Monday, May 18, 2020

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia.
Manusia makin pupus ditelan keadaan.
Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan.
Politik pula mengila membabi buta.
Kecamuk disana sini tanpa belas-kasihan.
Fitnah melanda bagaikan taufan menusuk hati setiap insan.
Marah, benci, dengki, sakit, lapar & stress menjadi serapan kejiwaan.
Masih adakah agaknya sudut di dunia ini yang terselamat?
Haruskah kita terus-menerus hidup bagaikan layang-layang tanpa talinya?
Mestikah kita mengikut telunjuk kaum gila yang tiada berhati-budi?
Kenapakah ajaran Nabi saw kita lemparkan disisi?
Hai anak-buahku, sahabatku, kawanku, kenalanku.
Luangkan masamu sejenak, sedetik.
Tenangkan perasaanmu bagaikan air ditempayan sesaat.
Renungkanlah kehidupan dengan pertanyaan.
Apakah semuanya berlaku tanpa ada alasan?
Apakah manusia mengawal keadaan?
Atau keadaan mengawal manusia?
Adakah kita mesti hidup bagai haiwan tanpa sukatan?
Adakah ini satu pengajaran dari Al Munaqim?
Tidakkah susunan perkataan ini memberi bekas serta torehan keyakinan kejiwaan?
“La hawla wa laa quwwata illa billahil ‘aliyil azim”, tahukah ertinya?
Ingat, pegang, dakap dan telanlah erti-patinya !!!
Tahukah kamu setara susunan perkataan itu?
Sudahkah atau telahkah kamu membaca Surah Al-Jinn?
"Katakanlah lagi, " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu."
Masih ingatkan nama Maalikul Mulk?
Lupakah kita nama serta erti Al ‘Affuw, Al Ghoffar & Al Ghaffur?
Ingatlah Dia adalah Allah, Al Ahad, Al Waahid, Al Hayy, Al Qayyum, Al Haqq !!!
Dia juga adalah As Samii', Al Basyir, Al 'Adl, Al Latif, Al Jalil dan sudah pastinya Dia Al Waasi'.
Tidakkah selama ini di dunia Dia adalah Al Wadud, Al Wakil, Al Wahhab dan Ar Razzaq?
Bukankah Dia itu Al 'Alim, Al Fattah dan Al Ghoniy?
Hai anak-buahku, sahabatku, kawanku, kenalanku.
Hindarkan dirimu terpaut, tertipu menjadi hamba permainan duniawi.
Penuhkan, isikan, biasakan dirimu dengan harapan, keasyikan memujiNya.
Semoga sejarah hitam ini berlalu bagaikan debu ditiup bayu.....
Ingatlah kalamNya dalam Surah Al-Muzzammil:
"Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
"Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu."
"Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik."
"Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa,"
Credit to the owner of the picture... 

Tuesday, January 21, 2020

Solat Dalam Kehidupan.

Dulu semasa tingkatan 3, ada seorang kawanku yang sangat baik hatinya tetapi sayang dia tidak tahu membaca. Awal tahun 60-an, tidak boleh membaca bukanlah sesuatu yang pelik. Perkataan disleksia, "slow learner" atau "kesukaran membaca (OKU)" tidak pernah ku dengar diwaktu itu. Agaknya bagaimanakah untuk dia menimba ilmu?

Ketika usiaku 20-an, ku mula menapakkan kaki ke Kuala Lumpur. Perwatakanku sangat "rugged" dan "carefree" oleh kerana itu ramailah kawan-kawanku. Salah seorangnya ialah pemain bola yang cukup popular tapi dia suka pada perwatakanku itu. Malahan dia seorang yang sangat baik dan sangat bersopan-santun. Satu hari dia telah mengikutku ke rumah dan bermalam di rumahku.

Apabila dia melihat aku bersolat, hatinya sangat terharu dan bercucuranlah airmatanya. Setelah selesai aku bersolat lantas dia bersuara.

Air matanya masih jelas kelihatan lantas dia berkata; "Kau rugged tetapi kau masih bersolat bila cukup waktunya, sedangkan aku cukup popular di mata publik tetapi aku tak tahu untuk mendirikan solat. Malahan aku tak tahu apa yang mesti di baca serta susunan pergerakan dalam solat. Tolonglah ajarkan padaku".

Aku menjawab; "Pergilah belajar dengan orang tua-tua atau baca buku solat".

Inilah jawapannya; "Mak dan ayahku tidak pernah ajar aku bersembahyang dan aku sudah cuba membaca buku cara bersolat tapi aku fikir bacaan dalam tulisan rumi tu, mungkin tidak betul atau aku yang tak tahu membunyikan dengan betul. Aku tak tahu baca Al-Quran".

Akhirnya aku mengajarnya cara bersolat dengan mengikuti perbuatanku sahaja. Kemudian ku ajar Al-Fatihah setelah dia menghafalnya, aku ajar pula bacaan tahayat akhir. Hampir satu bulan setiap hari untuk mengajarnya. Setelah itu dia mula bersembahyang seperti muslim yang lain-lain.

Andai kata adalah kaum manusia yang mengatakan anak-anak tidak perlu diajar membaca... Ini pertanyaanku; "Sanggupkah kamu melihat mereka yang seperti dalam cerita diatas dan mahukah kamu berkongsi dosa-dosa?"

Friday, April 5, 2019

Edu Sync a.k.a Cahayaku

Edu Sync Solution (ESS) adalah penggerak kepada Cahayaku buat masa sekarang dan akan datang.

Kalau dahulu Uncle dan Aunty Chahaya adalah penyelidik dan pereka konsep, kini generasi seterusnya bakal menggerakkan Cahayaku sebagai legasi masa hadapan. Edu Sync baru belajar bertatih namun insya Allah semoga lebih maju.

Ini adalah sebahagian dokumentasi pembinaan ofis baru Edu Sync yang akan beroperasi di Kajang, Selangor. Kursus-kursus Arabi dan Qurani juga akan mula dijalankan di sini.








Night vision.


Wednesday, January 2, 2019

Masa, Cahayaku & Penyelidik.

Surah Al-Fath ayat 23:

Anything special 2019? Perubahan fizikal atau struktur bumi adalah sesuatu yang normal. Bagaimana dengan diri kita, perubahan ke arah positif atau negatif? Ramai yang mengenali Uncle, hmm Uncle pun mengalami sama macam kita tetapi sejak akhir-akhir ini Uncle agak berkurangan untuk memberi ceramahnya, mungkin hendak memberi laluan kepada penceramah muda atau fakta usia atau sakit yang pastinya hanya dia sendiri yang tahu alasan yang berada dalam lubuk hatinya. Sekiranya anda tidak berkesempatan menemuinya lagi disebabkan waktu, tempat atau apa saja halangan dan ini pesanannya, "Mohon maaf kepada semua kenalan, orang-orang yang pernah ditemui, pelajar tua, muda atau kecil yang dinamakan manusia di dunia ini".

