Sunday, March 20, 2011

JIRANKU DARI NERAKA

Bulan Mac adalah bulan kelahiran saya. Setelah sekian lama hidup di dunia ini barulah sekarang saya mengenali dunia blog. Kalau dulu puas anak-anak dan suami menyuruh saya berjinak-jinak dengan komputer tetapi pintu hati ini belum terbuka walau sedikit pun untuk mendekatinya. Saya adalah seorang yang agak kuno. Ini adalah istilah yang lebih tepat. Alasan saya..... ummi sudah tua dan susah nak belajar benda baru. Otak dah berkarat. Untuk belajar Bahasa Arab saja mengambil masa selama 7 tahun dan saya masih lagi tidak dapat menguasainya. Jadilah saya pelajar LEMBAM.

Dengan kedatangan anak saudara kerumah pada 4 Mac yang lalu telah membuka minda saya tentang dunia blog. Siapa tak kenal Lutfi Lokman dari Kamitaken. Dia terkenal dengan blog, fotografi dan videonya. Lutfi senang saja bahasa dia. Jadikan blog dairi aunty dan salah satu cara untuk berinteraksi dengan ibu-bapa yang menghantar anak ke tadika yang menggunakan buku CAHAYAKU. Betul juga cakap Lutfi dan jadilah saya penulis blog yang poyo. Betul ke perkataan ni? Belasah ajelah.

5hb Mac 2011 adalah tarikh saya mula menulis blog dan sehingga ke hari ini 20hb Mac 2011, sudah ada 761 viewers dan 10 followers. Pada hari ini genaplah 16 hari saya menjadi blogger dan dengan viewers dan followers yang seramai itu, saya rasa sambutan sudah cukup memberangsangkan. Maklumlah blog tentang pendidikan memang tak sepopular blog yang lebih emo tentang percintaan atau yang lain-lain. Apalagi blog tentang 'game' itulah yang paling popular. Memandangkan hari lahir saya sudah hampir tiba, jadi saya mengambil keputusan untuk menjadikan hari ini hari penutup bagi saya untuk menulis cerita tentang dairi hidup saya. Mulai esuk penulisan saya akan berkisar tentang pengalaman, pengajaran dan pendidikan anak-anak. Mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan. Tujuan saya bukan untuk mendidik para ibu-bapa tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pendapat.

Bagus juga ada blog ni sekurang-kurangnya ini akan menjadi tatapan anak-anak dan cucu-cucu saya di masa akan datang. Bak kata Lutfi SEJARAH TELAH TERCIPTA. Ingat pula akan kata-kata seorang wartawan CNN semasa membuat liputan dulu. Kalaulah saya tinggal di UK atau AMERIKA sudah lama saya menjadi BILLGATES. Sesuatu ciptaan yang bagus akan terus diketengahkan tanpa melihat kelulusan seseorang itu. Malangnya saya di...... Apa pun saya tetap merasa bangga kerana saya berjaya membuat kanak-kanak istimewa seperti Autism, OKU, Sindromdown dan lain-lain lagi membaca akhbar Bahasa Melayu dan Inggeris. Trade Mark cahayaku ialah MEMBUAT PELAJAR SEHINGGA BOLEH MEMBACA AKHBAR. Kalau budak Normal apatahlagi....istilah anak-anak muda zaman sekarang kecik mata. Kalau dulu istilah saya ialah kacang je.....

Ok... kita sambung semula cerita dengan topik JIRANKU DARI NERAKA. Dalam diri manusia memang sudah dibekalkan dengan nafsu dan akal. Terpulang kepada kita untuk mengendalikannya. Pengendalian akal dan nafsu sudah tentu bergantung kepada ilmu yang kita ada. Bagi saya ilmu agamalah yang paling penting. Sekiranya ilmu ini sudah cukup mantap maka senanglah bagi kita untuk mengendalikan nafsu. Nafsu pula terbahagi kepada 2 iaitu yang negatif dan positif. Cemburu, sayang, cinta, marah, tamak, dengki semua itu adalah nafsu. Nafsu yang positif semua orang tahu seperti contoh sayang, pemurah, penyabar dan lain- lain lagi. Manakala nafsu yang negatif adalah tamak, dengki, pemarah dan yang lain-lain. Allah mengurniakan kita akal untuk mengendalikannya seperti contoh dengki. Dari negatif kita boleh positifkan. Contoh rasa dengki melihat kejayaan seseorang itu lantas kita menjadikan kejayaan orang itu untuk memotivasikan diri kita supaya lebih berjaya lagi. Sabar adalah sikap yang positif dan kita harus menukar sikap sabar yang positif kepada negatif. Contoh apabila isteri kita diganggu orang mestilah kita akan menjadi seorang yang pemarah walaupun pada dasarnya kita adalah seorang yang penyabar. Tidak mungkin kita akan memerhatikannya saja. Apapun perasaan yang ada didalam diri, kita boleh mengendalikannya dengan sempurna sekiranya kita menggunakan akal yang telah terdidik dengan nilai-nilai agama walaupun agama yang kita pelajari itu terlalu asas. Contoh jangan menipu nanti kita akan melakukan dosa. Jangan mencuri kerana ALLAH melihat perbuatan kita nanti kita akan masuk neraka. Kita telah diajar dengan adanya ALLAH, NERAKA DAN SYURGA. Samalah seperti CAHAYAKU dari ejekan yang negatif telah saya positifkan. Menjadikan ianya satu pembelajaran yang bersantai tetapi berkesan.

Lain pula dengan jiran saya ni. Dengan membeli rumah dikawasan yang agak elit saya menyangkakan bahawa saya akan terlepas dari fitnah dan hasad dengki manusia kerana mereka mengamalkan konsep 'NAFSI-NAFSI'. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Purata penduduk di sini berpendapatan dari RM7k lebih keatas untuk memiliki rumah seperti ini. Terdiri dari kalangan professional, ahli perniagaan dan artis. Saya berjiran dengan SITI NURHALIZA, TOMOK, PEMBACA BERITA, SENATOR dan artis-artis yang lain. Kerana terlalu elitnya mereka-mereka ini, sehingga ada yang sanggup membelakangkan agama. Bukan semua hanya segelintir sahaja.

Malang bagi diri saya dan suami kerana berjirankan jiran yang datangnya dari neraka. Dugaan yang ALLAH berikan sungguh indah kerana banyak RAHMAT yang telah saya perolehi dari kenerakaan (istilah yang baru saya cipta untuk menunjukkan betapa jahatnya) jiran saya ini. Si suami seorang Eng........ tetapi sayangnya OTAK yang ALLAH kurniakan diletakkannya dilutut. Didalam otak itulah terletaknya AKAL. Manakala isterinya seorang Ker..........bank menjadi pembakar kepada sisuami. Bak kata pepatah orang tua-tua, dua-dua sama naik.Si suami bernama AA dan si isteri bernama SS.

Kerana terlalu hasad dan dengkinya dia terhadap kejayaan orang lain, dia sanggup memalukan diri dia dengan perbuatan dia sendiri. Dulu dia baik dengan semua orang disini. Berpunca dari jemputan kahwin jiran disebelah rumah, dimana pada sangkaannya, jiran tersebut telah menjemput saya dulu dan membelakangkan dia. Dia mahu dia diraikan dulu. Hanya dengan isu yang kecil ini terus menjadi besar. Pernah pada pukul 3 pagi dia membawa parang kerumah jiran kerana dia mengatakan bahawa jiran itu mengetuk dinding dan menganggu tidurnya. Bila jiran membuat ubahsuai rumah, dia akan menelefon polis dan bandaraya. Sehingga kontraktor itu di saman. Selepas pukul 6 petang jiran yang sama mengetuk dinding untuk menggantungkan bingkai gambar dia akan menelefon polis sehinggakan polis naik muak dengan sikap dia yang suka mengacau orang. Parking kereta diseberang jalan berhadapan dengan rumahnya pun dia akan bising dan meletakkan nota. Macamlah jalan ni jalan bapak dia. Bukannya orang parking di depan pintu pagar dia. Jiran-jiran pernah mengatakan kalau dia suami isteri tidak boleh duduk berjiran duduk saja didalam hutan.

Satu hari saya telah didatangi oleh adiknya yang ingin meminjam duit dari saya sebanyak RM30K. Saya mengatakan kepada adiknya bukan saya tidak ada duit dan kalau saya kata tidak ada nanti ALLAH marah. Saya tidak takut dengan manusia tetapi saya takut dengan ALLAH. Cuma duit yang saya ada, adalah untuk persekolahan anak-anak saya yang seramai 3 orang. Anak-anak saya bersekolah di sekolah swasta dan saya bayar RM48K setahun. Semuanya bersekolah menengah dan di dalam aliran sains pada waktu itu kecuali si adik. Dia agak kecewa dengan jawapan saya. Saya bukannya banker. Kenapa tidak ke bank saja untuk meminjam dan RM30K bukanlah satu nilai yang kecil.

Tidak berapa lama selepas itu saya dipanggil oleh kakaknya (jiran saya) yang mempertikaikan tentang duit ringgit saya. Katanya dia baru balik dari rumah kawan dia dan menceritakan tentang penulis buku cahayaku yang menjadi jirannya. Lantas kawannya mengatakan bahawa saya adalah jutawan dan memang jenis saya yang low profile dan tidak suka membanggakan diri. Sedangkan saya berkemampuan untuk memiliki bangalow. Dengar kata-kata kawannya dia naik marah dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap saya yang tidak memberikan pinjaman kepada adiknya. Saya ingat lagi akan suaranya yang agak meninggi ketika itu.

Dari situlah bermulanya segala macam remeh temeh yang dijadikan hal termasuklah hal-hal bibik. Maid dia menceritakan kepada saya bahawa majikannya suami isteri akan pergi berjumpa bomoh untuk menyihir kami. Dia menggunakan khidmat bomoh SIAM, HINDU, IBAN, SAKAI, INDON dan CINA. Saya nampak tepat pada pukul 12 malam dia menanam barang didepan rumah. Membawa orang sakai kerumah dia sambil menunjukkan kearah rumah saya. Menangkap gambar suami saya dan anak-anak saya sambil mengatakan AKU AKAN KERJAKAN KAU SAMPAI MATI. Nampak 3 orang lelaki yang masuk dari pagar rumah dia lalu memanjat kerumah saya sambil menabur tanah kubur. Waktu itu saya diluar dan tinggallah bibik dengan anak-anak. Anak-anak saya telah menelefon saya dan sekembalinya saya ke rumah, saya melihat memang ada tanah kubur didepan rumah. Baling tulang babi ke dalam rumah saya dan menanam tulang babi di sekitar tadika saya. Macam-macam lagi yang telah dia lakukan. Meyakinkan saya kerana security dikawasan perumahan tadika saya telah memberitahu bahawa ada sebuah kereta yang tidak dikenali telah datang ke taman dimana terletaknya tadika saya. Dia tidak membenarkan kereta itu masuk tetapi dia terus saja berlalu dan berhenti ditepi tadika saya. Security itu sempat mencatatkan nombor plate dan teryata nombor plate kereta itu adalah nombor plate kereta beliau.

Pernah pembantu rumah saya dirasuk pelesit. Manakala emak pernah nampak hantu raya dibelakang rumahnya dan pernah cuba untuk merasuk saya. Ketika itu saya nampak satu lembaga yang besar seperti gorilla malah lebih besar lagi dan berbulu agak kasar. Pada waktu maghrib, apabila dia keluar saja dari rumah dia akan membawa bunyi belalang bersamanya. Bunyi itu akan hilang sejurus dia masuk kerumah semula. Menguatkan lagi cerita ini semasa Hari Raya Puasa yang lepas dimana pembantu rumahnya menangis dan meminta tolong kepada saya kerana dia ternampak satu lembaga sedang duduk disudut almari. Di atas pintu rumah pula, majikannya telah meletakkan duri seolah-olah melarang lembaga itu keluar dari rumah. Ini diceritakan sendiri oleh keempat-empat pembantu rumah beliau kepada saya. Sebelum pulang ke Indon mereka akan berjumpa dengan saya terlebih dulu untuk meminta maaf kerana selama ini telah bersubahat. Yang jelas maid dia mengatakan bahawa majikannya tidak melakukan solat. Sehelai telekung pun tidak ada dan kalau ada tetamu yang datang dan ingin melakukan solat, majikannya akan meminjam telekung bibiknya. Katanya lagi gambar saya dan suami dilekatkan didinding untuk dijadikan alat pemujaan.

Walau apapun yang dilakukan oleh jiran dari neraka ini kami tetap seperti biasa. Bukan tidak ada gangguan. Ada.. tetapi kami dapat menanganinya dengan melakukan solat hajat, mengaji dan tahajud. Yakin seyakin yakinnya kami bahawa ilmu ALLAH itu lebih hebat. Walau apapun yang dilakukan oleh AA dan SS itu juga adalah dengan izin ALLAH jua. Sesungguhnya bagi mereka yang melakukan sihir terhadap orang lain bersiap-siaplah anda untuk ke NERAKA. Kalau di negara Timur Tengah dan ACEH, tidak silap saya penyihir- penyihir ini akan dihukum bunuh. Menjadi tanda tanya kepada saya bahawa di zaman yang serba moden ini masih ada lagi manusia yang terpelajar seperti AA mahu 'membela' PELESIT dan HANTU RAYA. Keyakinan terhadap ALLAH telah lenyap dan sanggup memisahkan dunia dan akhirat. Seolah-olah apa saja yang dilakukan didunia ini tidak diambil kira di akhirat nanti. Si AA pernah mengatakan kepada suami saya dan seorang bilal, ' Apa nak takut... dunia dunia akhirat akhirat'. Masyaallah begitu ceteknya dia terhadap agama. Cukup sampai disini dan mulai esuk TOPIK saya akan berubah. Menuju ke PENGALAMAN dan PENDIDIKAN anak-anak.

Seorang jiran yang duduk bersebelahan rumah AA dan SS adalah musuh ketatnya juga. Si SS pernah mengatakan kepada saya bahawa dia dengan si jiran itu sudah berputus arang. Masa tu SS dan saya masih ok lagi. Musuh ketat si SS tu seorang do..... dan pada satu hari si do..... telah bercerita kepada saya bahawa dia telah terbaca satu article yang bertajuk MY NEIGHBOUR FROM HELL di akhbar Straits Times dan ceritanya samalah dengan cerita kami. Jiran itu menyangka bahawa saya yang menulis artikel itu. Sejak itulah saya dan jiran saya si do..... telah memanggilnya JIRAN DARI NERAKA.  Setiap kali si SS melihat saya dan do..... itu berbual dihadapan rumah dia akan menelefon pembantu rumahnya dan bertanyakan kepada maidnya adakah setan 2 ekor tu masih berbual lagi. Pembantu rumahnya berkata kepada saya yang majikannya memanggil saya dan do............ tu setan sedangkan kata maidnya IBU SETAN yang sebenarnya adalah dia (SS).

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...