Friday, August 12, 2011

JANGAN TERLEBIH SANTAN

Kasihnya ibu kepada anak tidak dapat dinilai dengan wang ringgit tetapi sanggupkah si anak menjadi tuan pada ibunya sendiri apabila besar nanti? 

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
(H.R. Muslim)
Ditadika setiap hari kami mendidik menggunakan Sistem Cahayaku untuk mengimbangi kesempurnaan EQ kemudian barulah IQ.  Tetapi waktunya terhad dari jam 7.30 sehingga 11.30 pagi. Bagaimanakah mereka ketika bersama famili sendiri?

Sudah bertahun-tahun saya mengajar di tadika dan bermacam gelagat telah saya temui dan lihat. Dari perangai anak sehinggalah kepada ibu-bapa, pakcik makcik, datuk nenek dan 'baby-sitter' itu sendiri. Adakalanya perangai-perangai mereka ini membuatkan saya rasa nak muntah dan naik muak kerana terlalu manjakan anak sehingga membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Apalagi anak itu adalah anak tunggal, cucu tunggal, anak yang tereksiden dah tua baru dapat dan macam-macam lagi yang boleh menyumbang kepada permasalahan.

Adakalanya anak yang terlebih santan ini tidak boleh ditegur langsung. Permintaan ibu-bapa pula boleh menyebabkan kita separuh nak gila. Anak saya tidak boleh itu dan tidak boleh ini. Cikgu buat itu dan cikgu buat ini dimana dia telah membuatkan tangan cikgu-cikgu seolah-olah terikat untuk mendidik anaknya. Kerana banyaknya jangan dan jangan budak tadi seolah-olah menjadi bos ditadika dan dia pun mulalah mengada-ngada. Sebenarnya ibu-bapa sendiri tidak faham dengan tindakan mereka boleh membuatkan si anak lambat mencapai tahap kematangannya. Walaupun umur sudah enam tahun tetapi percakapan dan perangai seolah-olah anak-anak yang baru berumur tiga tahun.

Satu insiden dimana siibu yang masih mengendong anak yang berusia enam tahun seperti mengendong bayi yang baru lahir. Cuba anda bayangkan bagaimanakah perangai anak tersebut. Sudah pasti pertumbuhan EQ dan IQnya agak lambat jika dibandingkan dengan anak-anak lain. Anak yang dibesarkan oleh datuk atau nenek juga akan membawa kepada perbuatan dimana apa saja yang dia mahu mesti ditunaikan kerana datuk dan nenek tidak akan melarang kemahuan cucunya. Hanya segelintir sahaja nenek dan datuk yang mendidik cucu seperti mendidik anak-anak mereka seperti dahulu. Sebaliknya untuk cucu didikan sudah berubah kerana kasih sayang yang keterlaluan.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah mendidik anak biarlah berpada-pada. Jangan terlalu manjakan anak. Semua orang sayangkan anak tetapi kalau dah TERLEBIH SANTAN akan membawa padah juga kepada kita. Kalau kita perlu merotan, rotanlah untuk mendidik dan janganlah sampai mencederakannya. Didalam Islam sendiri ada diterangkan cara yang sepatutnya untuk memukul anak.


2 comments:

eiyMail said...

Saya setuju.Anak yang terlebih santan memang susah nak kena tegur..baik jadi anak yg kurang santan..lemak pun x..x lemak pun x..sederhana jea..yg sedang2 saja :)

cahayaku said...

betul tu....