Inilah video yang pernah digubahkannya ketika beliau melalui kesulitan (fizikal, EQ & IQ) dalam kehidupannya (lebih kurang 9-10 tahun lepas), untuk kita semua tetapi saya pernah uploadkan dalam FB serta blog tanpa pengetahuannya sekitar tahun 2011.

Kedatangan tahun 2019 bererti kita semakin dekat kepada saat perpisahan hayat dan azam yang baru, sekali lagi saya uploadkan video ini untuk tatapan bersama, selamat berfikir serta menganalisa untaian kata-katanya, semoga kita beranjak kearah positif.


Titipan Ingatanmu wahai isteriku
dan juga mereka-mereka.
dariku: Zahari Mohamad.

Masa akan pergi
tak mungkin masa itu menungguku.
Masa tetap berlalu
walaupun ada yang menghalangnya.

Biarkan masa melukiskan kenangan.
Usahlah ditangiskan pemergiannya.
Masa tak mungkin berhenti.
Tapi nafasku akan terhenti.

Bicaraku meliputi EQ dan secalit IQ.

Keheningan.
Pilu, sedih dan hiba.
Kabut dan kabus jiwa.
Resah, kasih dan rindu.
Harapan, ikhlas serta tulus.

Menanti.
Melangkah.
Sabar, menunggu dan menanti.
Gelak tawa gembira serta senyuman.
Bertemu dan berkawan
Seiring dan sejalan

Warna-warni kehidupan
Titik-titik pengertian
Satu saat atau satu detik.
Melusuri perjalanan.

Bulan tak selalu terang.
Bulan tak mungkin senantiasa di situ.

Berfikir
Nafas.
Sunyi, sepi dan tenang.

Kajianku, penyelidikanku tetap
berada bersama-samamu.
Walaupun masa telah berlalu.

Bayanganku tetap bersamamu.
Tingkahlaku dalam lipatan ingatanmu.

Walaupun fizikalku tiada disisimu.
Allah Ya-Rahim...tetap bersamamu.

Tuesday, October 9, 2018

Anak

Hadis hadis ini berulang-kali disebut oleh manusia yang beragama Islam tetapi adakah ianya memberi kesan keatas hati manusia yang bernama Islam atau hadis ini hanya dijadikan sekadar koleksi dalam falsafah Islam?

Ada 3 hadis (berwarna merah) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang ingin di kemukakan. 

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Baihaqi)

"Jack of all", sedap bunyinya tapi betul ke? Kita hanya mempunyai kepandaian yang tertentu sahaja sedangkan orang lain pula kepandaian mereka mungkin kita tidak memilikinya.

Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau bisa membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, bisa jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak sedap.” (HR Bukhari dan Muslim 2628)

Cerita legenda Tarzan semua orang tahu tapi mungkin persoalan seperti ini pernah terkeluar dalam minda kita, kenapa Tarzan berwatak seperti beruk? Jawapannya senang kerana Tarzan dididik orang beruk.

“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (HR Musim – Shahih).

Setelah 20 tahun kami berkecimpung dengan jayanya dalam bidang pendidikan untuk kanak-kanak "normal" dan "special" untuk B.Malaysia B.Inggeris dan yang terkini B.Arab serta B.Qurani. Sistem kami ialah mimik bukannya mnemonic, rhythmic, phonic, iqra' atau syllable. Orang-ramai tidak mungkin tahu mengenai sistem kami, sekiranya mereka tidak pernah mengikuti kursus ini. Kami sangat teliti dalam menyusunnya (termasuk susunan perkataan, warna, cara menggunakannya dan lain-lain lagi. Malahan sistem ini akan merubahkan watak pelajar). Rujuk pada "Appreciation" dalam blog ini iaitu surat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam 2.4. "Menanamkan budi pekerti dan ketrampilan rohani yang bersih"

http://www.educahayaku.com/p/appreciation.html

Tanpa buku yang original, jawabnya kamu ditipu dan dikhianati oleh kaum "berhati hitam" sebab buku kami tidak akan dijual kepada mana-mana pihak kecuali pada mereka yang telah tahu menggunakanya dan telah mengikuti kursus. Oleh itu pastikan anak anda di ajar oleh guru yang memiliki sijil mengikuti kursus daripada kami. Ketegasan kami dalam menjaga kesempurna perjalanan sistem telah membuatkan ada beberapa individu menaburkan fitnah. Kami tidak ada mengikut telunjuk kaum-kaum tertentu. Link video sebahagian pelajar yang telah belajar menggunakan sistem kami.

https://www.youtube.com/results?search_query=educahayaku
atau
https://www.facebook.com/educahayaku/

Banyak manusia sekarang ini yang lebih penting dunia daripada akhirat. Duit bagi mereka lebih penting dan mereka sanggup menipu, berlagak alim atau sanggup berlagak bagaikan "Jack of all" dan bermacam cara kerana duit & duit ! Hindarkan anak dan diri anda sendiri daripada jadi mangsa kerakusan mereka-mereka ini dalam dunia pendidikan. Biarlah perpatah ini sentiasa bermain dikepala selama masih hidup. "Sekiranya guru seekor beruk maka lahirlah anak-buah yang berwatakan seperti beruk". Fahamkan 3 hadis diatas sudah jelas mengenainya. 

Sekiranya tuisyen, tadika atau mereka-mereka yang telah digugur daripada senarai kami bererti mereka telah melakukan sesuatu yang sangat serius. Kami tidak memerlukan kaum berhati hitam dalam mengimplimentasikan sistem kami diluar sana. Kami tidak mahu anda dan anak anda menjadi mangsa kepada mereka.

Pesanan dari kami, sekiranya anda tidak ingin menyesal dikemudian hari, ingatlah 3 hadis diatas ketika hendak menghantar anak-anak anda ketempat untuk mereka menimba ilmu! Untuk sistem kami sila check. 

http://cahayaku.com.my/lokasi/index.htm

Semoga Allah swt memberikan kita dan generasi yang akan datang, hidup dalam aman, berilmu dan penjalanan hidup sebagai "manusia bersifat manusia bukannya manusia bersifat kebinatangan".

Pesanan terakhir kali ini: "Kematian adalah satu kepastian. Sekiranya kita melupakannya, dia tidak pernah lupakan kita. Mengajilah Al-Quran sebelum sanak-saudara mengaji untuk kita". 

Sekiranya anda sudah tua atau masih belum fasih membaca Al-Quran, jangan putus-asa. In syaa Allah Cahayaku (B.Arabic & B.Qurani) boleh membantu anda. Semasa beribadah cubalah fahami surah 109 Al-Kaafiroon berserta dengan maksudnya.



Wednesday, June 13, 2018

Pendapat Atau Menghasut?

