang disayangi oleh semua pelajarnya. Walaupun sudah "senior" dalam usia tetapi beliau masih boleh ingat setiap gelagat para pelajar yang hadir pada malam tu. Patutlah beliau menjadi guru yang disenangi, disayangi dan disanjungi. 

Inilah kata-kata salam "reunion" antara Uncle dan cikgu Adnan, "Cikgu, masih ingat saya?" Jawabnya, "ya.. ini zahari dan saya masih ingat dan "public canning"". Hampir kesemua hadirin ketawa besar. Yang pastinya Cikgu Adnan salah seorang guru yang telah berjaya membentuk pelajar-pelajarnya kemercu kejayaan. Malam itu terdapat beberapa bekas pelajar beliau yang bergelar Dato', Datin dan berjawatan tinggi seperti Enginear, Doktor, hakim, peguam dengan gelaran hajjah dan haji. Malahan terdapat juga yang bergelar Tan Sri yang sama "batch" dengan uncle. Uncle tidak pernah bercerita mengenai kawan-kawannya dan tidak pernah saya tahu atau terfikir bahawa uncle memiliki kawan-kawan yang sangat berjaya dalam hidup ini. Sememangnya tidak dapat di nafikan bahawa mereka terdiri daripada bekas-bekas pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi.
Dari kiri: Saya, Zamri (businessman), uncle dan Dato' Mazuki (sebenarnya ada seorang lagi Dato' yang tidak hadir dimalam itu. Mereka adalah kawan yang terlalu akrab dengan uncle). Sebelah kanan saya awi (ex-lawyer).
Sebahagian hadirin di malam "reunion".
Pelajar-pelajar 5 Science Two. Dari kiri: Uncle, Zul, Cikgu Adnan (berbaju biru), Zaiton (hanya beberapa orang kawan perempuan sahaja yang sangat rapat dengan uncle), Sabarudin dan Shakib. 
Semasa disitu saya telah mengambil peluang untuk bertemu dengan teman-teman rapat uncle dan dari cerita mereka itu dapatlah saya rumuskan bahawa uncle sememangnya sangat berlainan di masa lalu daripada sekarang. Saya masih ingat 30 tahun yang lepas, arwan ibu mertua saya pernah kemukakan soalan ini "adakah aya (panggilan yang ditujukan kepada saya), benar-benar ingin berkahwin dengan zahari? Sebab dia ini lain sedikit..." Rupanya bukan sedikit tetapi terlalu banyak! Inilah ucapan ibu uncle sebelum pemergiannya, "dalam ramai anak, semasa kecil dulu, kamulah yang selalu dipukul, dimarah dan didenda oleh kami. Ibu sebagai wakil arwah ayah meminta maaf sekiranya semua itu telah menyakiti diri kamu". Dan inilah jawapan yang diberikan oleh uncle, "saya berbangga kerana mempunyai mak dan ayah yang telah mendidik saya dengan sempurna dan tidak berputus asa sehinggakan Allah swt mengurniakan kejayaan kepada saya dan memahami pelbagai perkara".

Inilah yang dipegang oleh kedua-dua orang tua uncle: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Kontras dalam EQ adalah perkataan yang paling tepat untuk uncle. Sistem Cahayaku sangat beruntung kerana penyelidiknya dapat memahami serta menghuraikan perbezaan antara sifat-sifat EQ dan sifat-sifat IQ serta mengabungkan kedua-dua elemen ini dalam Sistem. Kerosakan EQ akan mengakibatkan kerosakkan IQ juga dan kaitan secara "detail" dituliskan dalam dokumentasinya. Patutlah semasa penyusunan Sistem Cahayaku, setiap abjad, susunan bunyian, perkataan dan cerita, intonasi suara, pergerakan, sentuhan, pandangan mata dan lain-lain lagi amat diberikan perhatian oleh uncle. Sistem Cahayaku bermula dengan pembentukan EQ untuk menjana IQ, seandainya kalau IQ individu itu tinggi tetapi EQ tidak seimbang maka "rosaklah" manusia itu, masyarakat dan negara.

Sekiranya anda salah seorang guru yang pernah mengikuti kursus Cahayaku, sudah pasti anda dapat memahami yang dikatakan "Kontras EQ". Kenapa uncle bertukar? 

