Friday, October 21, 2016

Terapan Moden?

Image result for handphone
My handphone!


Saya sudah tidak ingat, 20 atau 25 tahun yang lepas uncle tunjukkan telefon bimbit "sebesar lengan" & komputer "laptop"nya yang besar serta berat kepada saya tetapi katanya kelak benda-benda seperti ini akan menjadi salah satu element yang meruntuhkan rumahtangga (famili bonding). Jawapan yang saya berikan "tak mungkin!"

Kini kenyataannya terbukti apabila saya memerhatikan gelagat manusia zaman ini. Sibuk dengan SMS, whatsup (whatsApp), facebook dan entah apa-apa lagi tanpa mengira tempat dan keadaan. Sebenarnya cara kehidupan moden seperti ini akan memberi impak yang sangat mendalam kejiwa anak-anak yang sedang membesar kerana terikut-ikut dengan tingkahlaku ibubapa.

Cuba bayangkan, kalau sehari suntuk ibu atau bapa sibuk melayani aplikasi (handphone) tanpa memberi atau melayani atau berbual-bual dengan ahli keluarganya sendiri, sedangkan anak-anak mereka sedang membesar atau masih kecil apalah yang akan terjadi pada institusi keluargaan nanti. Cuba perhatikan tingkahlaku orang-orang yang sedang berada disekeliling anda, tidak kira di kedai makan, Malls (shopping complex), perhentian bas, dalam bas malah semasa sedang memandu kenderaan, atau ketika menunggu isyarat lampu hijau. Paling memeningkan kepala pemandu kenderaan dan mat-mat yang sedang menunggang moto dalam masa yang sama sibuk berSMS atau ber-WhatsApp.

Sebenarnya berapa ramaikah ibubapa yang menyedari bahawa tingkahlaku seperti ini akan membawa padah dalam institusi famili. Inikah yang dikatakan ERA DIDIKAN MODEN? Dua hari lepas saya cuba amat-amati kenyataan uncle; kedai makan atau ketika menunggu "traffic light", ibubapa malah anak-anak mereka sendiri yang remaja sibuk dengan handphone-nya ber-FB, ber-whatsApp, ber-SMS atau menonton video sedangkan yang kecil tidak dilayani! Adakah famili bonding itu setakat memberi makan, minum dan menyediakan tempat tidur sahaja? Paling aneh sekiranya guru-guru yang sedang mengajar anak muridnya buat perkara yang sama. STOP TEXTING!

Inilah kesannya sekiranya tingkahlaku yang tidak di ingini diterapkan kepada anak-anak anda! (Klip video dibawah). Cuba fikir-fikirkanlah demi kebaikan famili anda! Adakah masa anak-anak yang sedang membesar, anda pula sibukkan diri dengan gadget?

*p/s: Pesan uncle pada anak-anaknya: "Kalau suka sangat henfon tu... bawa aje masuk kubur!" Hehehe...mahukah anda bawanya?

No comments: