Friday, January 3, 2014

Keutamaan: Baca, bahasa dan kefahaman.

Kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun (pra-sekolah) atau mereka yang berada dikelas pemulihan selalu dibebankan dengan sesuatu yang tidak releven! Apabila anak-anak mula belajar membaca kebanyakan pihak seperti segolongan para pendidik dan ibubapa akan persoalkan mengenai kefahaman dan keupayaan anak-anak mengenai tata bahasa. Dalam lain perkataan mereka persoalkan mengenai sesuatu yang lebih abstrak iaitu "kefahaman dan bijak pandai berbahasa"! Bagaimanakah pula pendapat anda mengenai awalan belajar membaca? Adakah ianya berkaitan dengan bahasa dan kefahaman?

Purata mereka yang mahir membaca tidak semestinya boleh memahami apa yang dibacanya malahan juga tidak semestinya mereka pandai berbahasa. Pada realiti sebenarnya kefahaman dan bijak pandai berbahasa menyusul kemudian setelah mereka mahir membaca atau berbicara dengan sempurna sesuatu bahasa itu. Persoalan membaca, memahami dan bijak pandai berbahasa adalah 3 entiti yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain. Linguistik (linguistic) adalah satu topik yang sangat besar, contohnya yang berkaitan dengan perkembangan saikologi, sosiologi, etnik, persekitaran dan lain-lain lagi tetapi dalam perkembangan menguasai bacaan ataupun 3M memerlukan koordinasi fizikal dan spiritual diri pelajar itu sendiri untuk menghasilkan setiap sebutan perkataan yang melibatkan nafas, mata, pendengaran, sentuhan, moto halus, minda, sifat diri dan pelbagai-bagai lagi. Perlukah kita membebankan mereka dengan yang lebih abstrak? Pembelajaran mengenai awalan kemahiran membaca tidak sepatutnya melibatkan kepandaian, kefahaman, tata bahasa atau penghayatan pada teks yang dibaca.

Saya pernah berada didalam satu perbincangan antara uncle dengan kawan-kawannya yang terdiri daripada para pendidik. Perbincangan mereka mengenai Sistem Cahayaku (Kaedah cepat membaca), kefahaman mengenai perkataan (vocabulary) serta mengenai bijak pandai Bahasa Melayu. Adakah seseorang yang telah berupaya menyebut susunan abjad untuk satu perkataan atau membaca dengan lancar susunan perkataan untuk satu baris ayat boleh dikategorikan mereka sudah memahami serta pandai berbahasa? Sudah tentu tidak! Apakah sebenarnya pengertian yang dikatakan Bahasa? Bagaimanakah pula sekiranya individu itu boleh membaca akhbar Bahasa Malaysia dangan lancar?

Adakah dailek Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan lain-lain BUKANNYA Bahasa Melayu? Kesemuanya bercakap menggunakan Bahasa Melayu tetapi mengolahnya berdasarkan kepada intonasi dan bunyian kedaerahan. Contohnya: Mata, mate, mato: adakah perkataan "mata" sahaja yang dikatakan Bahasa Melayu?

Apakah yang dikatakan 3M yang sebenarnya? Aina " (Arab), ankhain " (Urdu), akh " (Punjabi), chesm " (Parsi) kesemua bererti "mata" tetapi ianya bukan sebutan perkataan Bahasa Melayu. Bolehkah seseorang yang tidak boleh membaca dapat membunyikannya? Yang manakah yang lebih utama dan mustahak keupayaan membaca atau kefahaman atau bahasa? Perlukah kita membebankan anak-anak yang belum mahir membaca dengan kefahaman dan tata bahasa?

Purata orang-orang beragama Islam (semua bangsa) boleh membaca sayyidul istighfar ini dengan sempurna tetapi adakah mereka memahaminya dan mereka bijak pandai dalam bahasa ini?

بسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرّحيْم
 اللّهُمَّ أنْتَ رَبّى لاَ الَهَ الاّ أنت خَلَـقْـتَنىِ وَ أناَ عَبْدُكَ وَأناَ عَلَى عَـهْدِكَ ووَعْدِكَ مَا اسْتـَطَـعْتُ أعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرّ مَا صَنَعْتُ أبُوْءُ لَكَ بنِعْمَتِكَ عَلَىّ  وَأبُوْءُ بِذَنْبىِ فاَغْفِرْلىِ فَانّهُ لاَيغفِرُ الذّنوْبَ اِلاّ أنْتَ .


Sekiranya anda tidak boleh membacanya cuba yang dibawa ini!

Allahumma Anta rabbi, la ilaha illa Anta, khalaqtani, wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzanbi, faghfirli, fa innahu la yaghfirudz dzunuba illa Anta.

Adakah anda memahaminya setiap perkataan itu? Kalau tahu pun hanyalah sepatah dua kata sahaja tetapi andaikata anda boleh menyebutnya dengan sempurna tanpa kefahaman dan penghayatan bererti anda hanya sekadar mahir membaca sahaja! 

Untuk mendapatkan kefahaman seseorang itu perlu mengetahui maksudnya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau".
(Petikan daripada hadis Riwayat Bukhari)

Untuk mencapai tahap penghayatan, seseorang itu mesti mendalami setiap perkataan dan susunan ayat berdasarkan ungkaian sifat EQ untuk setiap perkataan! Sedangkan untuk tata bahasa seseorang itu memerlukan masa yang panjang serta berupaya menganalisa susunan ayat dan penggunaan perkataan!

Bagaimanakah pendapat anda mengenai individu-individu tertentu yang berada dalam dunia pendidikan yang pertikaikan keadah awalan membaca dengan melibatkan sekali gus soal kefahaman dan tata bahasa? Adakah logik budak yang baru dilahirkan sudah pandai berjalan dan berlari?

Mahir membaca tidak semesti memahami, menghayati dan bijak berbahasa! Perlukan kita memberi bebanan yang lebih kepada pelajar ini?

No comments: