Sunday, December 30, 2012

Modifikasi jiwa?

Baru-baru ini saya telah menulis artikal yang bertajuk "Sediakan payung sebelum hujan". Sebenarnya artikal ini adalah sambungan daripada artikal yang telah dibincangkan dahulu oleh Dracer Musleh.

Didalam artikal "Teaching! Why can't I", Dracer Musleh mencatitkan beberapa persoalan (dibawah setiap klik video) seperti berikut:
  1. Apakah kaedah bacaan? 
  2. Apakah kita harus mengikut sama seperti kaum-kaum manusia yang mempersendakan generasi-generasi seperti ini? 
  3. Perhatikan tingkah-laku  (mata, pergerakan mulut, bibir dan cara mereka MENGHAYATI abjad) ketika mengeja
  4. luahan kata-kata ibubapa.
Pada (19-20/12/2012) minggu lepas ucapan guru ini sangat menyentuh hati saya malahan hampir semua yang berada disitu mengeluarkan air-mata! Ucapannya meliputi kesemua yang dipertikaikan oleh Dracer Musleh tetapi kali ini terbalik pula! 

Luahan seorang guru mengenai anak didiknya (special kids) dan keberkesanan kaedah PENGHAYATAN dalam Sistem Cahayaku yang telah mengubah perwatakan anak didiknya.  Sebenarnya bagi setiap guru yang telah mengajar dengan tekun kaedah Cahayaku dan mengikut apa yang telah dianjurkan oleh kami akan dapat melihat "Perubahan EQ dan IQ" kearah yang positif pada setiap anak didiknya. 

Dengan luahan guru ini terjawablah kenyataan Penyelidik Cahayaku mengenainya kepada semua yang telah mengikuti kursus Cahayaku bahawa setiap perserta hanya diajar sebahagian kecil sahaja dan yang selebihnya tersimpan dalam susunan buku Cahayaku itu sendiri! (Pelajar tanpa buku ertinya tidak dapat menghayati sepenuhnya Sistem Cahayaku! **Nota khas: Setiap pelajar Sistem Cahayaku mesti dibenarkan membawa pulang buku bacaannya! Hmm... Dengan cara ini kesan pembelajaran sangat effektif tetapi risikonya tinggi... takut buku hilang!). 

Khas dari kami Educahayaku: Jutaan terima-kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Hairizah kerana ucapan yang tulus, ikhlas, amanah, jujur serta berani dan tahniah juga kerana telah bertemu dengan sebahagian cahaya permata kemanusiaan yang sebenar dalam Sistem Cahayaku!


Cikgu Hairizah mewakili daerah Petaling... Dibawah ini adalah ucapan beliau. Cuba dengar dengan teliti ucapannya mengenai modifikasi jiwa! 

“Setiap anak dilahirkan tanpa ilmu dan tugas ibubapa untuk mendidik mereka tetapi didalam dunia moden tugas belajar membaca, menulis dan mengira untuk menimba ilmu diamanahkan kepada guru! Peganglah amanah ini baik-baik wahai guru!"

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...