Mungkin ayat 56, Surah Az-Zariyat (Al-Quran) yang bererti "Tidak Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia untuk mengabdikan diri kepada-Ku", kadang-kadang susunan perkataan itu terkeluar dari mulutnya ketika berceramah dan Surah Al-'Asr yang bermula dengan "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan....." dan juga Surah Al-Fajr, ayat 27-29 sangat memberi kesan kepadanya dan didikan ibu/bapa yang tidak mengenal erti "give up". Marilah kita semua bacakan "Al-fatiha" untuk kedua arwah ini yang telah mendidik uncle bersusah-payah sehingga intipatinya dapat uncle serapkan dalam Sistem Cahayaku untuk dikecapi oleh kita dan generasi yang akan datang.

Thursday, July 17, 2014

Kenapa....

Perkataan "kenapa" selalu menjadi pertanyaan bila isu Cahayaku dibangkitkan. Mungkin kerana kenapa senang untuk dieja atau disebutkan. "Kenapa" juga kadang-kala digantikan dengan perkataan "sebab" ataupun "mencari alasan" tetapi apabila diteliti bagaimana ia digunapakai untuk sebaris ayat, mungkin akan membuatkan kita "pening kepala"!

Perkataan "kenapa" semenjak akhir-akhir ini berulang-kali diajukan kepada saya, melalui facebook, SMS, skype malahan dalam perbualan harian dengan orang-orang tertentu.

Kenapa Cahayaku bukunya tidak dijual kepada orang-ramai?
Kenapa Cahayaku tidak boleh diajarkan kepada umum atau ibubapa?
Kenapa Cahayaku tidak terdapat dikawasan kami?
Kenapa Cahayaku tidak boleh diajarkan kepada anak sendiri walaupun saya seorang guru yang telah mengikuti kursus ini?
Kenapa Cahayaku tidak difrancaiskan atau mempunyai "kelab sendiri dengan mengenakan cas minima"?
Kenapa Cahayaku mengajar diftong diperingkat awal?
Kenapa pelajar-pelajar Cahayaku perlu diajar dengan sebutan baku?
Kenapa Cahayaku tidak mengasingkan pelajar-pelajar dysleksia, lembam ataupun lain-lain daripada pelajar-pelajar normal?
Begitulah seterusnya mengenai "kenapa" dengan seribu persoalan..

Persoalan "kenapa" adalah rangkai gugusan perkataan yang melibatkan "bila, dimana, bagaimana, berapa, kenapa & siapa" iaitu yang membabitkan IQ (Intelligence Quotient) tetapi pada dasarnya didorong oleh EQ (Emosional Quotient). EQ sekarang ini dipecahkan atau "diberanakkan" pula kepada SQ (Spiritual Quotient)... "hmm, hentam sajalah labu..." tetapi pokok-pangkalnya dimanakah hendak diletakkan IQ, EQ dan SQ ini? Di tanah, api, angin, air atau diri yang empunyai diri (kalau tidak faham jangan marah ye...hehehe).

Pada akhir tahun 1998 atau awal 1999 (sorry lupa den, sobab dah tuo), ketika Cahayaku muncul dikaca TV3 (Rancangan Bincang Petang) dengan menonjolkan kanak-kanak berusia 4 tahun (proses pembelajaran keadah Cahayaku iaitu keseimbangan EQ mengatasi IQ) yang boleh membaca dengan fasih tetapi tidak tahu nama-nama abjad telah membuat rancangan tersebut menerima panggilan telefon tidak henti-henti sehigga lebih kurang 160,000 dan mengikut juruacara rancangan tersebut menjadi sejarah mendapat ranking yang tertinggi. 

Sebenarnya perbincangan dengan EQ dan IQ ini telah lama diketengahkan oleh Imam Al-Ghazali (*sila check sejarah beliau) tetapi kini baru digembar gemburkan oleh pihak-pihak barat sekitar akhir tahun 1998 atau awal tahun 1999 dan 2000.

Persoalan yang berkaitan dengan "kenapa" dan "kenapa" diatas, saya akan menjawab secara ringkas sahaja sebab tidak mungkin dijawab didalam blog ini kerana terlalu panjang!