Cuba fikirkan apa yang dialami oleh kanak-kanak ini dan ibu/bapanya? video ini di viralkan untuk mengajar kaum-kaum yang tertentu....terima kasih pada guru yang uploadkannya.
 Adakah kamu rasa kelakar dengan cara dia membaca atau kasihan?

"Apakah pendapat anda sekiranya anak yang masih kecil boleh membaca dengan lancar?" Pertanyaan seperti ini biasanya akan mengundang pelbagai jawapan dan tidak kurang pula dikalangan mereka mengeluarkan pendapat yang agak radikal berpandukan pendapat individu-individu tertentu atau berdasarkan kepada teori-teori yang pernah mereka dengar. Pendapat mereka bahawa kanak-kanak diperingkat awal hanya perlu diajar untuk bermain dan bersosial sahaja! Tidak kurang juga para pengusaha taska dan tadika yang menyokong pendapat ini! Sebenarnya mereka mengikut telunjuk (malahan takut) si anu anu tu tanpa berfikir! Pada mereka-mereka ini, hentikanlah dan janganlah cari rezeki dengan cara menyakiti hati orang lain! Sekarang ini zaman si anu anu sudah tamat...

Bagaimana pula sekiranya kita bertanya, "Sekiranya seorang kanak-kanak tidak suka atau pandai bermain, adakah itu perkara normal?" Sudah pasti majoriti akan mengatakan "itu tidak normal" sebab bermain tu adalah dunia kanak-kanak. 

Pada pendapat kamu, apakah istilah "bermain"? Adakah bermain tu hanya melibatkan anggota fizikal? Apakah yang di ingini atau di harapkan oleh kanak-kanah ketika mereka bermain? Jawapan yang sering kita dengar ialah kepuasan diri, keseronakan, asyik, menghiburkan dan pelbagai lagi. Cara bermain menggunakan diri fizikal tidak perlu diterangkan kerana ramai yang boleh menjawabnya. Bagaimana pula sekiranya kanak-kanak yang bermain menggunakan minda, adakah cara ini juga di istilahkan sebagai bermain? 

Sistem Cahayaku sebenarnya mengajar kanak-kanak bermain dengan kaedah minda. Bagi mereka mengatakan bahawa membaca diperingkat awal (4 - 6 thn) satu bebanan adalah mereka-mereka yang tidak memahami istilah membaca secara menyeluruh. Untuk menerangkan persoalan ini agak panjang, rumit dan kompleks tetapi boleh dimudahkan dengan soalan seperti ini: "adakah bermain itu jadi bebanan pada diri kanak-kanak?" Cubalah faham apa yang dimaksudkan/dikatakan "decoding and comprehension". 

Pengekodan (decoding) adalah keupayaan untuk menerapkan pengetahuan mengenai hubungan suara-suara, termasuk pengetahuan tentang pola huruf, untuk mengucapkan kata-kata bertulis dengan betul. Memahami hubungan ini memberi kanak-kanak kemampuan untuk mengiktiraf kata-kata biasa dengan cepat dan untuk mengetahui kata-kata yang tidak pernah mereka lihat sebelumnya.

Cuba perhatikan video ini. Adakah mereka bermain atau bebanan membaca?


Pelajar ini melakukan "decording" atau "comprehension"? Perhatikan jawapan yang diberikan oleh pelajar ini.

Adakah cara ini dinamakan bebanan bermain? Perhatikan persekitarannya dan dengarkan dengan teliti soalan yand dikemukan diakhir klik ini...

Ada 3 video klik diatas, tidak kira semada anda seorang ibu/bapa, penguasaha atau guru, fikir-fikirkan apakah yang terbaik untuk generasi akan datang.

Pesanan kami: Jangan tertipu, terpengaruh dengan teori-teori/ide-ide pihak-pihak tertentu atau individu-invidu yang akan merosak/memalukan generasi kita mahupun diri sendiri.

Monday, April 9, 2018

Hati



Perkataan "hati" terdapat dua maksud. Hati fizikal semua manusia tahu tetapi hati non-fizikal ramai yang masih bercelaru dengan erti yang sebenarnya. Soal hati non-fizikal telah banyak dibincangkan oleh ulamak tetapi sayang bagaikan "curah air di atas daun keladi".

- Sabda Rasulullah S.A.W : Setiap bayi yang dilahirkan itu adalah suci bersih. Maka ibu/bapalah yang menjadikan mereka samaada Yahudi, Nasrani ataupun Majusi (Riwayat Bukhari & Muslim).

Guru taska, tadika atau kelas pemulihan perlu memahami erti inti-pati maksud dalam hadis diatas. "Sekiranya isi hati pendidik itu seperti beruk maka jadi anak muridnya seperti tarzan"

Peringkat awal ketika Uncle berceramah mengenai Sistem Cahayaku dia tidak akan mendekati para pelajarnya hanya sekadar menggunakan perkataan untuk membetulkan mereka. Sikap Uncle sebegini menyebabkan banyak kes yang tidak diingini yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Salah seorang pelajarnya adalah ustazah dari sekolah tahfiz. Semasa dalam sessi kelas Cahayaku, ustazah itu berulang-kali menyatakan bahawa apa yang diajar itu terlalu senang malahan kenyataannya bahawa dia pernah terdedah dengan sistem yang hampir sama dengan Sistem Cahayaku.

Empat atau lima minggu selepas kursus itu kami mendapat panggilan daripada ustazah tersebut kerana dia menyatakan bahawa tidak ada seorang pun pelajar berjaya membaca dengan sempurna untuk logik gabugan "m" dengan "a" malahan masih ramai yang tidak boleh bunyikan diftong dengan sempurna. Jumalah pelajarnya sekitar 35-36 orang berusia 7 sehingga 12 tahun.

Ketika disana kami mengambil lebih-kurang 1 jam dan hampir 30 pelajar boleh membaca dengan sempurna cerita (ms-21). Ketika kami mahu pulang ini ucapan Uncle kepadanya "kan senang aje Sistem ini" tetapi muka ustazah itu terus berubah. Perubahan mukanya membuatkan Uncle teringat perkataannya ketika didalam kelas dulu.

Ketika didalam kereta Uncle belingan air-mata dan menyebut berulang-ulang kali ayat ini, "aku yang salah. Aku yang terlalu kedekut kerana terlalu menyukat diri sendiri (hati) untuk membetulkan ustazah itu, sedangkan dia memegang amanah ibu/bapa untuk mendidik anak mereka!!".

Uncle berpaling kepada saya serta menyatakan bahawa dia akan mengubah cara penyampaian ceramahnya dan juga dia tahu cara ini akan menimbulkan fitnah keatas dirinya sendiri. Kini kenyataan itu terjadi. Biasanya mereka-mereka ini jadi guru tadika/taska yang hanya pentingkan "gaji" sahaja tanpa memahami erti amanah mendidik yang selalu suka membuat tomahan yang melulu. Cuba perhatikan persoalan hakikat hati dibawah ini.

