Tuesday, March 22, 2016

Family Bonding (Ikatan famili)

Oooh yes! (click "Oooh yes" for video)

Kini semakin ramai kalangan ibubapa yang ingin mengikuti kursus atau beli buku Cahayaku untuk mengajar anak sendiri tanpa tahu konsikuansinya. Sebenarnya Cahayaku telah berulang-kali membuat kajian dengan teliti mengenainya yang melibatkan bangsa serta kedudukan famili. Pihak Cahayaku sangat menyayangi serta mengambil berat tentang awalan perkembangan anak-anak apabila mereka mula belajar membaca dengan tidak merosak pertumbuhan jiwanya. Sekiranya rosak jiwa generasi ini, maka parahlah negara, bangsa, generasi dan agama. Anak-anak ibarat kain putih, janganlah dirosakkan kelak kamu akan menyesal.

Ikatan famili (family bonding) adalah sesuatu yang sangat mustahak dalam perkembangan diri anak-anak semasa usia diperingkat awal. Sekiranya ikatan famili ini rosak, maka berakar-umbilah gejala-gejala yang tidak diingini akan menyusul dalam diri anak-anak itu. Kalau sudah parah sangatlah sukar untuk memulihkannya.

Soalan ini untuk ibubapa dan cubalah jawab secara jujur:
  • Tanduk: Berapa lamakah kamu sanggup berada disisi anak untuk mengajar perkara yang sama sebelum keluar "tanduk"?
  • Eh bukan genetik aku: Sanggupkah kamu memberi jawapan yang sama berulang-kali dalam jangka waktu yang pendek; contohnya setiap 5 minit anak itu bertanya lagi perkara yang sama? 10, 20, 50 atau 100 kali? Kamu diLARANG mengeluarkan perkataan-perkataan yang membuat mereka "terkedu"; contohnya: "kan mak dah ajar", walaupun dengan intonasi lembut. Situasi begini bagi guru-guru Cahayaku adalah sesuatu yang lumrah dan mereka sangat memahami limitasi pengertian yang dimaksudkan antara hak pelajar / hak pengajar.
  • Sabar ler: Sekiranya kamu telah mengajar 100 kali cara untuk membunyikan "LA" dengan "NA" tetapi anak anak masih bercelaru, bagaimana emosimu? Sekiranya setelah berminggu dan saban hari anda mengajarnya tetapi masih juga bercelaru, bagaimanakah pula agaknya tingkah-lakumu? Kenalah sabar, sabar dan sabar, jangan "terkeluar tanduk" Hehehe....
  • Ketam business: Larangan keras: Sistem Cahayaku tidak membenarkan pengajarnya menyentuh (body contact), contohnya: "ketam business" a.k.a cubit, ekspresi muka, mata, bibir, pergerakan badan atau meninggikan suara (intonasi) atau perkataan-perkataan yang melukai hati anak-anak atau provokasi diperingkat awalan belajar membaca kecuali pelajar special tetapi dengan sentuhan yang "lembut" (untuk perkenalkan /perjelaskan persoalan yang sedang diajar kepada pelajar ketika itu)!
  • Hospital: Agaknya berapa ramaikah ibubapa yang sanggup melakukannya setelah satu bulan mengajar kaitan bentuk abjad dengan bunyiannya tetapi anak masih gagal untuk menguasainya? ih, ih, ih sakitlah jantung aku!
  • 1000 satu malam punya cerita: Setiap kali ibubapa mahu mengajar, anak-anak memberi alasan; contohnya: lapar, hendak ketandas, mengantuk, pening, deman dan pelbagai lagi, bagaimanakah pula agaknya aksi kamu?
  • Sebatang karah: Tempat anak-anak membesar ialah dirumah didalam kalangan keluarganya sendiri. Kalau didalam proses pembelajaran ini hati anak sudah luka, dimanakah tempat dia untuk mengadu? Apakah akibat dan konsikuennya kalau hati anak sentiasa luka? Sanggupkah melihat anak mengasingkan diri? Guru bersama dengan pelajar hanya beberapa jam sahaja dalam satu hari tetapi keadaan ini tidak harus berlaku dalam sesuatu famili.
Perkara yang dinyatakan diatas itu adalah sebahagian kecil sahaja! Sekiranya perbuatan yang tidak diingini sering-kali berlaku maka jadilah..... (baru saya cipta sebab dah lupa perpatah lama): "kepala yang keras pun kalau selalu dijentik, akhirnya akan pecah jua. Sekali lagi diingatkan jiwa anak-anak bagaikan kain yang putih!". Fikir-fikirkanlah maksud perpatah baru saya itu... hehehe.

