Wow......Banyaknya yang nak saya coretkan kali ni. Ini baru sebahagian dari kisah kelahiran cahayaku belum lagi pengalaman-pengalaman pahit atau manis ketika mengimplimentasikan sistem ini kepada mereka-mereka yang tidak boleh membaca. Bayangkan dari umur 2 tahun setengah sehinggalah 36 tahun samaada normal atau istimewa. Tahi hidung, najis, hingus, air kencing kesemuanya dah pernah dirasai samaada masuk kemulut saya atau terpegang, Muntah budak pun nyaris-nyais masuk mulut. Itu perkara biasa. Tak apa yang itu saya akan ceritakan macamana saya boleh merasainya (satu kenikmatan dalam kehidupan yang tidak semua orang melaluinya)......... kemudian saja ok dibawah tajuk PENGALAMANKU.
Setelah Zahari berjaya mengajar kanak-kanak seramai 30 orang itu membaca yang terdiri dari berbagai-bagai masalah, dia dengan penuh keyakinan menyuruh saya mencetak buku tersebut. Aduh.......Masalah ni......Duit! Duit! Duit! Dimana kau duit. Dimana nak cetak dan MODAL merupakan masalah yang paling besar sekali. Alhamdulillah.... Rohana dan Ruzaini yang terlalu yakin dengan sistem ini sanggup untuk menghulurkan modal dan jadilah mereka rakan kongsi kami didalam perniagaan sehingga kehari ini.
Rohana terpaksa bertanyakan kepada kawan-kawan dimana boleh kami cetakan buku ini. Kami inginkan sebuah syarikat percetakan yang berniaga secara jujur, ikhlas dan amanah. Merata kami mencari dan akhirnya kami diperkenalkan dengan Nurul dan Zaidi tuanpunya printing company disekitar Sungai Buluh. Yang seronoknya Nurul orang Kelantan dan Zaidi orang Terengganu. Satu kapallah dengan Zahari dan membuatkan perbincangan terlalu mudah dan senang mencapai kata sepakat. Al-Hikmah I love you guys. Dengan nama buku CAHAYAKU dan percetakan AL-HIKMAH menjadikan kami begitu serasi dan sehingga ke hari ini tidak pernah berubah angin. Biarlah sampai bila-bila. Susah dan senang bersama mereka.
Buku sudah dicetak. Untuk TEST MARKET kami hanya mencetak sekitar 2000 unit sahaja. 1000 unit buku 1 dan 1000 unit buku 2. Gembiranya rasa hati hanya ALLAH saja yang tahu. Maklumlah dengan melihat mock-up menjadi buku timbul satu rasa kepuasaan dan kebanggaan di dalam hati, tetapi buku yang banyak ni nak dijualkan kepada siapa dan dalam bulan Julai mana ada tadika yang nak beli buku sebab sudah hampir akhir tahun.
Walaubagaimanapun kami tidak pernah berputus asa. Atas usaha Ruzaini dia berjaya mendapatkan seorang wartawan untuk membuat liputan tentang CAHAYAKU dengan syarat dia ingin mencuba kaedah tersebut kepada anaknya yang berunur 4 tahun dahulu. Sekiranya berjaya liputan akan dibuat. Saya pun mengajar wartawan itu melalui telefon. Selepas 5 hari wartawan itu pun menelefon saya sambil mengucapkan TAHNIAH. Saya terkejut dan dia mengatakan yang anaknya boleh menguasai sukakata dari gabungan huruf m, l, n dalam masa yang singkat dan menguasai vokal dalam masa tak sampai 5 minit. Lantas dia dengan penuh semangat mengatakan I WLL BREAK THE ICE FOR YOU CHAHAYA. Dia sanggup untuk membuat liputan tentang cahayaku dan itulah pengalaman saya yang pertama ditemuduga dan bergambar dengan suratkhabar HARIAN METRO. Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan. Percubaan pertama kami melalui tersiarnya kisah cahayaku di dada akhbar membuatkan kami berjaya menjual 100 buah buku 1 dan 2 kepada orang ramai.
Ramai yang bertanyakan tentang kaedah ini dan ada yang mengatakan saya ciplak dari luar negara. Saya hanya tersenyum sebab ke Singapura pun saya tidak pernah menjejakkan kaki apalagi nak ke negara-negara lain. Selepas beberapa hari kemudian banyak panggilan telefon kami terima dan ada diantaranya memarahi saya. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak pandai untuk menggunakan buku tersebut dan merasakan agak membazir membeli buku cahayaku. Diantara 100 orang yang membeli buku melalui kiriman pos hanya seorang saja yang berjaya menggunakannya. Itu pun kerana dia rajin menelefon saya dan bertanyakan cara untuk menggunakannya. Dalam hati kecil saya berkata masalah lagi. Puas kami berfikir dan akhirnya Zahari mengatakan yang saya terpaksa mengajar orang ramai tentang cara untuk menggunakannya. Saya bukanlah seorang trainer dan alhamdulillah Zahari adalah seorang fasilitator di pejabatnya pada suatu masa dahulu. Tidak nampak cara lain saya minta Zahari untuk melakukan R&D dengan lebih serius lagi dan sekaligus menjadi facilitator untuk cahayaku. Manakala Ruzaini jawatannya dulu adalah seorang manager dan dia juga mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan kepada cahayaku. Manakala Rohana melaksanakan tugas admin dan menjaga akaun dan saya tertumpu di bahagian pengurusan kursus.
