Saturday, May 21, 2011

HARI GURU 16 Mei dulu dan sekarang.






Sudah bertahun-tahun saya menyambut Hari Guru bersama-sama dengan guru-guru dan kawan-kawan dan yang paling seronok sekali ialah ketika saya menyambutnya pada tahun 1994 kerana pada tahun itu saya menerima sebuah hadiah yang sungguh bermakna. Hadiah tersebut dihadiahkan oleh seorang pelajar saya yang berbangsa Cina. Sayangnya hadiah tersebut telah pecah akibat terjatuh yang dilakukan oleh bibik saya secara tidak sengaja. Hadiah yang saya terima sama seperti hadiah yang pernah diterima oleh bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir. Saya sungguh terkejut kerana ketika melawat musium Tun di Lagkawi saya telah melihat hadiah yang serupa yang pernah saya terima satu ketika dulu. Bukan hadiah yang menjadi ukuran tetapi ingatan itulah yang sungguh bermakna buat saya dan semasa Hari Gurulah saya dapat merasakan betapa jasa-jasa saya dihargai dan diri saya disayangi.

Ada juga hadiah yang berbentuk kad dan lebih bermakna lagi sekiranya kad itu ditulis oleh pelajar itu sendiri. Kalau nak di ikutkan hadiah yang dah saya terima, tak tahulah nak kata kerana terlalu banyaknya sehinggakan tidak ada tempat untuk meletakkan hadiah-hadiah tersebut. Begitu juga dengan kad dan kalau nak disusunkan rasanya penuh satu dinding.

Kepada ibu-bapa dan murid-murid yang telah memberi hadiah kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga. HADIAH TIDAK PERNAH MANJADI UKURAN samada kecil atau besar tetapi INGATAN ITULAH yang sangat-sangat bermakna.




Friday, May 20, 2011

Penulis Jemputan - Jurugambar Cahayaku


“Sehari di sekolah bersama Uncle & Aunty Chahaya”

“Sheedy, Aunty ada job baru untuk awak…” Senyum aku bertambah lebar bila dengar ayat tu. Melompat??? Semestinya. Memang akulah jurugambar yang aunty akan call bila ada tugas. Mungkin hasil kerja aku yang teramat menarik atau hanya akulah manusia yang tahan dan lali dengan ragam aunty dan uncle (Jangan marah boss). Tetapi ikhlas dari hati yang bersih lagi suci ni memang best kerja dengan dua orang manusia TIDAK NORMAL ini. Lepas buat kerja makan… pastu makan… pastu makan…. Last sekali minum kopi ais. Terbayek lah.

Rutin aku setiap kali 'shoot video' sama saja seperti hari-hari sebelumnya pasang tripod, check kamera, pasang kabel, cari angle cantik, moment yang bagus pastu shoot tapi kali ini lain sedikit. Ramai kanak-kanak sekolah. Lebih kurang 50 orang. Ada yang berlari, bergaduh, ketawa, menjerit dan sebagainya. Bising. Tidak kurang juga dengan gurunya. Ada lebih kurang 6-7 orang. Uncle mula berbicara dengan guru berkenaan. Bla… Bla… bla… tahun 1, 35 orang… bla… bla… tahun 2, lebih kurang 15 orang…. Bla.. bla… Aku hanya mendengar di hujung-hujung telinga. Semuanya lebih kurang 40-50 orang pelajar yang TIDAK BOLEH MEMBACA. Apa??? Hati kecil aku berbisik. Itu baru satu sekolah. Jika didarab, tambah, tolak, bahagi dengan beratus-ratus sekolah di Malaysia ni. Tidak kah angka ini membimbangkan kita??? MasyaAllah… Hati aku mengeluh lagi. Masih ramai lagi anak bangsa aku yang masih belum boleh membaca walaupun umur mencecah 8-9 tahun. Bukan bahasa Inggeris, Cina atau India yang kanak-kanak ini tidak tahu membaca tapi bahasa Melayu. Bahasa perantaraan kita setiap hari. Bingung aku dibuatnya. Salah siapakah ini? Guru?… Bukan… Ibubapa?... Bukan… Mungkin ada sebab-sebab tertentu mereka tidak pandai membaca. Masalah lembam juga salah satu faktor utama. Ini takdir dari Ilahi tetapi kita mampu berikhtiar merawatnya. Aku bangga dapat berkhidmat dengan dua orang manusia ini. Sanggup meluangkan masa dan wang ringgit semata-mata ingin membantu mereka yang memerlukan. Aku sangat tertarik dengan cara pembelajaran CAHAYAKU. Ringkas dan cepat. Walaupun beberapa minit sahaja aku melihat Uncle mengajar kanak-kanak itu tetapi mereka sudah tertarik malahan ada yang sudah terkena virus “ketagih” membaca. Aku masih ingat lagi nama pelajar tersebut. Shahrul namanya. Dia orang pertama yang Uncle ajar. Mulai dari saat itu buku tidak lepas-lepas dari tanganya. Bertambah kelakar dan anehnya dia dah pandai mengajar rakan-rakanya dengan mimik muka yang diajar. Kelakar pun ada… aneh pun ada… Menurut guru yang mengajarnya sebelum ini Shahrul sangat mudah  lupa apa yang diajarnya tetapi melalui kaedah yang diperkenalkan oleh CAHAYAKU dia sudah boleh mengenal huruf vokal dan suka membaca. Tak percaya bukan? Hanya beberapa minit perubahan itu dapat dirasai. Itu belum beberapa hari dan minggu. Mungkin mereka boleh membaca seperti kanak-kanak lain. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku depan mata aku. Walaupun sebelum ini aku sudah beberapa kali berkhidmat dengan CAHAYAKU tetapi hari ini baru aku dapat rasakan bagaimana sukarnya tugas sebagai seorang pendidik. Ikhlas dari hati yang bersih lagi suci ini but kali keduanya, buat Pn Chahaya dan Uncle, teruskan usaha murni anda. Allah SWT sentiasa bersama anda. Banyak sekolah yang memerlukan khidmat anda maka banyaklah tugas aku. Masyukkk… Aku sentiasa menyokong usaha murni anda berdua. Memang betul cakap Uncle, kamu berdua bukan orang NORMAL. Sekian dari aku. Roshidi Abu Bakar.

Beberapa keping gambar untuk tatapan anda. Cuba anda lihat betapa gembiranya wajah Shahrul apabila mendapat perhatian dari seseorang yang sudi membantunya.






PERUNDING JEMPUTAN

Hari ini 18 Mei saya telah menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan, di Kuala Lumpur sebagai seorang perunding bagi progam LINUS. Dah lama tak buat kerja ni sejak penglibatan saya dengan SK Gombak pada satu ketika dulu. Lain rasanya bila saya menghadirkan diri buat kali pertamanya disini. Maklumlah difikiran saya sudah pasti akan bermain seribu satu persoalan tentang sekolah, murid dan guru. Memang pada hakikatnya kita menghadapi masalah membaca disekolah-sekolah rendah dan menengah walaupun ada beberapa pihak yang menafikannya. Adakah masyarakat tahu tentang permasalah ini? Entahlah dalam perkara ini memang susah kita nak cakap kerana melibatkan beberapa badan kerajaan tetapi sampai bila.........siapa yang ingin menyelesaikan masalah ini? Tepuk dada tanyalah selera......jangan sampai perkara seperti  ini menjadi semakin serius.

Saya memang prihatin dengan masalah membaca kerana masalah ini jika tidak diselesaikan akan menimbulkan masalah-masalah yang lain yang akan melibatkan akhlak. Masalah membaca ini memang serius kerana ini adalah ASAS kehidupan bagi segala-galanya dalam dunia serba moden ini. Bagi melaksanakan program ini saya sendiri telah mengorbankan masa saya, tenaga dan merupakan satu sumbangan saya untuk generasi yang akan datang dan untuk dunia pendidikan. Hakikatnya saya tidak dapat melakukan perkara ini selama-lamaya berpandukan kepada masa, usia dan persekitaran. Harapan saya agar kerajaan boleh membuka mata untuk mengadaptasikan sistem ini di Kelas-Kelas Pemulihan sekurang-kurangnya sebelum terlambat.

Hari ini sahaja ada 43 murid yang bermasaalah dan mungkin angka ini akan bertambah lagi . Bagi saya lagi ramai yang dimasukkan kekelas saya lagi bagus supaya dapat saya selesaikan masalah ini secepat mungkin. Tujuan saya hanya satu ingin memperbaiki emosi mereka dengan meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar ini. Tentang faktor-faktor kenapa terjadinya begini ada banyak sebab yang perlu kita fikirkan. Salah satu sebab yang paling ketara adalah kerana SISTEM. Sistem yang ada sekarang tidak melibatkan logik akal didalam pembelajaran dan ada tu menambahkan beban kepada pelajar dan guru ketika belajar dan mengajar. Zaman yang serba canggih ini anak-anak kita lebih cepat menerima pengajaran yang melibatkan logik akal.
Bagi cahayaku memang ada logik gabungannya dan dengan kaedahnya yang cepat, mudah dan berkesan saya yakin masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin.

Beberapa bulan yang lalu saya telah dijemput oleh sebuah sekolah menengah dimana dengan tiba-tiba Guru Besarnya telah koma dan dimasukkan ke ICU dan perkara ini masih lagi tergantung. Walauapa pun saya memang mengharapkan bahawa pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara yang Sifar Buta Huruf. Adakah matlamat ini akan tercapai dengan sistem membaca yang ada sekarang? Kita saksi dan lihat sahaja sejauh mana permasalahan ini mendapat perhatian dari pihak-pihak yang tertentu. Kita lihat dan tunggu......atau adakah anak-anak kita akan jadi semakin mundur didalam pembelajaran?





Wednesday, May 18, 2011

Prototypeku 100 persen. (Translated)

Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalikan prototype ni. Manakan memikir tentang warna, design, perabut dan macam-macam lagi. Yang pasti saya ingin menjadikan tempat pembelajaran ini satu tempat yang cukup selesa dan menarik walaupun simple. Akhirnya keluarlah design yang anda dapat saksikan di video ini nanti.

Bila memikirkan tentang warna macam-macam warna yang ingin digunakan ada yang kata warna kelabu, perang, hijau lumut dan ada yang kata gunalah warna-warna pestel. Akhirnya saya memutuskan untuk menggunakan warna-warna yang terdapat pada buku-buku cahayaku. Ungu warna buku bacaan Bahasa Inggeris iaitu 'Cahayaku Paradigm', biru warna buku 'Asas penulisan' dan hijau epal warna bagi buku 'Ejaan dan Karangan.

Untuk mencantikkan lagi cermin kelas saya telah memilih kertas frosted yang berwarna putih untuk dijadikan hiasan yang berbentuk pokok buluh. Pokok buluh menjadi pilihan kerana ini mengingatkan saya kepada kata-kata bidalan orang-orang tua iaitu melontar buluh biarlah dari rebungnya. Burung pula menjadi hiasan dinding kerana setelah kanak-kanak ini pandai membaca mereka ibarat burung bebas terbang ke angkasa. Tiada halangan lagi untuk menuju kedestinasi mereka. Cuma perhatikan dicermin-cermin kelas burung-burung tersebut adalah berbentuk 3D ini adalah kerana kami ingin merangsang minda kanak-kanak kerana dengan melihat hiasan-hiasan yang ada mereka akan menjadi seronok.

Kelas tersebut akan kami indahkan lagi dengan aromaterapi dari daun serai dan muzik yang akan kami mainkan adalah muzik yang digunakan untuk rawatan minda. Secara tak langsung saya ingin menjadikan tempat pembelajaran ini seselesa seperti ke Spa. Air minuman yang saya gunakan adalah air dari Riverse Osmosis. Hajat dihati prototype ini akan saya franchisekan dan masih dalam perbincangan. Siapa yang berminat boleh hubungi saya atau ofis dan sila surf http://www.cahayaku.com.my/.

My prototype 100% completed

It is a relief that my prototype have finally been completed, for the past few months I’ve been busy setting this up, looking for the combinations of colors and furniture that is just right. My plan was to create a learning environment that is comfortable and interesting while keeping the design simple. A video of the design will be shown later.
Several color combinations were thought of, from grey, to a variation of pastels. Finally we decided to use the colors that was used on the Cahayaku books; purple is the color of the ‘English Paradigm’ book, blue from the basic writing book and apple green from the spelling and composition book.
To further enhance the atmosphere I also added white frosted glass with designs inspired by bamboo. The bamboo was chosen, due to the local philosophy in teaching states that to educate a child well one must start from an early age, just as bamboos can be shaped easily when they are just shoots. Swan designs are added to the walls as a tribute to children who have acquired reading; just as flight expands the horizon of birds, so does reading with children. These designs are also there to spark an interest with children.
There will be ambient music in the class accompanied by aromatherapy from lemongrass to help relax the mind. The classroom is made to emulate a spa, high quality environment to help relax both body and soul. Even the water served to the children will be of a higher quality (Reverse Osmosis) not just tap water.
The plan was for the center to be franchise, although this is still under discussion. Anyone interested can contact me at my office or surf http://www.cahayaku.com.my

Credit to : Jean Francois Maljean.


Proto Type 100% from roshidi abu bakar on Vimeo.

Tuesday, May 17, 2011

h KU HILANG.........


Image069

Belum ada apa pun .... dah lah tu guna handphone murah

h..h..h.. kenapalah kau jatuh...
Guna handphone mahal ni ... Jangan cerita kat orang ok?


h...... ada yang kata hati, ada yang kata h........hantu, h .... juga untuk harta dan ada yang kata h..........harimau dan ini memang popular di kalangan pelajar-pelajar tadika. Budak-budak tadika memang penggal pertama ni akan belajar huruf awalan untuk nama-nama benda. Contoh a  untuk api , c untuk cawan tetapi di tadika saya ada konsep yang berbeza. Bagi saya pula huruf h ni memang sungguh bermakna. Tanpa h tidak lengkaplah 'projek' saya.

Sepatutnya prototype saya sudah lama siap tetapi kerana Syarikat Pengiklanan itu tersalah buat logo jadi saya terpaksa menunggu selama 2 minggu untuk dapatkan yang baru. Aduh.....sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Semalam barulah saya dapat logo yang baru........lega......

Sayang seribu kali sayang huruf 'h' nya pula yang tertanggal dari tapak. Kena tunggu pulak sales person dia datang untuk membawa gam dan tampalkannya semula esuk. Hari ini hari Wesak jadi kedai pengiklanan itu tutup. Oleh itu logo saya yang digantungkan di dinding tanpa huruf 'h'. Walauapapun akan saya uploadkan prototype saya yang dah siap 100% tidak lama lagi. Insyaallah dan tenguklah hasilnya yang sekian lama saya nantikan. TUNGGU......... 

Batasan Bahasa........KELIRU?

Ibu, enak kok naik pesawat terbang ke Kota Bahru , Kelantan.....
Percutian kami untuk ke Pulau Perhentian bersama-sama bibik....


Ibu..........mau masak apa ya? saya enggak tau. Itulah kata-kata bibik saya setiap hari dan sudah menjadi rutin atau tabiat mereka untuk bertanyakan soalan itu sejurus melihat wajah saya. Walaupun mereka duduk dengan saya melebihi 3 tahun tetapi soalan itu sentiasa ditujukan kepada saya. Saya pulak selama 3 tahun juga tidak jemu-jemu untuk memberi jawapan.

Kesemua bibik saya adalah dari kalangan salah satu suku melayu dan jawa dari Indonesia. Kalau difikirkan memanglah tidak akan ada masalah kerana bahasa kita dan mereka hampir sama tetapi tidak bagi mereka yang mengamalkan bahasa jawa atau bahasa ibunda yang pekat mereka. Pernah pada sekitar tahun 2002 saya mengambil bibik yang berumur disekitar 32 tahun dan tinggal dipesekitaran laut dan punca pendapat mereka adalah dari hasil laut. Dia ok cuma bahasa menjadi sedikit masaalah. Bukan semua hanya beberapa perkataan yang agak berbeza makna dengan kita.

Suatu pagi saya menyuruh bibik saya untuk mengeluarkan bendi dari peti sujuk untuk dimasak bersama-sama dengan ikan tenggiri. Saya melihat bibik saya duduk mencangkung sambil membelek-belek dan mencari-cari benda didalam peti sejuk. Saya bertanya adakah bendi yang saya minta itu ada didalam peti sejuk. Dia tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Saya menjadi hairan dan bertanya apa makna senyuman itu. Lantas dia menjawab bahawa orang di Malaysia ni kuat-kuat belaka kerana sanggup makan bendi dan mana mungkin bendi yang besar itu disimpankan di peti sejuk. Saya bertanya lagi samada dia tau apa makna bendi. Dia kata tau manalah mungkin dia tidak tau. Saya menjadi semakin bingung dan akhirnya saya bertanya apa itu bendi. Jawabnya bendi adalah sejenis roda besi atau kayu yang ada pada kereta lembu atau kuda. Aduh.......kenapalah tak cakap bisik hati saya dan katanya pula manalah dia tau yang bendi itu sejenis sayur dan sangkanya hanya sejenis roda.

Tiba-tiba anak perempuan saya menjerit sambil menunjukkan 2 paket burger yang telah busuk yang disimpan didalam almari makanan. Saya  telah menyuruhnya menyimpan didalam peti sejuk dan pada pandangannya pula burger itu adalah belacan dan tak perlu disimpan di peti sejuk dan letakkan saja di almari itu sudah mencukupi. Yang paling menghairankan apabila dia menggunakan perkataan 'p_nt_t' ( _ = a) ketika lalu dibelakang saya dan ketika mencuci kuali. Katanya lagi ibu belikan saya berus yang agak keras sedikit untuk memcuci p_nt_t kuali ini. Saya menjerit dan mengatakan jangan cakap macam tu......perkataan itu salah dan sekiranya digunakan disini kamu akan ditampar orang nanti kerana dia pernah mengatakan kepada saya, ibu saya nak lalu di p_nt_t ibu dan besarnya p_nt_t orang itu.Masalah timbul lagi bila dia mengatakan ada ulat di punggung saya. Saya menepis-nepis punggung saya sambil dia menjerit ibu bukan disitu dipunggung. Saya menjadi keliru dan suruh dia membuangkannya. Rupanya punggung adalah di belakang saya yang berhampiran dengan leher. Masaalah lagi.

Datang pula bibik Jawa saya yang duduknya disekitar pendalaman. Cakapnya lagi lah lain kerana dia menggunakan bahasa Jawa halus. Bila ditanya siapa yang menolong kamu untuk mengangkat karpet yang dijemur dia terus mengatakan orang tiga. Itu biasalah dan yang menjadi tidak biasa ialah bila dia memesan untuk membeli minyak kepada saya. Katanya ibu minyak masak kita ada setengah satu botol lagi. Saya kata tak apa nanti ibu beli sebab ada banyak lagi. Dia terus menggelengkan kepala dan berkata...tak cukup ibu...ada setengah satu botol lagi. Saya kata kamu nak buat mandi ke apa minyak masak tu. Dia tau saya tidak faham dan dia terus mengambil botol minyak dan tunjukkan kepada saya. Rupanya ada setengah botol  sahaja lagi. Banyak lagi perkataan-perkataan yang sama tetapi lain makna.

Kesimpulannya bahasa itu adalah sesuatu yang cukup indah untuk dipelajari dan kita jangan terus merasa marah sekiranya bahasa yang digunakan memberi makna yang lain kepada kita. Untuk mengelakkan daripada kesalah fahaman kita seharusnya bertanya akan maknanya dengan khusus. Sebelum berundur amatilah makna perkataan berganda dikalangan mereka-mereka ini contoh kentut kentutin....berak berakin.... dan banyak lagi yang saya sudah lupa.

Sunday, May 15, 2011

Cicak jahat sebab tak pergi sekolah......


Nama: NURUL  SYUHADA SYAFIA bt Syaifulnizam. Tarikh Lahir: 9 Feb 2008 ini bermakna dia baru berumur 3 tahun 3 bulan. Petah bercakap dan sungguh menyeronokkan bila berbual dengannya.

Baru memasuki kelas cahayaku pada 7hb Mei 2011 dan hari ini 14hb merupakan kelas yang kedua yang diikutinya. Sudah menguasai vokal, diftong dan sukukata ma, mi, mu dan mo. Pada saya dia memang seorang kanak-kanak yang senang dibawa berbual.

Saya memanggilnya Syuhada. Dia tidak pelat dan sering menceritakan tentang kisah-kisah yang terlintas di fikirannya. Hari ini dengan tiba-tiba dia telah menceritakan tentang cicak yang membuangkan najisnya dikepala atuknya. Kata Syuhada cicak tu jahat. Jahat sangat. Bila ditanya kenapa cicak tu menjadi jahat dia terus menjawab dengan mengatakan kerana cicak itu tidak pandai membaca. Saya tanya lagi kenapa cicak tidak pandai membaca. Jawabnya kerana tidak kesekolah seperti Syuhada. Geli hati saya bila mendengar kata-katanya. Cicak tu cikgu tak pandai cakap pun......dia meluahkannya dengan penuh perasaan.

Saya menjadi semakin seronok melayannya berceloteh. Syuhada termenung sekejap mungkin sedang mencari-cari atau cuba mengingati segala macam peristiwa atau sedang munyusun ayat untuk bercerita lagi. Mikail katanya. Kenapa pula dengan Mikail saya pun ingin tahu dengan lebih lanjut lagi. Mikail tu hansemmmmm....dan abang Amir tak hansem. Baru berumur 3 tahun sudah pandai menilaikan orang disekelilingnya atau dia pernah terdengar perkataan hansem dari orang lain dan cuba untuk menggunakannya. Siapa Mikail tanya saya. Katanya Mikail berumur 3 tahun dan adalah kawannya.

Tiba-tiba perbualan saya terhenti kerana diganggu oleh tangisan Ahmad Nabil seorang kanak-kanak lembam. Entah kenapa hari ini dia menangis sambil memanggil mama.....mama. Suhaida terus menyapa Nabil dan berkata jangan nangis nanti tak pandai. Budak yang menangis ni budak jahat. Nanti jadi macam cicak. Saya ketawa dan terus ketawa kerana cicak masih lagi bermain di minda Syuhada. Itulah yang dikatakan kanak-kanak. Kalaulah saya diberi peluang untuk memutarkan kembali masa. Saya akan pilih ZAMAN KANAK-KANAK yang penuh dengan imiginasi. SERONOKNYA!!!!!


Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...