Thursday, May 12, 2011

Murid Tua ku......HEBAT






Hari ini 11/05/11 mulanya kelas bagi Umirzar dan Sakdiah. Bila ditanya mereka kata boleh membaca tetapi tidak boleh menulis, mengeja dan apalagi mengira. Tidak hairan dizaman yang serba moden ini masih ada lagi mereka-mereka yang boleh dikatakan tercicir. Apa sebabnya hanya mereka saja yang tahu. Mereka tidak pandai membaca disekolah tetapi mereka diajar oleh ayah mereka. Apakah teknik yang digunakan? Kata mereka cara hafalan. Apa pun saya tabik hormat kepada ayah mereka kerana diatas usaha beliau mengajar anak, sehingga pandai membaca surat khabar. Kenapa tidak boleh menulis dan mengeja? Kata mereka tak taulah ayah kerana dimasa tu ayah hanya memaksa untuk membaca sahaja dan tidak menekankan tentang penulisan dan ejaan. Orang dulu-dulu mungkin pada fikiran ayahnya cukup sekadar membaca sahaja atau ayah mereka tidak tahu macamana nak ajar anak menulis. Tidak ada ilmu tu barangkali.

Umirzar dilahirkan pada 9/9/80 manakala Sakdiah 31/8/77. Sebenarnya bukan mereka sahaja ada ramai lagi murid-murid tua yang telah saya didik. Nasib baik sistem memandu untuk mendapatkan LESEN L dinegara kita memerlukan peserta menandakan jawapan yang betul jadi cukuplah sekadar pandai membaca sahaja.
Umir mengatakan untuk mendapatkan  LESEN L beliau duduk sebanyak 18 kali. Tak tahulah betul ke tidak si Umir ni. Saya bangkitkan soal lesen ni kerana kedua-dua mereka memandu ke kelas. HEBATkan......

Kepada mereka-mereka yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira jangan malu. Jadilah seperti Umir dan Sakdiah datang kekelas untuk pandai menulis dan mengeja. Lepas ni mereka akan belajar membaca Bahasa Inggeris pula. Lihatlah ejaan mereka yang saya uploadkan. Pada mulanya saya ketawa tetapi dengan tiba-tiba hati saya jadi sebak dan pilu. Sedihnya hanya ALLAH saja yang tahu dan menaikan semangat saya untuk mengajar mereka menulis dan mengeja dengan cara yang mudah dan cepat lagi. Walaupun ejaan mereka salah tetapi bila ditanya apa yang mereka tulis, mereka boleh pulak menjawab dengan betul.

Untuk Umir dan Sakdiah tahniah kerana memilih cahayaku sebagai kaedah pembelajaran anda. Insyaallah anda berdua akan berjaya nanti. Sama-sama kita saksikan kerana saya akan upload semula borang yang akan mereka isi dan buat ejaan semula setelah pandai membaca. Tahniah! Di atas semangat dan kegigihan anda.

No comments: