Monday, April 18, 2011

Sejarahku di Gemilang Malaysia TV1

Saya amat terkejut dan teruja bila di jemput oleh RTM untuk menjadi tetamu di rancangan GEMILANG MALAYSIA untuk kali yang keduanya disekitar tahun 2000. Pada ketika itu boleh dikatakan ianya merupakan satu rancangan yang agak popular dan rata-rata para jemputannya adalah dikalangan ahli-ahli politik. ALAMAK! tak tahu macammana nak digambarkan perasaan saya ketika itu. GEMILANG MALAYSIA yang pertama akan saya uploadkan kemudian nanti ok. Jemputan saya pada waktu itu ialah guru sekolah dan pengusaha tadika. Untuk yang kedua kalinya saya diminta untuk membawa para pelajar yang terdiri dari berbagai-bagai kategori.

Aduhai......masalah ni. Pertama... adakah ibu-bapa akan membawa anak mereka kesana? Kedua... adakah saya sendiri telah bersedia untuk berhadapan dengan kamera. Paniknya hanya Allah saja yang tahu. Saya nekad untuk berbincang dengan beberapa orang ibu-bapa yang saya rasa boleh dibawa bersama-sama. Oleh kerana mereka terlalu gembira dengan prestasi anak-anak mereka hampir kesemua ingin menghulurkan tangan mereka kepada saya. Syukur alhamdulillah dan akhirnya saya memilih beberapa orang sahaja.

Aiman dan Hidayah adalah pelajar yang berumur 4 tahun lebih dan boleh membaca dalam jangkamasa 3 bulan. Kebolehan mereka ialah membaca akhbar, menulis dan mengeja. Untuk Zubaidah yang berumur 4 tahun dia pun boleh menguasainya dengan cepat sekali. Dia adalah kanak-kanak Myanmar dan tidak faham Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris langsung. Saya mengajar dia dengan menggunakan bahasa isyarat dan dalam jangkamasa yang singkat dia boleh membaca cahayaku buku 2. Akmal pelajar istemewa dan kebolehan dia sangat menakjubkan. Saya bangga dengan kesemua pelajar saya dimana mereka boleh menguasai teknik cahayaku dengan  mudah. Disini menunjukkan betapa istemewanya CAHAYAKU untuk kanak-kanak yang bermasalah dan untuk kanak-kanak normal lagilah mudah.

Waktu itu saya tidak menyangka yang saya diminta untuk mengendalikan rancangan itu secara LIVE sendirian. Panik. Nak tahu sebelum program itu bermula saya dah rasa ada 'butterfly' di kepala dan didalam perut saya. Setiap 5 minit saya akan ke tandas. Darah gemuruh saya menyerang saya. Bayangkan kalau saya tersalah cakap 1 Malaysia akan melihat saya..malu aahhhh. Puas saya minta pengacara tu duduk di sebelah saya sambil bertanyakan soalan dan saya jawab sahaja tetapi malangnya nasib saya, saya diminta untuk mengendalikannya sendirian.

Bila saya lihat balik video tu, saya rasa nak ketawa pun ada. Ada jugak kesilapan yang saya dah buat mungkin kerana panik. Wah.. dulu gemuknya saya. Untuk pengetahuan anda semua waktu itu penyelidikan teknik cahayaku belum begitu pesat. Walaubagaimanapun kami berjaya menghasilkan pelajar dari berbagai-bagai kategori. Sayang... video cahayaku yang di siarkan di CNN, ASTRO, BINCANG PETANG dan banyak lagi kami tak dapat salinannya. Untuk SELAMAT PAGI MALAYSIA sahaja saya masih ingat lagi selama beberapa bulan saya akan ke RTM menjadi tetamu. Keratan akhbar dan majalah saja kalau saya nak uploadkan disini akan bersusun panjang. Hanya sebahagian saja yang saya masukkan.

Insyaallah dilain masa saya mengharapkan ada wartawan-wartawan yang akan membuat liputan tentang PROTO-TYPE saya yang ON THE WAY..................

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...