Saturday, December 29, 2012

SELANGOR dihatiku.......oohhh My English.

2012 telah membuktikan betapa JPNIN Negeri Selangor bersama-sama dengan cahayaku telah menghasilkan ramai daripada pelajar mereka boleh membaca sehingga ke tahap suratkhabar. Hasil daripada pemantauan yang kami lakukan dan dengan kerjasama yang padu daripada guru-guru JPNIN, matlamat untuk menjadikan tabika perpaduan Negeri Selangor tabika pilihan utama bagi tahun 2013 telah hampir berjaya.

Saya sangat terharu dengan ucapan daripada Pengarah negeri itu sendiri yang begitu perihatin dengan hasratnya untuk menaik tarafkan prestasi pelajar dan guru itu sendiri, sekali gus menjadikan Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain didalam pencapaian para pelajar Tabika. Beliau sangat mementingkan pencapaian para pelajar.

Untuk memantapkan lagi usaha murni beliau cahayaku paradigm pula dimasukkan ke Tabika Perpaduan bagi mencapai matlamat para pelajar untuk membaca suratkhabar Bahasa Inggeris pula. Inn syaa Allah dengan adanya cahayaku paradigm sekali lagi Tabika Perpaduan Negeri Selangor telah melangkah jauh kehadapan didalam pencapaian untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Syabas kepada Pengarah Negeri dan guru-guru. Untuk melaksanakannya saya dan guru-guru akan berganding bahu untuk menuju kearah Pencapaian yang lebih Cemerlang. Negeri Lain? Anda bila lagi? Jangan ketinggalan sudahlah hihihi............

Batch pertama untuk English Paradigm.
Bergambar dengan sebahagian pelajar batch pertama.

Hampir semua peserta batch pertama berada dalam gambar ini. Oh suamiku kalau menangkap gambar ... mesti berkelabu asap!
 Peserta batch kedua.
Batch kedua.
Peserta dari sudut sebelah kiri.
Peserta dari sudut sebelah kanan.
Yang ini ... tidak ke kiri atau ke kanan...tapi yang berbaju kuning tu...aha dikenali dengan panggilan "mama"....
 Bergambar bersama-sama cikgu JPNIN Negeri Selangor.
 Kebiasaannya pengakhiran setiap kursus... begini caranya... mendengar Dj, ketua pelajar berucap sebelum menyampaikan sijil-sijil dan berpisah.
Penyampaian sijil-sijil kepada setiap wakil daerah.
 Tuan Pengarah beramah-mesra dengan anak buahnya.
 

No comments: