Thursday, July 17, 2014

Kenapa....

Perkataan "kenapa" selalu menjadi pertanyaan bila isu Cahayaku dibangkitkan. Mungkin kerana kenapa senang untuk dieja atau disebutkan. "Kenapa" juga kadang-kala digantikan dengan perkataan "sebab" ataupun "mencari alasan" tetapi apabila diteliti bagaimana ia digunapakai untuk sebaris ayat, mungkin akan membuatkan kita "pening kepala"!

Perkataan "kenapa" semenjak akhir-akhir ini berulang-kali diajukan kepada saya, melalui facebook, SMS, skype malahan dalam perbualan harian dengan orang-orang tertentu.

Kenapa Cahayaku bukunya tidak dijual kepada orang-ramai?
Kenapa Cahayaku tidak boleh diajarkan kepada umum atau ibubapa?
Kenapa Cahayaku tidak terdapat dikawasan kami?
Kenapa Cahayaku tidak boleh diajarkan kepada anak sendiri walaupun saya seorang guru yang telah mengikuti kursus ini?
Kenapa Cahayaku tidak difrancaiskan atau mempunyai "kelab sendiri dengan mengenakan cas minima"?
Kenapa Cahayaku mengajar diftong diperingkat awal?
Kenapa pelajar-pelajar Cahayaku perlu diajar dengan sebutan baku?
Kenapa Cahayaku tidak mengasingkan pelajar-pelajar dysleksia, lembam ataupun lain-lain daripada pelajar-pelajar normal?
Begitulah seterusnya mengenai "kenapa" dengan seribu persoalan..

Persoalan "kenapa" adalah rangkai gugusan perkataan yang melibatkan "bila, dimana, bagaimana, berapa, kenapa & siapa" iaitu yang membabitkan IQ (Intelligence Quotient) tetapi pada dasarnya didorong oleh EQ (Emosional Quotient). EQ sekarang ini dipecahkan atau "diberanakkan" pula kepada SQ (Spiritual Quotient)... "hmm, hentam sajalah labu..." tetapi pokok-pangkalnya dimanakah hendak diletakkan IQ, EQ dan SQ ini? Di tanah, api, angin, air atau diri yang empunyai diri (kalau tidak faham jangan marah ye...hehehe).

Pada akhir tahun 1998 atau awal 1999 (sorry lupa den, sobab dah tuo), ketika Cahayaku muncul dikaca TV3 (Rancangan Bincang Petang) dengan menonjolkan kanak-kanak berusia 4 tahun (proses pembelajaran keadah Cahayaku iaitu keseimbangan EQ mengatasi IQ) yang boleh membaca dengan fasih tetapi tidak tahu nama-nama abjad telah membuat rancangan tersebut menerima panggilan telefon tidak henti-henti sehigga lebih kurang 160,000 dan mengikut juruacara rancangan tersebut menjadi sejarah mendapat ranking yang tertinggi. 

Sebenarnya perbincangan dengan EQ dan IQ ini telah lama diketengahkan oleh Imam Al-Ghazali (*sila check sejarah beliau) tetapi kini baru digembar gemburkan oleh pihak-pihak barat sekitar akhir tahun 1998 atau awal tahun 1999 dan 2000.

Persoalan yang berkaitan dengan "kenapa" dan "kenapa" diatas, saya akan menjawab secara ringkas sahaja sebab tidak mungkin dijawab didalam blog ini kerana terlalu panjang!

Buku Cahayaku adalah alat sahaja yang direka khas, setelah dikaji berulang-kali secara terperinci mengenai perkembangan EQ untuk menjana perkembang IQ. Kajiannya meliputi keadaan fizikal & spiritual kejiwaan serta minda yang membabitkan diri kanak-kanak (normal dan khas), asuhan ibubapa (malayu, india, cina dan lain-lain), persekitaran, budaya, bahasa, dialek, dan anu-ini-ini yang hanya terdapat dalam dokumentasi Sistem Cahayaku sahaja yang berada hanya kepada saya dan uncle dan disebabkan ramai yang tidak mengetahui secara "detail" maka ramailah "kaum yang menyangka bijak serta kononnya tahu mengenai Sistem Cahayku" membuat andaian semata-mata. Alahai, alahai....

Kenapa tidak dijual kepada mereka yang tidak pernah menghadiri kursus, kenapa guru Cahayaku tidak boleh mengajar kaedah ini kepada anaknya sendiri dan memerlukan guru Cahayaku yang lain untuk mengajar anaknya dan kenapa Sistem ini tidak difranciaskan dan kenapa Cahayaku memulakan dengan diftong dan kenapa Cahayaku tidak mengasingkan pelajar normal & khas dan kenapa serta kenapa.... Jawabnya ialah diri yang empunyai diri sendiri yang memiliki EQ yang berbeza-beza! 

Soalan pertama saya pula untuk kamu, "adakah kamu mentadbir EQ & IQ kamu atau EQ & IQ kamu yang mentadbir kamu?"  Soalan kedua saya, "adakah kamu memilik empunya diri atau empunya diri memiliki kamu?" Sekiranya persoalan saya memerlukan kamu untuk memikir sejenak sekitar 3 sehingga 5 minit atau lebih, hmm tidak mungkin kamu dapat memahami Sistem Cahayaku yang sebenarnya dan hanyalah dengan membaca dokumentasi Cahayaku berulang-kali barulah persoalan saya menjadi jelas. 

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...