Friday, November 23, 2012

Teaching! Why can't I?

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Sudah sekian lama aku menghilangkan diri dan kini muncul kembali diblog ini... hehehe, pasti ada pembaca akan terluka! Maaf ya. Sebenarnya "PENIPU", "EGO", "DENGKI", "INDIVIDUALISTIK", "DEGIL", "DUNGU" dan macam-macam sifat yang berada pada diri itu kekadang sangat "PAHIT" untuk menelannya! Perkataan ini bukan hanya untuk individu yang tertentu sahaja, malah kepada semua juga termasuklah diriku sendiri!

"Aku Dracer Musleh" (Tuesday, March 8, 2011) didalam blog ini sudah aku ceritakan siapakah diriku yang sebenar! Aku sentiasa sibuk atau terpaksa menyibukkan diriku kerana waktu perjalananku makin singkat!

Kata-kataku yang lalu! (Tuesday, March 8, 2011).

aku hanya pandai bercerita tetapi tidak pandai berbual mesra!
the telling of tales is what I do, though friendly talk I do not purvey!
usahlah kau meminta penjelasan dari ku!
so please, I beseech, ask me not for explanations!

Tujuanku mencalitkan kata-kata ini setelah terbaca beberapa blog yang bercerita mengenai sesuatu yang mereka sendiri "Tak tahu! Tak faham! Tak reti! tetapi berlagak!"

Inilah salah satu keratan!
Setelah banyak juga survey di lakukan secara online, mama dapati banyak tadika yang menggunakan kaedah seperti phonic dan cahayaku. Buku pula, kebanyakan menggunakan Iqra' dan Bacalah Anakku. Pendekatan phonic, insya Allah mama telah biasa. Cuma kaedah cahayaku yang masih asing pada mama.
Jika asing, boleh dipelajari. Cuma mama risau pada peringatan penting yang mama jumpa di website cahayaku. Antaranya :
Jangan ajar nama abjad kepada anak-anak. Jangan cuba bunyikan abjad mengikut kaedah fonetik.
Kenapa agaknya? Adam telah kenal abjad - nama dan bunyinya. Jika mama pilih tadika yang menggunakan kaedah cahayaku, adakah menyukarkan Adam untuk belajar membaca kerana telah melanggar dua peringatan penting itu? Owh... kena check ni. Pening juga mencari tadika.
Kalau di baca sepintas lalu dengan kata-katanya seperti "insya Allah", seolah-olah dia ini individu yang "terbagus, terbaik"! Sebenarnya blog ni adalah kepunyaan individu yang tertentu dengan maksud tertentu! Tugasnya untuk mencelarukan pemikiran ibubapa demi mencari keuntungan yang sedikit ketika di dunia ini! Mengapa dan kenapa? Mungkin elok kiranya dia membaca Surah (At-Taubah :9) berulang-kali! Semoga dia faham dan mengerti setiap ungkapan-ungkapannya sendiri! Dan si individu seperti ini, cubalah faham nama-nama Allah swt, seperti Ar-Razzaq, Al-Wahhaab dan lain-lain lagi!

Kepada mereka-mereka yang tahu mengenai blog yang di maksudkan itu... cubalah baca artikal-artikal yang berada didalam blognya dan sudah pasti kamu dapat memahami arah dan tujuannya. Kekadang kesan daripada penulisan ini akan terbawa-bawa kata-kata seperti yang terdapat dalam blog lain.

Keratan kata-kata seperti ini.
Untuk Zulaikha ibu tak start lagik nak ajar yang mana satu, tengok dulu perfomance suffiya macammana kalo guna konsep cahayaku.
dan akhirnya si ibu menggunakan "cut & paste" buku-buku keluaran cahayaku untuk dimuatkan dalam blognya dan membuat rumusannya sendiri dengan mengatakan bahawa:
 set yang baru .. kakak belajar menyebut huruf seperti cara menyebut huruf  dalam Iqra.
Akhir kata dariku:
Aku malas hendak menulis panjang lebar tetapi cubalah perhatikan sendiri video-video (disebelah kanan) didalam blog Cahayaku ini! Perhatikan video-video ini dengan TELITI DAN DENGAR APA YANG DIKATAKAN OLEH MEREKA!
  • Sek Keb Kpg Bharu (Sesi 2 Bahagian 1) 