Buku Cahayaku adalah alat sahaja yang direka khas, setelah dikaji berulang-kali secara terperinci mengenai perkembangan EQ untuk menjana perkembang IQ. Kajiannya meliputi keadaan fizikal & spiritual kejiwaan serta minda yang membabitkan diri kanak-kanak (normal dan khas), asuhan ibubapa (malayu, india, cina dan lain-lain), persekitaran, budaya, bahasa, dialek, dan anu-ini-ini yang hanya terdapat dalam dokumentasi Sistem Cahayaku sahaja yang berada hanya kepada saya dan uncle dan disebabkan ramai yang tidak mengetahui secara "detail" maka ramailah "kaum yang menyangka bijak serta kononnya tahu mengenai Sistem Cahayku" membuat andaian semata-mata. Alahai, alahai....

Kenapa tidak dijual kepada mereka yang tidak pernah menghadiri kursus, kenapa guru Cahayaku tidak boleh mengajar kaedah ini kepada anaknya sendiri dan memerlukan guru Cahayaku yang lain untuk mengajar anaknya dan kenapa Sistem ini tidak difranciaskan dan kenapa Cahayaku memulakan dengan diftong dan kenapa Cahayaku tidak mengasingkan pelajar normal & khas dan kenapa serta kenapa.... Jawabnya ialah diri yang empunyai diri sendiri yang memiliki EQ yang berbeza-beza! 

Soalan pertama saya pula untuk kamu, "adakah kamu mentadbir EQ & IQ kamu atau EQ & IQ kamu yang mentadbir kamu?"  Soalan kedua saya, "adakah kamu memilik empunya diri atau empunya diri memiliki kamu?" Sekiranya persoalan saya memerlukan kamu untuk memikir sejenak sekitar 3 sehingga 5 minit atau lebih, hmm tidak mungkin kamu dapat memahami Sistem Cahayaku yang sebenarnya dan hanyalah dengan membaca dokumentasi Cahayaku berulang-kali barulah persoalan saya menjadi jelas. 

Monday, May 12, 2014

Sosial & jiwa

Hadis riwayat Nukman bin Basyir R.A berkata:Rasullulah s.w.a bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayangi dan saling mencintai adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan deman". (Shahih Muslim No.4685)

Cuba bayangkan sekiranya segelintir (10%) generasi yang akan datang terus-menerus tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Bagaimanakah kehidupan mereka ini? Perlukah individu-individu ini hidup dalam "kesakitan"? Bagaimanakah corak kehidupan mereka dalam dunia yang mencabar ini? Bagaimanakah mereka mencari rezeki dan apakah orang-ramai tidak perlu ambil peduli mengenai kesukaran yang mereka alami? Bagaimanakah pula corak kehidupan anak-anak mereka dari segi kehidupan harian, pembelajaran dan sosial? Persoalan-persoalan seperti ini kita perlu menjawabnya sebelum ianya menjadi lebih kronik!

Kita adalah generasi yang akan "berlalu" (mati) tetapi kita perlu menjadi generasi peneraju utama untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan keharmonian masyarakat di Malaysia. Kalau kita hanya mementingkan diri sendiri sahaja alamatnya runtuhlah sebuah negara yang bererti juga kita membiarkan anak cucu kita kepada satu keadaan yang menyukarkan anak cucu kita sendiri.

Menyedari hakikat ini telah membuatkan banyaknya pertumbuhan tadika & taska dan purata akan menyatakan bahawa misi mereka hampir senada: "Pembelajaran yang positif, persekitaran emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak yang melibatkan kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa". Betul ke? Adakah misi hanya "berkubur" setakat kata-kata?

Seminggu yang lalu saya telah melihat uncle berbual-bual dengan sekumpulan anak-anak yang berusia 14 sehingga ke 17 tahun dan ketika mendapatkan saya air-matanya berlinangan. (Purata guru-guru yang mengajar Sistem Cahayaku telah mengenal uncle. Dia tidak akan mengalirkan air mata kalau sesuatu yang tidak menyentuh jiwanya). Apabila saya ajukan soalan kepadanya dan inilah jawapannya: "
Mungkin tidak ramai dikalangan kita yang mengetahui mengenai ciri-ciri "special" yang sedang dipertikaikan oleh golongan para perubatan mengenai pertumbuhan atau perkembangan anak-anak dan akhirnya generasi ini yang terabai, terbiar dan tercicir. Mereka bukannya bodoh tetapi mereka memerlukan "approach" yang berlainan".

