Monday, October 22, 2012

Fesyen Kehidupan.

Fesyen - Ramai akan membayangkan mengenai cara kita berpakaian sahaja. Bagi saya fesyen sebenarnya ialah pakaian, rambut, kasut, kenderaan, kehidupan, percakapan dan lain-lain lagi. Fesyen paling serius ialah menghiasi EQ dan IQ manusia.

Bagi saya perubahan pada EQ dan IQ adalah sesuatu yang mustahak yang perlu diberikan perhatian oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Banyak pendapat mengatakan bahawa EQ dan IQ bermula daripada pengaruh fakta persekitaran. Mungkin betul mungkin tidak!

Seseorang tidak mungkin akan terikut-ikut dengan anjakan (perubahan) cara berpakaian sekiranya dia tidak "berkenan" mengenainya. Berkenan sama juga istilah dengan "suka". Perkataan suka adalah salah-satu daripada nilai EQ. Sekiranya "suka" sudah terlekat dihati kadang-kadang nilai "suka" ditapis pula oleh IQ. Disinilah baru fakta persekiran boleh dikaitkan.

Contohnya, seseorang menyukai fesyen-fesyen (material) yang tertentu tetapi memerlukan perbelanjaan yang besar sudah pasti IQnya akan menyekat dirinya daripada memiliki fesyen itu. Penapisan yang dilakukan oleh IQ demi menjaga dirinya daripada bakal mengalami kesusahan. Penapisan IQ seperti ini barulah dikatakan fakta persekitaran. Didalam ertikata lain bahawa persekitaran tidak akan menjadi fakta utama sekiranya nilai EQ ("berkenan") tidak timbul.

Anak-anak dewasa ini tergila-gila atau teruja dengan satu aliran fesyen moden yang melibatkan secara lahiriah dan batiniah (EQ & IQ). Bagi saya perubahan ini tidak menjadi masalah sekiranya perubahan itu membawa kepada kebaikan tetapi jika sebaliknya (negatif) perlulah ibubapa ikut "campurtangan"!

Sumber daripada Cahayaku

Jejaka moden bergaya dengan fesyen yang agak "outstanding". Terima kasih Zali kerana membenarkan kami merakamkan foto ini.


Saya "waduh maco juga cara fesyen ini, ya!" Zali " Maaf kak, Zaman lama telah berlalu! Ini zaman moden! Zaman dulu orang naik kuda atau unta tak bolehlah pakai macam ini!". 
 Apa macam potret yang terdapat pada beg saya ini, alright tak?
 Hmm.. inilah dia rupa helmet saya, kak... lukisan & text-nya agak lain daripada yang lain kan! Menarik tak?
 Kalau saya berfoto macam ini, nampak macam "warrior" zaman moden tak?
 Hmm.. Zaman dulu orang naik kuda! Ini zaman moden dan ini adalah "kuda" saya... Orang Negeri Sembilan kata, "kudo bosi tu!"
 Kuda moden ini boleh berlari laju dan kencang dijalan raya dan boleh "mencelok-celok" tapi selamat...
 My horse don't eat tapi minum aje...minumannya mahal tau... sebab dia minum petrol... puff petrol naik pulak tu harganya...
"My super iron horse and me... what say you?"

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...