Saturday, December 15, 2012

Sediakan payung sebelum hujan!

Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan beberapa orang ibubapa yang telah surf blog saya dan mereka telah membaca mengenai artikal yang telah ditulis oleh Dracer Musleh yang bertajuk "Teaching! Why can't I?".

Purata mereka yang telah menyaksikan video untuk 2 & 3 tidak dapat memulakan pada minit yang dikehendaki. Oleh itu saya telah uploadkan sekali lagi dengan sedikit editing tambahan pada klik-klik video itu.

Permulaannya saya muatkan dengan komen salah seorang guru yang telah menggunakan kaedah Cahayaku. Dengarkan komennya dan cubalah fahami dan analisakan pendapatnya. Tujuan saya upload komen guru ini untuk menjawab persoalan bagi mereka yang berpendapat bahawa Sistem ini hanya "last resource" sekiranya semua kaedah tidak berjaya, malah ada diantara mereka mengatakan bahawa sistem ini hanya untuk kanak-kanak yang bermasalah sahaja.

Untuk mereka-mereka yang seperti ini saya ingin bertanya, tidakkah pepatah orang tua-tua ada mengatakan, "Sediakan payung sebelum hujan" memberi erti kepadamu? Logiknya: kalaulah kanak-kanak bermasalah boleh dipulihkan dengan kaedah ini, TIDAKKAH sistem ini TERSANGAT-SANGAT MUDAH untuk kanak-kanak normal memahaminya?

Pendapat kelakar Penyelidik Cahayaku permasalahan diatas:

  • mungkin mereka-mereka ini ingin basah-kuyup dahulu barulah mereka hendak menggunakan payung... alahai apalah faedahnya payung kalau sudah basah-kuyup!
  • Waktu nazak barulah hendak belajar ugama... alahai masih dapatkah si nazak menumpukan mindanya diwaktu sedemikian!
  • Apakah seluar dan baju itu hanya diperlukan sekiranya kita hendak keluar rumah sahaja.... hihihihi....dalam rumah pakailah cawat!
Pesan saya: Jangan dah terantuk baru tengadah!


No comments: