Sunday, October 2, 2011

Siapa yang tipu dan siapa pula ditipu.

"Cikgu mak kata cikgu bodoh". Kata seorang budak yang baru berumur 6 tahun. Tersentak saya bila mendengar kata-kata dari kanak-kanak ini. Saya bertanya lagi untuk mencungkil rahsia. "Saya tidak tipu cikgu betul mak kata cikgu bodoh". Bagi saya kenyataan yang sedemikian sudah tidak hairan lagi kerana ia sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-bapa yang adakalanya memandang rendah terhadap guru-guru tadika.

Untuk di jadikan cerita kanak-kanak tersebut telah tertinggal buku tulisannya dirumah. Saya menelefon dan meminta buku tulisan itu dihantarkan ke tadika. Didalam buku tulisan tersebut telah ditulis dengan bermacam-macam teguran oleh si ibu.  Si ibu dengan bangga menghulurkan buku tulisan yang tertinggal itu. Sambil menyelak sehelai demi sehelai kertas dibuku tulis itu, saya pun bertanyakan tentang teguran yang ditulis dibuku tersebut. Sambil tersipu-sipu si ibu mengatakan dia lah yang telah menconteng dibuku tulis anaknya konon untuk menegur kesalahan yang telah dibuat oleh guru tersebut. Malangnya si ibu sendiri telah membuat kesalahan. Saya menegur kesalahan dia sambil mengatakan yang kami disini memang guru-guru yang bodoh tetapi kami telah berjaya membuat budak-budak di tadika ini menulis dan membaca. Bila mendengar perkataan bodoh si anak terus menyampuk dan mengatakan bahawa ibunya mengatakan cikgu memang bodoh. Wajah si ibu bertukar menjadi merah padam kerana malu.

Saya tidak bertanya lagi malah hanya tersenyum melihat gelagat si ibu yang ingin menunjukkan pandai kepada kami tetapi apa yg dibetulkan didalam buku tulisan itu adalah salah. Dia dengan tegas mengatakan bahawa anaknya menipu dan dia tidak akan mengatakan yang demikian. Dari airmukanya saya tahu memang dia merasa serba salah.

Selang beberapa minggu kemudian dia datang lagi ketadika dengan tanda lebam dimatanya. Saya bertanyakan kenapa dan katanya matanya terkena bola yang ditendang oleh sianak. Tiba-tiba si anak terus menjawab dan mengatakan bahawa mata emaknya di tumbuk oleh ayahnya. Si ibu terus mencelah dan mengatakan jangan percaya cakapnya cikgu. Budak ni suka menipu. Saya hanya berdiam diri sambil melihat telatah kedua-dua beranak itu.

Pada satu pagi saya menerima panggilan telefon dari si ibu yang mengatakan bahawa cikgu saya telah mengambil kupiah anaknya dan menyorokkannya di atas almari. Saya bertanyakan kepada cikgu tersebut dan dia menjelaskan bahawa dia tidak menyentuh langsung kupiah budak itu. Si ibu dengan marah-marah mengatakan bahawa anaknya tidak akan menipu. Anaknya sentiasa bercakap benar. Untuk memulihkan keadaan saya menjemputnya ketadika sambil berjumpa dengan guru yang berkenaan. Kami pun berkumpul sambil mendengar penjelasan dari guru tersebut. Si ibu terus menekan kami dan menuduh yang bukan-bukan. Saya teringat akan peristiwa yang matanya lebam dan perkataan bodoh. Saya terus menyampuk dan mengatakan bahawa memang matanya yang lebam pada hari itu ditumbuk oleh suaminya dan dia pernah didepan anaknya mengatakan bahawa kami semua adalah 'bodoh'. Semua itu adalah betul belaka kerana anaknya bukan seorang penipu. Dia terus terdiam dan tidak menjawab sepatah perkataan pun. Dengan tersipu-sipu dia terus beredar tanpa mengucapkan maaf kepada kami mungkin kerana telah termakan dengan kata-kata sendiri dan terlalu malu.

Selama saya menjadi seorang guru tadika bermacam-macam perangai dan telatah ibu-bapa telah saya temui. Bila difikirkan semula siapakah yang bersalah sebenarnya. Fikir-fikirkanlah. Sebelum kita menyalahkan atau menuduh sesiapa, siasatlah dahulu dan kalau mendidik anak janganlah jadi bagaikan si ketam dengan anaknya. 

Kalau hendak mendidik pastikan kata-kata atau arahan yang diberikan boleh dimengertikan oleh sesiapa yang membaca atau mendengarnya.
Ini apakah maksudnya? Seribu pengertian! wakakaka.

2 comments:

eiyMail said...

Hmm..pelik jugak si ibu cerita dia atas. bercakaplah benar walaupun pahit. jangan suka bercakap menipu kerana akan makan diri sendiri kelak..

cahayaku said...

betul....zaman sekarang orang lebih percaya kepada si penipu daripada si jujur.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...