1. Berita dari akhbar: Seorang suami dari Timur Tengah yang tidak membenarkan doktor lelaki untuk menyambut kelahiran anaknya. Akhirnya si isterinya "pergi" dan si suami tidak berpuas hati kerana "permergian" isteri lantas dia menyaman hospital itu disebabkan ketiadaan doktor perempuan... hmm, pada peringkat awal terlalu "bersukat" dengan tidak membenar doktor merawat isterinya... kenapa tidak menyukat hati untuk menerima ketentuan Allah s.w.t

2. Dengar & analisa sendiri bab hati



3. Petikan dari atikal: "Tidak kurang juga penglibatan wanita dengan bidang perubatan. Wanita memainkan peranan penting dalam urusan merawat dan menguruskan pesakit di zaman Rasulullah. Rufaydah al-Ansariyyah adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang ini. Beliau turut mempunyai satu khemah khas di sisi Masjid Nabi yang berperanan seperti klinik untuk menguruskan mereka yang cedera atau sakit, samada ketika tempoh perang atau dalam situasi yg aman. Selain Rufaydah, al-Rubayyi’ binti Muawwiz bin Afra’ digambarkan sebagai seorang yang berperanan menjalankan tugas kejururawatan buat perajurit Muslimin ketika perang. Beliau turut menyertai beberapa peperangan bagi melaksanakan tugas tersebut."

Bagaimana agak tugasan mereka... mungkin pakai tuip-tuip aje kut tanpa sentuh! Agaknya perempuan-perempuan ini tahu tak agama?


*** Pesan Uncle, "kalaulah hati itu terlalu bersukat soal duit aje daripada memahami perkataan "amanah dalam didikan" ...carilah kerja lain".

Saturday, December 30, 2017

Ooooh...Sibuk.

Sekian lama tidak update blog ini. Sibuk dan sibuk dan sibuk, itu perkataan yang sesuai yang boleh saya katakan. Kesibukan itu adalah sesuatu yang ada pada diri kita. Setiap hari saya tertanya-tanya bilakah sibuk ini akan tinggalkan saya bukannya saya akan meninggalkan sibuk! Mungkin jawapannya "tidak" kecuali setelah berada didunia lain.

Era perkembangan komunikasi semakin cangkih. Kini kita ada facebooks, whatsup, sms, skype, line, voice recording dan lain-lain lagi. Applikasi telefonlah yang membuatkan saya semakin sibuk sehinggakan masa 24 jam itu terlalu pendek.

Satu hari dan satu malam tetap 24 jam dan tidak mungkin dipanjangkan. Dalam 24 jam kita perlu tidur, makan dan apa saja keperluan yang berkaitan dengan diri dan keluarga. Al-quran surah Adh-Dhaariyat ayat 56 " Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu." Adakah kita mengawal sibuk atau sibuk mengawal kita? Persoalan yang sama: "adakah kamu menunggang nafsu atau nafsu menunggang kamu?"

Ada orang menyibukkan dirinya untuk mengira harta benda, cari ide untuk menipu orang ramai untuk menjadi popular atau disanjung tinggi, ingin mengawal apa saja dan pelbagai aktiviti yang hanya sia-sia dalam hidupnya.

Al-quran surah Al-A'raaf ayat 179 " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai." 

Al-quran surah At-Tin ayat 6 " Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.Persoalannya, kita dalam katagori mana? Hmm...uncle selalu berpesan pada pelajar-pelajarnya "hanya manusia boleh ajar anak manusia untuk jadi manusia, pasti kamu adalah seorang manusia ketika mengajar!" atau jadi seperti di bawah ini...hehehe


Click link for video:
Classic jazz: thank and credit to Jungle Book and Alexey.
Omak ooi, den ni manusia ko?

Wednesday, April 5, 2017

Noktah Kejahatan!

Semenjak akhir-akhir ini kesibukan membuatkan saya hampir lupa untuk meng-update blog ini. Malahan banyak masa saya luangkan dengan sedaya-upaya untuk menjawab atau menolong menyelesaikan persoalan-persoalan yang dikemukakan melalui whatsaap, sms atau facebook. Purata mereka adalah pengusaha atau guru yang menggunakan Sistem Cahayaku.

Perkataan "sihir" terdapat dalam Al-Quran dan juga hadis Rasullah s.a.w dan melakukannya sangat dilarang dalam Islam. Sihir tidak akan meninggalkan bekas kecuali dengan kehendak Allah. Sebagai ikhtiar cubalah hafal doa ini semoga Allah melindungi kita:

بِسـمِ اللهِ الذي لا يَضُـرُّ مَعَ اسمِـهِ شَيءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمـاءِ وَهـوَ السّمـيعُ العَلـيم 

“Bismillahi alladhi la yadurru ma’ ismihi shai’un fil-ardi wa-laa fil-samaa’i wa huwa al-Samee’u al-‘Aleem”
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Sihir adalah salah-satu masalah yang kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini terhadap pengusaha, tempat berniaga atau guru-guru. Masalah ini bermula daripada perasaan tamak, cemburu, dengki, khianat ataupun sifat-sifat tercela yang terkandung dalam hati pihak-pihak individu tertentu. Mangsanya akan menderita tanpa disedari dan kadang-kadang mengambil masa bertahun untuk si mangsa menyedarinya dan tidak kurang juga masalah yang dihadapi oleh mangsa ditambah oleh kaum manusia yang mementingkan dunia yang berlagak seperti ustaz atau dukun, seperti kata perpatah ini, "harapkan pagar, pagar makan padi". 

Para Pengusaha dan guru-guru yang menggunakan Sistem Cahayaku adalah individu-individu yang menyumbangkan jiwa mereka sendiri untuk melahirkan generasi yang berguna dimasa akan datang. Andaikata mereka dikhianati atau di sihir bererti semakin berkuranglah para pelapis untuk membentuk generasi akan datang.

Untuk mengatasi permasalahan seperti ini, sejak akhir-akhir ini uncle menyelitkan satu sesi yang dinamakan "Rukyah-Noktah Kejahatan" untuk setiap pelajarnya yang hadir untuk berkursus. Inilah kata-katanya "biarlah kita ruangkan sedikit masa untuk satu sesi ringkas demi kebaikan, keselamatan dan kebahagian pada semua Pengusaha & guru."

Photo sesi khas"Sesi Noktah Kejahatan" yang diselitkan oleh kami untuk pengguna Sistem Cahayaku. Para pengrukyah dijemput oleh pihak Cahayaku dan mereka tidak dikenakan bayaran. "Sesi Noktah Kejahatan" adalah rukyah ringkas untuk para pelajar/pengusaha untuk mengesan diri sendiri sekiranya ada perbuatan khianat yang telah ditujukan oleh pihak tertentu terhadap diri, perniagaan atau famili mereka.