Dimanakah silapnya, di sekolah, tadika, taska, guru, ibubapa atau kaedah (sistem)? Berapa banyakkah tadika, taska atau guru-guru yang benar-benar memahami kesukaran kehidupan yang mereka lalui? Cuba bayangkan apakah impak kejiwaan yang dialami oleh mereka sehingga akhir hayat mereka? Berapa ramaikah di antara kita yang memahami dengan istilah-istilah seperti ini, dyslexia, autism, ADHD, bipolar disorder, mental illness, down syndrome, cleft lips, echollia dan pelbagai lagi?


Credit to : Michael Jackson - black or white

Credit to : Michael Jackson - black or white

Thursday, April 3, 2014

Penghayatan Hakikat Akal.

Apabila anda mengajukan soalan seperti ini "adakah kamu mengenali dirimu yang sebenar?" Purata ramai akan menjawab "sudah pasti!" Sekiranya anda berkata "sila tunjukkan dirimu yang sebenar" Purata akan meletakkan tangannya ke dada dan ada juga yang menunjuk keseluruhan badannya. Sekiranya persoalan ini dilanjutkan, pada kebiasaannya akan mengundang satu perdebatan yang agak hangat dan mungkin akan membuat seseorang menjadi marah. Kenapa menjadi marah? Sebenarnya topik ini sudah lama dipertikaikan oleh kaum-kaum manusia terdahulu termasuklah ahli-ahli saikologi, Saintis, para ilmuan-ilmuan terkemuka malahan termasuk tokoh-tokoh agama.

Adakah tangan, kaki, mata, telinga, kepala dan lain-lain anggota badan itu adalah diri kita yang sebenar? Bagi mereka yang beragama (Islam, Kristian dan dll), tidakkah terdapat didalam kitab-kitab kamu mengenai kaum-kaum "jin & malaikat"? Adakah kaum-kaum ini mempunyai fizikal? Adakah kamu ingin menafikan kitab-kitab kamu sendiri? Kebiasaannya setelah dikemukakan soalan agama ada dikalangan kita akan mengatakan "akal" itu adalah diri kita yang sebenar. Apakah "akal" yang sebenarnya?

Disinilah bermulanya perdebatan sebab mereka menggunakan akal untuk memberikan jawapan! Bagaimanakah akal dapat memberi jawapan sekiranya akal sendiri tidak mempunyai input, fakta, maklumat yang konkrit? Satu persoalan yang perlu difikirkan dan diajukan untuk diri sendiri berulang-kali oleh setiap manusia yang waras. Bagi individu-individu yang tidak beragama ataupun kurang yakin dengan agama, satu soalan mudah untukmu! Adakah teori "Cause & Effect" itu hanya sekadar teori sahaja tanpa melibatkan akal? Bagaimanakah kewujudan dirimu sendiri? Adakah ianya tanpa "Cause & Effect"? Sila baca sekali lagi tajuk dalam blog ini mengenai Persimpangan IQ Dan EQ dan Berbicara Uncle Mengenai IQ atau ulanglah sekali lagi mata pelajaran Sains (pembelajaran sekolah menengah)! Lanjutan daripada "Cause & Effect" akal tidak akan dapat berfungsi lagi kecuali Kalam Allah S.W.T.

Akal ianya sesuatu yang unik tetapi ianya bukan diri kita yang sebenar! Sekiranya jika kita ingin bincangkan persoalan kenapa menjadi marah dan kaitannya dengan akal secara terperinci akan mengambil masa yang sangat panjang! Malahan perbincangan ini akan membabitkan banyak istilah dan topik-topik yang lain. 

Bagi mereka-mereka yang telah mengikut kursus Cahayaku, sudah pasti dapat menjawabnya kerana didalam kursus itu "uncle" berulang-kali menerangkan mengenai IQ, EQ dan diri sebenar. Akal juga dikenali dengan perkataan "fikir" dan ada dikalangan kita mengenalinya sebagai IQ.

Seandainya akal itu punca segalanya untuk mengawal kita dan hayat kita dan juga dikatakan diri sebenar! Hmm.. bagaimana pula kewujudan serta makan dan minum (keperluan asas badan) manusia-manusia yang rosak akalnya contohnya seperti orang gila atau sasau? Adakah anak-anak yang baru lahir sudah sempurna akalnya dan patutkah kita mengajar mereka yang baru mula hendak membaca dengan hujah hakikat akal? Dimanakah letaknya akal mereka yang cuba mengajar dengan kaedah ini? Adakah mereka-mereka ini cuba sembunyikan sesuatu disebalik skima-skima pengajaran dengan cara ini?