Sek Keb Kpg Bharu (Sesi 2 Bahagian 1) from roshidi abu bakar on Vimeo.
Adakah mereka ini tidak pernah didedahkan dengan kaedah fonetik, iqrak atau membatang? Tahukah kamu berapakah usia mereka? Adakah mereka-mereka ini bodoh atau tidak boleh membaca atau kaedah yang diajarkan yang membuatkan mereka gagal? Ketika mereka mengeja, adakah mereka menggunakan SUKUKATA dan TIDAK tahu nama abjad? Atau mungkin kamu mengatakan bahawa mereka hanya boleh menyebut nama-nama abjad TETAPI tidak tahu menulisnya? Perhatikan video berikut!
  •  Sek Keb Kpg Bharu (Sesi 2 Bahagian 3) *Perhatikan 01:44 - 03:24

Sek Keb Kpg Bharu (Sesi 2 Bahagian 3) from roshidi abu bakar on Vimeo.
Bagaimana pendapatmu? Tahukah kamu sudah berapa lama mereka menderita perasaan kerana tidak boleh membaca dan mengeja tetapi saban hari membawa bag yang berat? Apakah kita harus mengikut sama dalam kaum-kaum manusia yang mempersendakan generasi-generasi seperti ini? Adakah kaedah Cahayaku ini bukan untuk kanak-kanak berusia 7 tahun kebawah? Perhatikan pula video berikut.
  •  Pelajar Cahayaku 8 Mac - 18 Mei 2011. *Perhatikan 04:20 - 07:09

Pelajar Cahayaku 8 Mac - 18 Mei 2011 from roshidi abu bakar on Vimeo.
Bagaimanakah cara kanak-kanak berusia 5 & 6 tahun itu mengeja! Tidakkah kamu nampak dengan jelas mereka menggunakan kaedah yang lain dari yang lain tetapi hasilnya tetap sama? Perhatikan tingkah-laku  (mata, pergerakan mulut, bibir dan cara mereka MENGHAYATI abjad) ketika mengeja! Adakah masih belum cukup video-video itu untuk menjawab persoalan diatas? Perhatikan pula klik video berikut.
  •  It don't matter if you're black or white (Part 2). 

Ragam Pelajar Cahayaku (Part 2) from roshidi abu bakar on Vimeo.
Adakah luahan ibubapa itu sekadar bermain kata-kata sahaja! Perhatikan pelajar-pelajar ini ada di antara mereka dikenali sebagai "Special Kids"!
Sebenarnya banyak lagi klik-klik dan coretan dalam blog ini boleh menjawab persoalan itu, contohnya:- Wildan, Haikal atau seperti dalam www.facebook.com/educahayaku. Perhatikan komen-komen daripada guru-guru yang telah mengajar lebih dari 20 tahun tetapi setelah menggunakan kaedah Cahayaku, apakah pula pendapat mereka?

Sudah panjang coletehku ini dan aku tahu sebenarnya untuk menegakkan kebenaran, kejujuran, keikhlasan adalah sesuatu yang sangat sukar lebih-lebih lagi kerja yang dilakukan tidak mendapat "upah" tetapi kalau semua manusia berdiam diri bagaimanakah jadi masyarakat dan generasi kita akan datang? Marilah kita beramai-ramai melakukannya kerana "upah" kita pasti akan dibayar diakhirat nanti...hehehe, satu kepastian!

My time is running out! Aku terpaksa berlalu dan mungkin aku akan singgah lagi disini. Sebenarnya bermuhasabah dan belasah diri sendiri itu sesuatu yang "pahit" bagi mereka yang "berlumut dan berkarat"! Hahaha... Ooops, maafkan diriku andaikata aku melukai dirimu!
......coretan dariku: Dracer Musleh!

No comments: