Sunday, December 15, 2013

Berbicara Uncle Mengenai IQ

Dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-quran telah banyak mengatakan mengenai ilmu yang berkaitan dengan sunnatullah, EQ, IQ tetapi dewasa ini manusia lebih berpihak kepada teori-teori yang telah diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu yang dengan sengaja mengajak kita "pergi jauh" daripada prinsip asas kehidupan yang sebenar. Kitab-kitab yang telah dinyatakan itu memberitahu perkara-perkara yang ghaib, contohnya mengenai bab ketuhanan, malaikat, akal, nafsu dan lain-lain. Malahan tidak tertinggal mengenai benda-benda fizikal seperti cakerawala, gunung, pokok dan binatang. Adakah perkataan "hantu & babi" sebagai negatif?

Contohnya, Jin adalah kehidupan ghaib yang kekadang mengambil bermacam-macam bentuk serta rupa yang menakutkan dan mengikut perkataan orang-orang melayu sebagai "hantu" tetapi mengikut segulungan para pendidik moden perkataan "hantu" itu sebagai negatif yang tidak boleh ditonjolkan kepada para pelajar. Adakah betul pendapat ini? Sekiranya perkataan "hantu" sebagai negatif, mungkin versi baru untuk menyebut "burung hantu" digantikan dengan "burung si anu-anu"!

Andaikata perkataan-perkataan seperti ghaib atau sesuatu yang tidak nampak ini sebagai negatif, tidakkah perkataan-perkataan ini terdapat didalam kitab-kitab yang telah disebutkan diatas? Apakah Maha Pencipta telah mengajar kita sesuatu yang negatif atau sekelompok pendidik moden yang "buta hati" berpegang / mengambil teori-teori orang terdahulu yang jahil agama ini untuk mengajak kita lupakan apa yang terkandung didalam kitab? Adakah para pendidik moden lebih cerdik daripada para Rasul yang telah membawa kitab-kitab tersebut? Sifat-sifat EQ dan IQ adalah sesuatu yang ghaib, bagaimanakah untuk memahaminya sekiranya kita menolak mengenai sesuatu yang ghaib? Adakah mereka-mereka yang membangkang ini tidak memiliki atau mengenali apakah yang diertikan dengan EQ dan IQ? Pernahkah tercetusnya sesuatu tanpa bersebab? Bagaimanakah para pembangkang ini berada di dunia (wujud) dan bakal berakhirnya kehidupan (mati) mereka sendiri sekiranya tanpa bersebab? Agaknya mungkin mereka-mereka ini menyangka bawa mereka adalah kaum "immortal"?  Sesuatu yang perlu difikirkan oleh mereka sendiri secara serius!

Beberapa tahun lalu sehingga sekarang, Uncle kerap bercerita mengenai paten-paten IQ manusia kepada saya. Mengikut kajiannya bahawa paten minda (IQ) manusia boleh dibentuk berdasarkan kepada kekerapan menggunakan sifat-sifat EQ yang sekategori dengannya. Begitu juga paten IQ yang tertentu akan menjana terzahirnya sifat-sifat EQ yang tertentu.

Sebenarnya sifat-sifat EQ (nafsu) ini hanyalah alat sahaja untuk diri kita. Kita yang mentakbir sifat-sifat nafsu (EQ) bukannya nafsu (EQ) yang mentakbir kita! Allah S.W.T tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusia yang suka menzalimi diri mereka sendiri! Sesuatu yang agak sukar untuk memahaminya kerana kita perlu memahami atau mengenali kategori sifat-sifat EQ barulah dapat kita memahami kategori paten yang akan terbentuk untuk IQ.

Al-Quran surah Al-Fajr: ayat 27-28.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

Andaikata seseorang itu sentiasa atau kebiasaannya menggunakan sifat-sifat EQ yang sama setiap saat dan berlarutan pada jangka waktu yang tertentu maka terjadilah perwatakan diri yang sedemikian rupa dan terbentuk pula paten minda (IQ) yang dikatakan sebagai "Consistence" untuk individu berkenaan. Sifat-sifat EQ ini terlalu banyak dan sifat-sifat berkenaan berkait rapat antara satu dengan yang lain. Dalam coretan yang telah lalu saya telah menuliskan dan menerangkan mengenai istilah "asbab" (cause & effect) iaitu pengzahiran atau berlakunya beberapa siri sebab & akibat.

Asbab atau cause & effect
telah lama dibincangkan oleh para pengkaji sains yang berkaitan dengan cakerawala / kebendaan atau dikenali dengan perkataan sains alam (geologi, kaji cuaca & lain) "alam semula jadi" tetapi dalam bab kejiwaan kita kenalinya sebagai Psykologi,  untuk otak pula ialah Neorologi dan Neurotherapy ialah gabungan psykologi dan neorologi. Sebenarnya kesemua itu hanyalah ilmu susunan berlakunya "sunnatullah" atau dalam lain perkataan untuk senang difahami ianya ialah "sesuatu yang telah ditetapkan mengikut hukum adat yang telah diciptakan olah Allah S.W.T". Contohnya, api kesannya ialah panas dan membakar, air bentuknya cecair, udara bentuknya gugusan atom - molikul (molecule), udara sejuk akan berganjak menuju kearah kawasan panas (iklim), magnet berpolar negatif / positif akan menarik satu sama lain dan polar positif dengan positif atau negatif dengan negatif akan menolak, begitu juga dengan peredaran yang berlaku pada bulan, bintang, bumi dan pelbagai lagi.

Bagaimana pula dengan sifat-sifat EQ? Untuk memahaminya secara ringkas sila baca pos saya yang telah lalu berkaitan dengan  Warisan dan Persimpangan IQ dan EQ
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Lanjutannya berkaitan dengan sifat-sifat EQ dan IQ, lantaran itu cubalah fahami yang ini:
"Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau boleh membeli minyak wangi darinya dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalau pun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak sedap." (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628).

Dua hadis di atas apakah erti sebenarnya? Teringat saya ketika uncle pulang daripada sebuah negara dan beliau bercerita sambil berkata "bida'ah, bida'ah" dan beliau ketawa diluar kawalan perihal banyaknya kereta buruk yang tersadai ditepi jalanraya mungkin perpatah ini paling tepat kerana mereka mengambilnya secara "membabi buta" serta tidak memahami isi kandungan hadis yang kedua ini. Bukankah Nabi Daud a.s itu seorang tukang besi?

Sifat-sifat EQ telah diperbincangkan didalam kitab-kitab seperti telah dinyatakan diatas. Sepotong ayat dalam surah Al-Falah menceritakan sifat EQ dan sekiranya sifat ini berterusan maka IQ pemiliknya akan menghalakan dirinya kepada satu keadaan seperti video dibawah. Bahayanya kalau tidak mengenali EQ dan IQ ini!

Al-Quran surah Al-Falah: ayat 4-5.
Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Video kiasan bagi mereka yang tidak mengenali sifat-sifat EQ & IQ

Credit to: P.Ramlee & rakan-rakan, Penerbit serta Mvalley


Al-Quran surah Al-Furqan: ayat 43-44.
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Bagaimanakah kehidupan harian kita? Masihkah mahu kita mengambil atau mengikut perkataan-perkataan mereka yang "buta hati" itu? Sentiasalah renung-renungi apa yang berada didalam dada kita setiap masa! Dan JANGANLAH jadikan dirimu dalam kumpulan seperti ini.

Al-Quran surah An-Nas: ayat 3-5.
Dari kejahatan PEMBISIK PENGHASUT yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu PEMBISIK dan PENGHASUT) dari kalangan jin dan manusia.

No comments: