Friday, August 19, 2011

Mencari Pengertian.


Salamku kepada semua blogger dan pembaca ... Aku datang lagi untuk bercerita ... Kali ini aku akan sambungkan sedikit lagi yang berkaitan dengan artikel yang telah ku tuliskan...

Semua kehidupan didunia ini mencari rezeki untuk hidup. Ada yang mencari rezeki untuk hidup dan ada yang hidup untuk mencari rezeki. Istilah apa yang mereka gunakan tidaklah menjadi masalah tetapi yang menjadi permasalahan ialah bagaimana seseorang itu menggunakan dirinya untuk mencapai objektifnya.

Ada dikalangan manusia lansung tidak hiraukan ugama dan undang-undang demi mencapai maksudnya. Binatang yang hidup di dunia ini pun masih ada undang-undang mereka yang tersendiri tetapi sayang sekali kerena manusia tidak tahu atau tidak mahu atau tidak ambil perduli untuk memahaminya. Kaum-kaum manusia seperti ini cubalah gunakan sedikit IQ-mu untuk mengkategorikan dirimu sendiri! Ada yang melanggar ugama tetapi mengikut lunas-lunas yang dibenarkan dalam undang-undang. Dan ada juga yang mengikut ugama tetapi melanggar undang-undang. Ada juga yang mengikut lunas ugama dan tidak melawan undang-undang.

Bila sebut pasal undang-undang, ia merangkumi persoalan etika perkerjaan, opis, perniagaan, pendidikan, perkumpulan manusia, organisasi, permainan "gaming" atau apa saja! Undang-undang yang direkacipta oleh manusia tidak akan selama-lama berdasar kepada lunas-lunas ugama sebab sifat manusia (sekumpulan manusia) ini tidak terlepas daripada sifat-sifat EQ (keakuan, materialistik, ego, perkauman dan lain-lain lagi) ketika mewujudkan undang-undang. Mereka akan berhujah menggunakan akal (IQ) untuk menetapkan sesuatu, kononnya untuk menjaga sentiviti semua manusia atau mungkin mereka menjaga "kerusi yang sedang mereka duduki?"

Sedangkan dalam ertikel aku yang lepas telah aku buktikan kekuatan IQ tidak mungkin dapat mengatasi EQ, cuba baca sekali lagi sekiranya ada masa yang terluang. Bukti yang terkukuh bahawa EQ lebih kuat daripada EQ ialah seperti percayaan kepada Tuhan. Tuhanlah yang mencipta segala-galanya dan apakah perkataan "Percaya" itu bukan milik EQ? Demi mengukuhkan lagi kepercayaan serta penghayatan ini kaum manusia menggunakan hujah-hujah IQ sebagai sokongan diatas kepercayaan itu. Adakah mana-mana ugama didalam dunia ini tidak menggunakan istilah sifat EQ iaitu "percaya" dalam keugamaan mereka?

Dalam kepercayaan ada juga kaum yang tersasar hinggakan menggunakan sifat-sifat negatif EQ yang membuatkan kaum muda lansung tidak mahu lagi kepada keugamaan atau kurang berugama! Jawapannya HANCURlah ugama, ROSAKlah moral, RUNTUHlah generasi, PUNAHlah negara!

Amatlah malang kaum muda seperti ini, mereka menggunakan hujah-hujah IQ sahaja untuk menunding jari diatas sifat-sifat EQ yang tersasar itu. Sekiranya benarlah IQ itu sebagai sesuatu yang lebih agung daripada EQ, mengapakah apabila melibatkan soal ketuhanan kita memerlukan percaya, keyakinan, rindu, kasih, takut, mengharap dan lain-lain yang setara dengannya? Mungkin kaum-kaum muda seperti ini tidak mengenal dan mengetahui perincian huraian sifat-sifat EQ (negatif & positif) dan juga dikalangan mereka tidak pernah menggunakan IQ ketahap yang lebih efektif. Tidak dapat dinafikan ada kaum terlalu "percaya" sehingga mencampur-aduk sifat-sifat negatif EQ kedalam kepercayaan mereka. Tetapi yang pasti mereka masih menggunakan EQ iaitu elemen yang terkuat yang ada pada diri manusia, sayang mereka tidak dapat menghuraikan antara sifat-sifat negatif dan positif!

Pada kaum muda yang tidak percaya kepada tuhanan, ingin aku bertanya padamu dengan menggunakan hujah-hujah IQ: "Dimanakah kamu sebelum wujud dirimu? Dan bagaimana jawapan kamu ketika kamu membaca teks yang tertulis ini... Adakah kamu wujud atau kamu tidak wujud? Adakah wujud-mu tanpa permulaan?" Mungkin cerita kelakar ini boleh memberi jawapan yang tepat untuk kaum-kaum seperti ini:

Cerita kelakar (sinis) pertama:


Robot Oh Robot.
  • Cuba bayangkan sebuah robot mendatangi anda dan mengatakan dia terjadi secara tiba-tiba. Tidak diperbuat daripada bahan-bahan logam, kayu, plastik atau apa-apa pun. Malah tidak dibuat atau dicipta atau dijelmakan dan tidak bermula dari sel, atom, nukleus atau apa saja tetapi dia wujud! Bagaimana pendapat anda? Adakah benar ia terjadi dengan sendiri?

Ada juga kaum-kaum seperti ini mengatakan bahawa kita terjadi dengan cara "semulajadi"! Kah..kah..kah..kah..kah!

Cerita kelakar (sinis) kedua:

Pelukis & Lukisan:
  • Tiga hari yang lepas terdapat sekeping kertas putih diatas meja tetapi di pagi ini terdapat satu lukisan yang tersangat indah telah dilukiskan di atas kertas itu. Lintasan pertama pada fikiran - akal (IQ) - kita sudah pasti ada seseorang yang telah melukiskannya. Fikirkan dengan teliti empat perkara yang diperkatakan dibawah ini.
1. Sekiranya pelukis itu tidak mahu melukiskannya adakah lukisan indah itu akan berada disitu?
2. Sekiranya pelukis itu tidak mempunyai ilmu (kepandaian) melukis dapat lukisan indah itu berada disitu?
3. Sekiranya pelukis itu tidak mempunyai kekuatan imaginasi dan kekuatan untuk memegang peralatan lukisan dapatkah lukisan itu berada disitu?
4. Sekiranya pelukis itu tidak hidup dapatkah lukisan itu berada disitu?

*** Adakah wujud semesta-raya ini dengan sendiri? Pernahkah kamu melihat bintang, bulan dan matahari? Janganlah butakan mata dan akalmu (IQ)! ***

Adakah kamu yakin sekarang ini bahawa “semulajadi” sebenarnya ialah sesuatu yang Maha Kuasa, Maha Berkendak, Maha Agung, Maha Berilmu, Maha Bijaksana, Maha Memulai, Maha Mencipta dan Maha Hidup? Siapakah Dia itu? Jawapannya: "Usahlah ditanya kerana tidak mungkin IQ-mu (alat yang telah diciptakan untukmu) untuk memikirkan akan DiriNya!"... hehehe ... Cubalah faham apakah maksud yang tertara dibawah ini:

Dari Ibn Abbas ra, dari Nabi saw sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi JANGANLAH kamu memikirkan tentang ZAT ALLAH.." (HR Abu Syeikh).

Dari Abu Dzar ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah, dan JANGANLAH kamu memikirkan tentang ZAT ALLAH, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)." (HR Abu Syeikh)

Dari Ibn Umar r.a, dari Nabi saw sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala nikmat Allah dan pemberianNya dan JANGANLAH kamu memikirkan tentang ZAT ALLAH." (Abu Al-Sheik dan Al-tabrani).

P/s: Aku agak beruntung kerana dijemput sebagai tetamu "blog khas" yang telah ditulis oleh seseorang yang berfikiran seperti murabbi-ku dan banyak sumber-sumber daripada blog ini telah aku muatkan sebagai tatapan pembaca.

Sudah sampai masa untukku melangkah pergi dan maafkan aku andaikata coretanku melukai EQ-mu kerana seperti yang telah dinyatakan dalam coretan 
..... Dracer Musleh

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...