Friday, July 29, 2011

Pemburu atau diburu...

Salam pada semua blogger dan pembaca.. hmm kali terakhir aku disini pada bulan lepas.. maaf ya aku selalu menyibukkan diri dengan sesuatu untuk EQ dan IQ ku. Usahlah ditanya apa maksudku kerana “AKU DRACER MUSLEH”

Wow, blog ini telah penuh dengan cerita-cerita yang belum aku baca. Puff, habih maso den membaca cerito.. tapi yang ketaranya semua cerita-cerita ini berkisar tentang EQ dan IQ. Sebenarnya persoalan inilah yang menyibukkan diriku hampir setiap masa. Sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kita bersama... hehehe macam ustaz pulak aku ni...

Al-Quran Surah 6 An-Anaam ayat 32.
  • Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
  • And this world's life is naught but a play and an idle sport and certainly the abode of the hereafter is better for those who guard (against evil); do you not then understand?
EQ dan IQ adalah alat pada diri dan diri sebenar itu... hehehe carilah sendiri apa yang dimaksudkan itu atau ikutilah kelas Cahayaku dan kalau boleh biarlah penceramahnya murabbi-ku En.Zahari...Ops sorry Abang Zahari untuk menyampaikannya. Dia kurang minat pada protokol sebab itulah jangan sebut "En" ketika memanggilnya. Inilah kata-katanya: "Kadang-kadang protokol itu membataskan diri kita dalam kebanyakan situasi. Oleh yang itu berhati-hatilah kita bila hendak berprotokol!"

Pada masa kini ramai manusia mengatakan IQ itu adalah diri sebenar diri. Tidak hairanlah kalau banyak kelas tuisyen, pengajian tinggi dan pra-sekolah yang mendidik para-pelajar mereka untuk mencapai kecemerlangan IQ! Sekiranya kalau benarlah IQ itu diri sebenar...cuba perhatikan binatang yang berada disekitar kita. Adakah binatang-binatang itu mempunyai IQ? Sudah pastilah "tiada"! Janganlah tengok cerita "walt Disney" tu... itu rekaan semata-mata.

Ada juga dikalangan kita mengatakan EQ itu diri sebenar.. hehehe.. teliti sekali lagi binatang-binatang yang berada disekitar kita! Untuk memudahkan cerita, semua binatang ada EQ tetapi tidak ada IQ tetapi mereka ada "instint" untuk menggantikan IQ. "Instint" (a.k.a IQ) yang dimiliki oleh binatang jauh berbeza dengan manusia kerana binatang tidak berupaya berhujah dengan ilmu (fakta ilmiah) seperti manusia... Jom semak balik Al-Quran... ustaz lagi kononnya aku ni..

Al-Quran Surah 16 Al-Nahl ayat 68.
  • Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
  • And your Lord inspired the bees, saying: "Take you habitations in the mountains and in the trees and in what they erect.
Al-Quran Surah 54 Al-Qamar ayat 49.
  • Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
  • Verily, We have created all things with Qadar (Divine Preordainments of all things before their creation as written in the Book of Decrees Al-Lauh Al-Mahfuz).
Al-Quran Surah 91 Ash-Syam ayat 7-8.
  • Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)
  • Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada bertakwa;
  • By Nafs (Adam or a person or a soul), and Him Who perfected him in proportion
  • Then He showed him what is wrong for him and what is right for him.
Kadang-kala binatang itu lebih mulia daripada manusia! Adakah semua manusia itu tahu mengenainya?

Semua sifat EQ kebinatangan sama sahaja yang berada pada diri manusia tetapi IQ lah yang akan berhujah untuk membetulkan perjalanan EQ. Sifat-sifat EQ seperti marah, sayang, takut, tamak dan lain-lain lagi. Ada manusia terlalu tamak sehinggakan sanggup menutup tempat orang lain cari makan, IQ-nya digunakan untuk memenuhi tamaknya. Demi memenuhi tuntutan EQ yang negatif seperti itu ada orang menggunakan statusnya, posisinya, politik, undang-undang dan pelbagai-bagai cara lagi tetapi cubalah perhatikan ayat Al-Quran ini pula...

Al-Quran Surah 7 Al-Araf ayat 179.
  • Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.
  • And surely, We have created many of the jinn and mankind for Hell. They have hearts wherewith they understand not, and they have eyes wherewith they see not, and they have ears wherewith they hear not (the truth). They are like cattle, nay even more astray; those! They are the heedless ones.
Adakah manusia itu sebenar-benarnya manusia atau hanya binatang yang bertubuh manusia? Persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri setiap masa!

Setelah membaca Kalam Yang Maha Pencipta, adakah manusia seperti itu masih dikatakan manusia atau binatang yang berupa manusia? Yang paling teraneh, bayangkan kalaulah sifat-sifat seperti ini berada kepada seorang pengajar (awalan pendidikan), politikus, ketua opis, ketua negarawan dan ibubapa. Secarik kata-kata penceramah Cahayaku: "Hanya manusia yang boleh mendidik anak manusia untuk menjadi seorang manusia! Kesian Tarzan. Dia telah dididik oleh beruk oleh yang demikian tidak hairanlah Tarzan berjalan, makan, bercakap dan segala-gala seperti beruk!" Apakah beruk mendidik Tarzan dengan IQ atau seperti yang telah dinyatakan dalam Al-Quran Surah 16 Al-Nahl ayat 68 diatas?

Apakah yang berada kepada anak-anak? Inilah yang telah disabdakan oleh Rasullulah saw yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim).

Daripada coretan diatas jelaslah EQ berupaya menguasai IQ atau disebaliknya iaitu IQ menguasai EQ. Yang mana satu lebih kuat EQ atau IQ? Perhatikan cerita pendek ini:
"Sekiranya kita berada di dalam satu lorong yang dikiri dan kanan berdiri dinding yang sangat tinggi. Dan dihadapan kita ada pokok yang berduri sedangkan kita tidak ada pengalas kaki (kasut & selipar). Sudah pasti kita akan berhujah mengunakan IQ untuk tidak akan meneruskan perjalanan itu kerana tidak mahu duri itu menyucuk kaki kita. Tetapi andainya terdapat seekor harimau yang lapar dibelakang kita, lantas ketakutan menguasai diri! Kemanakah arah kita melarikan diri?"

Sekiranya IQ yang lebih kuat untuk mengawal diri kita kenapakah ketika takut kita meredah duri? Semasa berlari didalam ketakutan yang teramat sangat, mengapakah sakit tercucuk duri kurang dialami?

Yang pastinya sifat takut mengatasi segala-galanya tetapi selepas hilang rasa takut barulah kesakitan duri dialami. Adakah diri sebenar telah hilang ketika takut atau sakit? Diri sebenar tetap ada cuma diri sebenar telah dikuasai takut dan sakit! Adakah takut dan sakit itu IQ? Bagaimanakah untuk mengatakan IQ itu lebih kuat daripada EQ? Sedangkan dalam waktu cemas EQ terus sahaja membatalkan segala hujah IQ untuk mengawal pergerakan badan!

Mengapakah manusia suka melebihkan IQ dari EQ? Tidakkah dengan memiliki sifat kesempurna EQ itu lebih menjamin kita kepada persekitaran yang lebih aman kerana EQ itu lebih kuat daripada IQ. Mengapakah sistem 3M yang diterapkan di awalan pendidikan tidak diterapkan dengan ciri-ciri sifat positif EQ? 3M yang dimaksudkan ialah membaca, menulis dan mengira ialah ASAS 3M BUKANNYA mata pelajaran tambahan seperti moral atau ugama! Mata pelajaran moral dan ugama ialah mata pelajaran TAMBAHAN! Mungkin ada orang tertanya-tanya seperti ini: "Adakah sistem awalan pembelajaran (3M) yang mencakupi pendidikan sifat positif EQ yang berterusan kemudian baru mendidik IQ?" Ini jawapanku ringkas untukmu... Sistem Cahayaku! Hanya mereka yang telah mengikuti kursus ini sebagai pengajar yang tahu tetapi ada juga dikalangan pengajar ini akan berhenti mengajar Cahayaku disebabkan tidak dapat mengikis sifat negatif didalam dirinya sendiri!

Pada individu seperti ini aku menghormati keputusanmu kerana niatmu baik demi menjaga kerosakan (awalan pendidikan) yang ada pada dirimu sendiri, daripada terus menyerapkan sifat negatif EQ kepada generasi yang akan datang. Insyallah satu hari nanti Allah swt akan memberi hidayatNya jua dan mungkin dimasa itu kamu telah bersedia untuk menjadi pengajar lagi. Tetapi ada juga dikalangan mereka yang berlebih-lebih sehingga sanggup membuat fitnah! Wahai kaum ini cubalah baca Al-Quran Surah 91 Ash-Syam ayat 7-8 dan kemudian diikuti pula dengan Surah 7 Al-Araf ayat 179 sekali lagi. Kalaulah Kalam Allah swt masih kamu tidak faham atau ingkar tentulah berat padahnya kelak!

Apakah asas pembelajaran? Kalau tidak tahu, cubalah baca pula Al-Quran Surah 96 Al-Alaq.

Puff, puff panjang coretanku ini... hehehe sebenarnya ayat Al-Quran tu yang panjang! Sebabnya ter-include bahasa omputeh! Kalau hendak tahu lebih atau hendak tanya... tolong jangan tanya padaku sebab aku ini bukannya ustaz.. hehehe... Tanya anak saudara Pn. Chahaya sebab dia tu belajar kat Mekah.. namanya Lufti - bebudak paling hansem (surt: www.na5wa.com )..mesti dia boleh jawab tu... wakakaka...

Siapakah Pemburu dan siapa pula yang kena buru? Ada orang suka diburu dan ada orang suka jadi pemburu... Aku sentiasa menjadi Pemburu dan diburu dengan diriku sendiri (EQ & IQ).... hanya mereka yang tertentu sahaja yang tahu bagaimana hendak pelbagaikan (menggunakan) EQ dan IQ sesuka hati! Mereka menggunakan alat bukan alat menggunakan mereka!..Kita bagaimana?.. weeeehahaha... kalau ada masa terluang mungkin aku datang lagi keblog ini dengan cerotan yang mungkin menyenangkan atau menyusahkan dirimu...

Seperti biasa andainya penulisanku menyakiti hatimu... maafkanlah diri ini.. kalau kau inginkan penjelasan dariku mengenai coretan... maaf sekali lagi, cubalah baca dan faham “AKU DRACER MUSLEH”
...... Dracer Musleh

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...