Penceramah Rukyah (juga dikenali dengan panggilan "alhapus 1&2") akan memberi maklumat ciri-ciri mangsa sihir sebelum memulakan rukyah. Biasanya dalam sesi rukyah, para pendengarnya akan menyedari kesan sihir sekiranya ada perbuatan khianat terhadap dirinya. Sekiranya anda adalah salah seorang yang terkena sihir, bolehlah anda berhubung dengan Puan Cahaya untuk mendapat bantuan lanjutan (seperti: no. tel (alhapus 1&2), CD (Pesanan kami: CD ini hanya boleh dipasang setelah anda membuat rawatan lanjutan sekiranya anda adalah mangsa sihir!) atau minyak wangi yang telah dirukyahkan oleh mereka). Janganlah biarkan dirimu menjadi mangsa sihir dan kami ingin berpesan, carilah orang-orang yang benar-benar untuk menolong kamu bukan para dukun atau ustaz "mata duitan!".

Friday, October 21, 2016

Terapan Moden?

Image result for handphone
My handphone!


Saya sudah tidak ingat, 20 atau 25 tahun yang lepas uncle tunjukkan telefon bimbit "sebesar lengan" & komputer "laptop"nya yang besar serta berat kepada saya tetapi katanya kelak benda-benda seperti ini akan menjadi salah satu element yang meruntuhkan rumahtangga (famili bonding). Jawapan yang saya berikan "tak mungkin!"

Kini kenyataannya terbukti apabila saya memerhatikan gelagat manusia zaman ini. Sibuk dengan SMS, whatsup (whatsApp), facebook dan entah apa-apa lagi tanpa mengira tempat dan keadaan. Sebenarnya cara kehidupan moden seperti ini akan memberi impak yang sangat mendalam kejiwa anak-anak yang sedang membesar kerana terikut-ikut dengan tingkahlaku ibubapa.

Cuba bayangkan, kalau sehari suntuk ibu atau bapa sibuk melayani aplikasi (handphone) tanpa memberi atau melayani atau berbual-bual dengan ahli keluarganya sendiri, sedangkan anak-anak mereka sedang membesar atau masih kecil apalah yang akan terjadi pada institusi keluargaan nanti. Cuba perhatikan tingkahlaku orang-orang yang sedang berada disekeliling anda, tidak kira di kedai makan, Malls (shopping complex), perhentian bas, dalam bas malah semasa sedang memandu kenderaan, atau ketika menunggu isyarat lampu hijau. Paling memeningkan kepala pemandu kenderaan dan mat-mat yang sedang menunggang moto dalam masa yang sama sibuk berSMS atau ber-WhatsApp.

Sebenarnya berapa ramaikah ibubapa yang menyedari bahawa tingkahlaku seperti ini akan membawa padah dalam institusi famili. Inikah yang dikatakan ERA DIDIKAN MODEN? Dua hari lepas saya cuba amat-amati kenyataan uncle; kedai makan atau ketika menunggu "traffic light", ibubapa malah anak-anak mereka sendiri yang remaja sibuk dengan handphone-nya ber-FB, ber-whatsApp, ber-SMS atau menonton video sedangkan yang kecil tidak dilayani! Adakah famili bonding itu setakat memberi makan, minum dan menyediakan tempat tidur sahaja? Paling aneh sekiranya guru-guru yang sedang mengajar anak muridnya buat perkara yang sama. STOP TEXTING!

Inilah kesannya sekiranya tingkahlaku yang tidak di ingini diterapkan kepada anak-anak anda! (Klip video dibawah). Cuba fikir-fikirkanlah demi kebaikan famili anda! Adakah masa anak-anak yang sedang membesar, anda pula sibukkan diri dengan gadget?

*p/s: Pesan uncle pada anak-anaknya: "Kalau suka sangat henfon tu... bawa aje masuk kubur!" Hehehe...mahukah anda bawanya?

Friday, September 23, 2016

Memori

Demi masa! Sesungguh manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan bersabar. - Petikan terjemahan dari Al-Quran, Surah Al-'Asr

Hari ini akan berlalu seperti hari semalam. Setiap saat pasti ada aktiviti yang kita sedari atau tidak. Masa yang berlalu tidak mungkin akan berulang lagi dalam lain perkataan setiap saat yang berdetik menjadi memori yang berkemungkinan dipenuhi dengan suka atau duka.

Memori kadang-kala membuat kita tertawa, tersenyum sendirian dan tidak kurang pula yang akan membuat kita menangis. Ada juga memori yang membuat kita ingin melalui sekali lagi dan ada juga yang tidak mahu kita kenangkan.

Blog ini telah lama tidak di-update di sebabkan terlupa kata-laluan (password). Keupayaan mengingatkan password terganggu !! Kenapa jadi sedemikian? Jawabannya sebab saya terlalu sibuk menyelesaikan hal-hal yang berada dipersekitaran saya berkaitan dengan mereka-mereka yang datang meminta pertolongan kepada saya dan kesibukan menguruskan hal-hal berkaitan dengan masa depan anak-anak. A coin has 2 faces! Which one you prefer? Surah Al-'Asr telah memberi peringatan pada kita tetapi yang mana satukah yang dikategorikan dengan istilah "dunia oh dunia"? Pesanan orang beragama: Akhirat itu lebih kekal. Jom kita berdo'a "Ya Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas ketaatan".

Apabila usia ditelan masa jadilah kita ini tua! Memori semakin lemah dan akhirnya jadilah kita sebagai pelupa! Tahap pelupa akan mengudang lebih banyak permasalahan dan yang akan berakhir dengan "overloaded stress" yang berakhir dengan nyanyok!

Dewasa ini masih terdapat pelajar-pelajar yang masih belum mencapai tahap yang memuaskan dalam permasalahan 3M. AMARAN: Kesibukan harian kehidupan kita selalunya akan membuatkan kita jadi pelupa. Bagaimanakah pula sekiranya ibubapa yang terlalu sibuk mengejar dunia sedangkan anak-anak mereka masih tidak boleh membaca, mengeja dan menulis dengan betul..?? aduhai, masa tidak akan menunggu mereka dan mereka menjadi tua tanpa ilmu, kesian si anak yang menjadi mangsa kesibukan ibubapa.

Cuba fikirkan permasalah ini, adakah harta-benda yang lebih berfaedah untuk anak-anak berbanding ilmu?


Pilihan adalah sesuatu yang sangat mustahak ! Perhatikan tingkah-laku Omer (ex-assistant Uncle) yang kini berada di Kota Thaif, 65km dari Kota Mekah, Arab Saudi.

Tuesday, March 22, 2016

Family Bonding (Ikatan famili)

Oooh yes! (click "Oooh yes" for video)

Kini semakin ramai kalangan ibubapa yang ingin mengikuti kursus atau beli buku Cahayaku untuk mengajar anak sendiri tanpa tahu konsikuansinya. Sebenarnya Cahayaku telah berulang-kali membuat kajian dengan teliti mengenainya yang melibatkan bangsa serta kedudukan famili. Pihak Cahayaku sangat menyayangi serta mengambil berat tentang awalan perkembangan anak-anak apabila mereka mula belajar membaca dengan tidak merosak pertumbuhan jiwanya. Sekiranya rosak jiwa generasi ini, maka parahlah negara, bangsa, generasi dan agama. Anak-anak ibarat kain putih, janganlah dirosakkan kelak kamu akan menyesal.

Ikatan famili (family bonding) adalah sesuatu yang sangat mustahak dalam perkembangan diri anak-anak semasa usia diperingkat awal. Sekiranya ikatan famili ini rosak, maka berakar-umbilah gejala-gejala yang tidak diingini akan menyusul dalam diri anak-anak itu. Kalau sudah parah sangatlah sukar untuk memulihkannya.

Soalan ini untuk ibubapa dan cubalah jawab secara jujur:
  • Tanduk: Berapa lamakah kamu sanggup berada disisi anak untuk mengajar perkara yang sama sebelum keluar "tanduk"?
  • Eh bukan genetik aku: Sanggupkah kamu memberi jawapan yang sama berulang-kali dalam jangka waktu yang pendek; contohnya setiap 5 minit anak itu bertanya lagi perkara yang sama? 10, 20, 50 atau 100 kali? Kamu diLARANG mengeluarkan perkataan-perkataan yang membuat mereka "terkedu"; contohnya: "kan mak dah ajar", walaupun dengan intonasi lembut. Situasi begini bagi guru-guru Cahayaku adalah sesuatu yang lumrah dan mereka sangat memahami limitasi pengertian yang dimaksudkan antara hak pelajar / hak pengajar.
  • Sabar ler: Sekiranya kamu telah mengajar 100 kali cara untuk membunyikan "LA" dengan "NA" tetapi anak anak masih bercelaru, bagaimana emosimu? Sekiranya setelah berminggu dan saban hari anda mengajarnya tetapi masih juga bercelaru, bagaimanakah pula agaknya tingkah-lakumu? Kenalah sabar, sabar dan sabar, jangan "terkeluar tanduk" Hehehe....
  • Ketam business: Larangan keras: Sistem Cahayaku tidak membenarkan pengajarnya menyentuh (body contact), contohnya: "ketam business" a.k.a cubit, ekspresi muka, mata, bibir, pergerakan badan atau meninggikan suara (intonasi) atau perkataan-perkataan yang melukai hati anak-anak atau provokasi diperingkat awalan belajar membaca kecuali pelajar special tetapi dengan sentuhan yang "lembut" (untuk perkenalkan /perjelaskan persoalan yang sedang diajar kepada pelajar ketika itu)!
  • Hospital: Agaknya berapa ramaikah ibubapa yang sanggup melakukannya setelah satu bulan mengajar kaitan bentuk abjad dengan bunyiannya tetapi anak masih gagal untuk menguasainya? ih, ih, ih sakitlah jantung aku!
  • 1000 satu malam punya cerita: Setiap kali ibubapa mahu mengajar, anak-anak memberi alasan; contohnya: lapar, hendak ketandas, mengantuk, pening, deman dan pelbagai lagi, bagaimanakah pula agaknya aksi kamu?
  • Sebatang karah: Tempat anak-anak membesar ialah dirumah didalam kalangan keluarganya sendiri. Kalau didalam proses pembelajaran ini hati anak sudah luka, dimanakah tempat dia untuk mengadu? Apakah akibat dan konsikuennya kalau hati anak sentiasa luka? Sanggupkah melihat anak mengasingkan diri? Guru bersama dengan pelajar hanya beberapa jam sahaja dalam satu hari tetapi keadaan ini tidak harus berlaku dalam sesuatu famili.
Perkara yang dinyatakan diatas itu adalah sebahagian kecil sahaja! Sekiranya perbuatan yang tidak diingini sering-kali berlaku maka jadilah..... (baru saya cipta sebab dah lupa perpatah lama): "kepala yang keras pun kalau selalu dijentik, akhirnya akan pecah jua. Sekali lagi diingatkan jiwa anak-anak bagaikan kain yang putih!". Fikir-fikirkanlah maksud perpatah baru saya itu... hehehe.

Guru-guru Cahayaku dapat melakukannya dengan baik sebab mereka telah diberitahu, malahan telah dilatih (secara praktikal) untuk memahami sukatan EQ  & IQ perkembangan jiwa kanak-kanak serta kaitan profesional mereka malahan mereka diberi penerangan panjang-lebar untuk memahami erti hak anak orang lain dengan hak anak sendiri. Sekiranya mereka masih melakukannya juga bererti mereka telah menyalahi amanah, ikhlas, fatanah, Sistem Cahayaku, mengzalim diri sendiri, pelajar serta ibubapa dan generasi yang akan datang. Malahan ramai guru-guru Cahayaku sendiri minta guru-guru Cahayaku yang lain untuk mengajar anak mereka kerana mereka benar-benar memahami istilah "terlebih ubat akan mati dan kalau terkurang sukatan tidak akan sembuh". 

