Saturday, October 27, 2012

Masa Tetap Berlalu........

Masa adalah sesuatu yang sangat berharga tetapi ramai manusia dibumi ini tidak menghiraukannya. Setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun yang berlalu dan apa yang telah berlaku ketika itu telah  menjadi sejarah hidup buat kita.! Seperti yang kita tahu, masa yang lalu tidak mungkin berulang kembali. Masa itu emas. Demi masa manusia itu sentiasa didalam kerugian. Adakah saya, anda dan sesiapa saja sentiasa berada didalam kerugian? Sama-samalah kita hayati akan masa-masa yang telah kita gunakan setiap hari.

Andaikata kita ulangi sesuatu yang sama dengan apa yang telah berlaku ianya tetap tidak serupa kerana untuk kali keduanya sudah pasti ada perbezaan pada usia, EQ and IQ! Sejarah itu adalah satu masa yang telah berlalu dan tidak mungkin berulang lagi. Oleh itu ramai yang menjadikan sejarah sebagai tauladan atau pengajaran buat kita dimasa hadapan.

Untuk mereka yang berakal akan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Mereka sentiasa memelihara diri mereka termasuklah tingkah-laku, perkataan, pergaulan dan yang pastinya mereka sentiasa memelihara EQ & IQ mereka!

Seperti yang telah dikatakan, ganjakan masa akan mengubah kita seperti rupa, kulit, wajah, persekitaran, pergaulan, pakaian tetapi yang paling mustahak ialah EQ dan IQ kerana kedua-duanya akan menjuruskan kita kepada kematangan beragama dan cara kita mengharungi hidup dimuka bumi ini.

Suami saya telah berulang-kali berpesan seperti di dalam blog ini secara ringkas (video) yang bertarikh December 14, 2011 yang bertajuk "Pesanan Penyelidik"...... Rumusannya seperti ini "Masa, Kenangan & Kepastian Akan Membawa Kita Akhirnya Bertemu Dengan Rabbul Alamin!" 

Pernahkah anda terfikir apakah tujuan anda dihidupkan dimuka bumi ini? Kenapa kita merasakan jiwa kita kosong?  Kenapa masa yang berlalu kita biarkan begitu sahaja. Macam-macam jawapan yang akan timbul di dalam fikiran kita. Bagi saya untuk mengatasi masalah ini kita mestilah pandai menggunakan masa sebijak-bijaknya. Bukan hanya untuk mencari duit atau bekerja sebaliknya kita mestilah mengisinya kearah keagamaan dengan beramal dan beribadah. Jauhkan yang dilarang oleh agama dan kerjakan apa yang disuruh barulah masa anda terisi dengan sempurna disamping melakukan urusan harian anda.

Wajah dan fesyen saya ketika berusia 17 tahun.

Saya bersama dengan sahabat baik saya arwah Silawati dan Norhashidah Ismail.

Kami di Hari Konvokesyen Universiti Kebangsaan pada tahun 1979.

Mereka tetap di dalam ingantan Form 5 sc 2.

Saya di Pusat Tuisyen Saujana, Kuala Lumpur.

Ketika berjogging bersama dengan Junainah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Saya sedang dipujuk oleh seorang rakan. Merajuklah tu........

Bergambar di pokok kulit kayu manis di belakang sekolah.

Kadang-kadang pergaulan kita dipenuhi oleh kanak-kanak (normal & special). Perhatikan betapa mesranya kanak-kanak ini dengan saya!

Kadang-kadang situasi kita lebih kepada menunjuk ajar, berceramah dan berleter sahaja.

Ada juga dimana kita berkongsi pendapat dan mendengar permasaalah mereka serta menyelesaikannya.

Kadang-kala situasi kita agak berlainan daripada biasa!

Inilah saya sekarang. Gambar ini diambil pada tahun ini sekitar Julai 2012 di sebuah Tabika Perpaduan di Putrajaya.

Pernahkah anda terfikir bahawa masa hanya merubah wajah, usia dan kematangan fikiran tetapi sebaliknya apa yang ada dihati anda tetap sama. Dizaman kanak-kanak anda dan sekarang perasaan yang ada tetap serupa cuma tahap kematangannya sahaja yang berbeza......Rasa sakit, marah, menangis, geram dan lain lain lagi semuanya sama bukan? Yang membezakannya ialah kini kita lebih matang untuk mengendalikannya namun impak dan rasanya tetap sama. Saya dulu dan saya sekarang tidak banyak berbeza dari segi perasaan. Yang berubah hanyalah fizikal dan akal fikiran sahaja.....Disaat-saat saya melewati umur setengah abad ini, saya merasakan bahawa hidup ini terlalu indah sekiranya kita tahu untuk menghargainya. Tidak kira berapa banyak dugaan yang datang, saya yakin Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu diluar kemampuannya. Masa lah penentu segala-galanya. Bagi saya setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya. Kini saya hanya menunggu masa untuk mendapat ganjaran dari setiap cubaan dan cabaran yang Allah berikan kepada saya. Ganjaran yang saya bakal terima akan mencetuskan satu tajuk lagi didalam blog ini seperti yang telah saya katakan iaitu 'GAME.....SATU TITIK NOKTAH'.........pencarian saya masih belum berakhir. Apakah yang saya cari akan saya ceritakan kepada anda nanti......TUNGGUUUUU......

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...