Friday, May 20, 2011

Penulis Jemputan - Jurugambar Cahayaku


“Sehari di sekolah bersama Uncle & Aunty Chahaya”

“Sheedy, Aunty ada job baru untuk awak…” Senyum aku bertambah lebar bila dengar ayat tu. Melompat??? Semestinya. Memang akulah jurugambar yang aunty akan call bila ada tugas. Mungkin hasil kerja aku yang teramat menarik atau hanya akulah manusia yang tahan dan lali dengan ragam aunty dan uncle (Jangan marah boss). Tetapi ikhlas dari hati yang bersih lagi suci ni memang best kerja dengan dua orang manusia TIDAK NORMAL ini. Lepas buat kerja makan… pastu makan… pastu makan…. Last sekali minum kopi ais. Terbayek lah.

Rutin aku setiap kali 'shoot video' sama saja seperti hari-hari sebelumnya pasang tripod, check kamera, pasang kabel, cari angle cantik, moment yang bagus pastu shoot tapi kali ini lain sedikit. Ramai kanak-kanak sekolah. Lebih kurang 50 orang. Ada yang berlari, bergaduh, ketawa, menjerit dan sebagainya. Bising. Tidak kurang juga dengan gurunya. Ada lebih kurang 6-7 orang. Uncle mula berbicara dengan guru berkenaan. Bla… Bla… bla… tahun 1, 35 orang… bla… bla… tahun 2, lebih kurang 15 orang…. Bla.. bla… Aku hanya mendengar di hujung-hujung telinga. Semuanya lebih kurang 40-50 orang pelajar yang TIDAK BOLEH MEMBACA. Apa??? Hati kecil aku berbisik. Itu baru satu sekolah. Jika didarab, tambah, tolak, bahagi dengan beratus-ratus sekolah di Malaysia ni. Tidak kah angka ini membimbangkan kita??? MasyaAllah… Hati aku mengeluh lagi. Masih ramai lagi anak bangsa aku yang masih belum boleh membaca walaupun umur mencecah 8-9 tahun. Bukan bahasa Inggeris, Cina atau India yang kanak-kanak ini tidak tahu membaca tapi bahasa Melayu. Bahasa perantaraan kita setiap hari. Bingung aku dibuatnya. Salah siapakah ini? Guru?… Bukan… Ibubapa?... Bukan… Mungkin ada sebab-sebab tertentu mereka tidak pandai membaca. Masalah lembam juga salah satu faktor utama. Ini takdir dari Ilahi tetapi kita mampu berikhtiar merawatnya. Aku bangga dapat berkhidmat dengan dua orang manusia ini. Sanggup meluangkan masa dan wang ringgit semata-mata ingin membantu mereka yang memerlukan. Aku sangat tertarik dengan cara pembelajaran CAHAYAKU. Ringkas dan cepat. Walaupun beberapa minit sahaja aku melihat Uncle mengajar kanak-kanak itu tetapi mereka sudah tertarik malahan ada yang sudah terkena virus “ketagih” membaca. Aku masih ingat lagi nama pelajar tersebut. Shahrul namanya. Dia orang pertama yang Uncle ajar. Mulai dari saat itu buku tidak lepas-lepas dari tanganya. Bertambah kelakar dan anehnya dia dah pandai mengajar rakan-rakanya dengan mimik muka yang diajar. Kelakar pun ada… aneh pun ada… Menurut guru yang mengajarnya sebelum ini Shahrul sangat mudah  lupa apa yang diajarnya tetapi melalui kaedah yang diperkenalkan oleh CAHAYAKU dia sudah boleh mengenal huruf vokal dan suka membaca. Tak percaya bukan? Hanya beberapa minit perubahan itu dapat dirasai. Itu belum beberapa hari dan minggu. Mungkin mereka boleh membaca seperti kanak-kanak lain. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku depan mata aku. Walaupun sebelum ini aku sudah beberapa kali berkhidmat dengan CAHAYAKU tetapi hari ini baru aku dapat rasakan bagaimana sukarnya tugas sebagai seorang pendidik. Ikhlas dari hati yang bersih lagi suci ini but kali keduanya, buat Pn Chahaya dan Uncle, teruskan usaha murni anda. Allah SWT sentiasa bersama anda. Banyak sekolah yang memerlukan khidmat anda maka banyaklah tugas aku. Masyukkk… Aku sentiasa menyokong usaha murni anda berdua. Memang betul cakap Uncle, kamu berdua bukan orang NORMAL. Sekian dari aku. Roshidi Abu Bakar.

Beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Cuba anda lihat betapa gembiranya wajah Shahrul apabila mendapat perhatian dari seseorang yang sudi membantunya.






3 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

shedeee!! testing komen. pelik jugak naper orang lain takleh komen. isk.

Cikgu B said...

Hari-hari nak buat ni tak sempat.... terima kasih pn cahaya tq so much.Dalam keadaan tegang dan tension ada hamba Allah yang muncul menghulurkan bantuan tak boleh nak cakap macam mana kegembiraannya... Melihat mata murid-murid saya terpancar satu harapan yang tinggi . Memang merekapun ingin sama seperti murid-murid lain, mampu membaca dan menulis, mereka perlukan perhatian dan bimbingan yang lebih dari yang lain. Memang ajaib jugak beberapa hari dah nampak keberkesanannya ,murid-murid tu dah menunjukkan respon yang positif. Terima kasih 'Cahayaku' yang memberikan cahaya kepada sekolahku.

cahayaku said...

cikgu B...apa yang terdaya oleh kami untuk membantu akan kami bantu. Melihat ada perubahan sikap dikalangan pelajar itu dan ketagihan mereka untuk membaca merupakan satu kepuasan bagi kami. Kalau kami tidak membantu siapa lagi yang akan melakukannya. Ini adalah tanggungjawab kami untuk mendidik. Cahayaku adalah satu sistem yang mudah dimana murid tidak rasa beban termasuk kami.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...