Cara terbaik untuk ibubapa mepercepatkan anak-anak mereka membaca:
  • Paling MUSTAHAK: Pastikan anak diajar oleh guru-guru yang telah mengikuti Kursus Cahayaku. Anda ada hak untuk melihat sijil kehadiran kursus guru tersebut (yang bakal mengajar anak anda).
  • Pastikan buku sentiasa berada pada anak dan bukan ditadika. Wahai ibubapa, kalau hendak anak belajar pastikanlah buku dijaga oleh anak-anak dan setiasa dibawa ketadika. Kes buku rosak, hilang, terlupa bawa ketidaka adalah persoalan lazim yang diterima oleh pihak tadika. Perkara seperti ini akan memberi masalah kepada pengajar malah ianya melambatkan proses pembelajaran anak itu sendiri.
  • Ajar secara iqra sahaja JANGAN sebut nama abjad. JANGAN ajar secara membatang. Kebiasaannya guru akan membuat catitan panduan pada mukasurat atau tanya pada guru tersebut bagaimana cara yang dimaksudkan. JANGAN cuba-cuba buat andaian cara mengajar dirumah.
  • Ajar tidak lebih daripada 5 minit dan sekiranya 5 minit terlalu lama untuk anda (dikuatiri terkeluar "tanduk"), kurangkan. 4, 3, 2 atau 1 minit... hmm fikir-fikirkan sendiri sekiranya 1 minit pun masih "naik angin!".
  • Pastikan dipermukaan mukasurat buku anak catatan guru.
  • Sekiranya anda menunjuk "la" dan tiada jawapan daripada anak dalam masa 3 saat, sebutkan bunyiannya. JANGAN tunggu atau memaksa dia mencubanya!
  • Ajar baris atas saja: Contoh: "la le li lo lu" sahaja. JANGAN ajar perkataan yang berada dibawah! Contohnya: "lama", "lalu" atau "uli".
  • Pada kebiasaannya pelajar yang telah belajar sampai/melepasi abjad "S" atau keatas, dia akan ingin tahu bunyian abjad-abjad yang lain, contohnya: "JA" atau "KA" atau apa sahaja, tolong beri jawapannya walaupun catitan guru masih dimukasurat "S". Sebelum pada abjad "S"... Jangan cuba-cuba sebab jawapan anda akan memberi kesan kecelaruan/bebanan pada anak.
  • Sekiranya anak belum tamat buku 1 atau 2, JANGAN suruh anak eja secara membatang kerana anda akan merosakkan teknik visualisasi yang sedang diterapkan pada anak. Hanya guru mereka sahaja yang tahu bila hendak perkenalkan cara ini.
  • Pastikan anda luangkan masa untuk mengajar anak setiap hari seperti contoh yang telah diberikan diatas (salah-satu cara untuk mewujudkan family bonding). Sekiranya anda mahu anak cepat membaca, anda boleh ajar dalam satu hari beberapa kali seperti yang telah dinyatakan. Pesanan kami: Setiap sessi tidak lebih daripada 5 minit.
  • Sekiranya anak anda dalam kategori "slow", jangan "ponteng kelas". Ponteng kelas, akan memberi bebanan EQ kepada anak / guru kerana mereka terpaksa diulang ajar oleh guru-guru.
  • PESANAN terakhir dari kami: Sistem Cahayaku telah melakukan ujian berulang-kali sebelum ianya dibukukan (buku hanyalah alat) yang meliputi setiap susunan abjad, susunan perkataan dan tatacara untuk mengajar dengan menggunakan buku-buku itu. Pihak kami percaya bahawa element-elemant ini yang sangat mustahak untuk perkembangan EQ & IQ awalan membaca serta jiwa anak-anak. Risikonya amat tinggi kalau jika tersalah mengajar.  
    Sekiranya anak-anak anda belajar Sistem Cahayaku dan ibubapa mengikuti apa yang telah diajurkan... In syaa Allah, anda akan dapat perhatikan pertukaran cara anak-anak berinteraksi. Kebiasaanya sesuatu yang mengkagumkan akan terselah dalam diri anak. Seandainya ingin melihat kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar Cahayaku... sila ikuti video dalam blog ini atau www.facebook.com/educahayaku.

    Tuesday, December 22, 2015

    Akal (IQ)

    Kesibukan harian membuat saya terlupa untuk update blog. Terlupa tidak sama ertinya dengan Pelupa, saya terlupa bukan pelupa. Kah, kah, kah...

    Adakah anda tahu bahawa akal itu sebenarnya alat sahaja? IQ (Intelligent Quotion) atau ramai yang mengenali sebagai kecerdikkan akal a.k.a keupayaan akal. Alat fizikal seperti tangan atau kaki, pada lazimnya semua orang tahu untuk apa dan bagaimana ia digunakan. Alat-alat untuk mengenali persekitaran seperti mata, hidung, lidah, telinga dan kulit tetapi akal (IQ) adalah alat non-fizikal yang berada pada diri kita. Bagi mereka yang beragama Islam, mungkin sepotong ayat (14-15) dari surah Al Rahman ini, akan membuat mereka lebih mudah memahami yang dimaksudkan fizikal dan non-fizikal.

    Fizikal Manusia.
    Al-Quran Surah Ar-Rahman "Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar, (14) Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang, (15)".

    Manusia dan jin, kedua-duanya wujud tetapi perbezaannya amat ketara. "Lidah api" juga dikenali sebagai "jisim" adalah alat badan kaum jin. "Tanah liat kering" adalah alat fizikal diri manusia! Adakah sukar atau "pedih" untuk menerima kenyataan diatas? Pernahkah anda melihat orang sudah mati atau pernahkah anda perhatikan bagaimana bentuk mayat yang telah lama? Pernahkah anda dengar susunan perkataan ini "Ashes back to ashes" (asal daripada tanah akan kembali kepada tanah)?

    Non-Fizikal Manusia.
    Pernahkah anda membaca atau terbaca ayat 156 surah Al-Baqarah (The Cow) "------------: "Sesungguh kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

    "Ashes back to ashes (fizikal manusia)" lantarannya apakah yang akan kembali? Luangkan masa anda dan fikir-fikirkanlah sebelum kita "pergi" selama-lamanya.

    Akal.
    Apakah akal masih berfaedah setelah kita "tamat"? Kemanakah kehebatan akal yang hanya memikirkan hal ehwal keduniaan sahaja sekiranya sudah berada 6 kaki didalam tanah? Bagaimanakah harus kita gunakan akal semasa kita masih hidup didunia ini?

    Sukatan IQ, ramai manusia akan berpandu kepada pendapat seperti Stanford Binet, Lewis Terman & Wechsler tetapi ketiga-tiga mereka masih bercanggah cara mengklasifikasikan nilai IQ untuk orang normal. Tidak kira apapun pendapat mereka yang pastinya akal itu adalah alat non-fizikal yang digunakan untuk memproses (informasi, data, maklumat, dll) yang sedang dihadapi ketika itu atau dalam jangka waktu tertentu yang berkaitannya dengan cara logikal (berhujah).

    Logikal atau berhujah hanya berpandukan kepada ilmu (informasi, data, maklumat, dll) yang telah miliki dengan bermacam-macam cara tetapi ilmu yang dimiliki oleh akal itu hanyalah sekadar berdasarkan kepada ketentuan yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Ayat-ayat berikut mungkin boleh memberi sedekit contoh kepada kita untuk memahami cara akal berhujah atau berlogikal.

    Al-Quran Surah Ar-Rahman "Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu, dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya."  

    Limitasi Akal.
    Purata manusia tidak akan menerima sesuatu yang berada diluar batasan logikal. Contohnya persoalan yang berada diluar batasan logika: (1) Untuk kaum Yahudi, Kristian dan Islam - percaya kewujudan ghaib iaitu malaikat dan jin. Nabi Adam tidak berayah dan beribu, (2) Umat Islam - yakin bahawa Nabi Isa hanya memiliki ibu. Banyak lagi perkara yang tidak terjangkau oleh logika tetapi wujud! Pada kaum yang terlalu taksub kepada logika akal akan menolak semua kepercayaan kepada agama! Maka timbullah teori "evolusi hayat manusia"! Perpatah lama:- "masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin!"

    Wahai kaum yang terlalu kuat berhujah, bacalah ayat 115 surah Al-Mu'minoon (The Believers), berulang-ulang semoga kamu peroleh sesuatu!

