Monday, May 12, 2014

Sosial & jiwa

Hadis riwayat Nukman bin Basyir R.A berkata:Rasullulah s.w.a bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayangi dan saling mencintai adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan deman". (Shahih Muslim No.4685)

Cuba bayangkan sekiranya segelintir (10%) generasi yang akan datang terus-menerus tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Bagaimanakah kehidupan mereka ini? Perlukah individu-individu ini hidup dalam "kesakitan"? Bagaimanakah corak kehidupan mereka dalam dunia yang mencabar ini? Bagaimanakah mereka mencari rezeki dan apakah orang-ramai tidak perlu ambil peduli mengenai kesukaran yang mereka alami? Bagaimanakah pula corak kehidupan anak-anak mereka dari segi kehidupan harian, pembelajaran dan sosial? Persoalan-persoalan seperti ini kita perlu menjawabnya sebelum ianya menjadi lebih kronik!

Kita adalah generasi yang akan "berlalu" (mati) tetapi kita perlu menjadi generasi peneraju utama untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan keharmonian masyarakat di Malaysia. Kalau kita hanya mementingkan diri sendiri sahaja alamatnya runtuhlah sebuah negara yang bererti juga kita membiarkan anak cucu kita kepada satu keadaan yang menyukarkan anak cucu kita sendiri.

Menyedari hakikat ini telah membuatkan banyaknya pertumbuhan tadika & taska dan purata akan menyatakan bahawa misi mereka hampir senada: "Pembelajaran yang positif, persekitaran emosi, fizikal dan intelektual yang ceria dan gembira akan memberi impak ke atas perkembangan otak kanak-kanak yang melibatkan kognitif, kemahiran sosial, pertuturan dan bahasa". Betul ke? Adakah misi hanya "berkubur" setakat kata-kata?

Seminggu yang lalu saya telah melihat uncle berbual-bual dengan sekumpulan anak-anak yang berusia 14 sehingga ke 17 tahun dan ketika mendapatkan saya air-matanya berlinangan. (Purata guru-guru yang mengajar Sistem Cahayaku telah mengenal uncle. Dia tidak akan mengalirkan air mata kalau sesuatu yang tidak menyentuh jiwanya). Apabila saya ajukan soalan kepadanya dan inilah jawapannya: "
Mungkin tidak ramai dikalangan kita yang mengetahui mengenai ciri-ciri "special" yang sedang dipertikaikan oleh golongan para perubatan mengenai pertumbuhan atau perkembangan anak-anak dan akhirnya generasi ini yang terabai, terbiar dan tercicir. Mereka bukannya bodoh tetapi mereka memerlukan "approach" yang berlainan".

Dimanakah silapnya, di sekolah, tadika, taska, guru, ibubapa atau kaedah (sistem)? Berapa banyakkah tadika, taska atau guru-guru yang benar-benar memahami kesukaran kehidupan yang mereka lalui? Cuba bayangkan apakah impak kejiwaan yang dialami oleh mereka sehingga akhir hayat mereka? Berapa ramaikah di antara kita yang memahami dengan istilah-istilah seperti ini, dyslexia, autism, ADHD, bipolar disorder, mental illness, down syndrome, cleft lips, echollia dan pelbagai lagi?


Credit to : Michael Jackson - black or white

Credit to : Michael Jackson - black or white

No comments: