Saturday, May 21, 2011

HARI GURU 16 Mei dulu dan sekarang.






Sudah bertahun-tahun saya menyambut Hari Guru bersama-sama dengan guru-guru dan kawan-kawan dan yang paling seronok sekali ialah ketika saya menyambutnya pada tahun 1994 kerana pada tahun itu saya menerima sebuah hadiah yang sungguh bermakna. Hadiah tersebut dihadiahkan oleh seorang pelajar saya yang berbangsa Cina. Sayangnya hadiah tersebut telah pecah akibat terjatuh yang dilakukan oleh bibik saya secara tidak sengaja. Hadiah yang saya terima sama seperti hadiah yang pernah diterima oleh bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir. Saya sungguh terkejut kerana ketika melawat musium Tun di Lagkawi saya telah melihat hadiah yang serupa yang pernah saya terima satu ketika dulu. Bukan hadiah yang menjadi ukuran tetapi ingatan itulah yang sungguh bermakna buat saya dan semasa Hari Gurulah saya dapat merasakan betapa jasa-jasa saya dihargai dan diri saya disayangi.

Ada juga hadiah yang berbentuk kad dan lebih bermakna lagi sekiranya kad itu ditulis oleh pelajar itu sendiri. Kalau nak di ikutkan hadiah yang dah saya terima, tak tahulah nak kata kerana terlalu banyaknya sehinggakan tidak ada tempat untuk meletakkan hadiah-hadiah tersebut. Begitu juga dengan kad dan kalau nak disusunkan rasanya penuh satu dinding.

Kepada ibu-bapa dan murid-murid yang telah memberi hadiah kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. HADIAH TIDAK PERNAH MANJADI UKURAN samada kecil atau besar tetapi INGATAN ITULAH yang sangat-sangat bermakna.




No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...