Tuesday, May 24, 2011

CIKGU......saya nak baca nak lawan ulfah.

Pelajar Tahun 4 yang mengikuti kelas saya.

Cikgu baca lagi.....cepatlah cikgu......saya nak baca ni... itu lah keluhan hati seorang pelajar tahun 4 disebuah sekolah di Kuala Lumpur dimana saya telah dijemput untuk membimbing pelajar-pelajar ini didalam program LINUS. Pelajar ini dikenali dengan nama Nazli dan dia adalah diantara pelajar yang ada sedikit kelemahan didalam pembacaan dan mempunyai tulisan yang agak buruk. Ini diakui sendiri oleh dirinya dan dia berhasrat untuk mencantikkan tulisannya.

Baru 3 kali bersama mereka dan 2 kali sesi membaca saya sudah mula merasa seronok dan ada diantara mereka ini saya sudah mula rasa sayang. Kesian pun ada dan kalau yang degil tu ada juga rasa geramnya sebab suka mengusik kawan.

Ada 45 orang kesemuanya dan kebanyakkannya lelaki jika dibandingkan dengan perempuan. Mungkin budak-budak lelaki ni malas agaknya. Bagi Ulfah hari ini tamatlah dia membaca buku 1 dan buku 2 menyusul pula. Katanya dulu dia agak susah nak membaca dan terpaksa mengeja dimana bacaannya akan merangkak-rangkak tapi sekarang ni dia tidak perlu lagi mengeja.

Waktu pulang tadi saya terdengar Nazli mengadu kepada seorang gurunya yang kebetulan terserempak dengan kami diluar kelas bahawa Ulfah sudah masuk buku 2 dan ada rasa cemburu pada suara Nazli kerana dia masih lagi di buku 1. Saya bersyukur kerana itu adalah petanda baik.

Insyaallah cuti sekolah selama 2 minggu ini kelas tetap akan berjalan seperti biasa kerana saya ingin mengejar masa untuk mempercepatkan lagi bacaan mereka.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...