Wednesday, April 13, 2011

Adakah kita ini normal?

Purata manusia didunia ini mengatakan mereka normal! Betulke? Adakah anda merasa malu atau tersinggung apabila anda atau anak anda dikatakan "special"? Sungguh mengerikan. Betul tak?

Adakah anda kenal atau pernah dengar nama-nama tokoh seperti Leonardo Da Vinci biasanya dikaitkan dengan potret Mona Lisa, Henry Ford (Kereta Ford), John F.Kennedy (President USA), Mohammad Ali (Boxer), Einstein (Saintis) atau Bill Gates dan ramai lagi? Sekiranya anda tak kenal Bill Gates JANGAN pakai "software window atau microsoft" untuk komputer anda! Cuba baca kisah2 mereka zaman dolu-dolu!

Sebenarnya mereka adalah tokoh2 yang sangat berjaya tetapi mereka juga adalah gulungan Disleksia! Disleksia atau "special kids" dewasa ini sangat di geruni oleh kebanyakan manusia moden (sebab zaman dolu-dolu istilah disleksia, autism, tenterum, hyperactive dan lain lagi ini tak pernah timbul sebab orang dulu-dulu tak tahu) tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui bahawa sekiranya kita tidak langsung menpunyai ciri "special" ini bererti sukarlah untuk kita berjaya.

Punca disleksia (tak perlu tahu..banyak kategorinya "special kids" ni ..kita bukan nak jadi doktor! aah, lebih banyak sudu dari kuah!) yang pasti mereka (pure dyleksic) sukar membaca, mengeja, menulis dan sukar dalam banyak perkara. Disleksia, semua manusia mempunyainya tetapi tahap (level-nya) berbeza setiap orang.

Kenapa disleksia? Jawabannya senang saja ... mata kita sendiri! Mata sentiasa memandang dengan "image" yang terbalik tetapi otak kita membetulkannya semula dan ada dikalangan kita yang "image" itu tidak dibentukkan oleh otak. Apabila otak tidak membetulkannya maka segala-galanya menjadi sukar. Sukar bagi mereka untuk memahami ayat, meng-koordinasikan pandangan, perkataan, kemahuan, motor halus, memahami apa yang didengar dan pelbagai lagi (setiap orang dyleksic tidak sama % nya).

Daripada pengalamanku ketika mengajar, para disleksia tidak mungkin hanya mempunyai disleksia semata! Dalam lain perkataan mereka juga mungkin mempunyai sedikit tenterum atau lain-lain. Sekiranya dia seorang yang telah dewasa tetapi masih tidak dapat menguasa 3M kebiasaannya dan sudah pastilah dia memiliki (sedekit sebanyak) "inferiority complex".

Bagi mereka yang disleksia, merasakan apa yang dibuatnya atau difikirkan atau penjelasanya itu sentiasa betul (kata orang terengganu: "betul sokmo") tetapi bagi orang-ramai ianya terbalik dan tidak betul! Kita mesti ingat bahawa mereka yang sebegini selalunya berupaya melahirkan ide-ide yang jarang terdapat pada manusia normal sebab mereka TIDAK SAMA dengan kita! Sejarah telah membuktikan bahawa ide-ide mereka telah dapat kita menafaatkan.

Jadi apalah nak dirisaukan kalau anak kita disleksia sebab otak mereka sudah sedemikan rupa! Pesanku: Ketika mula mereka belajar membaca (special kids atau kanak-kanak), cubalah berikan Sistem and konsep yang dapat mereka faham berdasarkan kepada EQ bukannya IQ SEBAB MEREKA LEBIH ARIF TENTANG EQ DARIPADA IQ!. Buat masa ini yang kita ketahui Sistem/konsep Cahayaku (untuk kanak-kanak & "special kids") telah perjuangkan konsep EQ mendidik IQ. (P/s: Insyaallah, sekiranya aku mempunyai masa... akan aku bercerita kaitan EQ dan IQ ketika manusia masih lagi didalam kandungan ibunya sehingga kealam kanak-kanak, Remember “AKU DRACER MUSLEH”... time really important to me! Sebabnya.. usahlah aku bercerita mengenai diriku tapi inilah tipku untukmu "Al-Quran 103 Al-Asr").

Apakah EQ? EQ kata orang melayu "nafsu" sedangkan "IQ" itu akal! Contoh nafsu ialah marah, menipu, degil, benci, dengki (spt manusia disebelah rumah Pn. Cahaya sendiri), sayang, cemburu, kedekut, malas dan pelbagai lagi. Kebiasaannya sifat2 mereka terlalu "extreme" atau hampir2 tiada langsung berkaitan sesuatu sifat itu, sehinggakan mereka dapat kita katakan "orang yang TIADA bertengah (berpewatakan tidak serata)". Dalam pendidikan yang menggunakan kaedah ini, kita MESTI TELITI dengan nafas mereka (kesukaran untuk menyebut perkataan), rentak kehendak, lirikan mata, pergerakan fisikal, nilai provokasi, motivasi dan pelbagai lagi.

Teringat aku yang pernah disebut oleh Penceramah Cahayaku, beliau berkata bahawa beliau HANYA mengajar 1/16 daripada sistem/konsep Cahayaku kepada kami! Katanya lagi bahawa didalam buku itu sudah dilengkapi kesemuanya spt ko-ordinasai nafas, kehendak, mata, pendengaran, suara, rentak bunyi dan pelbagai lagi yang akan perkembangkan ketajaman IQ! Tugas kami (pendidik Sistem Cahayaku) hanya mengajar untuk permulaan sahaja dan selebihnya akan diambil alih oleh sistem /konsep /susunan buku Cahayaku itu sendiri. Aku benar-benar berharap agar pendidik, pengajar dan ibu-bapa dimana anak mereka yang telah lama menggunakan sistem ini "tolong sahkan kenyataanku berdasarkan pengalamanmu" didalam komen dibawah tajuk ini!

Tanyaku kepada penceramah, "habis kami duduk buat apa didepan pelajar itu?" Dia tersenyum dan jawabnya pendek aja, sekiranya pelajar membuat salah dalam bacaan, bunyikan "ehem sahaja". Sememangnya TERAMAT-AMAT sukar untuk percaya ketika itu tetapi penjelasannya itu sangat benar dan betul! Sepanjang pengalamanku mengunakan sistem ini, ia berupaya mengubah perwatakan pelajar (meaning this sistem able to ajdust and readjust human "behaviour" ... trust me!).

Pesanku lagi: Kepada ibu-bapa JANGAN berhentikan anak "separuh jalan" sekiranya anakmu itu belajar sistem ini sebab kami telah dilatih dengan sempurna (walaupun 1/16) cara menggunakan sistem ini dan kami TAHU bila, kenapa dan bagaimana untuk menolong para-pelajar apabila mereka memerlukan pertolongan. JANGANLAH SAYANGKAN duit ibu-bapa mengambil keputusan terburu-buru. JANGAN gunakan kaedah "Chips More", sekejap ada sekejap tak ada! Sebab sikap ini akan menyukarkan pengajar dan yang terlebih "teruk" ialah kanak-kanak itu sendiri!

Anak itu amanah DAN duit itu tak boleh dibawa MATI ooi! Jangan cuba-cuba mengajar Cahayaku kepada anak sendiri sekiranya kamu tidak tahu! Sebabnya setiap suara kita, sentuhan dan pelbagai lagi itu adalah mengandungi provokasi dan motivasi dan juga andaikata tersalah "applied" akan membinasakan kejiwaan mereka! (Sebenarnya MALAS aku nak berceloteh panjang mengenai "family bond" yang tercangkuk dalam sistem ini. Sebona' nyo apo yang den cerito ni, tak lobih dari 1/16 Sistem Cahayaku. Den malas cerito sobab den ponek! Aku pernah bertanya kepada Penceramah "kenapa 1/16?" Jawabnya dia mengkaji bertahun-tahun lamanya ... bagaimana nak ajar semuanya! hehehe... botoi tu!).

Cahayaku adalah satu sistem yang melibatkan banyak kesan2 EQ oleh itu berhati-hatilah. Jangan sampai anakmu diajar oleh orang yang tidak pernah menghadiri kursus Cahayaku! Sekiranya anakmu diajar oleh pendidik yang menggunakan kaedah Cahayaku, tanyakan tentang "Sijil Cahayaku". HANYA mereka yang memiliki sijil sahaja yang tahu mengunakan sistem dan konsep ini!