Bagaimana pula pepohon yang hidup tanpa akal dan bagaimana pula binatang yang hidup serta bergerak dan beranak-pinak tanpa akal? Mengikut kajian Sains binatang dan pepohon terlebih dahulu menghuni didunia ini dan andaikata binatang dan pepohon berakal sudah lama binatang-binatang dan pokok-pokok itu lebih "Advance" daripada manusia!

Diri sebenar lebih mustahak! Masih sanggupkah kamu mengatakan akal itu lebih utama dariapda diri yang sebenar dan mengapakah individu-individu tertentu mengagungkan akal lebih daripada hakikat yang sepatutnya? Sebenarnya akal hanya sekadar untuk memandu diri / mengawal diri supaya tidak tersasar daripada perjalanan hidup harian kita menuju saat kematian. Fungsi akal mencari jalan untuk penyelesaian apa yang berada pada diri sebenar berdasarkan ilmu (pengetahuan) yang telah dimiliki ketika itu oleh pemiliknya. Hakikat akal itu mulia tetapi dewasa ini kebanyakan akal manusia sudah dirosakkan oleh naluri sendiri dan kadang-kala kerana terikut-ikut daya pemikiran orang-orang lain. Satu pesan yang pernah diajar kepada saya: "Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk ditinggalkan". 

Thursday, February 6, 2014

Abjad & kegagalan?

"Tak kenal maka tak cinta" pepatah orang tua-tua. Adakah anda pernah mendengar pepatah ini? Sebenarnya pepatah ini adalah kata-kata simbolik yang ditujukan kepada individu yang suka membuat keputusan secara negatif untuk sesuatu persoalan yang dia sendiri tidak mengetahui asal-usulnya.

Dewasa ini terdengar "suara-suara sumbang" yang suka bermadah untuk menaburkan fitnah mengenai Sistem Cahayaku. Sebenarnya perkara seperti ini telah berlaku sekian lama tetapi pihak kami hanya berdiam diri sahaja. Daripada sumber-sumber yang diperolehi, ada dikalangan mereka-mereka ini sanggup melakukan kerja-kerja aneh seperti didalam video "Berbicara Uncle Mengenai IQ". Ma sya Allah! Kenapakah fitnah ini timbul dan apakah permasalahan yang sebenarnya?

Sistem Cahayaku adalah sebuah sistem yang dibina khas untuk mendidik keseimbangan dan kecemerlangan EQ demi menjana perkembangan serta kesempurnaan IQ seperti yang telah diceritakan serba sedikit didalam blog ini. Sistem ini juga berdasarkan kepada beberapa ciri (physical & spiritual) dengan ketentuan yang sangat unik dan lain daripada sistem yang sedia ada dimasa ini. Sekiranya dipandang secara sepintas lalu, sistem ini tidak ubah seperti kaedah Iqra' dan jika diteliti dengan lebih mendalam bagaikan fonik malahan ada yang beranggapan seperti kaedah zaman dulu-dulu iaitu teknik "membatang"! Jawapannya amatlah jauh sekali dan tanpa memahaminya seseorang itu akan membuat andaian yang "meleset". Pepatah yang tepat mengenainya ialah "Bagaikan langit dengan bumi!"

Uncle (penyelidik Cahayaku) ketika berceramah untuk bakal-bakal pengajar yang akan mengajar menggunakan sistem ini, beliau sentiasa mengingatkan bahawa penyampaiannya hanya sekadar meliputi 1/18 atau 2/18 daripada sistem yang sebenar! Buku hanyalah alat yang disusun dengan teliti dan diolah mengikut atau berpandukan beberapa ciri dengan rapi untuk menerapkan sistem. Tanpa buku sistem ini tidak dapat diterapkan dan tanpa memahami sistem buku tidak berfaedah!

Purata pelajar-pelajar uncle, kebiasaannya mengatakan bahawa ceramahnya sangat berbeza daripada sistem-sistem yang pernah mereka ikuti atau ketahui. Ada dikalangan pelajar-pelajarnya yang berkelulusan PHD, master, degree dan diploma dalam bidang "Early Child Delopment", Pyskologi, Linguistik dan guru-guru yang berpengalaman telah mengajar selama 20 tahun tetapi mereka akui bahawa ilmu yang diterima ketika berkursus amatlah berbeza dan sangat berkesan. Cuba bayangkan kalau pelajar-pelajar beliau sendiri berpendapat sedemikian, bagaimanakah seseorang yang tidak pernah mengikuti kursus sistem ini boleh membuat andaian?

Sekiranya anda pernah mendengar "suara-suara sumbang", (tapisan kemungkinan) inilah sebahagian jawapannya:
  1. Ibubapa: Tidak puas hati dengan guru atau pengusaha, alasan ekonomi (sebenarnya ada dikalangan ibubapa terlalu "berkira@kedekut"), memiliki EQ yang tidak sepatutnya (ego, pemarah, individualistik, suka memaksa, mengadu-domba (penabur-fitnah), "bermuka-muka", "meransang (over protecting) anak-anak" dan lain-lain). Akhirnya anak-anak mereka belajar separuh jalan! Alahai, fikir-fikirlah masa depan anak-anak!
  2. Pengusaha: Ada juga beberapa pengusaha (business oriented) yang cuba mengajar sistem ini kepada anak-buahnya atau guru-gurunya sendiri kononnya untuk "nak jimat kos!" Alahai, sudah dikatakan "tanpa buku sistem tidak dapat diterapkan dan tanpa memahami sistem buku tidak berfaedah!" 1/18 atau 2/18 dan uncle yang bercakap hampir "non-stop", agaknya banyak manakah penguasaha boleh "menangkap" ketika berkursus? Wahai pengusaha, dimanakah amanah yang telah dijanjikan antara kamu dengan pihak Cahayaku? Tidakkah pihak Cahayaku telah berulang-kali menyatakan "jangan rosakkan sistem ini", "pegang baik-baik sistem ini demi agama, kami, kamu sendiri, generasi dan negara!" Sekiranya kamu mengkhianati perjanjian ini, apalah ertinya "amanah" kepada diri sendiri, ibubapa, pelajar, kami dan negara? Sabda Rasullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat(Shahih Muslim & Bukhari) atau bacalah Al-Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 8 - 20!
  3. Sijil: Ada juga beberapa individu yang cuba "berlagak pandai @ EQ - ego, dengki" cuba mengajar kaedah ini tanpa sijil tetapi mangsanya ialah anak-anak dan pihak ibubapa. Pesan kami kepada ibubapa, pastikan anak-anak anda diajar oleh guru-guru yang pernah menghadiri kursus Cahayaku yang telah dianjurkan oleh pihak kami sendiri. Pesanan kami lagi untuk ibubapa: Kamu berhak untuk melihat dan menanyakan sijil tersebut! Tersalah ajar kesannya "parah" untuk EQ dan IQ. Alahai mereka yang berlagak pandai ini cuba faham susunan perkataan ini, "buku hanyalah alat yang disusun dengan teliti dan di olah mengikut atau berpandukan beberapa ciri dengan rapi untuk menerapkan sistem". Sekiranya tidak memahami sistem bagaimana hendak mengajarnya? Hehehe... individu seperti ini cubalah faham pepatah ini: "Bagaikan tikus membaiki labu!"
  4. Guru: Ada juga guru-guru yang pernah mengikuti kursus ini tetapi EQ diri sendiri tidak dibetulkan. Bukankah uncle telah berpesan "Guru ibaratkan lilin untuk menerangi orang lain". Andaikata kamu tidak sanggup melakukannya, seperti yang pernah uncle katakan "berhentilah dan berilah kepada orang lain, baik untuk dirimu, ibubapa, generasi yang akan datang & negara! Carilah rezeki yang halal! Janganlah pentingkan diri sendiri demi perutmu sahaja!" Sebenarnya terdapat guru yang mempunyai "EQ yang aneh" dan mempunyai masaalah peribadi lantaran itu para pelajar yang dijadikan mangsa. Amanah yang diberikan oleh ibubapa, pihak atasan dan negara telah dikhianati! Alahai guru, kalau guru-guru yang lain boleh melakukan dengan jayanya, janganlah berdolak-dalih! Cuba perhatikan video, komen-komen ibubapa, pengajar-pengajar Sistem Cahayaku dalam blog ini sendiri mahupun didalam "www.facebook.com/educahayaku". Persoalannya ialah dirimu dengan kuncu-kuncu yang cuba mencari alasan! Ada dikalangan kuncu-kuncu itu berjiwa seperti "Ayat 3-5, surah An-Nas" atau baca sekali lagi "Berbicara Uncle Mengenai IQ" Dimanakah letak prestij diri sebagai seorang guru dan apakah yang dikatakan nilai kewibawaan? "Something is wrong, somewhere, somewhat or whatever about you!"

