Saturday, August 6, 2011

sistem yang betoi atau betul?

Sehari sebelum puasa aku telah berbual-bual dengan satu perkumpulan yang boleh dikatakan sebagai "manusia". Didalam perbualan itu terkeluarlah isu-isu pendidikan mengenai sistem awalan pendidikan. Perbincangan ini agak tegang kerana salah seorang daripada "manusia" ini telah persoalkan bahawa EQ dan IQ tidak ada kena-mengena dalam kehidupan hariannya.

Katanya hidup ini ialah "WYSIWYG"...hehehe... dia menggunakan istilah komputer untuk menyamakan awalan pendidikan dan kehidupan! "WYSIWYG" ertinya seperti berikut (dalam bahasa computer) "Relating to or being a word processing system that prints the text exactly as it appears on the computer screen". Dia menghuraikannya panjang lebar sehingga sampai melibatkan soal kepercayaan dalam keugamaan.

Rupa-rupanya si"badut" ini telah membaca artikel yang aku tulis dalam blog ini... hehehe ... dan dia rupanya tidak pernah mengkaji dirinya sendiri atau mana-mana ugama pun! Hidupnya bagaikan "binatang" yang berupa manusia. Dalam perkataan lain dia tidak percaya kepada Tuhan atau "terlupa" pada Tuhan! Punah-ranah, jangalah cuba nak ikut style atheis! Inikah yang dikatakan kaum-kaum moden ke? Wahai kaum-kaum moden JANGAN ikut cara si"badut" ini, ya!

Al-Quran: Surah 51 Adh-Dhariyat: 56


  • Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
  • And I (Allah) created not the jinns and humans except they should worship Me (Alone).
Baginya coretanku yang bertajuk Pemburu atau diburu... sangat menyakitkan hatinya! Hehehe .... Hari itu sungguh "geli hatiku" dibuatnya dan aku ketawa terbahak-bahak kerana melihat lagaknya yang berkuntau dengan kata-kata yang tidak terkawal. Hanya mereka yang makan cili akan merasa pedas! Kalaulah dia tahu yang itu adalah coretanku... sudah lama aku menjadi "budu" ataupun "belacan"... Hmmm, manusia oh manusia... Bukannya aku takut untuk berhujah dengannya tetapi menghabiskan masaku!

Mungkin akal kaum-kaum ini tersimpul kot! Contoh dibawah ini mungkin senang untuk memahaminya. Perhatikan 2 model kereta dibawah ini.
Kereta hitam atau Estima
(sorry, I don't have permission to load this photo but I have no choice)

Sekiranya kita hendak pergi ke Johor dan kita naiki "kereta hitam" dan dilain waktu kita naik kereta "Estima" adakah bentuk badan kita akan bertukar atau hanya bentuk kenderaan saja bertukar? Sudah tentulah kita tetap kita, hanya bentuk kenderaan sahaja yang bertukar! Dalam lain perkataan hanya "alat" yang dikenali sebagai kereta sahaja yang bertukar untuk kita menuju ke destinasi kita!

Alat ialah sesuatu yang boleh kita kawal mengikut sesuka hati kita! Kalaulah kita hendak belok kekiri atau kekanan, adakah kereta itu belok dengan sendiri atau pemandu yang mengawalnya? Persoalan yang sama juga antara kita dengan tangan! Sekiranya kita hendak mengambil pensil, kita boleh menggunakan tangan kanan atau kiri sebab tangan kita adalah "alat fisikal" kita! Kita yang mengawalnya bukannya tangan bergerak sendiri yang mengawal kita! Badan fisikal bagi mereka yang mengenali diri akan mengatakan ianyahanya sebagai alat sahaja! Cubalah faham!


Al-Quran Surah 54 Al-Qamar ayat 49.
  • Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir(yang telah ditentukan).
  • Verily, We have created all things with Qadar (Divine Preordainments of all things before their creation as written in the Book of Decrees Al-Lauh Al-Mahfuz).

Al-Quran Surah 91 Ash-Syam ayat 7-8.
  • Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)
  • Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa;
  • By Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion
  • Then He showed him what is wrong for him and what is right for him.
Begitu juga diri sebenar kita memiliki EQ (Emotional Quality) dan IQ (Inteligence Quality) dan kedua-duanya adalah alat belaka. Sekiranya seorang gila (rosak IQ) tetapi dia tetap boleh berjalan dan buat apa saja yang dia sukai! Hanya alat yang dinama IQ sahaja yang rosak sedangkan EQ masih boleh digunakan untuk mengawal badan fisikalnya! IQ ialah alat bagi diri!

Apabila kita bercakap tentang EQ bererti kita berbincang mengenai ciri-ciri seperti marah, sedih, benci, sayang dan lain-lain yang tidak dimiliki oleh IQ. Perhatikan seorang kanak-kanak ketika dia sedih sudah pasti dia akan menangis dan ketika dia gembira sudah pasti pula dia akan ketawa. Dalam lain perkataan dia menggunakan EQ untuk menangis atau ketawa. Sifat-sifat ini sentiasa menghiasi diri, dalam lain perkata EQ boleh digunakan bagi mereka yang tahu bagaimana untuk menggunakannya! EQ itu adalah alat juga seperti IQ! Seperti yang telah kita ketahui bahawa kanak-kanak masih belum sempurna IQ tetapi EQ sudah mula berfungsi ketika didalam kandungan ibu! Awalan pendidikan kita harus menggunakan kecemerlangan EQ seperti yang telah disarankan oleh pihak Sistem Cahayaku! Hanya dengan mengimbangi EQ yang positif sahaja yang akan membuatkan/menghasilkan/membuahkan kejayaan!

Sebenarnya IQ dan EQ adalah alat sahaja. Cuma kaum-kaum yang sekategori si"badut" ini sahaja yang lupa pada dirinya sendiri! Diri sebenar (True self) tidak pernah terjadi dengan sendiri kecuali Allah swt yang menjadikannya. Mungkin cerita dibawah ini baik untuk kaum-kaum seperti si"badut" ini untuk memikirkannya. Kaum-kaum seperti ini susah hendak diajar dengan cara lain kecuali dengan menggunakan hujah IQ sahaja!

Robot Oh Robot.
  • Cuba bayangkan sebuah robot mendatangi anda dan mengatakan dia terjadi secara tiba-tiba. Tidak diperbuat daripada bahan-bahan logam, kayu, plastik atau apa-apa pun. Malah tidak dibuat atau dicipta atau dijelmakan dan tidak bermula dari sel, atom, nukleus atau apa saja tetapi dia wujud! Bagaimana pendapat anda? Adakah benar ia terjadi dengan sendiri? Disini soal keugamaan JANGAN dipertikaikan dengan menggunakan kaedah akal (IQ) kerana ianya sangat terbatas!
Kalau zaman sekarang kita menggunakan kenderaan (seperti kereta, bas dan lain-lain) tetapi zaman dulu manusia menggunakan kuda, lembu dan sebagainya sebagai kenderaan untuk menuju kedestinasi. Semua kenderaan itu adalah alat semata-mata! Sesiapa yang tidak dapat mengawal "alat" kepunyaannya ibaratkan kenderaan memandu kita... sama jugaseperti kuda atau lembu menunggang kamu bukan kamu yang menunggangnya... macamlah si"badut" tu!


Hahaha... “AKU DRACER MUSLEH” ... maafkanlah diriku.. kalau kau inginkan penjelasan dariku mengenai coretan... maafkan aku sekali lagi
.....Drace Musleh

No comments: