Friday, August 5, 2011

Haikal

Haikal, adalah satu nama yang sangat digeruni di tadika saya. Nama Haikal ini sangat popular kerana pada kebiasaannya nama ini akan membuatkan ramai guru-guru di tadika hampir menangis ketika mengajar mereka. Tidak kurang pula guru-guru yang akan "naik hantu" atau "hilang kesabaran" tetapi tidak untuk saya atau suami saya. Hanya yang saya boleh katakan kebiasaannya pelajar yang bernama Haikal selalunya "terlebih dalam banyak persoalan". Nantikan cerita saya yang berkisar tentang anak-anak yang sudah TERLEBIH SANTAN......tunggu!!!!

Ketika saya dijemput sebagai Perunding Khas untuk program Linus di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Baru, ada dua orang pelajar yang bernama "Haikal". Seorang Haikal telah "hilang" daripada program ini kerana ....... seperti yang telah diterangkan diatas! Hanya tinggal Haikal ini yang masih setia bersama-sama kami. Kalau yang ini cikgu sekolah mengatakan dia adalah seorang pelajar tegar didalam penguasaan 3M. Memang susah untuk di ajar. Kami difahamkan bahawa ibunya juga tahu akan permasalahan anak ini. Lebih teruk dari lembam tetapi tidak bagi kami kerana senjata yang ada pada kami sudah cukup mantap untuk mengasah anak-anak yang sedemikian. Senjata guru yang kami gunakan sudah pasti teknik CAHAYAKU. Kenyataannya dia sudah KETAGIH membaca kerana asyik dia...dia...dan dia lagi.

Di dalam program ini saya ditemani oleh suami tersayang dan dia juga merupakan seorang penyelidik untuk Sistem Cahayaku. Baginya semua pelajar yang bermasalah adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Perpatahnya: "Pelajar yang bermasalah adalah "guru" bagi dirinya untuk memahami kesukaran kanak-kanak mengadaptasikan diri dengan 3M. 

Program membaca yang sedang kami jalankan ini sebenarnya kurang daripada dua setengah bulan tetapi telah membuahkan hasil dimana hampir 100 peratus daripada kanak-kanak ini sudah boleh membaca. Kalau yang tidak boleh adalah kerana masalah diri sendiri, buku hilang, selalu tidak datang ke kelas dan sikap ibu-bapa mereka. Peliknya ada diantara pelajar ini bila dah habis buku 1 tidak datang lagi untuk buku 2. Bila di tanya kenapa dan jawapan si anak ibu tidak bagi datang kerana sudah pandai. Dahlah buku percuma, yuran percuma cuma yang kita minta hadirkan anak sahaja untuk ke kelas itu pun menjadi masalah. Kadang-kadang saya menjadi bingung dengan masyarakat kita sekarang ni. Bukannya bertambah maju malah semakin mundur dari semua aspek.

Untuk pelajar saya yang ini memang agak istimewa kerana dari pandangan luaran sudah menunjukkan sikap dia dan masalah yang ada di dalam diri dia. Saya suka padanya kerana ketekunannya dan kerajinannya datang kekelas membuatkan saya sayang padanya.


Cakap jangan sebarang cakap, ya! Hati-hati kalau bercakap, ok!
"What? Do you think I can't read? Look at my hand!"  (P/s: Kalau nak lihat teks bacaannya "double click" untuk membesarkan gambar)
Aku dah kata.. Cakap jangan sebarang cakap.. Ini diftong lah... ingat senang ke?

No comments: