Thursday, April 3, 2014

Penghayatan Hakikat Akal.

Apabila anda mengajukan soalan seperti ini "adakah kamu mengenali dirimu yang sebenar?" Purata ramai akan menjawab "sudah pasti!" Sekiranya anda berkata "sila tunjukkan dirimu yang sebenar" Purata akan meletakkan tangannya ke dada dan ada juga yang menunjuk keseluruhan badannya. Sekiranya persoalan ini dilanjutkan, pada kebiasaannya akan mengundang satu perdebatan yang agak hangat dan mungkin akan membuat seseorang menjadi marah. Kenapa menjadi marah? Sebenarnya topik ini sudah lama dipertikaikan oleh kaum-kaum manusia terdahulu termasuklah ahli-ahli saikologi, Saintis, para ilmuan-ilmuan terkemuka malahan termasuk tokoh-tokoh agama.

Adakah tangan, kaki, mata, telinga, kepala dan lain-lain anggota badan itu adalah diri kita yang sebenar? Bagi mereka yang beragama (Islam, Kristian dan dll), tidakkah terdapat didalam kitab-kitab kamu mengenai kaum-kaum "jin & malaikat"? Adakah kaum-kaum ini mempunyai fizikal? Adakah kamu ingin menafikan kitab-kitab kamu sendiri? Kebiasaannya setelah dikemukakan soalan agama ada dikalangan kita akan mengatakan "akal" itu adalah diri kita yang sebenar. Apakah "akal" yang sebenarnya?

Disinilah bermulanya perdebatan sebab mereka menggunakan akal untuk memberikan jawapan! Bagaimanakah akal dapat memberi jawapan sekiranya akal sendiri tidak mempunyai input, fakta, maklumat yang konkrit? Satu persoalan yang perlu difikirkan dan diajukan untuk diri sendiri berulang-kali oleh setiap manusia yang waras. Bagi individu-individu yang tidak beragama ataupun kurang yakin dengan agama, satu soalan mudah untukmu! Adakah teori "Cause & Effect" itu hanya sekadar teori sahaja tanpa melibatkan akal? Bagaimanakah kewujudan dirimu sendiri? Adakah ianya tanpa "Cause & Effect"? Sila baca sekali lagi tajuk dalam blog ini mengenai Persimpangan IQ Dan EQ dan Berbicara Uncle Mengenai IQ atau ulanglah sekali lagi mata pelajaran Sains (pembelajaran sekolah menengah)! Lanjutan daripada "Cause & Effect" akal tidak akan dapat berfungsi lagi kecuali Kalam Allah S.W.T.

Akal ianya sesuatu yang unik tetapi ianya bukan diri kita yang sebenar! Sekiranya jika kita ingin bincangkan persoalan kenapa menjadi marah dan kaitannya dengan akal secara terperinci akan mengambil masa yang sangat panjang! Malahan perbincangan ini akan membabitkan banyak istilah dan topik-topik yang lain. 

Bagi mereka-mereka yang telah mengikut kursus Cahayaku, sudah pasti dapat menjawabnya kerana didalam kursus itu "uncle" berulang-kali menerangkan mengenai IQ, EQ dan diri sebenar. Akal juga dikenali dengan perkataan "fikir" dan ada dikalangan kita mengenalinya sebagai IQ.

Seandainya akal itu punca segalanya untuk mengawal kita dan hayat kita dan juga dikatakan diri sebenar! Hmm.. bagaimana pula kewujudan serta makan dan minum (keperluan asas badan) manusia-manusia yang rosak akalnya contohnya seperti orang gila atau sasau? Adakah anak-anak yang baru lahir sudah sempurna akalnya dan patutkah kita mengajar mereka yang baru mula hendak membaca dengan hujah hakikat akal? Dimanakah letaknya akal mereka yang cuba mengajar dengan kaedah ini? Adakah mereka-mereka ini cuba sembunyikan sesuatu disebalik skima-skima pengajaran dengan cara ini?

Bagaimana pula pepohon yang hidup tanpa akal dan bagaimana pula binatang yang hidup serta bergerak dan beranak-pinak tanpa akal? Mengikut kajian Sains binatang dan pepohon terlebih dahulu menghuni didunia ini dan andaikata binatang dan pepohon berakal sudah lama binatang-binatang dan pokok-pokok itu lebih "Advance" daripada manusia!

Diri sebenar lebih mustahak! Masih sanggupkah kamu mengatakan akal itu lebih utama dariapda diri yang sebenar dan mengapakah individu-individu tertentu mengagungkan akal lebih daripada hakikat yang sepatutnya? Sebenarnya akal hanya sekadar untuk memandu diri / mengawal diri supaya tidak tersasar daripada perjalanan hidup harian kita menuju saat kematian. Fungsi akal mencari jalan untuk penyelesaian apa yang berada pada diri sebenar berdasarkan ilmu (pengetahuan) yang telah dimiliki ketika itu oleh pemiliknya. Hakikat akal itu mulia tetapi dewasa ini kebanyakan akal manusia sudah dirosakkan oleh naluri sendiri dan kadang-kala kerana terikut-ikut daya pemikiran orang-orang lain. Satu pesan yang pernah diajar kepada saya: "Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk ditinggalkan". 

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...