Guru-guru Cahayaku dapat melakukannya dengan baik sebab mereka telah diberitahu, malahan telah dilatih (secara praktikal) untuk memahami sukatan EQ  & IQ perkembangan jiwa kanak-kanak serta kaitan profesional mereka malahan mereka diberi penerangan panjang-lebar untuk memahami erti hak anak orang lain dengan hak anak sendiri. Sekiranya mereka masih melakukannya juga bererti mereka telah menyalahi amanah, ikhlas, fatanah, Sistem Cahayaku, mengzalim diri sendiri, pelajar serta ibubapa dan generasi yang akan datang. Malahan ramai guru-guru Cahayaku sendiri minta guru-guru Cahayaku yang lain untuk mengajar anak mereka kerana mereka benar-benar memahami istilah "terlebih ubat akan mati dan kalau terkurang sukatan tidak akan sembuh". 

Cara terbaik untuk ibubapa mepercepatkan anak-anak mereka membaca:
  • Paling MUSTAHAK: Pastikan anak diajar oleh guru-guru yang telah mengikuti Kursus Cahayaku. Anda ada hak untuk melihat sijil kehadiran kursus guru tersebut (yang bakal mengajar anak anda).
  • Pastikan buku sentiasa berada pada anak dan bukan ditadika. Wahai ibubapa, kalau hendak anak belajar pastikanlah buku dijaga oleh anak-anak dan setiasa dibawa ketadika. Kes buku rosak, hilang, terlupa bawa ketidaka adalah persoalan lazim yang diterima oleh pihak tadika. Perkara seperti ini akan memberi masalah kepada pengajar malah ianya melambatkan proses pembelajaran anak itu sendiri.
  • Ajar secara iqra sahaja JANGAN sebut nama abjad. JANGAN ajar secara membatang. Kebiasaannya guru akan membuat catitan panduan pada mukasurat atau tanya pada guru tersebut bagaimana cara yang dimaksudkan. JANGAN cuba-cuba buat andaian cara mengajar dirumah.
  • Ajar tidak lebih daripada 5 minit dan sekiranya 5 minit terlalu lama untuk anda (dikuatiri terkeluar "tanduk"), kurangkan. 4, 3, 2 atau 1 minit... hmm fikir-fikirkan sendiri sekiranya 1 minit pun masih "naik angin!".
  • Pastikan dipermukaan mukasurat buku anak catatan guru.
  • Sekiranya anda menunjuk "la" dan tiada jawapan daripada anak dalam masa 3 saat, sebutkan bunyiannya. JANGAN tunggu atau memaksa dia mencubanya!
  • Ajar baris atas saja: Contoh: "la le li lo lu" sahaja. JANGAN ajar perkataan yang berada dibawah! Contohnya: "lama", "lalu" atau "uli".
  • Pada kebiasaannya pelajar yang telah belajar sampai/melepasi abjad "S" atau keatas, dia akan ingin tahu bunyian abjad-abjad yang lain, contohnya: "JA" atau "KA" atau apa sahaja, tolong beri jawapannya walaupun catitan guru masih dimukasurat "S". Sebelum pada abjad "S"... Jangan cuba-cuba sebab jawapan anda akan memberi kesan kecelaruan/bebanan pada anak.
  • Sekiranya anak belum tamat buku 1 atau 2, JANGAN suruh anak eja secara membatang kerana anda akan merosakkan teknik visualisasi yang sedang diterapkan pada anak. Hanya guru mereka sahaja yang tahu bila hendak perkenalkan cara ini.
  • Pastikan anda luangkan masa untuk mengajar anak setiap hari seperti contoh yang telah diberikan diatas (salah-satu cara untuk mewujudkan family bonding). Sekiranya anda mahu anak cepat membaca, anda boleh ajar dalam satu hari beberapa kali seperti yang telah dinyatakan. Pesanan kami: Setiap sessi tidak lebih daripada 5 minit.
  • Sekiranya anak anda dalam kategori "slow", jangan "ponteng kelas". Ponteng kelas, akan memberi bebanan EQ kepada anak / guru kerana mereka terpaksa diulang ajar oleh guru-guru.
  • PESANAN terakhir dari kami: Sistem Cahayaku telah melakukan ujian berulang-kali sebelum ianya dibukukan (buku hanyalah alat) yang meliputi setiap susunan abjad, susunan perkataan dan tatacara untuk mengajar dengan menggunakan buku-buku itu. Pihak kami percaya bahawa element-elemant ini yang sangat mustahak untuk perkembangan EQ & IQ awalan membaca serta jiwa anak-anak. Risikonya amat tinggi kalau jika tersalah mengajar.  
    Sekiranya anak-anak anda belajar Sistem Cahayaku dan ibubapa mengikuti apa yang telah diajurkan... In syaa Allah, anda akan dapat perhatikan pertukaran cara anak-anak berinteraksi. Kebiasaanya sesuatu yang mengkagumkan akan terselah dalam diri anak. Seandainya ingin melihat kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar Cahayaku... sila ikuti video dalam blog ini atau www.facebook.com/educahayaku.

    No comments:

    Madah Penyelidik Senior Cahayaku

    Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...