Monday, October 31, 2011

USTAZ pun menipu jugak?

LUMRAH alam. Jangan pandang pada luaran. Apalagi dengan muka yang begitu polos. Itulah pesanan saya kepada anda-anda yang sedang membaca blog ini. Nama yang tidak asing lagi Ustaz L dan pengikut setianya D. Kalau dipandang dari luarannya anda akan mengatakan yang mereka-mereka ini adalah orang-orang yang boleh dipercayai 100 peratus. Solat, zikir dan yang cantiknya wuduk tidak putus. Rupa-rupanya itu adalah 'cover' bagi mereka untuk menipu orang ramai termasuk kawan saya dan saya sendiri.

Mmmmmm......ada jugak manusia yang macam ni yang memberi anak isteri makan dengan duit haram. Kasihan saya bila melihat mereka menipu kami. Susahnya mereka mencari duit sampai sanggup menggadai agama. Berpura-pura alim dan warak. Bertutur bahasa dengan sopan. Bercakap je sikit ayat-ayat yang keluar ialah 'saya tidak hadap pada dunia' rupanya mereka ini bukannya tidak hadap pada dunia tetapi segala najis dan bangkai mereka tibai je.....Ustaz ooh  ustaz......kenapa lah boleh jadi begini. Agama? Keperibadian? EQ dan IQ semuanya entah kemana. Dasar seorang ustaz yang bertopengkan manusia dan berhati binatang. Sanggup menjadi seorang yang alim tetapi sebaliknya adalah seorang PENIPU yang hebat. Macam-macam orang ada di dunia ni. Maha pencipta Allah yang Maha Esa.

Malangnya bukan kami saja ditipu tetapi ramai lagi diluar sana. Bila difikir-fikirkan mungkin kerana desakan hidup. Maklumlah isteri ada 3 dan dari perbualannya mungkin nak tambah satu lagi. Anak pula ada 9 ke 10 ke tak tahulah. Sebab itulah dia terpaksa menipu orang untuk menampung segala perbelanjaan. Ya Allah berilah hidayah kepada Ustaz ini begitu juga dengan sahabatnya. INSAF lah dan bertaubatlah.

Berjaga-jagalah sekiranya anda berjumpa dengan seorang ustaz yang namanya bermula dengan huruf L dan pengikut setianya di kenali dengan nama yang bermula dengan Z tetapi pendeknya bermula dengan D..... berwaspadalah. Trade mark mereka ialah mereka ni sentiasa berzikir, bersolat dan wuduk tidak putus. Perkataan kegemarannya ialah "hadap duniawi". Sekiranya anda berjumpa dengan orang-orang seperti ini 'BERWASPADA'.
Pada fisikalnya manusia tetapi batin binatang. Mungkin inilah rupa binatang kalau ditafsirkan jiwa ustaz dan pengikut setianya.

Barangan yang selalu suka dipamerkan oleh mereka dengan cerita-cerita yang cuba dikaitkan dengan kehidupan dan amalan harian kita. Hati-hati sekiranya mereka menawar perubatan kerana mengikut kata suamiku cara yang ditawarkan itu ialah untuk membodohkan orang!

6 comments:

Saiful Nizam said...

assalamualaikum kak cahaya.. lama saya tak komen :) tapi terus mengikut perkembangan Cahayaku..

Ustaz menipu? dunia.. dunia.. tak perlu saya komen panjang.. nanti org marah pula kerana tak hormat golongan agamawan.. tapi inilah realiti..

Akhir zaman semakin tiba ke penghujung.. detik demi detik.. penamatnya akan termaktub.. namun janji belum tertunai..

cahayaku said...

wkslm....baru je akak terkena. rm demi rm. agama jadi taruhan demi kepentingan diri. sanggup melakukan dosa. sipenipu adalah blogger jugak. dlm blog bukan main alim. kutuk sana kutuk sini dan ada je yg tak kena tapi dia lah iblis sebenarnya. manusia semakin tiada nilai harga diri.kita menuju kepada kehancuran sebenarnya. KIAMAT SEMAKIN HAMPIR.

Saiful Nizam said...

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR.. benarlah apa yg kak cahaya katakan tu.. kdg2 rasa mcm tak sabar pulak nak tunggu saat tu.. ye lah hidup dihimpit dgn pelbagai isu & peristiwa disekeliling.. mcm tak tertanggung rasa bebannya.. namun terus KAKI MELANGKAH.. tapi kadangkala keliru.. kiri atau kanan.. atau terus saja ke hadapan.. ke belakang? tidak mungkin kerana MASA telah meningggalkan kita.. sesungguhnya memang kita sentiasa dalam kerugian.. SABAR dalam IMAN & AMAL.. itu saja jawapan..

cahayaku said...

Tidak mungkin kaki kita akan melangkah kebelakang kerana masa tidak mungkin berputar semula kebelakang tetapi setiap dugaan dan cabaran akan menjadikan kita bertambah cekal dan tabah untuk menghadapi hari muka.

Kalau kita pandang setiap dugaan sebagai beban jadilah ia satu bebanan tetapi sekiranya kita memandangnya sebagai satu jambatan jadilah ia sebagai satu penitian untuk kita kesana.

Dugaan adalah halangan atau duri2 untuk menjadikan kita insan yang lebih sempurna disisi Allah. Sabar, cekal, tabah dan tawakal adalah kuncinya.

Saiful Nizam said...

beban itu hanyalah sekadar jambatan ke sana.. terima kasih kak..

cahayaku said...

welcome....