Wahai guru dan individu-individu yang tertentu, adakah guru ini belum "cukup senior"? Adakah kata-katanya belum cukup untuk mereka-mereka yang mencari alasan untuk berdolak-dalih? Adakah kamu terlebih "senior" daripadanya?
Bagaimana pula dengan komen guru ini? Sistem Cahayaku untuk B.M sahaja? Pesanan khas untuk orang ramai, "sedikit kesabaran ketika anakmu belajar dimasa kecil akan memberi menafaat yang besar kelak!"
Betul ke pelajar-pelajar Cahayaku tidak mengetahui abjad, sukukata atau gagal? Mungkin yang sedang disebutkan oleh pelajar-pelajar (5-6 thn) ini bukan abjad kut? hehehe....
Pada individu-individu, pengusaha dan guru yang tertentu yang telah diamanahkan untuk mengasuh dan mendidik untuk orang ramai (rakyak Malaysia), beberapa soalan mudah ingin dikemukakan. Adakah tadika atau tabika hanya untuk berkoordinasi moto (gross moto & fine moto) dan bersosial sahaja? Masihkah belum cukup kuota di Malaysia ini untuk pelajar-pelajar yang belum mengguasai 3M? Bagaimanakah agaknya sekiranya mereka membesar dengan tidak dapat mengguasai 3M? Apakah agaknya kerja-jaya mereka apabila dewasa kelak? Fikir-fikirkanlah sendiri sekiranya anak kesayangan kita adalah salah orang daripada mereka! Alahai, alahai...
Perhatikan pelajar ini (pergerakan, kesungguhan, intonasi & keikhlasannya) untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Cuba dengar dengan teliti jawapannya! Seandainya Sistem Cahayaku di terapkan atau di ajarkan dengan betul, pelajar seperti ini pun boleh membaca! Sekiranya "suara-suara sumbang" bermadah lagi di telinga anda; inilah pesanan kami dan anda cuma perlu kemukakan beberapa soalan untuk diri sendiri. Kemungkinan jawapannya ialah a atau b atau c.
a) Adakah anaknya atau pelajarnya seperti ini atau lebih parah? atau b) Adakah seperti di dalam (tapisan kemungkinanyang telah di nyatakan di atas? atau c) Amati mereka-mereka ini kerana sudah pastilah mereka-mereka ini adalah golongan yang telah dijelaskan didalam Al-Quran iaitu Surah An-Nas: ayat 3-5!

Friday, January 3, 2014

Keutamaan: Baca, bahasa dan kefahaman.

Kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun (pra-sekolah) atau mereka yang berada dikelas pemulihan selalu dibebankan dengan sesuatu yang tidak releven! Apabila anak-anak mula belajar membaca kebanyakan pihak seperti segolongan para pendidik dan ibubapa akan persoalkan mengenai kefahaman dan keupayaan anak-anak mengenai tata bahasa. Dalam lain perkataan mereka persoalkan mengenai sesuatu yang lebih abstrak iaitu "kefahaman dan bijak pandai berbahasa"! Bagaimanakah pula pendapat anda mengenai awalan belajar membaca? Adakah ianya berkaitan dengan bahasa dan kefahaman?

Purata mereka yang mahir membaca tidak semestinya boleh memahami apa yang dibacanya malahan juga tidak semestinya mereka pandai berbahasa. Pada realiti sebenarnya kefahaman dan bijak pandai berbahasa menyusul kemudian setelah mereka mahir membaca atau berbicara dengan sempurna sesuatu bahasa itu. Persoalan membaca, memahami dan bijak pandai berbahasa adalah 3 entiti yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain. Linguistik (linguistic) adalah satu topik yang sangat besar, contohnya yang berkaitan dengan perkembangan saikologi, sosiologi, etnik, persekitaran dan lain-lain lagi tetapi dalam perkembangan menguasai bacaan ataupun 3M memerlukan koordinasi fizikal dan spiritual diri pelajar itu sendiri untuk menghasilkan setiap sebutan perkataan yang melibatkan nafas, mata, pendengaran, sentuhan, moto halus, minda, sifat diri dan pelbagai-bagai lagi. Perlukah kita membebankan mereka dengan yang lebih abstrak? Pembelajaran mengenai awalan kemahiran membaca tidak sepatutnya melibatkan kepandaian, kefahaman, tata bahasa atau penghayatan pada teks yang dibaca.

