Wednesday, May 11, 2011

Hati Karma.....hati siapa ya?





Karma? Kalau ditanya apakah makna karma macam-macam jawapan yang kita dengar. Nak tahu maknanya kena selak-selak lah kamus dewan tu. Apa yang nak saya ceritakan disini ialah gelagat anak murid saya yang beraksi sambil duduk mengikut rentak lagu 'HATI KARMA' untuk persiapan sempena majlis penyampaian sijil pada hujung tahun nanti.

Ini adalah diantara aktiviti-aktiviti kami di tadika. Perhatikan cikgu-cikgu saya yang menunjukkan gaya kepada anak murid. Ada yang ikut dengan bersungguh-sungguh dan ada tu buat sambil lewa je....biasalah kanak-kanak. Hai macamanalah cikgu-cikgu tadika ni nak tua sebab didalam hati sentiasa muda. Selagi bersama dengan kanak-kanak selagi itulah kita merasakan yang diri kita pun macam kanak-kanak juga. Menyanyi, menari, berlakun dan berlari atau melompat samalah macam adik-adik kita. Kalau cikgu tak aktif anak murid pasti bosan tapi kalau cikgu aktif dan kreatif anak murid akan seronok kerana mereka akan rasa seronok untuk ke tadika.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...