Tuesday, April 26, 2011

'CAHAYAKU" penyinar hidupku..

by Shida Ma on Tuesday, 26 April 2011 at 10:20
Bila disebut "Cahayaku" ,ianya tidak asing lagi di kalangan pendidik terutama yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak, ada yang menyokong dan tak kurang juga yang cuba menyangkalnya.Apa pun pandangan orang, bagi diriku , tiada salah dan betulnya...mungkin bagi mereka yang suka mengkritik disebabkan mereka belum betul-betul mengenali kaedah ini....TAK KENAL MAKA TAK CINTA!!!

Aku mula berkenalan dengan "CAHAYAKU" lebih sepuluh tahun yang lalu...apa yang boleh ku katakan "MIRACLE"...mula berkenalan hanya selama dua hari pada tahun 2000...pelbagai persoalan timbul di kotak mindaku... kenapa, bila ,bagaimana "CAHAYAKU' boleh mengubah kanak-kanak...penuh dengan persoalan yang butuhkan jawapan...dengan ringkas dijawab oleh En.Zahari "HANYA MANUSIA YANG DAPAT MENGAJAR ANAK MANUSIA MENJADI MANUSIA"..

Selama lebih sepuluh tahun bersama "CAHAYAKU"...aku telah mendidik lebih daripada seribu orang kanak-kanak yang datang dari pelbagai corak dalam kehidupan, ada yang normal dan tak kurang yang "istimewa"...Alhamdulillah, semuanya dapat menguasai kemahiran membaca bahkan terbina jatidiri mereka.Bagaimana "CAHAYAKU" lakukan...hanya dengan lima huruf vokal dan lima huruf konsonan, segala-galanya terbentuk...mewarna,menulis,mengira,mengeja,mengarang,memahami dan membentuk jatidiri kanak-kanak...aku tidak mahu mengulas panjang kerana untuk mengetahuinya layari http://www.educahayaku.com/

Secara peribadinya, "CAHAYAKU" merupakan penyinar hidupku, disaat-saat tadikaku mengalami kesakitan,disaat aku memang butuhkan teman untuk penyelesaian, di ketika keyakinanku jatuh merundum,disangkakan kawan rupanya lawan ...ku temui "CAHAYAKU"..di situ ku temui cahaya yang membangkitkan semula keyakinanku, yang sanggup membara kembali semangatku yang hampir luntur,  mencantumkan semula hatiku yang koyak rabak untuk membina sebuah empayar tadika dengan wajah yang baru...daripada hampir rebah, aku bangun semula dengan gagah...syukur ALHAMDULILLAH dan terima kasih yang tidak terhingga untuk En.Zahari dan Puan Chahaya   (founder of "CAHAYAKU")..bagiku mereka dah seperti keluargaku..dan "CAHAYAKU" dah jadi sebahagian daripada hidupku..bermula dari detik itu aku mula melangkah dari sebuah tadika kepada beberapa cawangan tadika yang dapat aku kelolakan. Dengan izin Allah kini dapatku kendalikan empat cawangan tadika dan sebuah sekolah rendah agama...semuanya bermula dari sini.

Terima kasih jua kepada Edu Cahayaku Sdn.Bhd. kerana memberi kepercayaan kepadaku untuk menjadi koordinator di Sabah.Kini "CAHAYAKU' bertapak utuh di bumi Bawah Bayu dengan lebih daripada duapuluh buah tadika menggunakan kaedah "CAHAYAKU"..insyaAllah dengan pelancaran Pusat Kemahiran Cahayaku nanti diharapkan seluruh bumi Sabah akan disinari oleh "CAHAYAKU"...sesungguhnya hambaMU ini tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMU jua, YA ALLAH...

nukilan : Norshamsida Mohd.Ariffin
              Tadika Intensif Cahayaku Sabah.

1 comment:

cahayaku said...

Tiada sesuatu pun yang bergerak tanpa izin ALLAH. Cahayaku adalah satu sistem yang sungguh unik. Tidak seorang pun yang dapat menyangkalnya. Hanya mereka-mereka yang tidak mengenali cahayaku yang akan memperkatakan sesuatu yang buruk. Setakat ini tiada lagi sistem yang boleh membuat kanak-kanak ketagih membaca tetapi cahayaku berjaya melakukannya.

Syabas dan tahniah Shida. You adalah coordinator kami yang sangat kami sayangi. Harapan kami agar cahayaku akan melangkah dan melebarkan sayapnya ke luarnegara. Insyaallah.

Semoga Shida berjaya dengan cemerlangnya dengan pembukaan sekolah rendah agama ini. Apapun selagi kita tulus, jujur dan ikhlas dalam setiap pekerjaan selagi itu ALLAH akan selalu bersama kita. Terima Kasih kerana menyokong kami selama ini. Kepada tadika-tadika yang menggunakan sistem cahayaku di Sabah 'KEEP IT UP and Go Further With Whatever You Do'. THANKS...

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...