Disekitar bulan September kami mula memperkenalkan cahayaku di tadika-tadika. Ada yang terpinga-pinga maklumlah teknik baru. Ada yang tercengang apabila melihat Haziq yang ketika itu berumur 4 tahun membaca dengan lancar dan mengeja dengan tepat sekali. Yang sedihnya ada diantara pengusaha-pengusaha tadika ini telah merendah-rendahkan kebolehan saya sambil mencampak buku saya ketepi dan mengatakan bahawa semua penulis mengatakan buku mereka bagus dan pada dia tidak ada bezanya cahayaku dengan buku-buku yang lain. Memang sekali pandang tidak ada bezanya tetapi sekiranya diamati betul-betul dan membukakan hati untuk mendengar penjelasan pasti terkeluar keindahan yang ada didalam buku cahayaku. Masalahnya manusia ini terlalu EGO. Dia bertanyakan kepada saya berapa ramai pekerja saya dan sekiranya dia membuat tempahan siapa yang akan membuat penghantaran. Lantas saya menjawab kami ada 4 orang semuanya dan seorang kerani. Penghantaran buku tidak menjadi masalah. Saya sendiri boleh membuat penghantaran. Dengan sombong dia mengatakan awak penulis, awak penjual dan awak delivery boy. Saya mengangguk dan saya bangga melakukan kerja-kerja yang sedemikian. Tiada salahnya bukan. Ini baru cerita dia seorang dan sesungguhnya ramai lagi diluar sana yang merasakan diri merekalah yang terlalu pandai, kaya dan dengan selamba mencebik-cebik orang lain.
Bulan demi bulan terus berlalu dan buku masih tersimpan didalam stor dan tiada pengusaha tadika yang mahu membelinya. Zahari dan Ruzaini masih terus memasarkan buku cahayaku dan alhamdulillah pada tahun 1999 ada 7 tadika ketika itu yang ingin mencuba buku cahayaku di tadika mereka. Salah seorangnya ialah kak Noli yang masih menggunakannya sehingga kini. Dengan bermacam-macam dugaan yang kami lalui akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk melakukan solat hajat dipejabat minta ALLAH permudahkan segala urusan. Solat hajat tersebut dimulakan pada pukul 1 pagi. Barulah kami nampak hasilnya.
Tahun 1999 saya dan Rohana mencuba nasib untuk memasarkan buku cahayaku dan kami bersyukur kerana pada tahun 2000 ada 77 tadika yang menggunakannya dan mula bertambah dari masa kesemasa. Kebanyakkan tadika yang dah hilang murid pada suatu ketika dulu tetapi selepas menggunakan buku cahayaku perniagaan mereka pun bertambah besar. Dari 1 tadika yang mereka ada bertambah kepada 2 atau 3. Kemudian di ikuti oleh JKM menggunakannya untuk seluruh Malaysia, Tadika Perpaduan, Pilot projek untuk Tadika Kemas dimana mereka berjaya mengajar pelajar-pelajar mereka membaca suratkhabar. Mengikut kata cikgu ditadika kemas tersebut inilah kali pertama mereka melihat anak murid mereka membaca sampai ketahap akhbar. Sekolah menengah dan rendah, tadika swasta termasuk Sabah dan Sarawak turut menggunakan kaedah ini. Lama kelamaan cahayaku menjadi semakin popular dan mula mendapat liputan. Diantaranya dari TV3, TV1, ASTRO, CNN, BULETIN UTAMA, RANCANGAN GEMILANG, BINCANG PETANG, SELAMAT PAGI MALAYSIA SELAMA BEBERAPA BULAN, MHI, SURATKHABAR, MAJALAH dan lain-lain lagi.
ALHAMDULILLAH kejayaan demi kejayaan telah kami kecapi. Yang seronoknya tadika-tadika yang pada satu ketika dulu yang telah menolak cahayaku mentah-mentah kini mula menghubungi saya untuk menggunakannya. Kali ni giliran saya pula untuk mengajar mereka. Saya tolak mereka sebagaimana mereka menolak saya dulu. Bukannya nak balas dendam atau nak tunjuk sombong cuma sekadar ingin mengajar mereka. Walaupun mereka merayu pada saya tetapi bagi saya cahayaku tidak layak untuk orang seperti mereka yang sombong dan bongkak.
Pada tahun 2000 jugalah diatas ajakan seorang kawan baik yang juga pengguna buku cahayaku, telah membuatkan saya terbuka hati untuk membuka tadika. IKUTI pula kisah bagaimana saya dan kawan saya ditipu dan dipermainkan oleh sepasang suami isteri yang tidak takut akan dosa. Mengaku diri mereka ISLAM. Sembahyang tonggang terbalik, memakai tudung labuh sampai kepusat tetapi mempunyai hati yang busuk. Sehingga sanggup memakan rezeki dari hasil yang haram iaitu berniaga dari duit dan titik peluh orang lain. Sanggup gadai maruah dan agama semata-mata kerana sebelum ini mereka tidak pernah merasa memegang duit yang banyak. Akibatnya mata menjadi kelabu apabila melihat duit yang masuk berbelas ribu dan sanggup menjadi perampas dan penipu. Nauzubillah min zalik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
2 comments:
setiap yg terjadi ada hikmahnya...semoga Allah sentiasa membantu Kak Cahaya....tidak akan senang orang yang hidup menipu orang
Allah menguji kerana kasihnya dia terhadap hamba itu. Semua ujian sekiranya diterima dengan sabar akan mendapat ganjaran. Kepada yang melakukan penganiaan sekiranya terlepas di dunia ini tetapi diakhirat sana akan tetap menanti dengan balasan yang lebih hebat lagi.
Post a Comment