Saya pernah berada didalam satu perbincangan antara uncle dengan kawan-kawannya yang terdiri daripada para pendidik. Perbincangan mereka mengenai Sistem Cahayaku (Kaedah cepat membaca), kefahaman mengenai perkataan (vocabulary) serta mengenai bijak pandai Bahasa Melayu. Adakah seseorang yang telah berupaya menyebut susunan abjad untuk satu perkataan atau membaca dengan lancar susunan perkataan untuk satu baris ayat boleh dikategorikan mereka sudah memahami serta pandai berbahasa? Sudah tentu tidak! Apakah sebenarnya pengertian yang dikatakan Bahasa? Bagaimanakah pula sekiranya individu itu boleh membaca akhbar Bahasa Malaysia dangan lancar?

Adakah dailek Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan lain-lain BUKANNYA Bahasa Melayu? Kesemuanya bercakap menggunakan Bahasa Melayu tetapi mengolahnya berdasarkan kepada intonasi dan bunyian kedaerahan. Contohnya: Mata, mate, mato: adakah perkataan "mata" sahaja yang dikatakan Bahasa Melayu?

Apakah yang dikatakan 3M yang sebenarnya? Aina " (Arab), ankhain " (Urdu), akh " (Punjabi), chesm " (Parsi) kesemua bererti "mata" tetapi ianya bukan sebutan perkataan Bahasa Melayu. Bolehkah seseorang yang tidak boleh membaca dapat membunyikannya? Yang manakah yang lebih utama dan mustahak keupayaan membaca atau kefahaman atau bahasa? Perlukah kita membebankan anak-anak yang belum mahir membaca dengan kefahaman dan tata bahasa?

Purata orang-orang beragama Islam (semua bangsa) boleh membaca sayyidul istighfar ini dengan sempurna tetapi adakah mereka memahaminya dan mereka bijak pandai dalam bahasa ini?

بسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرّحيْم
 اللّهُمَّ أنْتَ رَبّى لاَ الَهَ الاّ أنت خَلَـقْـتَنىِ وَ أناَ عَبْدُكَ وَأناَ عَلَى عَـهْدِكَ ووَعْدِكَ مَا اسْتـَطَـعْتُ أعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرّ مَا صَنَعْتُ أبُوْءُ لَكَ بنِعْمَتِكَ عَلَىّ  وَأبُوْءُ بِذَنْبىِ فاَغْفِرْلىِ فَانّهُ لاَيغفِرُ الذّنوْبَ اِلاّ أنْتَ .


Sekiranya anda tidak boleh membacanya cuba yang dibawa ini!

Allahumma Anta rabbi, la ilaha illa Anta, khalaqtani, wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzanbi, faghfirli, fa innahu la yaghfirudz dzunuba illa Anta.

Adakah anda memahaminya setiap perkataan itu? Kalau tahu pun hanyalah sepatah dua kata sahaja tetapi andaikata anda boleh menyebutnya dengan sempurna tanpa kefahaman dan penghayatan bererti anda hanya sekadar mahir membaca sahaja! 

Untuk mendapatkan kefahaman seseorang itu perlu mengetahui maksudnya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau".
(Petikan daripada hadis Riwayat Bukhari)

Untuk mencapai tahap penghayatan, seseorang itu mesti mendalami setiap perkataan dan susunan ayat berdasarkan ungkaian sifat EQ untuk setiap perkataan! Sedangkan untuk tata bahasa seseorang itu memerlukan masa yang panjang serta berupaya menganalisa susunan ayat dan penggunaan perkataan!

Bagaimanakah pendapat anda mengenai individu-individu tertentu yang berada dalam dunia pendidikan yang pertikaikan keadah awalan membaca dengan melibatkan sekali gus soal kefahaman dan tata bahasa? Adakah logik budak yang baru dilahirkan sudah pandai berjalan dan berlari?

Mahir membaca tidak semesti memahami, menghayati dan bijak berbahasa! Perlukan kita memberi bebanan yang lebih kepada pelajar ini?