Friday, May 27, 2011
Mengenangkan Nasib... alah hai... nasib, nasib.
Faris Iskandar 4 tahun. Kenapa termenung ya sicomel? Tak tahulah apa yang difikirkan. Tapi yang jelas pada hari ini mood dia tidak baik. Kawan-kawan sibuk berlatih untuk Hari Sukan yang akan diadakan di Perkarangan Tadika pada hari Jumaat ini pada 27hb Mei 2011 tetapi dia duduk di bangku dengan wajah yang 'mencuka'. Adalah yang tak kena tu... biasalah budak-budak.
Apalah yang ada didalam fikirannya. Kenapa...bila....dimana....dan bagaimana akan sentiasa berputar diminda anak-anak. Samalah dengan Faris ni. Mungkin dia bertanya kenapalah pagi-pagi lagi dia sudah dihantar kesini dan untuk apa. Mana emak dan ayahnya. Dia tahu bekerja tetapi adakah dia faham makna bekerja? Bilalah nak balik kerumah? Mereka selalu bertanya "cikgu sekarang dah pukul berapa?" Macam-macam lagi soalan dan cerita yang didengar bila bersama-sama dengan mereka.
Faris adalah seorang pelajar yang banyak akal. Jarang bercakap dengan saya tetapi kalau dengan kawan-kawan dialah 'HERO'. Saya seronok dengannya biarpun bila ditanya satu soalan dia akan bagi satu jawapan dan adakalanya tiada jawapan langsung. Sangat aktif dan menjadi kegemaran kawan-kawan ditadika.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
6 comments:
cikgu cahaya..sebelum cuti sekolah yang panjang..dia lah paling happy nak kesekolah..palinhg awal bangun tanpa banyak soal..sekarang ni dia macam2 hal..faris pun dah menegal hurul roman dan jawi..dan rajin belajar dirumah ikut angin dia lah..ini mama faris yang menjawab..tapi dia memang HERO ..abang dia pendiam sedikit..:)
Nadia, anda boleh coment apa pun tiada halangan daripada kami asalkan tidak menyakiti pembaca dan semua pihak.
Norazian, tadi dia sangat ceria. Sebentar lagi kami akan upload yang baru dan cuba perhatikan tingkah-lakunya.
Hari2 datang lambat nak memujuk ke sekolah, kadang2 terpaksa " rasuah" satu attitude yang tidak baik sebenarnya, dia ni kelakar sebenarnya dan periang. Tidak sabar nak tengok gambar dia di tadika.:)
insyaallah akan ada gambar-gambar aktiviti mereka yang akan diuploadkan.
Post a Comment