P/s: Semasa kali pertama Sistem Cahayaku diperkenalkan diTV3 EQ mendidik IQ... Puff omak oi, ramainya orang pertikaikannya tapi akhirnya mereka (Pihak Cahayaku) telah berjaya membuktikannya. Hehehe... Kini ada pulak kaum yang memperkenalkan 3EQ, 5EQ, 7EQ dan bermacam-macam lagi.. aneh, aneh manusia ini! Yang terlebih anehnya serta polek ada dikalangan mereka ini mengutuk Sistem Cahayaku! hehehe....

Ops...I'm taking too much of your time, sorry...actually my writting TAKE MY TIME... got to run..bye and sorry if my words hurt you...
....Dracer Musleh

4 comments:

Saiful Nizam said...

bagaimana untuk menilai sama ada kita normal atau tidak? apa ciri-ciri yg di'kata'kan normal? normal pada pemahaman manusia.. atau pada tahap bagaimana utk kita menakrif sesuatu sebagai normal..

entah.. aku pun dah pening.. haha..

Dracer Musleh said...

Salam Saiful,
This text from my 1st article: "Aku Dracer Musleh"
"usahlah kau meminta penjelasan dari ku
so please, I beseech, ask me not for explanations"

tapi untukmu saiful saya luangkan masa kerana anda orang yang pertama memberi komen didalam blog ini ;)

In General "Normal" adalah mereka yang mempunyai perwatakan (behavior) yg seimbang. Mereka yg sentiasa dapat menilaikan sifat nafsu against akal atau vice-visa.

Kategori "special".
Definasi tidak normal bagi seorang pendidik more simpler: Kanak2 yg tidak sama spt kanak2 lain dan yg tidak dapat menguasai 3M, mereka adalah "special".

Lain pula untuk publik (gulungan dewasa): Org yg membuat sesuka hati disebabkan akalnya rosak a.k.a "gila". Org2 mcm ini "they are above the law and hukum-hakam".

Dlm cerita Pn.Cahaya: "Jiranku dr neraka" iaitu individu yg akalnya bagus tetapi tidak dpt kawal perasaan "Dengki & Hasad", a.k.a "Jahat".

Maybe my next visit, I'll write about my "P/s: Insyaallah, sekiranya aku mempunyai masa... akan aku bercerita kaitan EQ dan IQ ketika manusia masih lagi didalam kandungan ibunya sehingga kealam kanak-kanak" (My last articel.)

eiyMail said...

seorang kanak2 memang bodoh.umur 8 tahun.Tak pandai baca.ABC dan 123 tak kenal dan tak tahu. Ayah dia benci kerana dia bodoh.cikgu-cikgu pun benci sebab bodoh.budak tu benci huruf dan nombor..dia selalu tulis huruf terbalik dan macam2 lagi.buku latihan dia banyak pen merah bila disemak oleh cikgu..budak itu menerima tekanan yg amat besar berbanding kawan2nya yang pandai dan boleh membaca, menulis dan mengira.

Hanya seorang guru dapat rasakan dia tidak bodoh tapi "special"(saya tak reti nak sebut bahasa sainstifik).Guru lukisan. Guru itu menggunakan art mengajar kanak2 itu 3M dan berjaya. Hanya menggunakan lukisan, plastesin, warna dan apa2 yg berkaitan dgn art.pandai guru itu cukil bakat dia ada..dia xbodoh..tapi penyampaian untuk mendidik org spt dia kena ada caranya.

adakah itu EQ.tentu tidak.bukan?jadi apa ya?
TK

cahayaku said...

semua kanak-kanak tidak dilahirkan bodoh. masing-masing ada keistimewaannya. budak tu minatnya lebih kepada seni sebab tu cikgu yang mengajar seni lebih memahaminya. mungkin cara pengajaran atau penyampaian guru tersebut terhadap budak itu tidak kena. sebab tu menjadi seorang pendidik bukannya mudah kerana dia mestilah ada ilmu dan kreativiti yang cukup dan mantap. teknik yang bagus juga kena ada.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...