    Al-Quran Surah Al-Mu'minoon "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (115).

    Mengikut fakta Sains bahawa cakerawala ini terbentuk berjuta-juta tahun dahulu. Cuba bayangkan dimanakah logiknya kaum yang tidak percaya kepada agama ini, sekiranya daripada tiada cakerawala ini "tertiba" ada a.k.a wujud tanpa yang menjadikannya! "From nothing to something!" Lucu betul akal kaum ini! Sekiranya kamu seperti itu, teruskan baca catitan dibawah ini dan buatlah definasi sendiri mengenai diri sendiri!

    Gila.
    Kerosakan akal akan dikatakan gila! Kebanyakan definasi mengenai gila @ sekiranya tidak mampu mengelola masalah atau tidak dapat menjangkau konsikuensi-konsikuensi daripada tindakannya atau @ memperlihatkan perilaku yang tidak secara rasional. Bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?

    Al-Quran Surah Ar-Room "mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat (7)".

    Al-Quran Surah Al-A'raaf "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai (179)."

    Setelah membaca definasi "gila" dan setelah memahami (seperti yang tercatat di atas) surah Ar-Rahman, Ar-Room & Al-A'raaf, bagaimana pula definasi "gila" yang sebenarnya? Semua manusia tahu bahawa kehidupan di dunia tidak akan kekal! Baca sekali lagi dan fahamkan serta hayati pendapat dibawah tag "Gila" itu. Apakah akal yang @ tidak mampu mengelola @ tidak dapat menjangkau @ memperlihatkan perilaku yang tidak rasional - Sekiranya salah satu berada pada diri anda, hmm... tidak itu yang dikatakan gila?

    Perkemaskanlah Akalmu.
    Sekiranya tidak sedemikian, apakah persediaan kita? Apakah pula yang akan mengerakkan akal? Untuk menjawab soalan itu, sama juga kita tanya pada diri sendiri dengan soalan yang senang aje! 

    Apabila kita hendak mendengar adakah kita menggunakan kaki atau tangan? Apakah alat yang boleh membuat kita mendengar? hehehe... kanak-kanak tadika pun boleh menjawabnya. 

    Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus Cahayaku dan sekiranya dia mendengar, meneliti, memahami dan menghayati dengan bersungguh-sungguh ketika berkursus dan telah mengajar kanak-kanak normal & "special kids", sudah pasti mereka berupaya menjawab soalan ini dengan senang! Sepatutnya mereka tahu bagaimana untuk menghidupkan paten-paten minda. Perbincangan ini memerlukan banyak masa & amat sukar... (kalau tanya pada uncle persoalan seperti ini, sudah pasti dia akan tersenyum dan jawapan ringkasnya iaitu "sifat, nama dan perbuatan yang berkaitan dengan akal!" Kalau dilanjutkan pertanyaan mengenainya dan inilah jawapannya: "lateral, vertical, critical, analytical & entah apa-apa "cal" lagi! ... Satu teka-teki yang sukar untuk kita hendak ulaskan!)

    Bagaimana pula untuk kita mengerakan akal diri sendiri kearah kebaikan di dalam kehidupan harian? Baca sekali lagi Ar-Rahman ayat 15 dan fikir-fikirkanlah pula ayat 56-57 surat Adh-Dhaariyat (The Scattering Winds).

    Al-Quran Surah Adh-Dhaariyat "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu."


    Renungkan ke dalam diri sendiri, ke manakah arah tujuan akalmu ketika hidup!


    Tuesday, September 29, 2015

    Stress atau bengong?

    Surah Ar-Rahman selalu terdengar di dalam bilik saya kerana ianya dibaca oleh uncle atau dimainkan dikomputernya. Kenapa? Perubahan mendadak dirinya membuatkan saya "stress" tetapi apabila diteliti susunan ayatnya membuatkan saya mula menyedari bahawa uncle mula menuju ke satu arah .... tiada satu pun di dunia ini yang kekal semuanya akan musnah. Cuba dengar surah ini dengan teliti mungkin akan membuat kita lebih faham.


    Sebaiknya cuba faham maknanya dalam bahasa yang kamu fahami supaya kamu boleh menghayati ertinya.

    Uncle seorang yang aktif semasa kecilnya. Dia suka bersukan dan setelah berumahtangga dia lebih banyak membaca tentang aktiviti minda (IQ). Setelah lebih setengah abad, dia mula kurangkan kesemua aktiviti yang sedia ada kecuali tentang perkembangan EQ dan cara untuk memperkemaskannya. Mungkin semuanya ini untuk mengatasi "stress". Kebiasaannya apabila seseorang itu tidak boleh menerima kekurangan kekuatan fizikal, IQ akan mula menurun setelah ditelan usia mungkin akan menyebabkan individu itu akan mengalami "stress".

    Bagaimana pula kalau seseorang itu dimasa di alam persekolahan tidak tahu membaca? Membaca adalah sumber untuk memiliki ilmu! Kalau membaca tetapi tidak faham atau dapat menghayati isi kandungan teks yang dibacanya... ah sudah pasti mengudang stress! Bagaimana cara mereka untuk mengatasi stress? Dengan cara merempit, jadi gangster atau bagaimana? Siapakah yang perlu menolong mereka ketika itu? Ibubapa, guru, sekolah, sistem atau tadika yang gah atau sekolah yang penuh dengan kurikulum yang glamour atau mereka-mereka itu sememangnya golongan yang kurang bernasib baik?

    Oh tolonglah jangan berpegang konsep ini dengan kiasan "beras secupak tidak akan jadi segantang". Tolonglah tanam sifat malu kepada Allah swt dengan memahami nama-namaNya. Contohnya Al Kabiir, Al Kariim, Al Waasi, Al Waduud, Al Mughnii dan lain-lain lagi. Cubalah ubah sikap dan pandangan ortodox para guru terhadap sistem yang sedia ada atau ubah pemikiran yang lebih kepada pentingkan diri sendiri dan jawatan! Paling nyata sanggup menerima teguran dan berfikiran terbuka untuk menerima sesuatu yang baru. 

    Sekiranya kekurangan dalam ilmu, jenis apakah perkerjaan yang sesuai untuk mereka? Perlukah mereka mengalami "stress" lagi ditahap ini? Cuba-cuba kita fikirkan sekiranya mereka-mereka itu anak kita sendiri! Stress yang paling dasyat ialah ketika seseorang yang bakal "pergi" tetapi tidak memiliki ilmu mengenainya (agama).

    Perlu di ingat stress guru mengajar adalah kebaikan (di akhirat)! Kenangkanlah disaat "perpisahan" kita dari dunia ini! Hayatilah Surah Ar Rahman berulang-kali semoga kita beruntung didunia dan akhirat. 

    Madah Penyelidik Senior Cahayaku

    Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...